Thursday, April 26, 2012

Laporan Progres Pembangunan DUN Tahan Terkini

WZWH cuba cerita konsep mudah pembangunan DUN Tahan. Kalau pembaca lihat kawasan yang terang itu adalah Projek Felcra Ulu Tembeling 10,000 ekar. Projek Jalan Ulu Tembeling sedang buat fasa 1 dan sedang rancang fasa 2 perlu melalui hutan tebal berbukit bukau. Kerosakan alam sekitar perlu diminimakan bagi menjaga aset termahal DUN Tahan.

WZWH tunjuk projek Felcra Ulu Tembeling dari pemandangan udara. Sekarang Felcra sedang tanam getah dan kelapa sawit. Semua orang Ulu Tembeling layak dapat saham Felcra.



Ini Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi sedang buat dijangka siap pada tahun 2014.

WZWH minta maaf kepada pembaca blog WZWH dari Jerantut. Sepatutnya WZWH lebih fokus kepada pembangunan di Jerantut terutama di DUN Tahan.

Memang itu pun tujuan blog WZWH dicipta. Ditambah lagi kedatangan DS Najib PM ke Jerantut pada 8 Mei 2012. Sepatutnya WZWH perlu highlight apa-apa lagi pembangunan, penambahbaikan, keperluan orang Jerantut.

Sudah pasti WZWH perlu tonjolkan apa pembangunan di DUN Tahan tempat WZWH. Apa progresnya? Apa perancangan dan hasrat projek yang perlu dipercepatkan oleh kerajaan.

Kerajaan BN yang berkuasa hari ini memerintah negara. Tidak perlu cakap banyak dengan bahasa politik retorik. Apa yang penting realisasikan peruntukan yang diumum supaya menjadi kenyataan. Sokong dah lebih 100% sokong. Apa yang rakyat mahu kerajaan perlu laksanakan.

Tujuan DS Najib datang ke Jerantut yang akhirnya ke Felda Jengka 8 walau WZWH kecewa DS Najib tidak jadi katanya datang melawat Felda Padang Piol itu tidak mengapa kerana Felda Jengka 8 masih dalam parlimen Jerantut.

DS Najib mahu umum durian runtuh buat peneroka hasil dari penyenaraian Felda. Itu sudah rezeki buat peneroka. Itu tidak bermakna WZWH tidak boleh menyatakan apa yang DUN Tahan mahu. Disamping DS Najib mahu memberi semangat menaikkan moral politik UMNO dan BN Jerantut.

Berikut laporan progres DUN Tahan terkini:

BAGI TEMPOH TAHUN 2010 HINGGA 2012 UMPAMANYA, DI BAWAH PROJEK JALAN KAMPUNG TUIT KE KAMPUNG MAT DALING, ULU TEMBELING JERANTUT PAHANG, KERAJAAN SEDANG MENYIAPKAN JALAN DARI KUALA TAHAN KE KAMPUNG PAGI SEPANJANG 26 KILOMETER DENGAN ANGGARAN KOS SEBANYAK RM25 JUTA.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2014. Kos sebenar ialah RM121 juta.

UNTUK FASA SETERUSNYA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH SEDANG MERANCANG UNTUK MENYAMBUNG JALAN TERSEBUT DARI KAMPUNG PAGI KE KAMPUNG MAT DALING SEPANJANG 61.3 KILOMETER DENGAN ANGGARAN KOS SEBANYAK RM266.3 JUTA.

Projek fasa 2 ini perlu dibisikkan kepada DS Najib semasa lawatan ke Jerantut supaya cepat diambil tindakan.

PROJEK SAMBUNGAN INI AKAN MELIBATKAN PEMBINAAN JALAN UTAMA DARI KAMPUNG PAGI KE KAMPUNG MAT DALING SEPANJANG 44 KILOMETER DENGAN JAJARAN KELUAR KE KAMPUNG KUALA SAT SEPANJANG 6.3 KILOMETER DAN KE KAMPUNG BANTAL SEPANJANG 11 KILOMETER. DI SAMPING ITU PROJEK INI JUGA AKAN MELIBATKAN PEMBINAAN ENAM UNIT JAMBATAN. APABILA KESELURUHAN PROJEK INI SIAP NANTI IA DIJANGKA AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA 3,774 ORANG PENDUDUK DI KAWASAN SEKITAR.

Betapa prihatinnya kerajaan BN sanggup berabis RM266.3 juta hanya untuk penduduk Ulu Tembeling berjumlah 3,374. Pembangunan dari Terengganu dan Kuantan bakal meletupkan lagi pembangunan DUN Tahan yang bersempadan.

