Nuffnang Ads

Pages

Monday, November 24, 2014

MB Pahang Saman Utusan RM15 Juta

alt

DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengikuti jejak langkah DS Najib dan Lee kuan Yew menyaman sesesiapa yang memfitnah politik.

MB Pahang, DSD Adnan Yaakob menghantar surat tuntutan kepada Utusan Malaysia untuk meminta maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM15 juta.

MB Pahang memberi tempoh dua minggu kepada Utusan untuk membuat permohonan maaf bermula 18 November lalu.

Ia ekoran artikel terhadap komennya mengenai masalah tanah runtuh di Cameron Highlands yang telah disiarkan dalam dalam akhbar itu dan edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

MB Pahang memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ dalam ruangan Awang Selamat yang disiarkan pada 9 November lalu.

Utusan menerima surat 18 November daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, lapor akbar UMNO itu.

Utusan tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai saman tersebut memandangkan ia bakal menjadi kes mahkamah.

Awang Selamat sebelum ini, tanpa menafikan peranan dan kerja keras DSD Adnan Yaakob, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

DSD Adnan Yaakob kemudian dikatakan berang dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

MB Pahang mahu mengembalikan maruahnya setelah diaibkan oleh Awang Selamat dalam column Bisik Bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia.

Langkah ini mengikuti Kerajaan Singapura yang banyak kali menyaman pemimpin pembangkang yang suka memburukkan kerajaan.

Sebelum ini DS Najib juga telah menyaman sebuah portal pembangkang.

Awang Selamat telah menyatakan beliau dan Utusan Malaysia sudah bersedia untuk disaman jika sekiranya MB Pahang mahu menyaman.

Tidak mengapa kerana Awang Selamat berani tulis berani juga kena saman.

Pepatah Melayu mengatakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa buruk padahnya!

Kalau Awang Selamat minta maaf kepada MB Pahang dalam masa 2 minggu bermula dari 18 November 2014 mungkin saman itu boleh diabaikan.

6 comments:

Anonymous said...

Tindakan spt ini hanya menjauhkan rakyatdrp kerajaan...Dato'Nan patut terima hakikat dan beri laluan kpd barisan kepimpinan baru yg intelektual dan dinamik utk pegang tampuk kepimpinan negeri..WZWH mungkin salah seorang darinya...

Anonymous said...

kira dato nan rasa hebat la tu nak saman. guna pulak peguam penyokong pembangkang. dato nan kalu kat pahang, majlis yg dihadirinya selalu lambat datang. tapi kalu ada orang lain yang lebih tinggi jawatan, pandai pulak dia datang awal. tu yg nampak hebat.

Anonymous said...

"Kalau Awang Selamat minta maaf kepada MB Pahang dalam masa 2 minggu bermula dari 18 November 2014 mungkin saman itu boleh diabaikan"

Suka saya nak menyatakan kepada dato' ini kes mahkamah ye dato..kes mahkamah..yang telah di fail..mcm mana dengan permohonan maaf boleh dilupakan shj..saya mintak tolong sngt2 dengan dato' ye..sebelum keluarkan kenyataan..kaji setiap tulisan terlebih dahulu..jangan main tulis je..risau nampak kebodohan nanti..

Anonymous said...

buat apa nak mintak maaf pada orang yang kurang hajar, teruskan awang, lebih banyak lagi boleh di bongkar dalam mahkamah

Anonymous said...

kas suka amet weh saman menyaman neh. semua aka bogel napok habis batu telor ikan gon tu. macang gon nok buat projek ikan natang ten ten tu lah. leh buat belanja nak lawan ketua bahagian dan bawa lagi beg menjelang pru ke 14 la pulok.

Mohd Fadzli said...

Dah lama sgt da jadi mb...bagi la muka baru pulak membangunkan ng pahang...