Monday, April 9, 2012

UMNO Dan BN Jerantut Sudah Bersedia Pamerkan Calon Parlimen PRU 13


Ini masa WZWH menulis posting politik Jerantut. 55,000 pengundi Jerantut tidak sabar menunggu posting terbaru politik WZWH.

Oleh kerana WZWH adalah blog rakyat Jerantut maka adalah menjadi duty WZWH untuk berikan perkembangan terkini.

Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut sejak minggu lepas sudah bertanya kepada WZWH siapa calon BN parlimen Jerantut? Adakah Ku Lan mahu bertanding lagi atau tidak?

Dr Hamzah Jaafar tak sabar menunggu siapa lawan beliau pada PRU 13 nanti. WZWH cakap kat Dr Hamzah kalau nak mudah menang bertandinglah di mana-mana parlimen di Kelantan. Tidak ada siapa mahu berkorban itu jawab Dr Hamzah.

Berikut nama-nama calon BN parlimen Jerantut yang UMNO Bahagian Jerantut mahu DS Najib pertimbangkan.

WZWH mahu pamer kepada 55,000 pengundi Jerantut senang pengundi Jerantut membuat persediaan.  Pengundi Jerantut mahu kenal siapa calon BN parlimen Jerantut.

19000 ahli UMNO Jerantut dan beribu ahli komponen MCA. MIC, Gerakan pun mahu kenal juga calon-calon ini.

WZWH tidak suka kerja last minit. Better work out now, jika ada isu-isu berbangkit senang mahu selesaikan kerana jentera sudah bersedia.

OK 55,000 pengundi Jerantut terimalah laporan WZWH ini mengenai calon-calon parlimen Jerantut. WZWH mahu anda semua sila beri feedback siapa yang anda mahu sokong. Apa sifat-sifat positif dan negatif, apa-apa penambahbaikan agar calon-calon boleh membaiki kelemahan diri.

Pertama WZWH mahu bakal calon-calon ini perlu berjiwa besar, cool dan sanggup menerima kritikan membina dan jika ada komen-komen yang menyentuh hati harap calon-calon ini boleh terima dengan hati terbuka. 

Jika tidak sanggup janganlah cuba menjadi ahli politik profesional. Anda semua calon-calon BN perlu rasa bertuah kerana blog WZWH mempromosi anda semua secara free dan blog WZWH ini dibaca oleh DS Najib ada "direct access" dengan PM.

WZWH secara rasmi dalam dunia maya media baru Jerantut membuka gelanggang memperkenalkan barisan pahlawan-pahlawan BN Jerantut. Ada 7 calon diperkenalkan. Ini calon-calonnya:

  1. YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
  2. YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak
  3. Dato' Nazri bin Ngah
  4. Ahmad Nazlan bin Idris
  5. YB Dr Ahmad Shukri bin Ismail
  6. Ustaz Ahmad bin Jaafar
  7. Ahmad kamaruzaman bin Mohd Baria

Oleh kerana ini blog WZWH maka WZWH berkuasa penuh untuk memulakan komen. Berikut komen WZWH:

YBM Tengku Azlan @ Ku Lan sudah 3 penggal menjadi ahli parlimen Jerantut. Ku Lan sudah 2 kali menyatakan tidak mahu bertanding kepada media. Semua rakyat Jerantut maklum. Ini hanya formaliti sahaja. Diharap DS Najib dapat menyediakan satu pelan "retirement benefit" yang baik untuk Ku Lan. WZWH ucapkan terimakasih atas servis politik Ku Lan di Jerantut.

Dato' Wan Amizan ADUN Tahan sepenggal calon favourite parlimen Jerantut. Dato' Wan Amizan sudah bersedia kini. Golongan muda terutama anak-anak peneroka dan generasi baru Jerantut mengharapkan kepimpinan dinamik beliau.

