Sunday, November 16, 2014

Awang Selamat Tiada Agenda Gugat Kepimpinan MB Pahang?



Awang Selamat ditakuti oleh ahli politik UMNO kerana sebelum ini kononnya dikatakan ramai PM, Menteri, MB jatuh disebabkan senjata Utusan-Awang Selamat. Tapi dengan MB Pahang akhirnya Awang Selamat mengaku surrender...!

Awang Selamat akhirnya mengaku tiada berniat agenda mahu menggugat kepimpinan DSD Adnan Yaakob MB Pahang dalam tulisan terbaru Bisik Bisik Awang Selamat.

Mungkin setelah dikritik hebat oleh blog-blog politik Pahang yang mempertahan MB Pahang dan kemungkinan sebarang tindakan mahkamah yang mahu diambil ke atas Awang Selamat mahupun Utusan dalam isu Cameron Highlands membuatkan Awang Selamat buat U-turn dan bersikap apologetik, akomodotif dan mesra.

Jika Awang Selamat mengambil pendekatan yang begini sejak mula dan profesional serta kritik membina bukan kritik membunuh maka barulah memang ikhlas niat Awang Selamat tiada agenda gugat kepimpinan MB Pahang.

Keterlajakan Awang Selamat menelanjangkan maruah MB Pahang sehingga sanggup melibatkan Tuanku Sultan Pahang dalam hal mantan MB Pahang yang lalu yang Awang Selamat tidak tahu fakta cerita yang sebenar.

WZWH reproduce CnP kenyataan Awang Selamat Mingguan Malaysia 16 November 2014...sila klik sini.

Jika ada yang mengharapkan Awang meneruskan nada tulisan minggu lalu yang mengkritik Adnan Yaakob, ia tidak akan kesampaian minggu ini. 

Pertama, ia membuktikan tiada agenda untuk menggugat kepimpinan beliau. Tulisan pada ruangan tersebut lebih kepada menyanggah kenyataan tidak wajar Adnan terhadap Utusan, tidak lebih daripada itu. Memadai dengan mesej jelas yang telah sampai kepada beliau. Utusan perlu melindungi kepentingannya. Lagipun kritikan perlu ada nilai dan rasional, bukannya dibuat sesuka hati. Pada Awang, beliau tetap menteri besar yang dihormati. 

Kedua, Adnan memperlihatkan sikap terbuka dengan memilih untuk tidak menjawab tulisan tersebut dan beberapa komentar lain. Dengan kata lain, beliau boleh menerima teguran walaupun mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pengikut setianya. Nampaknya Adnan mahu melihat ke hadapan, begitu juga semangat Awang. 

Tercetus sesekali 'perbalahan' di antara pengamal media dan pemimpin politik adalah perkara biasa dalam dunia demokrasi. Sebab itu Awang tidak kisah biarpun menerima kritikan liar dan tohmahan beberapa pihak termasuk blog penyokong Adnan sebagai respons mereka kepada tulisan minggu lalu. Sedikitpun tidak ambil hati, lebih-lebih lagi menginsafi betapa kerdilnya diri sebagai hamba Allah s.w.t. 

Sesungguhnya inilah juga cabaran media yang turut dikupas dalam ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin sempena ulang tahun penubuhan SPRM/BPR ke-47. Baginda antara lain memperihalkan bagaimana media begitu mudah menjadi mangsa dan dipersalahkan dalam usaha melawan kemungkaran terutama dalam isu integriti dan rasuah. 

Maka dugaan seperti itu diterima dengan senyuman. Ini termasuk sebarang tindakan mahkamah yang mahu diambil ke atas Awang mahupun Utusan dalam isu Cameron Highlands. Sesiapa pun berhak untuk menyaman media jika mempunyai asas yang kuat. Tiada apa yang perlu Awang gundahkan. Alah bisa, tegal biasa.

