Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, November 26, 2014

DS Najib Lulus Dewan Serbaguna Kg Jerantut Feri

























Khabar gembira buat penduduk Kg Jerantut Feri bila DS Najib telah meluluskan peruntukan membina sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan masyarakat Kg Jerantut Feri dan Pedah yang bernilai RM1.2 juta.

Kg Jerantut Feri adalah sebuah kampung di tepi tebing Sg Pahang yang popular dengan perkhidmatan feri bagi mengangkut kenderaan, barangan dan penumpang menyeberangi sungai pada awal tahun 1940an.

Inilah bandar Jerantut yang paling awal kerana semua aktiviti ekonomi berpusat di sini. Bila perkhidmatan kereta api sampai ke Jerantut maka bandar baru Jerantut berkembang dekat stesyen kereta api.

Sebuah jambatan telah siap dibina  pada 1978 bagi mengantikan perkhidmatan feri.

Kg Jerantut Feri dalam DUN Tahan dan menjadi pinggir bandar Jerantut yang sedang membangun.

ECER telah memperuntukan RM9 juta bagi pembinaan rumah kedai bagi memberi peluang perniagaan bagi penduduk tempatan.

1 comment:

Anonymous said...

Best kat jerantut, banyak dapat ECER, kat Temerloh senyap jer.. tak tau pun ada bajet atau tak dan kalau adapun tak tau projek apa yang dibuatnya..