Sunday, April 15, 2012

DS Najib Akhirnya Akan Turun Ke Felda Padang Piol DUN Tahan Parlimen Jerantut...


Pada mulanya DS Najib dijangka akan turun ke Felda Jengka 8 bagi mengumumkan durian runtuh atas permintaan pihak pengurusan Felda namun DS Najib mengubah keputusan turun ke Felda Padang Piol dalam DUN Tahan Parlimen Jerantut.

WZWH sangat gembira dan teruja dengan keputusan terbaru DS Najib. Sememangnya DS Najib pernah berjanji mahu melawat Felda Padang Piol semasa kempen PRU 12 dulu tapi atas kesibukan dan halangan tertentu maka pada 8 Mei 2012 janji itu akan dikota.

Oleh itu warga Felda terutama para peneroka, generasi muda peneroka, anak-anak muda, dan rakyat Jerantut dijangka akan memberi sambutan yang luar biasa menyambut kedatangan DS Najib.


Semalam di Felda Sungai Retang di DUN Tahan Parlimen Jerantut, hampir 5000 orang menghadiri Ceramah Dr Hassan Ali. Mesej Dr Hassan Ali ialah PAS kini tidak dapat membezakan yang mana orang kafir Zimmi dan orang kafir Harbi.


Dimana-mana jua diseluruh negara roadshow Dr Hassan Ali pasti berduyun-duyun berpuluh-puluh ribu manusia datang mendengar ceramah ulamak yang mendapat pendidikan Phd dari Universiti Al-Azhar Mesir ini.

Dr Hassan Ali berkata...

Sekali lagi saya menegaskan di Jerantut malam semalam undilah calon-calon yang dengan jelas dan tegas mampu menegakkan IMR (Islam, Melayu, Raja ). Tiga perkara ini dalam konteks Malaysia mrupakan syarat yang saling melengkapi dalam usaha membina negara dan generasi pengganti. 

Saya sendiri banyak berkongsi pengalaman saya sewaktu menjadi Exco kerajaan negeri - bagaimana sukarnya untuk melaksanakan Islam termasuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang telah sedia ada dalam negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat akibat halangan daripada DAP, PKR dan pimpinan parasit dalam PAS.

Saya juga menyentuh tentang peranan politik yang sepatutnya kita perjuangkan dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang demi mempertahankan keberlangsungan IMR di negara kita.

Saya sangat teruja dengan kesungguhan dan response positif yang saya terima daripada orang ramai sepanjang saya menyampaikan ceramah. Kesemua yang hadir begitu berminat dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka mendengar penjelasan kami sehinggalah majlis berakhir sekitar jam 12 malam.

Sekiranya jumlah kehadiran dan response positif yang saya terima itu menjadi ukuran, tidak mustahil kerajaan PAS Kelantan akan jatuh dalam PRU akan datang sekiranya PAS memilih untuk terus kekal di dalam Pakatan yang ada DAP, PKR dan puak-puak parasit di dalamnya yang secara nyata tidak menguntungkan Islam.


Perjumpaan Majlis Belia Daerah Jerantut bersama Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di Resthouse, Jerantut, Pahang pada malam 13 April 2012.


Kerjasama telah dibuat untuk memantapkan lagi belia-belia di daerah Jerantut khasnya. Kerjasama ini akan menjalinkan hubungan antara NGO dan parti politik. MBD Jerantut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak tokoh suara baru pemimpin muda Jerantut kerana berkongsi idea-idea yang dapat membantu belia-belia di Jerantut dan kerjasama yang baik dari Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama MBD Jerantut akan menggerakkan 10,000 belia Jerantut bagi menyambut kedatangan DS Najib ke Felda Padang Piol, Jerantut pada 8 Mei 2012 nanti.

7 comments:

Anonymous said...

Apasal post ni takde anon berani komen2??

Anonymous said...

Pemuda UMNO Bhg nak mengerak 10,000pemuda Jerntut utk sambut Presiden UMNO??...buatlah. Pakailah duit rakyat dan gunakan jabatan2 kerajaan banyak2 dan justifikasikanlah penggunaan wang/harta kerajaan tsb sebagai keperluan utk menyambut PM bukan presiden UMNO.

Cerita guna duit rakyat utk kepentingan UMNO ni dah tak terkata hebatnya...antara yg paling menjolok mata yg aku tengok apabila MB dan PM guna helikopter secara berasingan semasa perasmian mesyuarat UMNO Bhg Jerantut beberpa tahun lepas di SMK Agama (Tahap)...

Yg kena tipu hidup2 adalah belia2, pakcik makcik Felda, tok aki Jong Berlaboh, Teh Keria, dan suku sakat WZWH sendiri. Mereka ini ditipu bahawa tak ada beza diantara persiden parti dengan perdana menteri. Dema buatlah sesuka hati, dunia ini tetap bersambung sampai akhirat...tak bercaya??

Anonymous said...

Saya harap PM akan ke Felda Padang Piol dengan menaiki laluan darat..ikut jalan raya..semoga laluan utama ke Taman Negara itu dibaiki dan diturap..dapat keselesaan kepada pengguna harian jalan itu..WZWH kena mainkan peranan..demi rakyat..bukan kroni

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Bila sekali saja DS Najib PM menyentuh tanah DUN Tahan....apa perancangan yang WZWH tulis beratus-ratus posting dalam blog WZWH akan Insyallah menjadi kenyataan. DUN Tahan perlu sentuhan DS Najib untuk menceriakan rakyat...itu janji dan peranan WZWH.

Anonymous said...

komfem ker boleh kumpul 10000 org utk najib dtg. majlis belia jtut pun kena beli dgn dompok. tok usah. bahaya ngat. demo mbdj tu dh bagus sgt masa ni. tiba2 JV dgn pemuda umno.giler apa. ingat lh pesan ni. jangan.

exco kanan pemuda said...

Pemuda bertambah yakin dengan BN apabila DS Najib turun ke Dun Tahan.suara-suara menyokong BN dari golongan muda amat jelas kedengaran di desa mau pun bandar di Jerantut.Ini adalah satu pertanda baik di Parlimen jerantut yg dulunya sudah mulai suram oleh suara-suara org muda.Amat yakin pada PRU13 nanti org muda akan memenangkan UMNO di parlimen dan Dun2 dijerantut.

Anonymous said...

dato najib tukar semula ke jengka 8, padan muka dompok giler tu. PM tak nak dompok parlimen jerantut.hohohoho

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...