Nuffnang Ads

Pages

Saturday, November 8, 2014

Benom Highlands Satu Lagi Alternatif Tanah Tinggi Di Pahang Ganti Cameron Highlands



Orang Putih mula daki dan study Gunung Benom sejak 1903.



Nama saintis itu W. D. Barnes. Tapi beliau tetap guna seorang pawang bernama Wan Putih dari Ulu Gali Raub bagi menghalau hantu dan semangat di Gunung Benom. Kalau mahu baca ekspedisi W. D. Barnes lebih lanjut ke Gunung Benom sila klik sini.

Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia. Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub.

WZWH terang serba sedikit tentang Benom Highlands. Benom Highlands satu lagi alternatif tanah tinggi di Pahang ganti Cameron Highlands.

Cameron Highlands berdepan banjir lebih teruk jika tanah diteroka lagi, kata pakar geologi.Tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas kawasan tanah tinggi itu diteroka secara berleluasa tanpa sebarang kawalan.

Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang tinggi.

Peneroka tarah semua tanah untuk bangunkan ladang sayur di tanah baharu kerana tanah mereka yang sedia ada sudah tidak subur akibat penggunaan baja kimia yang merosakkan tanah.

Ia dilakukan demi keuntungan tanpa memikirkan risiko penduduk sekitarnya dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh.

Peneroka perlu mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada dengan menggunakan baja organik dan teknologi bakteria baik untuk menyuburkan semula tanah mereka.

Pihak berkuasa perlu bertindak segera dengan menghentikan sebarang projek penerokaan dan menyita semua kawasan pertanian haram.

Pertanian halal di Cameron Highlands seluas kawasan tanaman ialah kira-kira 7,528 hektar iaitu 5,368 hektar bagi tanaman sayur-sayuran; 1,589 hektar bagi tanaman teh; 539 hektar bagi tanaman bunga; dan, 32 hektar bagi tanaman buah-buahan.

Cameron Highlands merupakan ikon pelancongan negara dengan landskap muka bumi yang cantik serta udara sejuk. Kalau pihak berkuasa tidak ambil kisah akan aktiviti penarahan ini, siapa mahu datang? Identiti Cameron Highlands juga turut 'terhakis' sama.

WZWH berpendapat Benom Highlands dan di kaki gunung terdapat beberapa perkampungan tradisional Ulu Cheka, Jerantut boleh menjadi satu alternatif tanah tinggi di Pahang untuk bersedia mengantikan Cameron Highlands.

Tapi pembangunannya perlu terkawal dan dirancang.

2 comments:

Anonymous said...

Tak payah cari bala.Cukuplah dengan Cameron Highlands.Gunung Benom tak perlu diteroka.Biar je duduk situ elok-elok.

Cameron Highlands pun tak terjaga,nak tarah tempah lain pulak.Sungai Kelau,datang dari Banjaran Benom ni,punca air projek penyaluran air Pahang-Selangor.Tak payah cari bala lain pulak.

Anonymous said...

Buat sturgeon sudoh lah datok