Tuesday, April 17, 2012

Kesan BR1M Kepada Sokongan BN PRU 13 Satu Kajian Persepsi



YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan di Program BR1M di kawasan beliau.







Setakat hari ini belum ada kajian secara ilmiah dibuat oleh saintis politik berkenaan kesan bantuan BR1M kepada sokongan BN PRU 13.

WZWH  mahu buat kajian secara persepsi apa kesan bantuan BR1M kepada kerajaan BN. Apa reaksi pembangkang?

Program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas, memberikan bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Ini adalah sifat keperihatinan DS Najib terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah bagi membantu. Tidak pernah kerajaan BN oleh PM yang sebelum ini terfikir mahu beri bantuan ini.

Tun Mahathir mengaku bahawa cara ini popular. Majoriti rakyat suka. Mereka kata merasa juga mereka. Ditambah dengan bantuan RM100 bagi setiap anak yang bersekolah. Kalau ada 5 atau 7 anak maka bertambah lega ibu bapa.

Pemimpin bangkang kata ini rasuah cara BN mahu dapat kembali sokongan rakyat. Lim Guan Eng kata kalau Pakatan Rakyat memerintah BR1M akan tambah ke RM1000.

BR1M bukan rasuah sebab BN sebagai kerajaan yang diberi mandat telah membuat keputusan secara kolektif bantuan diberi. Ini skema untuk menolong rakyat yang memerlukan.

Kerajaan mahu tolong rakyat itu bukan rasuah. Soal rakyat mahu sokong kerajaan itu terpulang kepada budi bicara rakyat.

Kerajaan meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima sehingga 15 April. 

Mana yang tidak dapat boleh buat rayuan. 

Seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan. 

Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April, demikian menurut Kementerian Kewangan. 

Kerajaan bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M adalah sehingga 15 Mei depan. 

Kalau dibuat kajian persepsi adakah 4.2 juta penerima bantuan BR1M ini suka? Sudah tentu mereka suka. 

Ada juga peristiwa-peristiwa menarik semasa majlis BR1M ini. Ada ahli keluarga yang terputus hubungan boleh berjumpa kembali. Anak bertemu emak, anak bertemu ayah, janda bertemu duda, macam-macam peristiwa yang 'touching'.

Ramai kawan-kawan lama boleh berjumpa. Wakil Rakyat boleh jumpa rakyat.

WZWH rasa BR1M ini walau nampak kecil sumbangan tapi kesan kepada sokongan BN meningkat. 

Bila sudah lekat dihati baru datang kasih.

Tidak boleh dinafikan DS Najib ada cara-cara beliau yang tersendiri memberi sentuhan kepada rakyat golongan yang susah dan memerlukan.

13 comments:

Anonymous said...

Pak Lah dulu bagi duit RM625 kat pejabat pos. Ini tidak, suruh wakil rakyat Umno (B) yang bagi. Memang la nampak sangat la rasuahnya sb masa pulak dah nak pilihanraya ni.

Atas sebelah kiri surat kelulusan BR1M tu kan ada kod, contoh kalau orang dun Pulau Tawar kod P081 N11, bukan tujuan untuk politik ke?

Sudah la, sebab pembangkang kuat, umno terdesak sb tu buat gini.

Anonymous said...

WZWH,

1. Kesan pemberian RM 500 ini bergantung kepada sudut mana kita nak nilai. Apatah lagi pemberian ini hanya sekali sahaja dan bukannya setiap bulan.

2. Kalau mahu dilihat dari segi meraih sokongan atau undi untuk BN terutamanya UMNO dalam menghadapi PRU 13 ini ia mungkin memberikan kesan terutama untuk mengekal undi dikalangan pengundi Umno tradisional juga pengundi atas pagar dari golongan berpendapatan rendah baik dikampong atau bandar.

Impak paling besar adalah mungkin akan berjaya mengekalkan sebahagiqn besar undi dari pengundi tradisional ini yang mungkin hendak mengundi pembangkang dalam PRU 13 ini atas pelbagai sebab. Sebahagian kecil walaupun terima duit itu akan terus undi pembangkang.

2. Jika dilihat dari sudut jangka panjang pemberian bersifat one off ini tidak dapat menyelesaikan masaalah keperitan hidup yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat. Lainlah kalau pemberian itu diberi setiap bulan!

RM 500 itu hanya menyelesaikan masalah sebulan sahaja. 11 bulan lagi rakyat masih menghadapi masaalah untuk menampung kehidupan yang semakin mahal hari ini. Jadi secara jangka panjangnya kesan tersebut hilang jika kos kehidupan terus membebankan dan hasil pendapatan tidak bertambah.

