Saturday, April 21, 2012

Bila Johor Mahu Dilanggar Todak!


Sejarah Melayu bilang Temasik (Singapura) dilanggar todak pada zaman medieval dulu. Ramai casualti.

WZWH dengar banyak todak mahu langgar Johor pada PRU 13 nanti. Todak-todak mahu tinggalkan Pulau Pinang, Perak, Selangor kepada Tenggiri mahu pun Kembung.

Ada juga seekor todak dari Kelantan mahu balik Johor. Ini todak spesis MB!

Tujuan mahu impak ramai casualti kepada BN.

WZWH dalam posting ini mahu cerita politik Johor negeri moyang 'ancient' WZWH. 

Pahang dan Johor dikatakan strong fortress BN. Kubu Kuat maka PR telah mengarahkan todak-todak ini melanggar Johor.

MB Pahang kata Pahang boleh menang 13 dari 14 parlimen dan 40 dari 42 DUN.

Bagaimana Johor? Sekarang BN Johor pegang 25 dari 26 parlimen dan 50 dari 56 DUN. Memang Johor kubu kuat BN dan UMNO yang lahir di Istana Johor adalah kebanggaan Johor.

Apa strategi PR?

Sokongan pengundi Cina kepada BN Johor dikata 25% hingga 30% lebih baik dari PRU 12 maka PR melalui todak-todak DAP mahu mengurangkan sokongan pengundi Cina ke bawah 20%.

Jika target itu tercapai dijangka 6 parlimen dan 15 DUN bakal tumbang.

PR bergantung kepada karisma Chua Ju Meng mantan Menteri MCA, Mazlan Aliman Presiden ANAK untuk beri impak kepada Johor.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mahu bertanding di Johor negeri kelahirannya.

Dikatakan Lim Kit Siang pun mahu balik bertanding di negeri kelahirannya bersama beberapa orang kuat DAP.

DAP mencaturkan Johor sebagai frontline state yang strategik dalam perancangan PR untuk menawan Putrajaya.

Asakan DAP ke atas Johor adalah serangan yang logik untuk sekaligus menghancurkan musuh sementara pihak diri kukuh.

BN Johor sudah bersedia dengan todak-todak yang mahu melanggar Johor. BN Johor sudah memasang telinga memantau sokongan diakarumbi.

1 comment:

Kampong man said...

Salam semua,

Johor,Pahang,Melaka dan N9 di Selatan Semenanjong telah lama terbukti kubu kuat BN ,UMNO terutamanya.BN harus meneruskan kejayaan ini.Jika di lihat komitmen Najib dan machiner BN turun padang siang dan malam di Semenanjong, Sarawak dan Sabah saya tidak nampak Pakatan boleh menghampiri Putrajaya walau apa pun helah dan percubaan pembangkang memburukan usha kerajaan BN dengan isu remeh mengalih fokus rakyat dengan cara huruhara dan kelamkabut mereka.Lihat penuntut mahasiswa yang bercamping di dataran Merdeka bagi menghapuskan PTPTN.Ini di pergunakan juga PR demi politik mereka juga perhimpunan Bersih yang tidaklah terlalu bersih pun.Ingat, Negeri maju saperti Australia umpamanya mengenakan yuran tution dan pelbagai hampir mencecah 100k untuk belajar di sana setahun!! Begitu juga di Britain kos nya juga amat tinggi .Nothing is for free beb ! .
Benar UMNO/BN tidak perfect ,siapa yang perfect pun tetapi mereka DELIVER untuk rakyat dan tidak memberi janji palsu saperti di janjikan PM wannabe Anuar.Ingat tu!

Yang anehnya Sakmongkolk pulak spin bagai orang gila dengan ramalan tidak realistiknya.Sak kata PR akan dapat 16 dan 12 MP seats di Sarawak dan Sabah dan mahukan kita percaya dengan theorynya yang hampir sama dengan Anwar yang yakin dan confirm konon boleh menawan Putrajaya pada Sept dulu dulu.Lihat apa terjadi.Terbukti gagal!Apa bodoh sangat kah pengundi Malaysia ini mengorbankan keamanan dan 'Racial Unity ' dan menafikan penerusan pembangunan demi untuk menukar kerajaan?. Sedangkan di Sarawak dan Sabah PR cuma perolehi 1(satu) di Kuching dan 1(satu) di Kota Kinabalu,itu sahaja.BN berjaya menguasai 30MP seats di Sarawak dan 24 MP seats bagi Sabah di PRU 12,2008. Saya yakin rakyat sudah mula bosan dengan PR sekarang yang hanya sibuk berpolitik dan terlalu DESPERADO !(Eagles ,Hell Freezes Over ).Kita lihat sahajalah apa lagi yang PR hendak buat.Saya lebih genbira mereka menjadi pembangkang kerana mereka bijak membangkang saya kira.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...