PIHAK FELCRA IAITU SALAH SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH, JUGA ADA MEMBINA JALAN MASUK DAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF JALAN MASUK PROJEK PERKAMPUNGAN DI TEMBELING TENGAH, PAHANG. KESELURUHAN PROJEK TERSEBUT TELAH MENGGUNAKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM97.5 JUTA ADALAH DIPERCAYAI BAHAWA PEMBINAAN JALAN-JALAN INI AKAN MENAMBAH RANGKAIAN JALAN LUAR BANDAR DI KAWASAN BERHAMPIRAN DAN DAPAT DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG SETEMPAT DAN SECARA TIDAK LANGSUNG IANYA MEMBANTU MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI DI KAWASAN BERHAMPIRAN.


Ini bermakna di Tembeling Tengah sahaja kerajaan BN telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM97.5 juta.

Secara kesimpulannya laporan progres pembangunan DUN Tahan amat baik dan perlu dipertingkatkan berlipat ganda lagi. 

WZWH percaya DS Najib hanya senyum bersahaja boleh mempercepatkan peruntukan fasa 2 Projek Jalan Ulu Tembeling berjumlah RM266.3 juta. 

Just talk to PM...let us support our beloved PM of the blessed land!

12 comments:

Anonymous said...

A'kum En Wan,
Saya dah keliru, macamana felcra sebagai ajensi pemulihan tanah dah bertukar fungsi menjadi ajensi pembangunan tanah?
Ke dua, boleh En Wan kasi tau siapakah yg berjaya mendapat kerja2 kontrak pembangunan di DUN Tahan...adakah projek tsb diperolehi melaui jalan tender terbuka atau anugerah (runding terus)....maaf kerana mengemukakan soalan ini sebab sebagai rakyat yg membayar cukai, persoalan ini sentiasa berlegar di dalam benak saya...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:40,
Selepas 14 jam posting tiada komen, WZWH ingat semua pembaca berpuas hati.

Terimaksih bertanya.

Soalan 1) Felcra dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah boleh membuka tanah dan menyediakan infrastruktur melalui peruntukan Felcra sndiri dan KKLW.

Soalan 2) Majoriti adalah Syarikat kontraktor anak tempatan Jerantut telah diberi kontrak. WZWH tidak ingat semua nama dan yang penting ada peruntukan siapa kontraktor buat itu tidak penting. Yang penting lagi kerja boleh disiapkan.

Soalan 3) Semua tender adalah terbuka kecuali Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 yang telah diluluskan secara runding terus sebelum PRU 12.

Tahniah Anon 11:40 adalah rakyat yang membayar cukar. Anonlah Wira Sebenar negara.

Anonymous said...

WZWH... ini cerita baru, Anon2 macai pembangkang masih menunggu arahan dari Dewa2 mereka.

maklumlah, sekarang ini Dewa2 mereka tengah dok mencari kesempatan masing2 didalam parti mereka, jadi tidak sempatlah Dewa2 mereka nak buat rekaan fasal cerita yang WZWH kemukakan ini... kan sekarang ni sibok dengan "ice-cream," "Bersih XXX," "Tunku Aziz," "Belajar-free," "NFC," dan banyak lagi.

oiii, bukan senang mahu buat rekaan, kawan!

mula2 kena cari satu fakta dalam cerita tu... dan fakta tu mestilah boleh disahihkan... lepas tu kaitkan dengan berjela-jela rekaan dan syak-wahsangka... tujuan sabenarnya hanya untuk megerohkan keadaan... PERSEPSI tu amat penting.

yang haram boleh dihalalkan, dan yang halal boleh diharamkan.

ingat pada seorang yang bernama Dr.Goebbels?

inilah bukti yang nyata... kalau cerita baru, tak de komen... tunggu arahan, beb.

kalau tulis yang baik fasal UMNO, Najib, Tun Mahathir... "instant comment" dari Anon2 macai pembangkang, kerana dalam soal ini, skripnya sudah disediakan dari dulu lagi... "cut and paste" aje.

ulang... ulang... ulang, lama2 yang halal boleh diharamkan dan yang halal boleh dihalalkan.

Persepsi, persepsi... persepsi!

Anonymous said...

