Friday, April 20, 2012

Beranikah Sakmongkol AK47 Bertanding Di Parlimen Kuantan Kawasan 60% Melayu?

Harapan DAP kepada pasukan 'think tank' cukup besar dan optimis untuk 'MengDAPkan' orang Melayu.

Walau belum sampai 4 bulan 'in trial' komrad DAP, Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 telah menunjukkkan dedikasi yang komited perjuangan DAP mahu menghapuskan kepimpinan elite dan cultured Melayu.

Sebelum ini tidak ada ahli DAP yang boleh berkempen macam Sakmongkol yang 'berbahasa UMNO'. Lim Guan Eng tentu berbangga dengan kempen DAP yang Sakmongkol bawa boleh sampai ke majoriti pengundi Melayu terutama baik di bandar dan di didesa.

Apa tidaknya DAP sedang mengunakan seorang jurucakap bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Perdana Menteri sudah tentu kualiti dan mutu propaganda DAP kali ini lebih ommp..

Ramai pemerhati politik berpendapat DAP perlu letakkan Sakmongkol bertanding kerusi parlimen. Tapi di mana? Ada kata kalau mahu selamat letak di Pulau Pinang kubu kuat DAP. Ada kata di Selangor.

Perkembangan terbaru ada kemungkinan Sakmongkol akan bertanding di Pahang kerana mahu membuktikan sifat anak jantan bahawa beliau mahu bertanding ditanah negerinya sendiri.

PRU 13 akan menyaksikan DAP secara licik mahu merampas beberapa kerusi milik PKR dan PAS. Yang sudah pasti DAP akan terus merampas kerusi yang mana diletakan calon Melayu oleh PKR dan PAS.

Yang terbaru kerusi parlimen Kuantan yang ketika ini milik Fuziah Salleh. DAP akan meletakan calon Melayu dikawasan majoriti Melayu. Pada minggu lepas DAP juga telah merasmikan cawangan mereka yang ke-4 dibandar Kuantan. Cukup jelas agenda DAP memperkudakan PKR dan PAS.

DAP sedang menimbang untuk meletakkan Sakmongkol bertanding di parlimen Kuantan yang 60% lebih adalah pengundi Melayu dan sudah pasti kempen dan ceramah Sakmongkol nanti- 'Kenapa Saya Masuk DAP? dan 'Kebaikan DAP kepada orang Melayu' tentu akan menarik minat orang Melayu mengundi DAP menjadi wakil mereka. Ditambah pula harus diingat DAP akan mendapat sokongan yang kuat dari pengundi Cina yang dimana MCA gagal untuk menarik menyokong Barisan Nasional.

Untuk menjayakan kempen itu Sakmongkol perlu lebih agresif menyerang tokoh-tokoh UMNO nasional dan UMNO Pahang seperti:

  • Menyerang DS Najib dan Rosmah
  • Menembak Mahathir
  • Membongkar keburukan pimpinan UMNO Pahang
  • Mempersoal kenapa Putera-Putera Istana Pahang membolot kekayaan Pahang

Beranikah Sakmongkol berceramah politik sedemikian di tanah Kuantan bumi Pahang kerana Sakmongkol perlu menonjolkan imej pejuang rakyat marhein Pahang. Pepatah Melayu ada mengatakan kalau alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Kalau mahu mengubah status quo golongan elite dan feudal Pahang perlulah Sakmongkol menjadi seorang revolutioner yang sebenar dan sejati.

WZWH percaya ramai rakyat Pahang akan menyokong Sakmongkol nanti dengan idea politik baru Pahang. Sakmongkol penyelamat rakyat Pahang bersama DAP Pahang bertambah lagi makmur kerana kekayaan Pahang akan diagih bersama seluruh rakyat Pahang.

Beranikah Sakmongkol AK47 bertanding di parlimen Kuantan kawasan 60% Melayu. Rakyat Pahang akan berasa kecewa jika Sakmongkol mengambil jalan selamat dan mudah bertanding di Pulau Pinang.

Keberanian Sakmongkol bertanding di parlimen Kuantan akan memperlihatkan kesungguhan dan keazaman politik baru Sakmongkol mahu membina Pahang bertambah lagi makmur bersama DAP.