Dato Nazri Ngah berpengalaman lama bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada mantan ahli parlimen iaitu YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar selama 3 penggal. Beliau masak dan tahu selok belok hal ehwal parlimen Jerantut.

Ahmad Nazlan seorang pendidik yang baru pencen. Beliau boleh diketengahkan.

Dato' Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar 3 penggal. Dr Ahmad Shukri perlu memilih samada mahu jadi ahli parlimen atau fokus kepada bisnes hospital swastanya.

Ustaz Ahmad Jaafar mantan ADUN Tahan sepenggal. Ini calon 'recycle' kitar semula.

Ahmad kamaruzaman Baria juga mantan parlimen Jerantut sepenggal calon 'recycle'.

Dari survey yang WZWH dapat pengundi Jerantut mahu bakal calon parlimen yang boleh memahami apa kemahuan mereka orang Jerantut. Bukan setakat faham tetapi boleh bekerja dan 'deliver' kemahuan menjadi kenyataan. Bukan pandai cakap saja tapi 'walk the talks'.

Yang penting calon parlimen mesti bergelumang dan sama-sama berkubang dengan pelbagai golongan rakyat Jerantut.

Untuk berlaku adil WZWH perlu mendengar pandangan 55,000 pengundi Jerantut semua. WZWH persilakan....

41 comments:

Anonymous said...

wahai Wan Curi,

kau ni penjilat jubur Najib dan bangsat2 di UMNO ke?

you pergi mampuslah!!!!

Anonymous said...

Satu komen yg buruk dari anon pertama...xjawab soalan pun.hampeh kategori orang umno jerantut yang tak pakai dek orang anon ni..you dulu 'PERGI MAMPUS BANGSAT MEREMPAT!!!'.... tolong keluar sekali dari umno ye encik.anda tak diperlukan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Harap anon-anon sebelum baca posting WZWH ini baca Bismillah dulu untuk menjauhi dari shaitan yang menghasut. Perlu hati yang suci dan minda yang bersih untuk baca blog WZWH neh...

Anonymous said...

Tahniah Cik Wan.

Saya cadangkan Cik Wan jadi calon Dun Tahan atau Damak.

Sekian.

Quiet Despair said...

Senarai nama-nama calon di Jerantut sahaja dah membuktikan UMNO tak pernah kekurangan calon untuk bertanding.
It happens in all divisions of UMNO sampai sukar untuk memiih winnable candidates. Calon-calon lebih ramai daripada kerusi yang dipertandingkan.
Ini berbeza dengan Pakatan yang terpaksa meletakan calon yang sama untuk Parlimen dan juga kerusi Negeri.
Nak tanya Tuan Wan, adakah Sakmongkol boleh menang kerusi Adun Pulau Tawar, tempat kelahirannya? Ataupun kerusi Parlimen jerantut?
Boleh ke Sakmongkol mendapatkan JPA scholarship to the poor in Kampung Bantal, Ulu Tembeling??

Anonymous said...

Bismillahirahmannirahimm...
Cikgu Ngah takde dlm list ke.. Dato Amizan tu sy tak kenal, boleh tunjuk gambar dia sikit

Anonymous said...

Quiet Despair
Saya rasa Sakmongkol boleh dapatkan scholarship kalau pemohonya Saiful Bukhari...sekalipun Saiful bukan lagi pelajar .. itulah kehebatan Sakmongkol.

Alumni Pasti

Anonymous said...

Oh, QD dah berhijrah kat sini. Alright. Makin rancaklah blog ni. Aok dah tinggaikan blog Sakmongkol, ke bro? Suka baca bila aok provoke dia. Nampaknya blog dia dah penuh dengan si-sepet. Seronoklah dema ada Melayu yang kutuk Melayu. Tadah tangan je.

Anonymous said...

En Wan, ana adalah pengundi bagi DUN Damak yg mengundi di pusat mengundi Sek Keb Temin. Komen ana....

