Sunday, April 1, 2012

WZWH Bersama Peminat VIP Pembaca Blog WZWH

















WZWH bersama peminat VIP pembaca Blog WZWH iaitu ahli politikus yang popular dan rajin turun padang buat kerja di Jerantut iaitu Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut dan Dato' Lau Lee ADUN Damak.

Di majlis kenduri kahwin anak sepupu WZWH di Taman Inderapura Jerantut, WZWH berkesempatan meluangkan masa bersama peminat VIP pembaca blog WZWH iaitu YB Dato' Lau Lee ADUN Damak (BN) dan Dr. Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kedua tokoh ini sering mengikuti blog WZWH kerana blog WZWH banyak memaparkan cerita perkembangan politik Jerantut. Kedua-dua isteri tokoh ini juga pun peminat blog WZWH.

Dalam pertemuan ini Dato' Lau Lee tertarik dengan posting WZWH provoke DAP supaya letak calon Melayu di DUN Damak, parlimen Jerantut. Dato' Lau Lee percaya DAP tidak berani berbuat demikian.

Dato' Lau Lee bertanya kepada WZWH kenapa Mesyuarat khas AJK UMNO Bahagian Jerantut yang diadakan di Hotel Royale Raja Chulan KL pada petang Jumaat bagi membincangkan calon-calon UMNO PRU 13 tanpa kehadiran YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merangkap Timbalan UMNO Bahagian Jerantut yang sedang beribadah di tanah suci.

WZWH jawab itu keputusan UMNO Bahagian Jerantut yang dikuasai oleh 2/3 orang membuat keputusan.

Dr Hamzah Jaafar calon PAS parlimen Jerantut bertanyakan kepada WZWH adakah betul DS Najib mahu turun Jerantut terutama ke kawasan Felda. WZWH jawab kemungkinan DS Najib mahu umum durian runtuh kepada para peneroka hasil penyenaraian Felda.

Dr Hamzah Jaafar kata kalau PAS memerintah Putrajaya, PAS pun boleh beri dan berbelanja besar untuk rakyat. Ekoran itu pada 8 hb April 2012 nanti seluruh kepimpinan PAS Pusat diketuai oleh 'top gun' seperti Tuan Guru Hadi Awang, Salahuddin Ayub, Mahfuz dll akan bertandang ke Jerantut bagi memberi sokongan moral kepada PAS Jerantut.

WZWH tanya Dr Hamzah Jaafar kenapa mahu bawa turun jentera Pusat PAS ke Jerantut. Dr Hamzah Jaafar kata oleh kerana jentera heavyweight seperti DS Najib dan Ku Li turun parlimen Jerantut maka PAS pun mahu tunjuk kekuatan.

Dalam hati kecil WZWH berkata bijak juga politik YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut boleh buat Jerantut mendapat perhatian.

Dr Hamzah Jaafar mahu WZWH adakan debat bersama YBM Tengku Azlan. WZWH hanya tersenyum dan ketawa bila Dr Hamzah Jaafar cakap mungkin Tengku Azlan tidak suka berdebat elok ganti dengan YB Dato' Wan Amizan pun tidak apa.

Dr Hamzah Jaafar sempat bertanya kepada YB Dato' Lau Lee ADUN Damak bila Projek membaikpulih Jalan Jerantut-Benta siap dan dijawab Dato' Lau Lee kalau ikut jadual pada bulan Disember 2012. Dr Hamzah Jaafar juga mahu tahu bila Projek Highway Jerantut-Benta boleh kerajaan buat. 

Dr Hamzah Jaafar peminat VIP blog WZWH walau berniaga di KL tapi kerap turun padang ke Jerantut. Beliau betul-betul serious mahu memenangi parlimen Jerantut PRU 13. Kalau dilihat dari statistik PRU Jerantut yang sudah-sudah memang Dr Hamzah Jaafar calon winnable parlimen Jerantut.

Calon BN parlimen Jerantut PRU 13 nanti perlulah ditonjol dari sekarang dan mula menyiapkan segala jentera PRU yang kemas, cekap dan berkesan.