Itu je yang boleh dibanggakan Ulu Tembeling?Jalan pun tak siap2 lagi,baru buat dari Kuala Tahan 26km ke Kg Pagi pun riuh sekampung?Lu keluar la sikit dari Jerantut,tengok dunia sikit pegi kawasan lain,jalan berselirat macam nak rak tak payah tunggu lebih 50 tahun baru terkial-kial nak buat sebab orang komplen.Aduhaii,jauh berjalan luas pemandangan,tapi kalau jalan tak siap2 lagi,macam mana nak berjalan.Ye tak?

Anonymous said...

Anon 3:34,
Saya suka dengan attitude sikap Anon yang agresif. Betul kat KL jalan berselirat-lirat hasil dari pembangunan berpuluh-puluh tahun bila semua infrastruktur ada.

Lain di DUN Tahan kawasan hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang dan alam sekitar flora fauna yang unik yang memerlukan satu kajian yang mendalam bagaimana tidak merosakkan terlalu banyak alam sekitar. Yang memerlukan ulasan-ulasan dari berbagai jabatan-jabatan kerajaan pusat dan negeri. Faktor itu perlu diambilkira.

hampir RM500 juta belanja hanya untuk penduduk tidak sampai 4000 orang saya kira ini peruntukan yang mewah dan special untuk orang Ulu Tembeling.

Anonymous said...

Anon 3:51 di atas,

Jangan compare Ulu Tembeling dengan Kuala Lumpur.Compare Ulu Tembeling dengan kampung2 lain di negeri2 lain.Kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak ada lagi maju infrastruktur dari Ulu Tembeling.Tak tahu la pasal apa lembab sangat infrasruktur di Pahang ni nak jalan.Kalau pasal alasan sebab banyak bukit bukau,sungai nak buat jalan susah,cuba ambik contoh Cameron Highlands,jalan dari Simpang Pulai dengan Gua Musang siap dulu baru la Jalan dari Sungai Koyan terkial-kial last sekali siap.Padahal Cameron Highlands tu dalam negeri Pahang,jalan masuk dari negeri lain 3 biji dulu siap baru la jalan ke 4 dari dalam negeri Pahang sendiri siap.Bukit nak ditarah pun lebih kurang sama banyak.Tak faham pasal apa la pembangunan lembap sekali kat Pahang ni,lagi2 di Ulu Tembeling.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH suka hujah Anon 8:50,
Kenapa pembangunan lembap di Pahang terutama di Ulu Tembeling?

Kerana tiada political will yang serious.
Kerana tiada urgency.
Kerana pemimpin Pahang baik di negeri dan pusat tidak cukup kreatif dan inovatif

Nak sedap lagi jawapan kerana WZWH bukan MB Pahang dan WZWH bukan PM!

Anon 8:50 puas hati dengan jawapan WZWH?

Anonymous said...

Alang-alang Najib datang Jengka 8,ni adalah cadangan2 untuk "dibisikkan" pada Najib:

1. Jalan Ulu Tembeling-Pasir Raja
2. Jalan baru Benta-Jerantut-Maran
3. Jalan Jerantut-Sg Lembing (ni Najib sendiri dah janji)
4. 2 jambatan di Kuala Tembeling menyeberang Sungai Jelai dan Sungai Pahang
5. Naiktaraf Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis sebab bahaya sangat.

Tu je.Kalau dapat boleh la pangkah BN balik.

Anonymous said...

Ha ha
Kenapa rosak udara Hijau Di ulu Tembeling. Tidak dapat lagi saya cari madu grade satu Dari sana.

Kenapa rosakkan hutan2 tempat orang wan lari bersembunyi semasa perang saudara Dan perang dengan British dulu.

Akan dating, jika berperang lagi, mana mereka nak lari.

Tak kan nak import lagi orang rawa, orang kampar Dan orang bugis untuk berperang sedangkan puak wan bersembunyi didalam human ulu sat.

Ini sejarah. Ingat siapa mat kilau Dan datuk bahaman.

Anonymous said...

Good day! This is my first comment here so I јust wanted
to givе a quick shout out anԁ ѕaу I
rеally enjoy reading yоur posts. Can you recοmmenԁ anу οther blogs/websitеs/forums thаt go
oνeг the same ѕubjects? Thanks for yоuг tіme!


Feel free to visit my web-site - payday loans

Anonymous said...

Your moԁe оf telling all in thіs parаgraph is actuallу fastiԁious, all can without difficulty be aware of it, Thanks a lot.


Here is my weblog: Same Day Payday Loans

Anonymous said...

Remаrkable! Its genuinelу awеsome pieсе of writing, I haνe got much cleaг іdea abοut from thіs piece οf ωriting.


Here іs my webρage ... payday loans

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...