Thursday, November 13, 2014

Signal Politik Yang Membimbangkan WZWH Bahawa Pahang Tumbang PRU 14!



Tajuk Utusan Malaysia 2 November 2014 yang membawa polemik Utusan VS MB Pahang.



Mingguan Malaysia 9 November 2014 yang membuatkan polemik Utusan VS MB Pahang kemuncak.

Bertindak Rasional Bukan Emosional sila klik sini sambungan polemik Utusan.

Jangan Jadi "Pembela Tidak Bertempat" sila klik sini ini amaran Utusan.

Tun Mahathir menulis dalam Blog Chedet bertajuk "Deforestation" sila klik sini ini peringatan dan amaran Tun Mahathir bahawa  hutan hujan telah 70% ditebang atas sebab ekonomi:


  • Tebang balak secara halal atau haram
  • Getah dan sawit
  • Tarah bukit tanam sayur dan halia
  • Perlombongan
  • Perumahan, bandar, suburban, tepi hutan

Akhirnya hujan yang lebat turun tidak boleh ditampung tanah dan mengakibatkan bencana alam banjir, banjir lumpur, tanah runtuh dll yang buat hilang nyawa dan harta benda.

Tan Sri Zainuddin Maidin dalam posting terbaru Blog Zamkata bertajuk "Menteri Besar Pahang Menempah Maut" sila klik sini

Sebelum itu WZWH telah menulis posting Blog WZWH bertajuk" Hentikan Segera Polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang! sila klik sini.

1.5 juta rakyat Pahang baik di Pahang dan di luar Pahang mengikuti isu ini dengan penuh minat dan berfikir apa yang sebenarnya berlaku kepada politik dan pentadbiran negeri Pahang.

Pengundi muda di Pahang semakin bertambah. 60% pengundi muda dari umur 21 hingga 40 akan mengundi pada PRU 14.

WZWH cukup bimbang kepada signal politik yang membimbangkan WZWH bahawa Pahang akan tumbang PRU 14.

Bukan itu sahaja akan berlaku kebangkitan rakyat Pahang yang akan membuat satu keputusan yang drastik dan mendesak satu perubahan besar.

Sebenarnya majority rakyat di usia 30-55 tahun sudah bosan dengan apa yang berlalu di dalam negeri terutamanya yang melibatkan pimpinan yng sedia ada.... kami cuma tunggu waktu untuk meledak jer...mohon Allah SWT berikan keinsafan dan kesedaran kepada kepimpinan Melayu/Islam kita... aaamiiiin.

Bila rakyat Pahang yang selama ini hanya mendiamkan diri, tidak berkata hanya melihat sahaja...tapi tunggulah waktunya bila rakyat Pahang sudah tidak tertahan lagi...rakyat Pahang akan bangkit.

Ketika itu bukan sahaja parti sudah tewas dan hancur malah segala institusi-institusi yang ada di Pahang akan hilang.

Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

Ketika itu WZWH hanya boleh melawat ke pusara Nenek Moyang WZWH sambil menitiskan air mata dan berkata, "Maaf Moyang , WZWH sudah gagal mempertahan segala parti dan institusi yang beratus tahun..."

Zaman sudah berubah...

Inilah signal politik yang membimbangkan WZWH bahawa Pahang tumbang PRU14!

8 comments:

Anonymous said...

Inilah orang umno...agak2 pemimpin dah nak ilang kuasa mula la nak jd lalang...tunggu mase dan peluang kot2 'orang' dia bleh jd mb...adakah smua masalah di phg ni di sebabkn mb???? Adakah tanah di pahang ni di bolot oleh cina di sebabkn mb?? Mb x xleh wat ape kalu ade cmpr tgn istana...sape yg biasa gunakn surat kuning??? Cuba tanye wan mizan

Anonymous said...

Kerajaan negeri tak boleh marah pada penceroboh hutan.. Sebab ladang plantation yg teramat luas di Pahang ni boleh pulak dihalalkan.

Bahasa mudah nya.. Kamu ambil hutan beratus ribu hektar boleh.. Kami nak 5 ekar utk sara hidup pun sepatutnya boleh.

Sekadar lojik.

Anonymous said...

oklah tu... nak pembangunankan, kemajuankan... kalau betul, kena upgrade - kenalah ganti, kalau ade basikal upgrade ke motorsikal.. motor ke keta... biasalahtu.. kalau institusi kena ubah atua ganti, buatlah kalau bagus utk masa depan, biasalah tu...

tapi yg tak biasa... pi kubur nagis kat moyang sebab tak boleh kekalkan institusi.. amenda tu, kata nak majukan.. sama gak nak majukan kampung, nak kena buat projek telor ikan, nak kena tukarkan hutan... samagak nak majukan pahang... kalau nak kena tukar denan, tukarlah.. nak kena ganti umno, gantilah.. jangan nangis2, buat jea... kalau tak buat2 gak, barulah nangis..

