Friday, November 7, 2014

Overview Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika




Ini adalah satu usaha projek yang unik boleh menarik minat pelancong dan pelabur dunia dan lokal. Blue ocean strategy. Buat benda yang orang lain tidak buat. Tidak perlu bersaing sebab tiada pesaing!

Ketika industrialist dan capitalist sibuk membina megapolitan dan hutan batu di seluruh bandar-bandar utama, kenapa tidak Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika.

Taman Negara adalah aset. Nature semulajadi, flora dan fauna adalah aset tidak ternilai. Kena balance antara nature dan manusia. Antara hutan dan pembangunan. 

Guna dan urus nature dengan cekap dan berkesan memberi contribution kepada manusia. Manusia perlu mencipta nilai. Create more values to Taman Negara. 

Statistik menunjukkan dari seramai 9.5 juta pelancong melawat Pahang setahun tidak sampai 120,000 singgah di Taman Negara. Bagaimana mahu menarik lebih ramai pelancong yang datang ke Pahang sahaja?

Bagaimana mahu menarik pelancong dari luar ketika pelancong dari Eropah dan Amerika berkurangan mahu menarik pelancong dari China, Jepun, Korea dan India juga Timur Tengah. Itu belum dikira Asia Tenggara dan pelancong tempatan.

WZWH fikir the best strategy ialah create values for Taman Negara. Bukan sahaja Taman Negara, sekitar Kuala Tahan tapi keseluruhan Lembah Tembeling.

Matlamatnya ialah:

  • Menarik ramai pelancong 
  • Menambah pelbagai aktiviti menarik
  • Kemudahan kelas pertama dunia
  • Menaiktaraf kemudahan infrastruktur
  • Menambah pintu masuk baru gateway
  • Mercu tanda negeri Pahang
  • Jerantut bandar pelancongan utama Pahang

WZWH present Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Mengandungi 7 komponen:

  • Green City-Bandaraya dengan teknologi hijau sekitar Kuala Tahan
  • Safari Park
  • Kuala Tembeling Taman Tema Air
  • Hub Gaharu
  • Caviar dan Sanctuary Park
  • Solar Park
  • Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bantu Perhilitan

Satu projek ambitious bernilai RM 12 bilion dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun yang boleh menawarkan 20,000 pekerjaan dan perniagaan.


OVERVIEW Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika:

Bandaraya Hutan Hujan Tropika melibatkan pembangunan semula dari Kuala Tembeling menyusuri Sg. Tembeling yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta sejarah seterusnya ke Kuala Tahan sehingga ke Kg. Mat Daling. Di Kuala Tahan disediakan kemudahan-kemudahan kelas pertama bertaraf dunia sebagai Pintu Masuk Taman Negara.

Sebanyak 9.5 juta pelancong berkunjung ke Negeri Pahang tetapi hanya 120 ribu sahaja yang melawat Taman Negara menggunakan bot panjang atau pengangkutan darat.

Tujuan utama cadangan ini adalah bagi menarik lebih ramai pelancong ke Taman Negara dengan menambah pelbagai aktiviti yang menarik serta menaiktaraf kemudahan Infrastruktur ke Taman Negara serta membina pintu masuk yang baru (Gate Way) Ke Bandaraya Hutan Hujan Tropika.

Kuala Tembeling yang dahulunya merupakan salah satu in-land port yang sibuk di Semenanjung Malaysia kini tidak bermaya. Cadangan menjadikan Kuala Tembeling sebagai Pintu Masuk ke Bandaraya Hutan Hujan Tropika serta menaiktaraf Stesen Keretapi Kg. Sepial dapat memberi nafas baru kepada Kuala Tembeling dan seluruh kawasan sekitarnya.

Bandar Green City yang menggunakan Teknologi Hijau sepenuhnya menjanjikan kehidupan yang eksklusif kepada pengunjung secara keseluruhannya. Kompleks bangunan kerajaan, kompleks perniagaan, hotel dan resort bertaraf dunia, golf course dll disediakan.

Safari Park terletak bersebelahan dengan Taman Negara akan menjadi tarikan kedua terbesar dan terpenting di Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Haiwan-haiwan dalam Safari Park dilepaskan dalam habitat semula jadi. Pengunjung-pengunjung tidak perlu risau kerana aspek-aspek keselamatan amat dititik berat.

Selain dari Taman Negara dan Safari Park, Taman Tema Ulu Air yang terletak di hulu Sg. Pahang (Pertembungan Sg. Jelai & Sg. Tembeling) di Kuala Tembeling turut dibangunkan bagi pengunjung-pengunjung yang gemarkan aktiviti air.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan industri gaharu. Sebanyak 6% daripada pengeksport gaharu adalah Malaysia. Namun sehingga kini belum wujud cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Gaharu mengantikan Singapura. Syarikat Konsortium Tembeling Sdn. Bhd. mengorak langkah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) untuk menjadikan Hulu Tembeling sebagai Hub Gaharu pertama di Malaysia.

Caviar dan Sanctuary Park mengunakan teknologi tinggi dari negara luar untuk menghasilkan telur ikan serta pembiakan baka ikan bermutu tinggi. Permindahan teknologi ini bukan sahaja menguntungkan syarikat, malah memberi ilmu kepada penduduk setempat. Syarikat juga berpeluang membiak semula baka-baka spesis ikan asal seperti Kelah, Jelawat, Patin Muncung dan sebagainya.

Solar Park dibina di atas tanah seluas 150 ekar. Janakuasa elektrik berasaskan tenaga suria ini mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 30 MW. Tenaga ini akan disalurkan kepada Bandar Green City dan selebihnya kepada Tenaga Nasional Berhad.

Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bandaraya Hutan Hujan Tropika membantu pihak PERHILITAN untuk mengurus serta menyelenggara Taman Negara, Resort-resort di Taman Negara akan dinaiktaraf sesuai dengan status Taman Negara di mata dunia dan penambahbaikan pusat-pusat aktiviti baru dalam kawasan Taman Negara.

Pihak syarikat juga berhasrat untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Sg. Tiang bagi memudahkan pelancong-pelancong ke Taman Negara.

Dengan pelaburan sebanyak RM 12 Billion dalam masa 5 tahun hingga 10 tahun, cadangan ini dijangka dapat memberi 20,000 peluang pekerjaan serta perniagaan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Cadangan ini juga akan menjadi mercu tanda kepada Negeri Pahang dan Negara Malaysia.

Sebagai Pemaju Utama Konsortium Tembeling Sdn. Bhd. melihat masa depan sebagai asas kepada cadangan ini. Hasrat kami ingin menjadikan Jerantut sebagai Bandar Pelancongan Utama di Negeri Pahang.

2 comments:

Anonymous said...

Salam dato,bila nak start sume ni dato,mula dan siapkan la secepat mungkin,tak sabar nak lepak kat sturbuck kat kuale tahan,hahahaha!!!!

Anonymous said...

Power datok..boleh lah kome blk keje di pahang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...