DAP akan terus memainkan isu masyarakat Cina dan mengapi-apikan sentimen perkauman dikalangan pengundi Kuantan agar orang Melayu terus berpecah kerana mereka tahu sokongan kaum Cina kukuh untuk mereka. Ini adalah cara kotor DAP yang cukup rasis bagi memenangkan Sakmongkol.

30 comments:

Anonymous said...

Kenapa pulak nak tanding kat Parlimen Kuantan?. Tempat tu Fuziah PKR adalah incumbent. Kalau nak bertanding pun elok Dtk Sak bertanding kat Jerantut atau Bentong. Encroach to BN turf..baru ummph

Anonymous said...

umno sekarang sedaya upaya menakutkan orang melayu melalui komrad upahan pencacai seperti wzwh. itulah mentaliti komrad umno ni...tak boleh nak lawan hujah datuk sak mengenai ketua agung mereka selaku menteri wanita. patutla najib baru2 ni berantai leher..sesuai sgtla dia melantik diri sendiri sebagai menteri wanita....heeeheee ada peluang rosmah dan anak2nya dapat projek lembu NFC edisi kedua..

hahaaaaa...

Anonymous said...

Beranikah WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP)berasal dari Ulu Tembeling,Jerantut, Pahang. Berkelulusan MBA (UUM 2007), BA Hons in Accounting University of Abertay, Dundee, Scotland,United Kingdom (1993), Diploma in Education (MPBP 2003). AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Penasihat Ekonomi dan Politik DUN Tahan Parlimen Jerantut, bertanding di Kuantan?

Mungkin WZWH BA, MBA, Dip Edu vs Sakmongkol?

Dangkalnya fikiran & pandangan MBA holder ni!

zul KL

Anonymous said...

anon di atas lagi dangkal dan bengong tongong.sakmongkol kan hebat.sebab itu di cabar bertanding di kuantan.itu maksud sebenar artikel ini

Anonymous said...

Wan Zuri cuma berani menyibuk perihal Sak. Diri sendiri apa macam ? Najib tak beri peluang ke sebab bukan calon winable ?.

Malaysia ni didiami pelbagai bangsa sebagai warganya. Nak jadi pemimpin mestilah seorang yang boleh diterima semua bangsa, bukan hanya disokong satu bangsa saja.

Apa kata Wan Zuri lawan Sak di Bukit Bintang atau dimana2 tempat lain yang komposisi kaumnya 50:50 ?. Ada Wan Zuri berani?. Mana yang kalah mesti janji sanggup terjun Penang Bridge atau KL Twin Tower.

Sila sambut cadangan ini wahai Wan Zuri kalaulah anda rasa anda calon winable dan diterima semua bangsa. Setakat bermegah jadi jaguh gelanggang sendiri...tak payah la nak menyibuk hal orang lain. Gi jauh2 dan bertandinglah kat Kg Pinang Sebatang lawan Pendikat Mushtar tu !

Buat Najib...jenguk2 la si Wan Zuri ni. Kesian dia .uhuk uhuk uhuk ! Dah lama dia membodek...tak kan tak faham2 juga Dato Sri ???

Anonymous said...

Wan Zuri ni sebenarnya amat mengkagumi Dtk Sak. L/krg tiga bulan lepas dia mohon pada Dtk Sak Link blog ni kat Blog Sakmongkol.
Pas tu dia copy and paste ruang utk request for donation Dtk Sak cuma ubah no akaun saja. Kita berprasangka baik yang dia buat stlh mintak izin.
Lpas tu dia hentam Dtk Sak...apa punya manusia mcm ni??

Anonymous said...

Yer je Anon April 20, 2012 12:45 PM ??

Ahak Uhuk Ahak Uhuk ! Biaq betoi woii ! Macam tu kaa ???.

Adoii..perut aku sakit tahan ketawa ni..ahak ahak ahak !

Posting berdekah ! Rupanya Peminta Sedekah ! Dakwa Pejuang Jerantut Tapi Hanya Kuat Kentut ! Dakwa Diri Pemikir Tapi Berjiwa Fakir ! Bukan main mencabar Sak Tapi Cuma Cakap Besaq !

Wahai Wan Zuri...tak kan la UMNO BN dan Najib tak peruntuk budget untuk beli dan generate trafic blog anda sampai sanggup mengemis kat Sak...pas tu perlekeh pula Sak ! Uhuk uhuk uhuk ! Minda kunta kinte laa ni yer !