Sejujurnya, ana tidak akan memberi sokongan kpd mana2 calun BN dalam PRU13 nanti sama seperti yg ana lakukan pada PR yg sudah2. Dengan perkataan lain ana ini adalah pengundi totox PAS/PR walaupun suatu ketika dulu ana adalah Ketua UMNO Cawangan (hampir 8tn)dan juga pernah menjadi AJK Pemuda Bhg (5tn)... jadi sekalipun UMNO menurunkan calun yg cukup hebat, mempunyai Phd dalam 2 3 displin ilmu ana tidak hairan dan ana tetap mengundi PAS/PR. Ada beberapa sebab yg ana tetap menyokong PAS/PR...
1) Ana nak pastikan kerajaan BN digulingkan dan ajen baru bagi mentadbir rakyat adalah kerajaan PR.. cara BN membelankan wang rakyat (termasuk wanga cukai ana kira2 RM50,000 setahun) ana dah cukup tau dan faham...sekarang ana nak cuba dgn PR pulak...
2) Wakil2 rakyat di Jerantut sama ada yg sedang berkhidmat atau yg terdahulu tidak menunjukkan prestasi yg baik dalam pembangunan daerah Jeratut. Sebelum En Wan atau sesiapa saja nak marah kpd ana dgn statement ini tolong sebutkan satu projek mega yg diusahakan oleh mana wakil2 rakyat BN Jerantut selama ini yg boleh dibanggakan yg menjadi pencetus kepada pembangunan ekonomi daerah ....yg jelas ada, tanah kebun 500 ekar milik kerajaan persekutuan di Temin telah berjaya dipajakkan kpd taukeh2 MCA sama seperti hartanah di bandar Jerantut dimonopili oleh puak2 yg sama 3) Politik UMNO adalah politik projek, politik jenis ini ketandusan jiwa dan roh..

Namun bagitu En Wan, enta tolong mintak drp bakal2 calun BN yg enta sebutkan di atas tentang pelan strategik pembangunan Jerantut masing2 (5 - 10 th) agar ana dapat menilai sesiapa dikalangan mereka yg lebih hebat... pelan ini mesti merangkumi pelan pembangunan fizikal dan spiritual...manalah tau kot2 terbuka hati ana ini...

Redz da Tsar said...

Dato' Ahmad DO Bera macam mana? Dah takde dalam senarai eh?

Anonymous said...

Like Anon 12:41

Anonymous said...

Saya rasa Wan Zari paling sesuai jadi calun dimana2 DUN Jerantut. Memandangkan kebolehan dan kebijaksanaan Wan Zari mengulas dan mengupas sesuatu isu itu dengan analisis secara objective dan intellectual menarik minat saya. Pandangan minda saudara yang luas lagi dinamik boleh menerajui masyarakat jerantut kearah pembangunan minda yang sihat lagi berwadah. Saya akan lobi segala tenaga saya agar warga jerantuk mendesak kepimpinan UMNO memilih Wan Zari jadi calon. Tetapi saudara jangan lupa akan JASA saya apabila dipilih nanti saperti kacang lupakan kulit. Jangan jadi macam Suckmongkol yg lupa jasa.

Warlord 3

Anonymous said...

Anon 1:40PM berkata, "saudara jangan lupa akan JASA saya apabila dipilih nanti". Sah Politik UMNO ini adalah POLITIN PROJEK dan Politik mengenang jasa.... 'ada ubi ada batas, ada budi saya akan balas'...sebelum nak balas budi kena ingat pesan saya,"jangan lawan saya nanti tulah"...

Anonymous said...

Untuk menyelamat duit orang Jerantut, eloklah Tengku LAN terus memegang parliament Jerantut.Tengku LAN tentu tidak berminat dengan duit jika dibandingkan dengan gurka2 muda Dan boleh terus bertanding hingga kalah.

Anonymous said...

Yahooo... lepas ni tak payah bayar dan pikir hutang PTPTN dah...Makcik dan pakcik Felda yg jadi penjamin hutang anak anak pun dah mula rasa lega dah...

