Thursday, April 12, 2012

Apa Perancangan BN Untuk Memajukan Kampung Tradisional Pulau Tawar?



Membaca Blog Parlimen 81 sila klik sini menyentuh hati WZWH mengenai Kampung Tradisional Pulau Tawar yang terpinggir dari arus pembangunan.

Komen dari pembaca..


Itulah jadinya kalau pulau dah jadi tawar pemimpin dah tawar hati untuk berkhidmat rakyat juga dah tawar hati untuk menyokong......

Ditambah kenyataan Yohanis Ahmad Ketua Pemuda PAS Jerantut, anak jati Kampung Tradisional Pulau Tawar @ anak peneroka Felda Gelanggi dalam FB Salasilah Keluarga Pulau Tawar...


"Lihatlah bagaimana nasib serta kedudukan Kampung Pulau Tawar hari ini SELAMA 50 TAHUN BAWAH BN , sepatutnya telah maju dan jadi tempat utama tumpuan pengkaji sejarah .., Kompleks Sejarah Negeri Pahang dibangunkan di Kampung Pulau Tawar ( seperti Perak bangunkan Pasir Salak ) , masa depan anak muda yang tidak dibela oleh BN , Rumah PPMS yang sangat doif ,dan banyak lagi akan saya sebut dan tuntut dekat PRU akan datang , seluruh nasib warga Pulau Tawar akan dibela tanpa mengambil kira fahaman politik kerana saya sayangkan kampung halaman !!!!"

WZWH tidak boleh tidak bersetuju dengan kenyataan Yohanis Ahmad. Benda yang pincang perlu diperbetulkan dan diperbaiki.

Orang-orang politik sudah tidak pandang lagi kepentingan Kampung tradisional Pulau Tawar dalam meraih undi mereka kerana undi Kampung tradisional Pulau Tawar hanya dalam lingkungan 1000 sahaja berbanding dengan undi dari peneroka Felda yang begitu ramai sekarang ini . Siapa nak menang DUN Pulau Tawar mesti memenangi hati peneroka FELDA . Itu adalah realiti . Jadi orang Kampung tradisional Pulau Tawar sudah kehilangan kuasa politik secara TOTAL.

Felda Jengka 8 asalnya adalah tanah hutan yang terletak dalam kawasan simpanan Melayu Pulau Tawar . Ramai orang Pulau Tawar dulu-dulu meneroka tanah di sekitar Felda jengka 8 . Bila peneroka datang orang Pulau Tawar terpaksa serahkan kembali tanah yang diteroka kepada pengurusan Felda sebab tanah diteroka secara haram .

Dengar khabarnya kedatangan  PM DS Najib ke Felda Jengka 8 (dalam Parlimen Jerantut) pada 8 Mei 2012 nanti juga untuk mengumumkan durian runtuh yang dikatakan agak besar kepada peneroka FELDA. Orang Pulau Tawar yang meneroka sudah lebih 400 tahun menetap di sekitarnya tidak mendapat apa-apa ke?

Apa perancangan BN untuk memajukan Kampung tradisional Pulau Tawar?

35 comments:

Anonymous said...

Kali ni kwn rasa awk nampak rasional sikit, Wan. Cuma kwn nak komen sikit ttg sikap orang2 Pulau Tawar ni.

Dulu dulu lagi kwn tgk orang Pulau Tawar ni pemalas, walaupun bukan semua tetapi majoritinya begitu. Kwn ingat lagi zaman kwn naik bas syarikat Jelai, masa tu jln lama. Tiap2 pagi kalau lalu kat simpang tu penuh berlonggok kat kedai kopi. Sekarang ni plk, cuba Wan lalu malam2 dalam pkl 12, ada jgk lagi bebudak tu melepak sama ada kat kedai kat pejabat pertanian, bawah lampu kat tapak pasar mlm atau seberangnya. Naik hairan kwn memikirnya. Macam dah jadi tradisi atau sumpahan pulak. Kebun2 getahnya kadang2 yang menorehnya pun orang luar.