Anonymous said...

Baguslah tukar kepimpinan.. dah bosan dgn keadaam skrg, pahang tak maju2 berbanding kawasan lain. Mintak universiti kat Temerloh dah berpuluh tahun pun tak dapat, hospital swasta pun takde, elok sangatlah terlingkup!!!!!!!!

Anonymous said...

Baru 2-3 hari sebelum lapuran Utusan seorang sahabat lama beritahu negeri Pahang ini macam takde MB..benar juga cakap sahabat lama tu..MB negeri lain dan Exco2 semua hebat dan berkarisma tapi di Pahang barisan Exco pun orang Pahang sendiri tak kenal...

Akhir2 ini terserlah sangat tandusnya kepimpinan Dato' Nan sebagai MB..contoh :

1. Hutan2 Simpan di seluruh negeri bebas diteroka utk tanaman kelapa sawit dan lain2 oleh tauke2 dari luar semahu2nya tapa sebarang sekatan oleh kerajaan pimpinan Dato' Nan.

2. Dato' Nan patut pergi melawat negara Thai atau amat dekat ke Patani atau pekan Sungai Golok. Mereka menyimpan hutan untuk anak cucu bukan diserahkan kepada tauke, mereka sanggup mengimpon kayu dari Malaysia.

3. Hutan Simpan di sekeliling Tasik Chini yg telah mendapat pengiktirafan dunia RAMSAR gondol dan setelah mendapat liputan media Utusan kwsan hutan itu telah di tanam balik anak2 pokok hutan

4. Taman Negeri Kenong yg mendapat lawatan pelancung Eropah hampir 20,000 orang setahun telah diluluskan lesen pembalakan dan perlombongan dgn guna surat kuning..hanya setelah campur tangan Ahli Parlimen Lipis lesen itu berjaya dibatalkan..tak kan dato nan berapa banyak rakyat pahang mendapat hasil drp kedatangan 20,000 org pelancung.

5. Isu pemberian lesen pasir kepada sykt dari Selangor di Sungai Pahang hingga menimbulkan kegelisahan kepada penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang dan nelayan sungai...Ahli Parlimen Kuala krau mendedahkan sebanyak 15 juta dibelanjakan utk membaiki jalan di Kuala krau yg rosak dari lori2 pasir sedangkan hasil pasir yg diperolehi tidak seberapa.

6.Isu surat kuning yg diguna tauke utk membalak, melombong, menebang hutan dll hingga byk jalan2 rosak, air sungai tercemar, ikan jadi sumber rakyat mati...dato nan rakyat pahang dah tak tertahan dgn semua ini.

Jadi memang rakyat Pahang sekarang gelisah dengan kepimpinan Dato' Nan yg tidak langsung menunjukkan kepekaan kpd kepentingan rakyak tapi seolah2 menjaga kepentingan satu pihak sahaja.

Malah apabila timbul isu Cameron Highlands kenyataan Dato' Nan seolah2 lepas tangan hingga memaksa PM mengambil alih isu tersebut hingga ke peringkat mengerahkan tentera.

Seperti kata sahabat lama dan juga rakyat Pahang yang lain masa untuk Dato' Nan untuk berundur sebenarnya sudah tiba.

Anonymous said...

First first u support strong Adnan Yacob when Utusan critic him. Some more u shoot ( tembak ) Utusan becoz utusan got say 300k bangladeshi invade cameron. Now u make U turn pulak ( what engrish word ah? )when
Madir and that Maidin guy hit strong strong Adnan. Now when u no Adnan sure kick out one, u dont support him oredi. What lah you. Want only support winner. If know sum pemimpin fall, u oso hentam same same. Where got pricipal one lah u.

Anonymous said...

Hasil bumi pahang abis dikeluarkan tapi phg tetep mundur.. mana pergi duit tu semua? kalau utk pembangunan, taklah rakyat marah sgt. ni setakat kuantan maju sikit, tempat yg lain semua mundur.

Unknown said...

bukan pahang je yang akan tumbang pada pru 14 tapi semua negeri akan jadi milik pakatan rakyat..kami orang muda akan tumbangkan kerajaan yang sedia ada..rakyat tidak mahu lagi terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat ditambah dengan gst..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024