Anonymous said...

sakmongkol bertanding di tempat yg gerenti menanglah tongok al bengap al bengong. bebal betul kau ni.

apakata pula kalau najib bertanding di bandar2 besar. kau pilihlah sendiri yg mana satu, tengok dia boleh menang ke makan pasir.

kalau bodoh,janganle tunjuk kebodohan diri sendiri dengan menulis cerita semacam budak terencat akal ni.

memalukan dan menglembukan. mamak madey betul megatakan ahli2 umno yg ada sekarang memang baghal.

kat manalah kau belajar bodoh gila semacam ni.

Anonymous said...

Sakmongkol bertanding di Pahang ? Pasti kalah.Tidak ada istimewa pun Sakmongkol ini.Beliau hanya saorang blogger dan opprtunis yang telah di bayar DAP.Itu sebab dia sombong dan bongkak sangat membuat fitnah dan mengaibkan kredibiliti Najib.Saya yakin dia akan kalah di kawasan pengundi ramai melayu.Dengarnya dari SB dia dibayar hampir 2 juta.Itulah kebalakagan ini artikal beliau banyak mengutuk Najib dan UMNO.Itu sahaja yang beliau pandai.Di Pekan mungkin beliau berasa terlalu hebat Di Kuala Lumpur beribu orang yang pandai dan hebat lagi professional.Kita nilai kebolehan beliau.Satu satu penghianat bangsa yang menggigit tangan yang memberi dia makan.Poodah ...

Anonymous said...

Anon April 20, 2012 2:11 PM,

DAP bayar Sak RM 2 juta? Murahnya Sak....Nko tau berapa UMNO bayar kepada ADUN perempuan DAP kat perak suruh keluar DAP jadi bebas....SB yang sama yang bagitau nko cakap RM 25 JUUUUUTAAAAA!

Anonymous said...

Awat tongong sangat penyokong UMNO ni. Bodoh lah Sak kalau mengemis kat DAP untuk dapat duit berjuta2. Bukannya DAP yang pegang kuasa dan urus khazanah negara di federal. Logik akal..alang2 nak membodek dan dapat berjuta..bodek Najib laa !!!

Sebab tu Wan Zuri mati hidup balik pun akan terus membodek Najib kerana dia tau Najib adalah gudang RM di Malaysia, dialah PM, dialah FInance Minster dan dialah juga Ketua Wanita UMNO.uhuk uhuk uhuk !

Tok sah lah nak kelentong DAP bayar Sak RM 2 juta. Tok sahlah buat cerita ala keling botoi. Yang aku tau...menteri UMNO kerana nak panjat perut artis seksi pun sanggup keluar RM1.5 juta. KAlau Wan Zuri menghimpit Najib dan membodek tak henti2...itu boleh terima dek akal sebab Najib kuasai segalanya sekarang ni kat Malaysia hatta duit negara.

Bodoh dan bengaplah kalau sesiapa percaya Sak sokong DAP kerana RM2 juta. RM2 Juta tu besaq utk DAP tapi "cikonit" untuk Najib dan UMNO BN ! Kalau tak...mana sanggup menteri UMNO bayaq RM1.5 juta cuma untuk panjat perut artis !!!

Anonymous said...

Lihat sini tentang wzwh

http://sangkakalanews.blogspot.com/2010/08/drasti-cleansing-calon-pru-13-parlimen.html

Anonymous said...

Apakata kita suruh WZWH bertanding di Kuantan lwn Sak?

Walk the talk bro.... dont just talk cock.

Anonymous said...

Apa yang sibok sangat dengan Sakmongkol ini.Bukankah beliau kalah di Pulau manis dulu.Biarkanlah dia nak bertanding mana pun .Lagi pun dia adalah baruah DAP parti racis.Yang penting Pahang tetap BN.

Anonymous said...

stkt rm25 juta hanya selit celah eli kong kang jer. tak eran skit pon bagi mana2 org puliktaik...

Quiet Despair said...

Salam brothers


Takkanlah bro kesayangan saya Sakmongkol amik duit rm2juta from Dap. Sak kan orang yang bersih dan tulus, tak macam Umno yang korup dan busuk hingga ke usus. Hahaha.