Sebelum Dr Hamzah Jaafar pulang ke KL sempat WZWH berkata," Dr Hamzah, anta memang calon parlimen Jerantut PRU 13  yang popular dan berpotensi serta kuat di Jerantut.

Jawab Dr Hamzah Jaafar, " WZWH, anta buatlah yang terbaik!"

10 comments:

Anonymous said...

DS najib akan turun ke Felda yg berada dalam parlimen Jerantut untuk serahkan 'durian runtuh'....??? Ana juga akan turun ke Felda2 yg berada dlm kawasan DUN P.Tawar utk membantu Dr Hamza memberi penjelasan kpd para2 peneroka bagaimana DS Najib akan meruntuhkan Felda dgn menyerahkan 360,000 hektar tanah ladang sawit (pada asalnya utk diserahkan kpd peneroka) kpd FGVH melalui projek listing....(listing bermakna tanah ini bukan lagi menjadi hak milik mutlak Felda)...

Kalau En wan boleh jelaskan isu ini juga lagi baik...boleh kita sama2 jelajah Jengka 12, P'Piol, KG dll tanah rancangan....Isunya ialah:-
1) Mengapa FGVH perlu dilistingkan (tujuan sesuatu listing adalah utk mendapat modal)sedangkan Felda sendiri memiliki modal tunai yg besar dengan pendapatan sekitar RM2 billion melalui ladang sawitnya seluas 360,000 hektar serta pegangan eqiti 49% dalam FHB yg sentiasa beroleh keuntungan sekitar RM800 juta setahun.
2) KPF adalah milik peneroka/kakitangan felda dan ia memiliki 51% share dalam FHB. Dgn prestasi FHB yg sangat baik semejak berpuluh tahun membolehkan ia membayar dividen yg tinggi kpd KPF sebagai pemegang saham utama dan seterusnya KPF berupaya membayar dividen pada kadar yg tinggi kepada ahlinya iaitu kira2 18% setahun (termasuk zakat)...adakah KPF boleh mengekalkan prestasi jika FHB dibubarkan dan diserah kepada FGVH yg mempunyai bidang perniagaan yg berisiko tinggi...

Anonymous said...

...sambung Isu FGVH hendak dilistingkan (tadi rehat sekijap pergi pekan sari).

3) FGVH mencatat prestasi buruk semejak ianya ditubuhkan pada 2007. Yg paling mendukacitakan pelaburan di US dan Canada melalui pemilikan syarikat TRT US dan TRT Etgo yg mencatat kerugian besar semejak Felda membelinya dgn nilai pelaburan kira2 RM1 billion. Cuma pada tahun lepas kilang TRT US untung RM2.5 juta itu pun setelah busness model diubah dari membeli minyak dan menjual produk kpd mengambil upah memproses minyak Felda dgn dikenakan upah memproses (toll) yg tinggi agar ada margin keuntungan...kalau macam ni siapa2 pun boleh buat busness atau Felda buat saja kilang di Temin ...Jadi adakah projek listing FGVH ada kaitan dengan kerugian ini...

Saya bangkit perkara ini agar En Wan jangan terlalu ghairah dgn projek memunahkan Felda oleh DS Najib...semoga EN Wan dapat pencerahan mengenai isu ini...

Anonymous said...

Mengkarok la UMNO jerantet nok jawab..yang kawan tingok dalam komen anon-anon dlm WZWH ni.biler org PR komen je soklan-soklan mesti dgn fakta,bile bhgn org umeno nak jawab yang keluor kutuk dan mengata yang fotnah baik pd wzwh juga pada tokoh tokoh umeno jerantet lain.haa,bagi la lagi ajk ameno jerantut tu urang tak sekoloh belake.deme kalau de fakta pun tak reti nak menjawob pasal malas membaca belaka mekale ketua cawangan pun gitu jugek..dari cawangan pedoh bawak kegusai bawok ke jengke naik ke lepor patoh balik ke cawangan bando mat kilaunye terus ke batu satu sampai sempadan pusing ke perlok masuk balik ke jerantet hilir.taknyer ader umat ameno hok buleh jawobnyer sedang fakta tu ada je untuk menangkis fitenoh urang pas tadik.menbace la deme wahai ameno jangan jadi katok kena sekup bawoh tempurong zaman doh 2012 ni.