Anonymous said...

Sokong PR hapuskan PTPTN...jom pakat sokong PR PRU nanti..

Anonymous said...

Ha ha ha..

Wow QD,, Sejak Bila Aok masuk Blog Cik Wan ni..Lama dah tak nampok aok kat Semongkol..Tak tahan kena serang sampai Kebababei doh aok ni..ha ha ha.

Pandir Pepalih aok ni Che Wan, Letok nama Adun Tahan jadi no dua wehhh..Promosi Kroni nampaknye ..ha ha ha.

Lari Topik Sikit, Cer dema fikir, ngape Semongkol Masuk DAP, Sebab Semongkol tak boleh Alim macam Mat Sabu, Semongkol Tak boleh masuk PKR, sebab dia tak suka Brader..ha ha ha..Nak join Zaid Ibrahim parti KITA..Deme bebalah sama sendiri...

Nak duduk dalam AMENO, PunahSihat Najib dah Jeling, pisau dah ateh tengkuk.....last sekali masuk DAP..baru Najib Tahu langit tak selalu Cerah ..ha ha ha. He is Optimistic

Anonymous said...

Ha ha ha..

Sorry Cik Wan. Tambahan..Cer Dema tenggok..agak-agak, dalam nama yang Cik Wan promote tu....Kroni Najib ke tak..kalo tak ade jangan harap bulih jadi Calon..ha ha ha.

Jaga-jaga, takut nanti ada orang cantas dulu...ha ha ha.

Quiet Despair said...

Anon 5.01pm


Hahaha. Masuk blog ni selepas Pak Sak rekomen tu hari.Hehe. melenting punya hal, Pak Wan untung naik hits dia.
Nak uboh selera puloklah. Asik DAP gangster je komen kat situ.
Lagipun manalah tahu Najib nok bagi kaeh kerusi Parlimen Lepih or Adun Padang Tengku.
Aki kaeh kata boleh kok kalo nak. Kaehpun sedara dengan Datuk Wan Ahmad etc termasuk Tuan blog.Hahaha.
Isy tak takutlah Mr Mongkol tu, Kaeh buet babei je. Saja suka provoke dia.
Dua tiga posting ni amat low-classlah. Setaraf dengan Papagomo, Parpukari yang oghang UMNO pun tak nak baca.
Anyway, kalau ada wek nanti, nak taruk Sak malam ni apasal sekarang suka Daim. Dulu cakap Daim Mr Moneybags Mahathirlah. Mr Koruplah.
Ai, dia suka sebab Daim cakap sukakan hatinya yang Pakatan akan menang.
Aok cakap pasal theory Sak masuk DAP tu memang betul. Kaehpun pernah cakap kat blog dia yang dia takde choice except DAP.
Macam kaeh, dia tak suka AlSheikh Sod nak masuk Keadilan. Bukan kaki masjid nak naik bulan. So ambek jelah Roket untuk naik sementara. Mungkin tak sampai lift-offpun dah explode.
Zaid jangan ceritalah. Jumpa je tentu gaduh siapa nak jadi party boss.
Hahaha, harubiru. Lantoklah. Kita tengok je, okay.

Anonymous said...

Terimo kasih tuan blog kerana promote blog Sak kat blog tuan. Sekarang ni kawan dah melekat kat blog Sak la pulok.. sebelum ni tak tau pun sapo Sak ni..ingatkan blogger siam mana..rupanya bekas Adun ruponya.
Tapi blog tuan pun dok baca selalu jugok.

Anonymous said...

Sama la kita tuan. Saya ni dulu bekas ketua pemuda cawangan, lahir dlm keluarga umno tetapi kini habis satu keluarga bertukar kpd PR. Mula2 tindakan saya ini amat ditentang oleh bapa saya. Mungkin kerana anak2 yang lepas sorang2 keluar U tetapi menjadi penyokong PR, hatinya terbuka kpd PR. Alhamdulillah.