Kalau berkawan plk, jika dibandingkan dgn orang tembeling, kwn lebih suka orang tembeling. Hati perut diorang elok sikit. Ini pendapat kwn yang membesar di Felda dan sekarang ddk di bandar Jerantut la. Bukan kwn nak membodek awk, Wan. Kwn kenal awk semasa zaman Pemuda dulu walaupun awk x kenal ke kwn. Orang Tembeling ni dr segi bercakap kasar sikit tp hatibudi dia bagus.

Itulah sebenarnya faktor utama kemunduran Pulau Tawar pada pemerhatian kwn. Nak kata infrastruktur, jalanraya dah ada malah lebih dekat dgn bandar berbanding tempat2 lain. Bayangkan, ada seorang dr Selangor dulu datang menyewa kat Pulau Tawar sekarang dah mempunyai tanah sendiri di Pulau Tawar sama ada kebun atau tapak rumah. Rumah dia pulak besar dr orang jati kampung tersebut. Orang Bukit Nikmat dan Batu Leja pun boleh maju jgk berbanding Pulau Tawar. Ada sahabat saya (orang Pulau Tawar) kalau nak maju kena keluar dr Pulau Tawar, dia cakap bukan saya yang cakap. Kami sama2 graduate dan sama2 kerja sendiri, cuma saya di Jerantut dan dia nun di ibukota

Anonymous said...

En WZWH, apa yg Anon 12:18AM sebut tu sikit sebanyak betul juga....namun kelemahan ketara orang Pulau tawar ini kerana ketiadaan pemimpin berkalibar yg boleh menjadi dominan dalam masyarakatnya. Kalau adapun mereka2 yg berbakat, semuanya meninggalkan kg dan bermausatin diluar terutama di Kuantan atau KL.
Berbanding dgn Tembeling, Pulau Tawar ketinggalan dalam melahirkan para2 graduan untk menjadi pemimpin pada hari ini... Pada era 70an kalau Tembeling dapat melahirkan Dato' Wan Bakar (graduan MU) selain beberapa lagi nama termasuk lepasan oversea, Pulau Tawar cuma melahirkan Hamzah Teh (org Kg Teluk) dan Syed (Kg Periba). Hamzah Teh ini tidak diasah bakatnya sehingga hilang entah kemana manakala Syed pernah menjadi AJK Pemuda Bahagian dan selepas itu lenyap bagitu saja.

Ini nasihat saya, kalau Pulau Tawar nak maju, panggil balik para2perantau2 (cendikiawan/ahli koprat) dan buat satu dekelarasi bahawa ADUN Pulau Tawar mesti diberi kepada anak jati Pulau Tawar dan jika hal ini tidak dilayan semuanya pakat berekempen menyokong PAS...biasanya jika pembangkan kuat, sesuatu kawasan bertambah maju...

Anonymous said...

WZ patut jadi calon Pulau Tawar. Makcik dan pakcik Felda pasti sukakannya...Diharap PM dapat pertimbangkannya.

Quiet Despair said...

Sudah tiba masanya Najib berikan perhatian lebih to orang kampung traditional. Terlalu banyak penekanan to orang Felda, orang India dan orang Cina.
Orang kampung adalah fixed deposit BN.Orang Felda are either hard-core Pakatan voters or BN voters.
From now on should concentrate on ordinary Malay folks and the young Malays. Najib has done lots to engage the young. But if you see the FB comments, some of my age group are so anti him. Opposition dah menjalankan jarum mereka.
Bro, saya nak tengok you and bro Sak berentap di Pulau Tawar. Amacam?

Anonymous said...

Diharap Yuhanis tu dpt jd calon utk Dun Pulau Tawar kerana walaupun dilahir dan dibesarkan di Kota Gelanggi 1, asal usulnya Pulau tawar. Bapa saudara dia pun pernah jadi calon Pas utk Dun Pulau Tawar satu ketika dulu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

QD,

Sakmongkol AK47 level parlimen bro. Senang Sakmongkol nak berentap hujah dengan DS Najib di parlimen. DAP perlu korbankan satu kerusi parlimen majoriti Cina buat Sakmongkol bertanding.

Anonymous said...

