Projek sturgeon Kuala Tahan adalah usahasama Felda dengan syarikat Korea bernilai USD 45 juta hampir RM 150 juta bagi pengeluaran caviar dan daging.
Projek ini akan dimulakan setelah kajian DEIA selesai. Caviar Park akan dibina selepas itu. Pakar consultant dan pegawai JAS berpendapat projek sturgeon ini tidak mendatangkan sebarang masalah kepada alam sekitar.
Salah satu sebab mengapa WZWH sokong projek ini selain dari pembinaan pelbagai infrastruktur yang menyusul, satu tarikan baru kepada Kuala Tahan, sebagai satu collateral bagi mempengaruhi kerajaan supaya lebih membangunkan Lembah Tembeling ialah transfer technology.
Kebaikan transfer technology projek sturgeon ialah kita boleh menggunakan teknologi penternakan sturgeon untuk membiak ikan tempatan seperti kelah, patin, jelawat dsb.
Sturgeon Kuala Tahan mengikut kajian pakar Korea boleh bertelur bila berumur 4-5 tahun. Kaedah ini boleh digunakan untuk membiak ikan-ikan tempatan.
Dulu ada projek membiak ikan kelah dengan grant dekat RM 2 juta di Kuala Tahan tapi projek ini gagal kerana tiada teknologi dan kepakaran.
Adalah diharap technology transfer projek sturgeon boleh menjayakan pembiakan ikan tempatan.
Salah satu komponen Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika yang WZWH bertanggungjawab sepenuhnya ialah Caviar dan Sanctuary Park. Dari Sg Tabung mudik ke Kg Pagi hingga ke Kg Mat Daling oleh kerana tiada aktiviti kilang maka sangat sesuai dijadikan sanctuary ikan.
Sepanjang Sg Tembeling dari Sg Tabung mudik ke Ulu Tembeling dirancang sebagai tempat caviar dan sanctuary park.
Felda cuma guna 50 ekar sahaja sebagai perintis, WZWH akan kembangkan Caviar dan Sanctuary Park lebih dari 1000 ekar.
Caviar dan Sanctuary Park menggunakan teknologi tinggi dari luar negara untuk menghasilkan telur ikan serta pembiakan baka ikan bermutu tinggi. Technology Transfer ini bukan sahaja menguntungkan syarikat malah memberi ilmu kepada penduduk setempat.
Syarikat juga berpeluang membiak semula baka-baka spesis ikan asal seperti kelah, jelawat, patin dsb.
WZWH sebagai CEO Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika cuba menerang projek Caviar dan Sanctuary Park dengan mudah...
Dari 29 spesis sturgeon dunia, ada 4 spesis dikenalpasti sesuai diternak sepanjang tebing Sg Tembeling.
Kitaran hidup seekor ikan sturgeon.
Caviar atau emas hitam. Ini WZWH mahu bagi orang Tembeling kaya.
Harga Caviar mengikut gred. Yang paling baik antara USD8,000-10,000 sekilo. Sedang antara USD5200 sekilo. Paling bawah USD4500 sekilo.
Layout kolam dan tangki bela sturgeon.
Recirculating Aquaculture System.
Ikan sturgeon selamat diternak di Malaysia guna Caviar Park. Bukan ikan pemangsa.
Ikan sturgeon tiada gigi, tidak makan ikan lain, makan sedikit saja, bagi minum spirulina , tahi siput.
Mulut ikan sturgeon terletak dibawah. Bukan ikan aggresif, makan kat dasar sungai-bottom feeder. Tidak membawa penyakit.
3 comments:
Selain dari projek sturgeon, apa lagi projek berekonomi(mendatangkan hasil dalam bentuk rekreasi) dalam hutan tebal "eco-park" ini ?
Ada "lay-out plan" keseluruhan bersepadu dan akan datang di kelolakan Felda ?
Sebenar nya jika di lihat, dari segi nilai tempat pelancongan memang bernilai. Dulu di Tasik Kenyir juga projek dua dalam satu, hidroelektrik dan di hulu nya rekreasi dan hotel. Malang nya indah kabar dari rupa, sekonyong nya lebuh raya akan merentasi berdekatan kawasan tersebut sebagai pemangkin memudahkan destinasi.
WZWH akan bentang OVERVIEW Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika dalam posting yang akan datang. Terima kasih menunjukkan minat dan memberi cadangan yang baik.
Kawasan projek ni cuma perlu dipindahkan saja jauh dari kawasan sensitif alam sekitar di Taman Negara.Boleh dibuat luar jauh sikit dari Kuala Tahan.
Semau orang puas hati.Win-win situation.
Post a Comment