Anonymous said...

SB bagi maklumat datuk sak dibayar 2juta oleh DAP?...byk duit DAP ya?.dpt ari mana?..dari duit haram projek NFC ke?..atau duit haram komisen scorpene?....
apala punya bengap komen anda tu...SB tu siapa?..saifool bukhari ke?...kalau dia memang terkenal fitnah upahan la....tapi kantoi...hahaaaaa.....

nak komen wzwh la...suruh Datuk Ariff bertanding di kuantan...apala cacat fikiran awok ni wan...baru lawan dengan calon perempuan -fuziah salleh, bn pun kalah...tak perlu la nak cabar calon lelaki pulak....menang dulu la dgn calon 'perempuan' baru boleh ajak lelaki lawan....

kalau bn tak nak malu...aku suggest menteri wanita sekarang lawan dengan 'wanita' di parlimen kuantan....kalau kalah tak la malu sgt bn....

heheeee....menteri wanita dah pandai pakai rantai...tak sabar nak tengok menteri wanita pakai gincu..blusher.bermekap completelah...sesuai dengan menteri kewanitaannya........kalau tak pun pakai bedak sejuk sebelum tidur dgn 'abg ros' haahahaaaa....

Anonymous said...

apa yang penting sakmongkol adalah pejuang UMNO dahulu.dia keluar UMNO ada sebabnya .kok kok kecewa yang amat sangat dengan UMNO .Terkenalnya Satmongkol adalah dari UMNO.Dah kenyang dengan UMNOpun ,sekarang kutuk UMNO. Manusia apa ni????????

Anonymous said...

QD,
Kelakar juga kalau awak yang menulis post diatas .Saya tidak percaya. Bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar saperti "amik" dan dengan spelling yang tidak kemas saperti "rm2juta".QD lebih cermat dari itu.QD sila confirm yang ini post awak.

Anonymous said...

Quiet Despair

Menyindir Sakmongkol nampak? Jahatlah aok. Aok belajar strategik thinking ya?

Quiet Despair said...

Anon 8.55pm

Bro, ya memang saya yang benar QD. Belajar le tulih ikut stail sekarang. Yang sebenarnya I gunakan IPad and my fingers are too big and long. Tu yang tak kemas. Sorry ya.

Anonymous said...

Aok bukan menyindir sak. Aok kalau kat blog Sak dok kena belasah dengan orang je. maklum le kat sana ramai orang lagi cerdik dari aok.kat sini aok le yang paling hebat..boleh tulih omputeh, buat posting pakai ipad. orang jantet tau ke pe ipad tu...hahaha

Anonymous said...

Para kedua kamu tulis quote: " in trial " komrad DAP Ariff Sabri..
unquote : saya rasa perkataan yg kamu cuba utarakan dlm bahasa inggeris ialah " on trial " bukan " in trial "

Sudah banyak kali saya perasan kesilapan yang kamu sendiri tidak sedari. Sekiranya kamu tidak menggunakan istilah bahasa inggeris, tidak ada orang yang akan perasan kelemahan nahu bahasa inggeris kamu. Saya rasa lebih baik kamu tulis dalam bahasa melayu sepenuhnya, tidaklah terpamir sangat kelemahan tu, lebih2 lagi dengan kelulusan ijazah Dundee kamu

Alfred E Neuman

Anonymous said...

Itulah bila boleh bercakap dan menulis dlm BI terus nak menunjukkan cerdik dan terkedepan dlm segala aspek agaknya? Ha kan dah kena

Quiet Despair said...

Anon11.31pm

Orang jantet tu apa? Ai tak kenal kitapun boleh jadi personal pulak, ya kawan.
Saya dah bertahun-tahun kat blog Sak dan dia menghargai tulisan saya. Beberapa kali my comments jadi bahan topik untuk discussions.
Sayapun hero kat sana, weh aok. Ramai peminat terrmasuk Sak yang menngelar saya cerebral. Banggalah kerana dia tak suka puji orang.
Tapi sejak Sak jadi cadre DAP ramai gerombolan Anu-war yang petty dan suka hentam. Tak heran sangatlah stail yang one or two sentences hit and run type of comments.
Apala hebat dan pandai sangat tu. No solid arguments. Even Mat Rempitpun boleh. You Mat Rempit ke?