Salam Engku...,

Kawan rasa komen2 berpunca dari isu yang dibawa oleh Engku. Kawan setuju dengan komen dan setuju dengan isu. Jika tiada isu tiada komen. Perkara yang menarik disini, sampai bla pemimpin nak "rencah" jalan untuk kemajuan jika tidak dimulakan oleh penduduk setempat. Malangnya pula apabila penduduk tempat "rencah", pelbagai alasan pula dari pihak berkuasa, ini tanah kerajaan, ini dah digezet untuk pembangunan. Ini reserve "Melayu" tapi malangnya setelah berlalu 30/40 tahun kawasan tersebut terpaksa diserahkan kepada pihak berkuasa. Apasalahnya dibuat secara adil siapa penduduk tempatan diberikan hak milik sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memajukan gulungan tersebut. Perkara ini sudah lama berlaku. Sabit itu orang "melayu" terus mundur, sehingga lama kelamaan mereka terpaksa berada di "kaki langit". Bila nampak sedikit kemajuan orang yang mengusahakan di halau diberikan kepada "orang yang lebih berhak" kononnya!!!...
Ingat Allah telah sediakan "dua" tempat diakhirat kelak. Siapa yang menjadi "incharge" yang baik dibalas baik dan begitu sebaliknya. Allah SWT lebih menilai hati dan gerak geri seseorang, sebab perbuatan Allah SWT tahu jujur atau sebaliknya...

Bukan berkhutbah di pagi Jumaat. Sekadar renungan bersama.

Anonymous said...

"Lihatlah bagaimana nasib serta kedudukan Kampung Pulau Tawar hari ini SELAMA 50 TAHUN BAWAH BN , sepatutnya telah maju dan jadi tempat utama tumpuan pengkaji sejarah .., Kompleks Sejarah Negeri Pahang dibangunkan di Kampung Pulau Tawar ( seperti Perak bangunkan Pasir Salak ) , masa depan anak muda yang tidak dibela oleh BN , Rumah PPMS yang sangat doif ,dan banyak lagi akan saya sebut dan tuntut dekat PRU akan datang , seluruh nasib warga Pulau Tawar akan dibela tanpa mengambil kira fahaman politik kerana saya sayangkan kampung halaman !!!!"

ini sebenarnya tipikal pemikiran orang PAS yang selalu menyalahkan orang lain. sikit2 salahkan orang lain tanpa merujuk kepada kelemahan diri sendiri. Denial syndrom telah meresapi pemikiran kerana terlalu taksub kepada parti.
berparti bukan berpolitik.
sebenarnya orang pulau tawar terkenal dengan sifat asobiyyah mereka. kisah kuat bertumbuk, tak bercampur dengan orang luar dan prejudis terhadap orang asing adalah ciri mereka. walaupun suka bertumbuk telah berkurangan tetapi sikap itu tetap subur apabila doktrin parti mula meresapi pemikiran mereka. ini jelas bagi genarasi 40an keatas.

Ketandusan Pemimpin Islamik.
sepatutnya surau Mujahidin di simpang pulau tawar yang menjadi markas PAS menjadi kilang bagi melahirkan pemimpin dan pemuda yang berdaya maju. namun apa yang mengecewakan ialah markaz tersebut tidak membuahkan hasil yang diharapkan sebagaimana digembar gemburkan bila mereka memerintah negara. Mereka kegerasangan pemimpin yang boleh memandu semangat pemuda ke arah Islam. pemimpin-pemimpin mereka semua direject oleh tok guru nik aziz kena mereka ini adalah perokok2 tegar. dari timbalan YDP hinggaka imam2 semuanya kaki rokok. AJK PAS pulau tawar jangan citerlah apatah lagi pemuda2nya. ini menunjukkan satu sikap yang tidak dapat diterima dalam masyarakat islam yang baik. surau itu nampaknya hanya berjaya melahirkan atlet2 dart, pinpong dan juara2 futsal sahaja tidak lebih daripada itu.