Dah 3 kali mengundi, 3 kali lah saya memangkah kpd Pas tetapi di Dun Pulau Tawar. Yang keempat ni pun kalau masih disubsidikan umur oleh Allah TETAP memangkah PR. Yang excited nya, rumah saya bertambah lagi 3 pengundi baru yang sememangnya untuk PR.

Anonymous said...

Anon : April 10, 2012 12:41 PM

Ente sudah masuk Pati Pas kerana Ente tak nampak satu pembangunan mega di Jerantut . Pati Umno adalah Pati projek, Pati berpuak puak . Adanya tempat pembangunan yang berpotensi di pajakan kepada taukey Cina. Di Jerantut Ente seorang Melayu yang membayar cukai . Lagi, Ente bekas ketua cawangan dan juga AJK pemuda Bahagian bertahun-tahun .

Kami bershukur nikmat dan status yang Ente terima menakjubkan . Ente seseorong Melayu yang berjaya di Jerantut , Alhamdullilah . Kami rasa sejak Ente menjadi ahli Umno Ente tidak pernah membaca dan menghayati Article 5 dalam perlembagaan Umno .

Dengan takbulnya Ente nak pastikan BN tumpas . Ente lupa sebenarnya banyak khidmat yang Ente tumpukan kepada rakyat Jerantut semasa kepimpinan Ente dalam Umno dan seterusnya dalam Pas . Sebenarnya , Ente ialah seorang Melayu yang berjiwa mulia . Apa-apa pun keputusan politik Ente , janganlah tergadai Islam dan Bangsa sendiri .

Jauhilah diri dari Sakmongkol

Anonymous said...

bro qd,
helen ang pun dah tarok samongkol dlm her latest posting!!!! Hahahaha...
Pegi baca..

Zack, kuantan

Anonymous said...

Zack Kuantan
Nape nak beritahu helen ng tarok sakmongkol. Awak tarok lah Sakmongkol sendiri, ni harapkan helen ng. Tak rugged lah awak, belia.

Quiet Despair said...

Salam Zack Kuantan n Anon 9.00pm

Siapa Helen tu. I cuma pergi blog yang difikirkan credible saja. But thanks, I will read it.
Takpe I akan bantai Sak. Tu memang my forte. Banyak dalam fikiran nak reply to his latest posting on Pendita Daim.
Most times, saya seorang terkonteng-konteng mempertahankan kerajaan.
I like two-way communications, tak kisahlah if you are from the other side.
Tapi tengah banyak kerja sangat ni. Still kat office.
Truthfully I have no problems with Sakmonkol.He is open to my provocations. And I accept it if he criticized me.
Tapi sejak akhir-akhir ni I nampak mutu commentators amat rendah. Main langgar lari.Cara menulis some of them are Jinjang Joes.

Anonymous said...

Tak kiralah sapalah calon UMNO yg bertanding di Jerantut aku tetap pangkah.... Asal Bukan Umno ( ABU )

Anonymous said...

I too has lost appetite reading Sakmongkoll article.Dah tak ada kelas lagi asik asik cerita oracle basi tu.Apa hebat sangat kah si bodoh Oracle tu !.Lama tAk nampak Che guNgah, kampungman dan secebis penyokong BN kat situ.Biar budak bangang bruno dan dobi Walla yang tulis berjela tak siapa pun hendak baca.Sheer boring .

Anonymous said...

salam cik wan,

ana tgok list calon parlimen jerantut niesemua tak boleh pakai punya hanya calon recycle n ADUN yg ada hati nak calon parlimen lagipun calon2 nie tak banyak membantu pembangunan jerantut hanya mencuri peluang2 yg adedi Jerantut. Ana ingat calon Parlimen yang paling sesuai adalah MAT LEMIN BUKIT NIKMAT, PULAU TAWAR......

Anonymous said...

Bro qd,
Pls go & visit. Interesting...
Helenang.wordpress.com.