Anonymous said...

Sape ini wzwh ni. cara nya macam penjilat je dan pembidas yang ambil kesempatan.........perut sendiri. Orang lain semua tak elok....aku saja semua betul. Pada hal kentut busok, tahi melantun bau. mulut bau longkang. awak belum sama standard lah.



wwwwwwwwwwwwww.......yyyyy

Anonymous said...

Sape ini wzwh ni. cara nya macam penjilat je dan pembidas yang ambil kesempatan.........perut sendiri. Orang lain semua tak elok....aku saja semua betul. Pada hal kentut busok, tahi melantun bau. mulut bau longkang. awak belum sama standard lah.



wwwwwwwwwwwwww.......yyyyy

Kampong man said...

Salam semua pembaca blog,
Cerita Sakmongkol di Pahang ini kini timbul lagi.Sabenarnya Kampong man sudah mual dengan artikal sdr Sak di blognya sendiri yang terlalu membenci UMNO dan Najib sampailah ke usus.Sabar sajelah.Biarkanlah Sak dengan dunia DAPnya.Cuma sayang, tidak apa yang kita boleh pelajari dari usha baik DAP pada rakyat kerana DAP terlalu ghairah berpolitik untuk memegang kuasa memerinttah negara dan baru belajar bertatih saperti anak kecil belajar mentadbir negeri dan belum pun untuk negara.Bunga bunga kebiadaban di majlis pertabalan Agong telah pun kita lihat yang tidak sepatutnya berlaku .Pasti banyak lagi kepincangan dengan 'Trial and error' dan ' learning curve nya! 'yang kita observe.Ini merugikan negara kerana Malaysia tidak lagi mampu membuat apa apa kesilapan lagi bagi mengharungi keadaan ekonomi dunia yang kini tidak menentu .

Pada mulanya saya memberi tahniah kapada Sak yang berubah selera bagi menyambung karier politiknya melalui platform DAP satelah gagal terpilih dalam UMNO.Sayang tulisannya kini banyak memburukan UMNO membuatkannya tidak kagi rasional dan balance menengelamkan banyak usha murni UMNO selama ini yang langsong tidak dihargai semata mata Sak ingin memjadi jaguh pada parti barunya DAP.EEKALEH.... kata orang Johor.Kampong man (Dari Melaka) bukanlah anak Pahang pun tetapi dalam diam diam sangat tertarik dengan negeri Pahang yang agak istimewa di hatinya dari dulu lagi.Mungkin terlalu banyak menyanyikan lagu ini:
DARI MELAKA PERGI KE PAHANG
SINGGAH DI JOHOR BELI BERANGAN
KAMI UCAPKAN SELAMAT DATANG
APA YANG SALAH TOLONG MAAFKAN

BERLENGGANG BERLENGGANG TARI
LENGGANG...
KALAU BAIK HATI NANTI ORANG
PUN SAYANG...
sungguh indah lagu melayu lama ini yang penuh dengan kemesraan dan kebaikan.Sayang, Sakmongkol telah melupainya dengan TIDAK baik hati pada orang Pahang.Kalaulah Sakmongkol baik hati pasti orang PAHANG sayang.Kita doakan beliau berjaya tetapi saya berkeyakinan Pahang tetap bersama BN.Nasihat saya pada Sak tak payahlah bertanding di Pahang kerana orang Pahang tidak sayang pada Sak lagi.Lagi pun apa juga yang Sak tulis banyak yang tidak menjadi kenyataan malah sebaliknya. FELDA listing umpamanya.Majority warga FELDA sendiri memilih untuk 'listing' bagi berubah ke tahap baru yang lebih cemerlang.Benar kata pepatah melayu kita "KALAU TIDAK DIPECAH RUYONG ,MANAKAN BOLEH DAPAT SAGUNYA! "