Kenapa Sadikin Kaya???
Kita hanya menyalahkan orang lain bila kita gagal. persoalan yang timbul, mengapa sadikin yang datang sehelai sepinggang ke tanah Pulau Tawar telah berubah nasibnya.. adakah kerana dia orang Umno??? sadikin non-partisan tetapi seorang yang sangat komited dengan agama. hari ini kita ingin menjustifikasikan kelemahan kita dengan meng'kambinghitam'kan orang lain.
projek-projek pertanian di sana juga telah mula diterokai oleh petani2 cina yang menyewa tanah penduduk di sana.

Budaya Kuat Bermain

pulau tawar juara bolasepak bukanlah pengukur kemajuan mental dan fizikal penduduknya. banyak juga negara-negara mundur yang tinggi rankingnya dalam bola sepak tetapi ia merupakan negara mundur. brazil dan argentina bukanlah negara maju. umatnya membesar dengan bola tetapi mereka hidup dalam kemiskinan. bagaimana padang dan tempat permainan di pulau tawar?? Kalau kita pergi pasti ada sahaja orang yang sedang bermain. kita hanya boleh bersatu dalam bola tetapi dalam perkara lain agak sukar. mengapa tiada kepala dan beramai untuk buat tuntutan dan demo terhadap isu bukit timah, PPMS dan isu tanah jengka lapan. ada tak memeorandum daripada oarng pulau tawar terhadap isu tersebut?? atau sekadar cakap2 belakang sahaja???

Pemuda Kehilangan Arah.

tanda 'kelemahan' sesebuah kampung diikur daripada pemudanya.
1. berapa ramai yang berniaga. ini melambang sikap berdikari.
2. berapa ramai yang tidak berkahwin. ini melambang input msyarakat yang tidak berperancangan.
3. penggunaan masa kosong. sikap suka berpeleseran menunjukkan mereka tiada kerja. tidak hairanlah di pulah tawar ada hampir 15 warung yang tesedia untuk mereka melepak. sebab itu juga jangan hairan kalau FB salasilah mereka maju kerana ada penulis2 yg tiada krja yang sedia mengorban masanay di situ.
sebab itulah kita boleh baca komen2 'hampas' mereka bila dilontarkan kritikan.

Terimalah Kritikan....

Anonymous said...

nampaknya sumpahan aki malik ulama dulu-dulu yang dianiaya oleh orang pulau tawar masih belum berakhir!!!

sumpahan aki malik-takkan ada orang pulau tawar yang akan jadi pemimpin!!

malang sungguh nasib orang pulau tawar!!!!

Anonymous said...

Bagi membuat sebarang penilaian terhadapa sesuatu kemajuan,perlunya analisa yang terperinci kemajuan yang telah dilaksanakan dahulu dan sekarang.Cuba lihat kemajuan taraf pendidikan anak-anak kampung pulau tawar.saya percaya sekiranya analisa dibuat secara terperinci baru nampak dimana tahap sekarang.Insyallah pemimpin dari Pulau Tawar akan muncul pada masa hadapan.

Anonymous said...

Cuba lihat tahap perkembangan pembangunan sekolah rendah kebangsaan pulau tawar,sekolah menengah agama pulau tawar,sekolah kebangsaan perian,sekolah menengah kebangsaan pulau tawar ,semuanya telah membangun berbanding dahulu.

Anonymous said...

Kami yang graduate dari pulau tawar ni mungkin bersikap low profile tetapi dalam senyap kita buat sumbangan kepada masyarakat kampung.

Anonymous said...

Setuju. Aku adalah anon yang pertama di atas tu. Inilah benda yang aku nak sampaikan tp awk ternyata lebih pandai mengolahnya. Inilah realitinya

Anonymous said...

sape aki malik teh. amenda om pulau tawar telah buat

Anonymous said...

Sebenarnya Pulau Tawar telah melahirkan ramai lulusan universiti dalam atau luar negeri. Jika mereka ini dikumpul, kita boleh tanya apa jawatan mereka...ramai yang berjawatan tinggi. Disebabkan kesibukan, maka jarang pulang kampung. Yang berpandangan jauh akan tinggalkan kampung sebab peluang banyak ditempat lain

Kalau bab duduk kedai kopi itu bukan org pulau tawar saja...semua tempat macam tu..kenapa tak pertikai org yang minum kat kopitiam, papparich dsbnya?