Anon 9.00pm,
koi memang belia lagi. :-)


zack, kuantan

Anonymous said...

au nak tgok hj nadzri je..dia berucap n dia kempen..n berapa undi dia dapat? tak sbar rasanya tgu pru ni.. like..

Anonymous said...

Anon 8.05PM. Enta menyebut, "janganlah tergadai Islam dan bangsa sendiri". Ana nak jawab...
Pertama; Yg mengadaikan Islam dan Bangsa sendiri ni siapa...? UMNO atau PAS??. Adalah kerana PAS bekerjasama dengan parti DAP (macam UMNO tidur satu selimut sejak lebih 56 tahun bersama MCA) dikira boleh menggadaikan bangsa dan agama. MCA (memang pati Cina yg sah)ini tidak anti Melayu dan Islam ker...?? Apa yg ana lihat, pantang UMNO sebut pasal Islam, MCA adalah juara yg memperlekehkannya...Ke 2; Dengan DAP bertanding dikerusi MCA (kira2 40 kerusi) adakah orang DAP ini boleh meminda perlembagaan Malaysia. Tolonglah buat kajian sikit, jangan asyik tengok TV 3 dan baca Utusan jer..

Apa yg ana mintak, orang UMNO sokonglah PAS agar kerusi yg disandang oleh UMNO/Org Melayu sekarang akan berpindah kpd PAS dan PAS menjadi dominan dalam PR......kalau PAS dominan apa yg Anon 8.05PM perlu risau sangat...adakah Melayu dan Islam tergadai??? Yg ana pasti jika UMNO kalah, orang2 elit UMNO akan kehilangan projek2 istimewa...tapi ana percaya PAS tidak sejahat yg enta sangka, sebab 90% mereka yg berlatarbelakang agama menyokong PAS. Malah artis pun dah mula menyokong PAS..terkini penyanyi Aiasah.. (mana ada manusia yg telah insaf menjelang usia tuanya mengistiharkan dirinya masuk UMNO)...!!!

Anonymous said...

Salam...
Satu persoalan utk org Jerantut.
Siapa sebenarnya jadi pengkhianat Melayu di Jerantut? ....Transit Kuarters,tanah lapangan terbang Temin,Kg Labu,padang ragut Bukit Dinding,simpang Jengka 8,Sungai Kiol dan byk lgi kalau nak di senaraikan...fikir-fikirkan.

Anonymous said...

Tu la nak bcakap suh orang pkai fakta..sbb ko tak membaca suratkhabar dan tgk tv3 la ko main bedal je..beb.nak suh pas dominan pegi aa bertanding 222 kerusi parlimen semua tu.nak buat hape amik kerusi separuh separuh yang lain pegi sekongkol dgn dap dan pkr??alahai akal..cetek nak mampus..bro,mca x pernah la cakap nak langkah mayat dulu kalau nak laksanakan islam,dap terang terang cakap beb.aku yang muda muda ni pun tahu kategori kafir mana kalau dalam perlembagaan madinah bila dap cakap gitu..kesian ko kan,sekolah tak tinggi nak ikut berpolitik,banyak yang salah dari benornye.dan lagi kesian bila nama parti hujung ada islam je kira ko betul la yea..betul la orang sekolah tak abis memang gini je akal dia tuhan bagi.nauzubillah.jangan sibuk komen kat sini gi la baiki ekonomi diri tu dulu,gi belaja bagi ada sijil siket baru nak campur hal politik..ni diri anak bini tak terbela,tapi hok yang orang lain buat,bela, ko nak komen..benci giler manusia sekarang jenis gini.tak sedor diri apa kelulusan pun takde,nak ikut becakap dengan orang yang tak sama taraf..org tu lalui lebih pengalaman dari ko la bang..

Anonymous said...

Ha ha ha

QD Kome dah lama masuk Blod Che Wan nih..belum Sak masuk DAP lagi..belum Sak tembak Che Wan lagi Weehhhh..Aok tu aje yang baru masuk...ha ha ha..

