Thursday, April 19, 2012

Kebodohan Blog PDO Memahami Budaya Orang Asli Pekan Pembohongan Kubur 1Malaysia!

Blog Pahang Daily Online (PDO) adalah terdiri dari blogger-blogger yang tidak memahami apa itu budaya sosial mahu pun falsafah politik Pahang.

Hari-hari suka posting bantai MB Pahang hentam DS Najib PM. Kadang-kadang menembak Raja.

Oleh kerana kebodohan PDO tidak memahami budaya Orang Asli Pekan maka posting berikut sila klik sini berkenaan dakwaan kubur 1Malaysia memungkar (membohong) rakyat Pahang terutamanya.

PDO menyoal kononnya kenapa perkara ini terjadi?. Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini. Ternyata apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak.

Lain kali sebelum posting selidik dan kaji apa isu yang sebenarnya!

Sila baca sini penjelasan dari Blok Jejak Habib sila klik sini

Perkuburan Orang Asli (Bukan Islam) Kampung Permatang Keledang Pekan

PDO mendakwa Kubur 1Malaysia di Tanjung Agas Pekan, Pahang. Benarkah ada kubur 1Malaysia? Nampaknya PDO  cuba mempolitikkan perkara ini dengan mengatakan ini semua hasil dari slogan  1Malaysia yang di bawa DS Najib. Tetapi yang sebenarnya di Tanjung Agas, tiada kubur yang dimaksudkan ditemui!

 

 

 

Orang Asli bukan Islam sahaja dikebumikan disini, dan yang menganut agama Islam dikebumikan di Kampung Ketapang Hilir, Pekan,. Masyarakat orang asli mempunyai kepercayaan dan adat resam masing-masing.

Berkaitan soal tanda nama seperti nama Melayu ada "Bin dan Binti" yang ditulis di batu nesan itu tidak mengambarkan satu-satu kubur si mati itu beragama Islam, sedangkan didalam kad pengenalan pun masyarakat orang asli ada "Bin dan Binti" pejabat pendaftaran negara sedia maklum akan perkara ini sebab itu didalam kad pengenalan Orang Asli tidak tertulis perkataan Islam seperti yang di cetak pada kad pengenalan.

Mengenai jirat cina dan kubur Kristian yang menjadi isu ini adalah kepercayaan masyarakat Orang Asli sebagai tanda menghormati kubur si mati oleh ahli keluarga simati. 

Harap blogger-blogger PDO lebih bertanggungjawab mensensasikan sesuatu berita dimasa akan datang.

5 comments:

Ghab said...

ONE TWO THREE FOUR
LIMA ENAM TUJUH LAPAN
DATO NAJIB CAKAP BESOR
TAWAN SELANGOR TAKDE HARAPAN.

Diatas pantun dari Dato' Mohd Ariff ( Sakmongkok AK 47 ) dalam blognya yang terkini .

Pantun diulur kami berpatah :

TUPAI MELOMPAT JATUH KE TANAH
TANAH DI GENGAM BERDAUN NIPAH
SAKMONGKOL PEMBAWA BERIBUAN FITNAH
NERAKA JAHANAM TEMPAT MU DITEMPAH

Seterusnya kepada PDO :

PANDAI MENULIS KURANG BERTANYA
TULISAN DIWARNA BERJELA JELA
KEBODOHAN BUDAYA TIADA MAAFNYA
MINDA BEROK KEKAL BERMAHARAJALELA

Anonymous said...

DR MARIAH sedang berurus dgn peguamnya utk menyaman beberapa bloger termasuk WZWH yg memfitnah beliau (Dr Mariah) kononnya beliau (Dr Mariah) dan beberapa MP pembangkang tidak menghormati majlis pertabalan DYMM Agung baru2 ini....harap WZWH bersedia...bukan setakat menjawabnya di mahkamah dunia tetapi bersambung sampai ke mahkamah akhirat...

Anonymous said...

Menteri luar bandar UMNO BN kasi juta2 RM kat artis sexi darah Pakistan tu budaya siapa agaknya Tuan Wan Zuri ?. Tolong habaq mai sat !, Duit apa tu ? Upah "entot" ke ?. Banyak duit menteri tu. Sekali "entot" berapa harga sampai sejuta lebih dibayar ?. Cakap negara bangkrap kalau beri biasiswa kat pelajar. Ni satu orang artis diberi sejuta lebih..boleh pula ye ?.

Menteri asal Sabah tu tiru sapa ?. Bukan tiru orang nombor 1 asal Pekan ke ?

Anonymous said...

Aha..minta Tuan Wan Zuri ulas sikit cerita Afdal kat http://www.malaysiakini.com/news/195375 ni !

Perjuangkanlah wahai pejuang Jerantut yang budiman !

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Itu cerita gosip tak tahu kebenarannya..Zuraida PKR beri Menteri 7 hari supaya buat penjelasan..WZWH tak berminat mengulas hal peribadi orang. Entah sahih ke tidak cerita itu satu hal. Kita tak tahu hal rumahtangga orang. Lebih baik kita ceita pasal dasar/polisi/perancangan/apa program ok.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...