Ada pun ceritera Singapura Dilanggar Todak itu diperkisahkan kepada anak cucu cicit sejak ribuan tahun dulu...
Kini timbul ceritera baru Hikayat Pahang Dilanggar Sturgeon di sebuah kampung di Ulu Pahang.
Ada pun seorang budak mengatakan Bendahara mahu membela sturgeon.
Meniti dari bibir ke bibir bahawa sturgeon itu besar bagai naga makan orang khabarnya.
Khabarnya...bukan itu saja sturgeon itu makan kelah, patin dan jelawat.
Tambah lagi.. sturgeon itu makan pokok balak!
Maka riuhlah sekampung.
Pembesar Daerah pun bangkit mengajak orang kampung menentang bersama-sama kumpulan pemberontak-pemberontak negara.
Bertunjuk perasaanlah mereka itu semua.
Sturgeon belum nampak tapi dalam kepala dan pemikiran pembesar daerah, orang kampung yang terpengaruh dan kumpulan pemberontak-pemberontak negara sudah berkecamuk dan gila.
Ulu Pahang dan Pahang bagaikan dilanggar sturgeon ibaratnya.
Demikianlah Hikayat Pahang Dilanggar Sturgeon adanya.
5 comments:
Yg ni kelakar... Kih kih kih
YANG JADI HANG NADIMNYA SIAPA? AKI JALIL KUT? ATAU AWANG CADOI,ATAU MAT LEON KETOYONG,ATAU MUNGKIN JUGA HJ NAZLAN(DHTM)???
Hang WZWH makan ikan sturgeon masak tempoyak..
Cuba fikir sebentar... sape yg mendapat untung besar dlm kemelut nie. Adakah penentang projek dpt untung kalau projek dihentikan atau penyokong projek dpt untung kalau projek diteruskan. Siapa lebih untung? Disitulah duduknya jawapan sabenar.
Pokoknya.. Kenapa bantah.. Takde sebab nak bantah.. Tapi bantah jugak. Kan dah rugi masa dan tenaga. Geng bantah sturgeon adalah tolol. Kah kah kah
Post a Comment