Sebab itu kalau mahu character assassination MB Pahang kena berani buat betul-betul jangan buat sekerat jalan itu sebab DSD Adnan Yaakob MB Pahang memang hebat kerana boleh survive lama dalam politik.

5 comments:

Anonymous said...

laaa.. tak jadi jatuh ke MB ni, frust betul! Harap sgt akan ada kepimpinan baharu bawa perubahan yg positif utk Pahang!

Che Ngah said...

Salam Saudara WZWH.
Mungkin Utusan Malaysia sudah kendur kerana adanya teguran daripada pihak2 atas. Tapi janganlah saudara fikir ini akan dapat memadamkan api kemarahan rakyat terhadap kepimpinan Adnan Yaakob.

Sampai bila kamu semua nak berlindung di sebalik tembok istana? Rakyat tidak buta. Hanya orang2 macam Wan Amizan, WZWH, Rahman Lipis dan seangkatan dengannya saja yg suka dan akan membela Adnan sampai kiamat kerana di bawah pemerintahannya kamu semua bebas merompak dan mengaut kekayaan bumi Pahang. Sampai masa dan ketikanya nanti, kalau tak kena gaya kamu semua akan tersungkur jua. Tengok macam Wan Mizan masa pemilihan yg lepas. Cuba nak berlindung di sebalik Tengku Lan, tapi akhirnya Tengku Lan sendiri yg kecundang di tangan seorang cikgu biasa.

Pihak istana tak kan boleh selama-lamanya menutup mata terhadap kemarahan rakyat yg semakin membara. Ingatlah pesan pengasas UMNO sendiri, Dato' Onn Jaafar bahawa "rakyat sudah menjadi raja, dan raja sudah menjadi rakyat." Almarhum Sultan Azlan Shah sendiri sudah berpesan "..jangan sampai takhta berpindah dari istana ke muzium budaya."
Wassalam.

Anonymous said...

hanya org bodoh sahaja yang kata awang selamat surrender..

awang selamat berjaya dalam misinya untuk sekolahkan adnan.. mesej sudah disampaikan... tepat dan jelas... bermaksud adnan jangan kurang ajar.. satu malaysia baca..

sehingga adnan terdiam jadi bisu.. adnan langsung tidak bersuara kerana dia tahu dia dah tersilap percaturan.. akhirnya buku telah bertemu dengan ruas..

kalau setakat kuli-kuli adnan yang bersuara tidak mengapa yang penting tuan punya badan DIAM.. umpama tuan punya badan terkena pukulan K.O

awang selamat apa dia kira
pak lah pun dia balun
ini kan pula adnan sempit.
apabila suara keramat berbunyi
maka karier politik adnan pun akan bergoyang sehingga layu nya

Anonymous said...

Org Pahang mahu kepimpinan baharu..kome dah jenuh dgn mainan politik tauke2 yg bersekongkol dgn kerabat2.. yg membawa kpd jalan2 rosak, sungai jernih jadi air teh pekat, ikan2 yg banyak kini dah mati, binatang liar kijang, kancil, pelanduk, seladang, gajah, harimau dll semua dah pupuh..semua ini angkara perlombongan, pembalakan, menebas hutan dan byk menggunakan surat kuning yg dikhabarkan bukan pun dtg dtg dari istana dan terlalu dilayan oleh MB kita..bandar Kuantan pun semak2 samun disana-sini..lampu2 jalan berbulan2 rosak tak diganti oleh MPK..MB tak pernah buat lawatan ke??

Anonymous said...

Wan Amizan adalah terlalu kerdil dari mata orang ramai.Hanya berselindung di balik kemewahan yang tidak berapa jelas keme2wahannya.Kuasa Allah adalah penentu.Kalau ditakdirkan seorang Guru biasa memimpin Di Jerantut terima sajalah seadanya.Sekurang-kurang beliau tidak bongkak sperti Wan amizan dan kewarasan akalnya lebih terserlah dari wan amizan yang tidak boleh diharap itu.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024