Che Wan, kalo tulih pasai Lepeih selalu saloh fakta..ha ha ha..tu senalor kome tego ..ha ha ha..tak gitu Che Wan..ha ha ha..

Anonymous said...

Anon : April 11, 2012 10:14 AM

Bahawasanya " janganlah tergadai Islam dan bangsa sendiri " ianya bukan lah merupakan SOALAN , tetapi hanya satu peringatan sahaja .

Ente saorang yang pakar dalam infomasi politik Jerantut . Ente panjangkan ke soalan " yang mengadaikan Islam dan Bangsa in siapa....? Umno atau Pas ?? " Ini benar benar soalan . Ente yang menyoal dan Ente sendirinya telah menjawab dengan fasih . 

Ana bersukur kerana Ente bukan menukar akidah tapi menukar wadah , daripada saorang pemimpin Umno ke ahli Pas , Alhamdullilah .

Ana setuju jikalau  asyik menonton TV3 , membaca Utusan  juga Harakah dan surat khabar nyamuk  sahaja tidak cukup kematangan  untuk membuat kajian . Ini kerana naskah naskah ini adalah berbentuk informasi bukan ilmu . Infomasi yang  berat sebelah ini telah mengongkongkan bukan sahaja  merosakkan fikiran dan akidah Melayu tetapi kepada  yang bukan Melayu juga .
 
Dalam jawapan yang Ente kemukakan itu hanya bersifat infomasi , dalam erti kata ulasan yang Ente beri tidak mewajarkan ilmu , hanya bercorakkan keperluan berkempen .

Yang lebih penting Ente sapatutnya kemukakan issu  kedudukan DAP dan MCA dalam kontek demokrasi di Tanah Melayu berhubung dengan kedudukan Islam ,Bangsa Melayu dan Raja-raja .  Bersama itu , kedudukan pelembagaan Negara yang telah di cabar dan mungkin terhakis pasti , Ente sapatutnya renong renongkan bersama .

Issu penyanyi Aiasah dan saudara Bob Lokman menyokong Pas tidak menjadi saolan . Itu hak mereka dan Ana sokong penuh atas pendirian mereka . Tetapi kepada saudara senegeri Ente , Dato' Mohd Ariff memperhambakan dirinya dalam DAP !! , itu sudah tidak betul Beb . Itu lah kiasan Ana , Peringatan yang bermaksud : Janganlah tergadai Islam dan Bangsa sendiri .

Anonymous said...

En Anon 1:46AM (12 April)

Lihat Fakta: Dalam PRU12 lalu Melayu/Islam bertanding di 129 kerusi Parlimen manakala 93 kerusi lagi ditandingi oleh bukan Melayu/nonmuslim. Dalam pertandingan tersebut semua kerusi Melayu/Islam dimenangi oleh orang Melayu/Islam (UMNO 77, PBB 9, PAS 23 dan PKR 20) disebabkan mereka bertanding sesama sendiri.Ini bermakna mereka menguasai 58.6% suara di Parlimen. Hal yg sama berlaku kpd kerusi2 bukan Melayu/nonmuslim dimana mereka tetap memenanginya disebabkan mereka bertanding sesama sendiri. Persoalan ana, adakah dengan penguasaan hanya 41.4% kerusi di parlimen oleh orang bukan Melayu/nonmuslim (diandaikan mereka bersatu)ini membolehkan mereka membentuk kerajaan...

Kita lihat pula kedudukkan DAP dan MCA, mereka bertanding sesama sendiri dikawasan majoriti cina dgn jumlah kerusi yg dipertandingkan hanya 43 kerusi..diandaikan MCA menang semua atau DAP menang semua jumalah kerusi orang Cina yg dimenangi tetap 43 kerusi...dgn jumlah sebagini kecil apakah kuasa mereka boleh membentuk kerajaan dan seterusnya meminda perlembagaan negara dgn maksud untuk menafikan hak istmewa orang Melayu dan kedudukkan agama Islam???