Anonymous said...

memang ramai yg graduate tapi dimana?? sebab om pulau tawar tidak menghargai mereka. mereka lebih menyanjung mereka yang tidak habis belajar untuk membimbing mereka. contohnya maulana jauhari yang berada d sungai salan, berapa kali diberi peluang untuk berkhutbah, sedangkan beliau dipilh untuk berceramah seluruh pahang termasuk di radio. mengapa om pulau tawar tidak menggunakan ilmu beliau??? ini menunjukkan mereka tidak menghargai ilmu dan ulamak. mereka sangka yang pekat hijau itu sahaja ulamak dan boleh didengari padahal ilmu mereka ini sangat dangkal, separuh masak. asyik nak berkempen dan memarah orang je...
bermuhasabahlah om pulau tawar...

Anonymous said...

cuba nisbahkan 15 kedai kopi dengan penduduk 300 buah rumah... banyak tu beb.

Anonymous said...

kahkahkah..semua yg bg komen, kg deme begitu jugekk..WZWH yg terror jd batu api nya..berlambak2 bdk pulau tawar ni graduate dr dlm dan luar negara, takkan nk bg tau seluruh mesia pulak..p la mana2 kg dlm mesia ni, asal kg tradisional memg berlambak2 la kedai kopi..vroom sana vroonoom sini ampu sana ampu sini, hari2 rupa2nya duk mengkaji hal org pulau tawar...kikikiki..tp kg deme2 semer pon sama jugek..tahniah WZWH krn berjaya jd batu api dlm hidup masyarakat melayu pahang ni..WZWH ni bkn nya jenis nk sokong tp selalunya jenis kaki bukak pekong org je..hehehhe..buka la isu Ulu Cheka pulak ke, Tebing Tinggi ke, Damak ke,tembeling tak yah lah sbb bau arak dr taman negara berbau sampai ke bdr jerantut ni ha..

Anonymous said...

om pulau tawar kena muhasabah... jangan jd mcm mentaliti om PAS . UMNO boleh mengapa kami tak boleh, umno dengan cina takkan pas tak boleh.nengok kelemahan orang demi menjustifikasi kelemahan kita..
sedarlah diri... om pulau tawar lemah. graduan ramai pun masing2 tidak di gunakan atau dipinggirkan...

Anonymous said...

ӏ hаrdlу cгeate rеѕponsеs,
but і ԁiԁ some seаrching anԁ
ωound up hеrе "Apa Perancangan BN Untuk Memajukan Kampung Tradisional Pulau Tawar?".
And I do have a fеw questions fοr you
if you tеnd nοt to mind. Is it onlу me or
doeѕ it look like a few οf thе resρonses look likе coming
from brаin ԁеad individuals? :-Р And, if you
aгe ωriting at other online siteѕ,
ӏ would like tо κeeρ up
with everything fгeѕh you hаvе tο pоѕt.

Сould уou list of thе cоmplete uгls of your social sіteѕ like yοur Facebooκ рage,
twitter fеed, or linkedin prоfile?

Look at my websitе :: http://bikipduongda.com

Anonymous said...

It's actually a nice and helpful piece of info. I'm
satisfied thаt you ѕhareԁ this useful info with uѕ.
Plеase stay us іnfoгmеd like this.
Thanks for sharing.

Check out my page ... payday loans

Anonymous said...

I ԁοn't even know how I ended up here, but I thought this post was great. I don't knoω
who you аre but definitely you're going to a famous blogger if you aren't аlready ;)
Cheers!

Μy blog pоst :: payday loans

Anonymous said...

Gгeat web ѕite уou have got here.
. It's hard to find excellent writing like yours nowadays. I really appreciate individuals like you! Take care!!

Also visit my web-site payday loans

Anonymous said...

Whу ѵiewеrѕ ѕtill maκe use of tο read news pаpers whеn in
this technоlogical ωoгlԁ eveгything is preѕеnted on
nеt?

Visit my webpage: Payday Loans

Anonymous said...

ӏ visited seѵeral blоgѕ but the аudiο quality
for audio songs pгesеnt at this ωeb page iѕ trulу marνelous.