Anonymous said...

Kas nok komen kenyataan anon 7.59PM...

Mada ade AJK UMNO Bhg yg cerdik2..apa tah lagi ketua2 cawangan...kebanyakannya bekas kerani atau tentera/polis pencen. Makhluk yg cerdik tak akan menyertai UMNO Mahathir ni...UMNO yg busuk lagi membusukkan...lebih baik sokong PAS...

Anonymous said...

Dalam satu kursus jabatan yang pernah saya hadiri, beberapa tahun lepas di Melaka, saya terpegun dengan kenyataan penceramah iaitu salah seorang dari panel pemikir JASA. Beliau menyatakan:

"Ketika saya menjadi Ahli Parlimen, Tun Ghapar memberi nasihat kepada saya: jika kamu pergi ke kampung-kampung, cakaplah bahasa yang mudah-mudah, jangan cakap bahasa tinggi-tinggi".

Kemudian dia meneruskan: "kami seolah-olah diberi nasihat untuk membodoh-bodohkan orang kampung".

Tun Musa pernah berkata: "politik UMNO adalah politik kampung". Ini bererti majoriti Melayu yang menyokong UMNO adalah orang-orang kampung. Orang-orang biasa yang masalahnya tidak complicated dengan 'rules of law', dengan 'ketirirsan dan ketelusan', 'human or even cat's right'.

Mereka hanya 'beautiful little peoples' yang mengharapkan kerajaan membawa pembangunan dan bantuan. Namun mereka adalah majoriti dan antara penentu undi.

Dilemanya adalah: dalam era Tun Mahathir bercakap tentang golongan professional semakin kurang ditonjolkan dalam UMNO diperingkat cawangan dan bahagian, UMNO masih menghadapi masalah antara memilih 'Stalin' atau 'Trosky'.

Sangat jelas grassroot UMNO dan kebanyakan undi memerlukan 'Stalin'. Intelektual seperti 'Trosky' hanya boleh bercakap soal-soal elit namun mungkin tidak sanggup 'ke dapur dan ke lumpur'(meminjam ungkapan A. Samad Said dalam 'Daerah Zeni')

Dan golongan 'beautiful little peoples' ini mungkin lebih mempercayai 'their own kind'.

Dilema kepada UMNO adalah bagaimana boleh mewujudkan golongan professional yang boleh diterima masyarakat luar bandar yang 'tidak terlalu elit, tidak terlalu tinggi bahasanya dan tidak terlalu idealist'. Dan dilema kepada golongan professional adalah bagaimana mereka boleh turun ke bawah tanpa hilang idealisme professionalisme mereka.

Anonymous said...

Hurmm.satu dari hujahan ilmiah yang memberangsangkan.terkesima.

Anonymous said...

Fuck u!!! wzwh tak pakai di org umno sendiri blah la!!

Anonymous said...

aNON ada gona bahasa baguih, hang dok perabih behgas Umno apaa pasai hang pielah cakak kat ummah hang sdiri bahasaa hang tu cammana adik2 abang2 makbapak hang depa thaghima kaa. Setahu itulah bahasa ketua pukakangkang cakap bebelit2...

Anonymous said...

Ko memolek sket anon 1252 am.nak fuck fuck org tu je la bahasa inggeris yg ko tahu.belajo tak tinggi mana bahasa inggeris pun tak reti pastu duduk dalam umno.orang macam ko lah yang membusukkan umno jetantut ni.ko blah.

Anonymous said...

Makan nak sedap, tidur nak lena,pakai nak cantek2,kereta dan umah nak besar dan bini nak cantik dan 2-3-4 orang TAPI....... kerja malas. Yang depa tahu menjual segala khazanah neegeri yang....asal cepat kaya. Yang kenyang cukong2 yang berada sekeliling deme, itulah dia orang2 U...M...N...O... pasal mengangguk no 1. tun mahathir kata tun saleh abas tak layak jadi hakim orang orang umno angguk, nuar peliwat orang umno angguk, melayu mudah lupa org umno angguk, maalang nya nasib melayu......

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...