Jadi En Anon 1:46AM...walau apa keadaan sekalipun Melayu/Islam tetap menguasai kerusi Parlimen Malaysia...jangan risau, orang Cina pun faham realiti ini...

Anonymous said...

April 12, 2012 8:12 AM

Ente kata Ana jangan risau ! Tetapi Ana lebih risau apabila Ente memberi congakkan analisa kedudukan Melayu yang komplex dan lagi rumit dalam Negeri sendiri mengikut ilmu hisap Ente yang mengaris berpandukan satistik peratusan .

Pandangan ilmu hisap yang Ente gunapakai untuk mengambarkan dalam hal kedudukkan Islam , Bangsa Melayu Dan Raja-raja tidak munasabah?

Sepatah kata-kata punjangga: " if it is a mathematical problem you solve it mathematically , if it is a scientific problem you solve it scientifically , if it is an economic problem you solve it economically and if it is a social problem you solve it socially "

Insyaallah , kita ketemu dalam forum yang lain untuk bertukar pandangan dalam hal Islam , Melayu dan Raja-raja yang tidak bersependapat dan telah dicabar oleh golongan berfikiran liberal yang ekstrem . Dengan harapan membuka minda kita ke arah menyatukan minda yang memberikan lebih makna berasaskan kepada rukun rukun tersebut .

Anonymous said...

Anon 7:47PM,

Ana menjawab secara objektif dan lebih akedamik dan ini cerita realiti dan bukan fantasi...berdasarkan realiti inilah ana mempunyai congakan bahawa Perlembagaan Negara barkaitan hak istimewa orang Melayu dan kedudukkan Agama Islam tidak mungkin diganggu gugat oleh sesiapa melainkan melalui kuasa Melayu/Islam sendiri..

Kalau enta terlalu risau akan Cina DAP, menjadi kepelikan juga mengapa enta tidak risau akan Cina MCA...adakah kerana Cina MCA yg bersekutu dengan UMNO menyebabkan Cina jenis ini menjadi sangat baik.. Demikin juga Enta terlalu 'marah' akan PAS kerana PAS bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP. Ana nak tanya soalan, semasa PAS bersendirian dahulu dan selalu melaungkan mahu membentuk sebuah Negara Islam adakah enta sama2 berkorban masa dan tenaga menyokongnya...???

Bekerjasama dengan DAP bukan bermakna bersetuju dengan dasar2 DAP. Ini helah politik sama seperti Baginda Nabi SAW membuat perjanjian Hudaybyiah dgn musyrikin Mekah bertujuan utk menghancurkan pakatan diantara Quraisy dan Khaybar... Hammas bertahun2 berjuang menentang regim zionis bagi mengembalikan bumi Baitummaqdis kpd ummat Islam...akhirnya mereka mengambil pendekatan politik berbaik dengan Fattah (nasionalis) bagi menjayakan missi suci ini....demikian juga Ekhwan Muslimin di Mesir semejak ditubuhkan pada 1928, baru kini berjaya menguasai parlimen Mesir melalui pendekatan politik yg moderate liberal.

Anonymous said...

Anon 7:47PM,
Ana minta Enta jawab kat forum ini dan ana pasti En Wan sedara ana ini akan memberi laluannya.

Drp sahabt Enta: Pak Habib Temin

Anonymous said...

Pak Habib, Anon, Enta seolah2lah nak menjual belacan & Pak Habib nak menjual korma......sama2lah kita menjaja!

Anonymous said...

Anon 12:43AM (14/4),

Ana tengok, Anon 7:47 (13/4) bukan menjual belacan tetapi menjual pasir ditengah padang pasir. Melalui modal 'air lior' ramai orang berkenan utk membeli pasir berkenaan walaupun menyedari pada hakikatnya pasir jenis ini tidak ada nilai langsung....:))

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...