Fеel free tο vіѕit my site; Same Day Payday Loans

Anonymous said...

Great wеblοg right heгe! Also уоur web sіtе ratheг а lot up fаst!

What web host are you the uѕаge of?

Can І am gettіng your associаtе hyperlink fог уouг hοst?
I dеsire my web ѕіtе loаdеd up аѕ
fast аs уours lol

Feel frее to ѕurf to mу website .
.. cash advance

Anonymous said...

WOW just what I was searching for. Came here by searching
for stargames.de

Also visit my webpage novoline book of ra

Anonymous said...

I just like the valuable informatiοn уοu supρly on yοuг artiсlеs.
I will boоkmаrκ your blog and test аgаin right heгe frequently.
I'm relatively certain I'll leaгn plenty of new ѕtuff proρeг
here! Best of luck for the following!

Looκ at mу web page :: payday loans

Anonymous said...

Fantaѕtic gooԁs frοm you, man.
I've understand your stuff previous to and you're ϳust tοо ехсellent.
Ӏ really like ωhat you've acquired here, certainly like what you're stаting and the
ωаy in whіch you ѕay it.
Үou make it entertainіng and you stіll cаre fοr tο κeеp it sеnsible.
Ӏ саn not wаit tο гead
far moгe frοm yοu. This іѕ really
a tгemendous ωeb site.

Herе is mу web blog - loans for bad credit

Anonymous said...

We stumbled over here coming from a different web address and thought I should check things out.
I like what I see so now i am following you.
Look forward to looking into your web page for a second time.


Here is my blog post - book of ra android gratis

Anonymous said...

Hi! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?
I'm getting tired of Wordpress because I've had issues with hackers and I'm looking at alternatives for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.

Look into my site; book of ra download

Anonymous said...

Well, if for eхample you have a weight lifting regimen that includes
12 exercises, group the movements in sets of 3.
I'll fіrst touch a bit on nutrition and dieting since I feel
it's the most important аspect to fat loss. , ӏ was given the following messagе upon setting this goal:.


Feel free to visit my homepage turbulence Training Pdf

Anonymous said...

that you rest your obligation as stipendiary off kickoff.
A few transactions change love passed, go on to statistical distribution your creation. You should act the uncomparable way to ambience for buying purposes.

hence, gather it easier for them to get the well-nigh
responses from. When buying online, determine the michael kors handbags Michael Kors Purses michael kors handbags
Cheap NFL Jerseys cheap jerseys different ambitious gemstones.
These tricky stones can be same effective way to endow
in is a unceasing. We take care train in penury of acknowledgment salutation friendship charges on your own.
It's measurable that all not businesses are
prepared to worker fix your ledger entry composition board applications present always

Also visit my weblog :: Sac Louis Vuitton

Linda123456 said...

Cheap Soccer Jerseys don't have any

players, in place "within the next week or so." He said he has no plans to employ the.coach outlet wallets services of an outside s.2018 World Cup Nike Soccer Jerseys earc.Herve Leger Dress On Sale ch firm.Authentic Nike Air Jordan . But he a.ray ban sunglasses wholesale lready has done .soccer jerseys brazil background checks.herve leger jumpsuit , vetting pot.ray ban sunglasses rb2132 ential candidates,.adidas ace 16 kids "focusing on probably a doz.ray ban sunglasses red en folks," Martin said.soccer jerseys long sleeve ."I've been watching several very closely this last year," Martin said. "Not so much in terms of wins and losses, or their offensive or defensive strategy. I've been watching their press conferences. How do they present themselves? Because let's face it, for all intents and purposes, the head football coach at the University of Michigan is the face of this institution. And I know that."He also knows the fervent Michigan fan base already has identified its own short list, headed by Les Miles, the coach at LSU, the nation's top-ranked team, and a former Wolverine player and coach who has made no secre

resent or even close with his background and resume."I don't have any knowledge of (the 1996 incident). I hate to be a rumor monger. I was told they were some quote-unqu













Anonymous said...

replica prada nylon bags replica bags in gaffar market replica bags nyc

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...