Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, November 11, 2014

Jangan Ganggu Ekonomi Cameron Highlands Kepentingan Kepada Pahang



Cameron Highlands sejak 1920an lagi zaman kolonial British sudah terkenal dengan tanaman sayur, buah, bunga, teh dan pelancongan.

Hari ini penduduk Pahang dan Malaysia semakin ramai. Keperluan bertambah. Nilai ekonomi contohnya sayur Cameron Highlands sahaja menyumbang RM2 bilion setahun.

Sayur-sayuran Cameron Highlands membekal 80% keperluan negara. 25% dieksport ke Singapura. Cameron Highlands pengeluar bunga ketujuh dunia.

Pelancongan tanah tinggi menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Ekonomi Cameron Highlands memberi hasil kepada kerajaan Negeri Pahang dan Malaysia melalui cukai yang dikenakan kepada penjualan sayur, buah, bunga, teh dan pelancongan.

Apa yang pengusaha ekonomi Cameron Highlands perlu adalah tanah. Lebih banyak tanah diperlukan dan tanah adalah terhad selain dari lebih ramai pekerja. 

Bila pengusaha ekonomi Cameron Highlands bersaing maka tanah diteroka samada secara TOL atau secara haram.

Sejak 1970an lagi kerajaan sepatutnya berfikir apa teknologi yang membolehkan pengusaha ekonomi Cameron Highlands boleh meningkat produktiviti dengan menggunakan  kurang tanah.

Atau apa lagi alternatif tanah tinggi yang lain di Pahang.

Ini mengakibatkan krisis nature alam. Banjir lumpur dan tanah runtuh , kehilangan nyawa dan harta benda.

Ekonomi Cameron Highlands yang bernilai berbilion-bilion ringgit dengan risiko 3 atau 4 kematian setahun adalah satu pilihan kehidupan yang berbaloi.

Di setengah negara ada kawasan pertanian yang subur dengan risiko ledakan gunung berapi dan aliran lava serta banjir besar mengakibatkan ramai petani mati juga masih satu pilihan kehidupan yang berbaloi.

Malah di seluruh negara lebih ramai rakyat yang mati sebab kemalangan jalan raya. Apa yang kerajaan harus buat bagi mengurangkan kematian di jalan raya?

Ahli politik dan pentadbir tidak perlu panik.

Jangan ganggu ekonomi Cameron Highlands kepentingan kepada Pahang.

6 comments:

Anonymous said...

apo ko cakap ni... ini sudah melanggar titah perintah tan sri tok mudin, ko sewel,apo... tan sri mudin kato kasi sapu bersih, sekali dgn org2 politik jika terlibat... ekonomi amenda kalau dah tergadai2 ekosistem... takde ekosistem, abislah ekonomi yg bergantung pada ekosistem macam pertanian..

ke ko risau, benda sama akan berlaku project telor ikan tu....

Anonymous said...

Anon 2:20am Cubo ko pikir. Apo dio dapet beghio ghio support musnahkan ekosistem di cameron tu. Demi kepentingan rakyat?? Pengusaha cino belako. Apo kojo ko jang? Kat Jerantut musnah ekosistem demi telor ikan Russia. Ko nak jadi ketuo pembela pemusnahan ekosistem ko? Kemusnahan dlm jangka masa panjang warisi alam untuk rakyat lebih besar dari apo yg ko dapet dlm jangka masa pendek. Lagi pulak towkey2 besar ni bila mereka dapati udara, cuaca dan nilai hidup di Mesia tidak selesa lagi untuk keluarga mereka, mereka akan migrate ke negara yg lebih nyaman. Mereka akan pilih negara yg banyak tumbuhan hijau, udara nyaman, ekosistem yg terkawal demi kebaikan keluarga mereka dengan wang hasil keuntungan perusahan di Mesia. Kamu tinggallah dengan anak cucu keturunan kamu makan telur ikan sturgeon Jerantut yg tercemar tu.

Anonymous said...

Tanah Lojing sebelah Cameron tu pun boleh nak di bangunkan... kenapa taknak...
Oops... tu kawasan PAS....
Sblm nie karam sing walia beriya buat laporan tanah lojing membahayakan alam sekitar lar. Tak terancang lar... sekali rupanyer Cameron lagi teruk

Anonymous said...

Banjaran Titiwangsa bukan dekat Cameron Highlands je ada.Tempat lain pun boleh bukak jugak.Suhu pun lebih kurang sama.Boleh tanam sayur bagai jugak.Tak menjejaskan ekeonomi langsung.Tak payah risau sayur tak cukup.
Tapi kerajaan negeri Pahang mana pandai.Dah tau British bukak Cameron tu dulu,Pahang dah dapat yang headstart yang tempat lain takde.Tapi tak pandai jaga,tanah senang2 bodoh je boleh tarah sesuka hati.Sibuk pasal illegal land clearing lah ape benda lah..Padahal kalau legal land yang ada dimaksimumkan kegunaan pun dah lebih dari cukup bagi orang makan sayur lah...Ni semua nak cari duit lebih je masuk kantung.Berapa banyak lagi kawasan nak clear?

Anonymous said...

Bodoh.. Cameron Highland tu adalah bukti kerakusan manusia merosakkan alam. Dah jadi mini Dhaka dah. Ramai Bangla & pendatang haram.

Anonymous said...

Aku senang je....tengok la puak mane yg menggondolkn CH dan hutan2 kat pahang ni....agak2 korang puak sape ea???? Cuba tanye wzwh n wan mizan kot2 diaorang tau hehehe