Orang Melayu harus berubah dan berhijrah dan berani mengambil risiko bagi membuat perubahan untuk maju.Apa kita harapkan DAP mengubah dan membantu kita orang melayu ? Tidak ! hanya UMNO yang mampu membela arah tuju dan nasib orang Melayu.PERJUANGAN dan ROH inilah yang semua mereka yang terlibat dalam UMNO fikirkan.Mereka yang punyai agenda peribadi harus tidak diberi tempat begitu juga mereka yang membawa 'baggage' harus kita VOTED out ! dan di ketepikan.
Kalau ini yang kita pegang ,Insyallah UMNO/BN akan terus berjaya selamalamanya.UMNO pasti terus relevan di mana banyak parti lain telah gagal.Tidak hairanlah UMNO/BN di beri mandat sebegitu lama sahingga kehari ini bagi keadilan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan ugama.Inilah specialnya UMNO !!!di beri amanah oleh Rakyat.Selamat membuat pilihan yang tepat demi BANGSA,UGAMA dan NEGARA .Wallahwualam.

@Kampong man yang bukan politician dan bukan blogger.

Kampong nman said...

My buddy QD and WZWH,
Happen to pass by the MB residence last saturday on the way north to ziarah family.Saw big crowd of belia with rows of busses there.Massive !.So QD you were there ? .Assume these were BN supporters with Hishamuddin there that day i discovered.Yes,i was for that Nasi ganja at WANGE in Ipoh,the original Wange of course.Ipoh is nostalgic and has so much memory where Kampong man spend a good six years at that elite school for kampong boys STAR,Ipoh.MCKK are for the elite english medium lads of course.But the school excel in academics(the best SPM results for Perak last year beating MCKK many times )and of course their Rugby team is amongst the best in the country.How could i not be a proud Kampong man now ehh..!Without that schooling opportunity in STAR Kampong man would be a fisherman perhaps like Awang the fisherman and those people in Berserah those days (ref;Geography text books early 60's).The descendant chinese tin miners in Ipoh are amongst the best and respectable chinese that i know.Hence this phrase "IPOH mali maa " till today.Ipoh the peaceful and beautiful city and their Tambun limau bali is exclusive ! hmmm....Sorry not relevent to this WZWH topic which is Pahang politics. I wish to meet WZWH to at least talk of his Scotland days among other things.Any chance of meeting you in Mahbub or Cawan Bangsar QD ? We can talk business but not politics please.

Both my buddy Aspan and Ariff are my two good friends who i know so well Aspan especially being a housemate in a college in PJ.A polite and a handsome college boys you know this Aspan.Sak tu pun apa kurang handsomenya kalau tidak he will not be driving a PERODUA !!?? .Sorry sak ,no offence just to take the heat of this political forum. Thanks mate.

Anonymous said...

Pemimpin kecewa,maruah bangsa pun boleh digadai.

Hebat diperkatakan 2 pemimpin veteran UMNO yang dipancing oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap DAP. Salah seorang dari mereka adalah Datuk Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47, bekas ADUN Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Umum tahu bahawa Ariff Sabri adalah seorang pemimpin UMNO yang kecewa dan DAP mengambil kesempatan untuk memancing beliau agar bersama-sama dengan mereka bagi menjatuhkan UMNO dan terus memecah belahkan orang-orang Melayu. Ariff Sabri amat kritikal kepada UMNO melalui blognya Sakmongkol AK47 yang menghentam UMNO dengan pelbagai tuduhan. Bayangkahlah apa jenis manusia Ariff Sabri ini jika beliau bersetuju untik bersama DAP.

Jika dahulu menjadi ADUN bawah tiket UMNO/BN dan selepas digugurkan menghentam parti yang pernah diwakilinya. Dimana maruah manusia sebegini? Mungkin benar apa yang PM katakan diPerhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mana jadilah orang UMNO bukan sekadar ahli UMNO, tetapi apa guna menjadi orang UMNO jika tidak mempunyai jiwa UMNO? Ianya akan menjadi seperti “orang-orang” (scarecrow) dibendang nampak macam orang tetapi tidak berguna. Begitu jugalah dengan Ariff Sabri umpama orang-orang yang tiada guna langsung.

Tidak menjadi satu kejutan kepada kita semua jika Ariff Sabri bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO kerana beliau tidak mempunyai jiwa UMNO. Kerana kuasa sanggup memburukan parti yang pernah menjulang namanya sebagai wakil rakyat.

Cukup kita mempercayai manusia sebegini kerana orang-orang Melayu tidak memerlukan orang tidak mempunyai jiwa dalam perjuangan.

Ikhsan dsari Melayu Muda

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...