Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, November 18, 2014

Nazlan Idris Akhirnya Memerlukan Sokongan Wan Amizan Membantu Menguatkan UMNO Bahagian Jerantut



















Selepas setahun lebih selepas pemilihan kepimpinan UMNO bahagian Jerantut akhirnya Nazlan Idris Ketua UMNO Bahagian Jerantut memerlukan sokongan Wan Amizan membantu menguatkan UMNO Bahagian Jerantut.

Sebelum itu Wan Amizan yang dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah diketepikan dari diberi jawatan pengerusi sebarang biro. Sepatutnya mengikut perlembagaan parti Wan Amizan haknya diberi Pengerusi Pengurusan parti dan Timbalan Pengerusi Biro Politik.

Itu sebab mantan Ketua Bahagian Kamaruzaman Baria telah menegur hal ini dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2014.

Dalam Mesyuarat AJK UMNO Bahagian yang terbaru, Nazlan Idris telah melakukan rombakan biro dengan melantik Wan Amizan sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut. Dan Wan Amizan dengan besar hati menerima tanggungjawab itu.

WZWH fikir ini satu keputusan yang bijak dan matang. Sudah sampai masanya selain dari kehebatan dan kebolehan mencari peruntukan hampir sebilion ringgit memajukan DUN Tahan, pengalaman menguruskan Pemuda UMNO selama 4 penggal, pengalaman menguruskan parti selama 2 penggal sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, ini masa yang tepat untuk Wan Amizan meningkatkan syiar Islam di Jerantut.




















Media TV3 turut teruja dengan kesudian Wan Amizan memegang Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut. Wartawan menemuramah Wan Amizan bertanya vision Wan Amizan memberi lebih kefahaman Islam kepada orang Jerantut terutama kepada generasi muda.

Apa infrastruktur-infrastruktur agama baik fizikal dan rohani bagi mengembangkan syiar Islam di Jerantut.



















Media RTM pun turut berminat dengan sudinya Wan Amizan memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut. Bagaimana  terutamanya orang UMNO Jerantut perlu dididik dengan roh agama supaya perjuangan alif, ba , ta menjadi tunjang utama ahli-ahli UMNO Jerantut.

Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu punya hati yang bersih, tidak busuk hati. Jangan agama dijadikan hanya kosmetik tanpa punya isi yang menjiwai ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin UMNO jangan hanya pandai bercakap agama tapi tidak menunjukkan dengan amalan-amalan yang dipraktiskan.

Jangan kedekut, kena pemurah, kena rapat dengan masyarakat, jangan memandang rendah keislaman orang lain, jangan merasakan diri lebih hebat kerana perawakan dan kewarakan tapi hati kosong dengan pengisian dan amalan.

Pemimpin-pemimpin UMNO jangan berdendam, jangan tidak boleh berkawan dengan ahli UMNO yang tidak menyokong, berfikiran terbuka, sokong apa-apa kebaikan kepada masyarakat tidaklah menentang dan membuat masyarakat huru hara.

Barulah ahli-ahli UMNO dan masyarakat hormat.




















Wan Amizan sedang memberi tazkirah agama kepada jemaah di satu masjid dalam DUN Tahan. Wan Amizan akan buat banyak program keagamaan di parlimen Jerantut. Ustaz-ustaz dan ulama-ulama dari seluruh Pahang dan nasional akan dibawa memberi ilmu kepada orang Jerantut.

Dari segi kerajaan pusat tiada masalah kerana hubungan yang baik antara Wan Amizan dengan Menteri Agama di JPM. Tentu lebih banyak peruntukan dapat dicari bagi meningkatkan syiar Islam di Jerantut.




















Wan Amizan sangat pemurah dan suka membantu sekolah-sekolah tahfiz. Wan Amizan mahu mendirikan lebih banyak sekolah tahfiz, berhasrat mahu mendirikan sebuah rumah anak-anak yatim di Jerantut.

Membasmi kemiskinan tegar dan golongan mudah miskin adalah minat Wan Amizan dalam meningkatkan ekonomi orang Islam Jerantut.

Kemiskinan boleh membuatkan orang Islam kufur dan senang digoda oleh syaitan. Bila orang Islam miskin tegar dan mudah miskin boleh mudah terjerumus kepada perbuatan-perbuatan mungkar.




















Agenda Wan Amizan ialah membina banyak masjid-masjid moden yang sesuai dengan masyarakat tempatan di Jerantut. Baru-baru ini Wan Amizan berjaya mendapat kelulusan peruntukan RM3 juta dari DS Najib bagi membina masjid baru Kg Ulu Cheka yang sudah 50 tahun menggunakan masjid lama.

Masjid Kuala Tahan dengan peruntukan RM11 juta akan dibina. Demikian juga Wan Amizan melalui ECER memdapat peruntukan RM500,000 membina surau baru Kg Labu dekat Labu Sentral. Masjid baru Kg Kuala Sat RM2.9 juta sudah siap dibina.




















Sudah tentu Tuanku Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam Pahang berasa bangga dan sukacita kerana Wan Amizan mahu dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH berharap Majlis Agama Islam Pahang boleh membantu dengan memberi lebih banyak peruntukan demi meningkatkan syiar Islam di Jerantut.

7 comments:

Anonymous said...

Suruh la YB keluarkan zakat dia untuk jerantut..ni la masanya nak bayar balik apa yang dah dia ambik dijerantut..projek ratusan juta..tak kan la nak bina masjid pun tak boleh..tak payah peruntukan..YB boleh buat..buat la..nak sampaikan syiar islam..perlukan peruntukan ke?..Hmmm..bila mata duitan..cakap hal agama pun cerita duit..SEDIH

Anonymous said...

Kome sokong amet dgb Dato Mizai nih..bageh lah kalau Dato Mizai dah sedor ke susoh payoh orang Pahang utamnye de rulu nih..

Anonymous said...

Kome sokong amet dgn Dato Mizai nih..bageh lah kalau Dato Mizai dah sedor ke susoh payoh orang Pahang utamnaye de rulu nih..

Dato' balok-balok Pahang tak payoh usik lah kalau rakyat tak bagi..sebab dalam hutan ada segala benda tempat rakyat Pahang cari makan dari zaman kita berjuang dengan Mat Kilau lagi.

Kalau Dato' peka dengan rakyat insyaallah kome sokong amet Dato' jadi orang de rulu pertama jadi MB Pahang.

Anonymous said...

orang jerantut kenal sangat ngan penyamun nie...habis tanah kat jerantut bagi ke lim ah chak...

usin malaun said...

tanah jerantut dapat ke lim ahchap semasa wan amizan belum lagi jd yang berhormat!tanah yang lim ahchap dapat tu pun dalam kawasan dun damak!yang luluskan tanah tu mb dan barisan exco!

nak fitnah pun biar cerdik sikit! dah aku tahu kau ni bodoh terlampau sbb tak tahu perkara yang sebenar tapi mengada2 nak tunjuk tahu!

Anonymous said...

lantaklah. ikut gonlah. nak prtahankan jemalang tanah.konon, susah senang kouwoakme cari ke kome juga. nak pangkah undi hulur sebeg dua beg, peruntukan untuk pengungi sema kena kebas. kantoi habis puok gone ni,padan minum air tai ajerler.

Anonymous said...

dapat ke lim ah chak semasa sapa jadi wakil rakyat dan KB. Jangan nak pertahan tali rapia yang basah. Cari tali jerut leher terjun sungai temerloh pun boleh jadi...