Jadi jika kerajaan tidak berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan kemajuan ekonomi yang real kesannya ilek la. Maka pemberian tersebut hanyalah sebagai langkah nak membeli undi dalam PRU 13.

3. Now pemimpin UMNO kena faham risikonya jika pemberian ini bertujuan untuk membeli undi. From now on to after election, hangpa boleh deny semahu-mahunya yang ia bukan nak beli undi.

After election, jika keadaan ekonomi masih menghimpit, bersedialah untuk menerima padahnya. Jangan ambil mudah yang propaganda hangpa boleh mententeramkan kemarahan rakyat. After all, propaganda hangpa hari inipun tidak begitu efektif.

Jika ini terjadi, bayangkan bagaimana hangpa nak menghadapi PRU 14 nanti. Pengundi2 tegar dari golongqn tua makin berkurangan. Majoriti pengundi PRU 14 nanti majoriti golongan muda. Golongan tua yang adapun sebahagiqn besar juga berpendidikan.

Anonymous said...

BR1M memang berjaya meraih pengundi undi saluran 1,TV1,TV2 dan TV3 utk kekal mengundi BN.Saluran 2,3 dan atas pagar.... lebih bengang dgn isu skandal NFC,cincin,shopping ratus ribu ringgit,bajet Permata di luar kementerian,handbag ratusan ribu harganya...terutama pengundi org perempuan.Maka, di harap PM terus dan yakin akan jadi PM semula selepas PRU 13.

Anonymous said...

Kau ingat orang yang dapat bantuan BR1M sokong Umno ke.Kalau Umno nak bagi duit, kita ambik je tapi bila pilihanraya, kita undi ABU.

Anonymous said...

Salam...,

Jika masa bebudak sekolah selok poket masa bercakap dengan kekawan apatah lagi dengan cegu ayah kata kurang ajar... Camana pemimpin sebuah masyarakat pulak!!!

Anonymous said...

Kerajaan BN yang prihatin beginilah .Rakyat di dahulukan dan kebajikan di utamakan.Pakatan sangat lemah dan hanya pandai dan menuduh dan berfitnah sahaja.Kalau begini pencapaian 2/3 parlimen menjadi mudah.Dengan runtuhnya PKR isu Azmin ,Wan Azizah di cabar.Pas yang tidak lagi memperjuangkan Islam dan DAP memainkan isu perkauman .Saya harap pengundi lihat ini semua.Pakatan mahukan Malaysia negara republik saperti Singapura dengan apa yang kita lihat akhir akhir ini.Badut Ariff yang di panggil Sakmongkol adalah pengkhianat bangsa.

Anonymous said...

Sokong. Makcik dan pakcik Felda akan sokong UMNO BN terima kasih BR1M. Jimat belanja makcik bulan ni...

Anonymous said...

Orang miskin adalah makanan orang kaya dan berkedudukan.

Orang bodoh adalah makanan orang pandai dan berpangkat.

Makan..makan..makan...haa..haaa..haaa...

Anonymous said...

Saya tidak ada masaalah dengan semua saluran TV 1,2,3,Astro .Mereka mempamerkan kebenaran apa yang berlaku dan kelemahan PR di ketahui rakyat dengan isu rasuah Beng Hock yang terjun mati menutup rasuah boss mereka ! Pakatan rapuh tidak ada tempat di bumi Malaysia ini.Kita harus ketepikan PR kerana mereka tidak ada haluan dan pegangan kuuh.

Anonymous said...

Rakyat melihat kesungguhan Najib dan BN.Mereka ada rekod yang terbukti berkesan untuk rakayat.PR boleh berkata apa yang mereka mahu kata mereka benar benar lemah bagi memerintah negara.Tidak dapat dinafikan mereka adalah pembangkang yang baik.Jadi eloklah mereka di tempat yang baik ini.

Di ramalkan PRU 13 BN berkemungkinan besar menang dan menaklok semua negeri kechuali Kelantan dan P Pinang.Belia akan mendapat banyak faedah dengan usha kerajaan untuk mereka.Syabas belia yang rata rata menyokong kerajaan BN.

Anonymous said...

How you know youth support Bn?

Anonymous said...

Tahniah UMNO BN akan sapu habis Pahang lepas ni...

Anonymous said...

Most importantly our youth is given the respect due by the government.Who they choose to vote is their choice.They know who they will vote.As for Pahang we must say goodbye to PR and SAKMONGKOL the traitor should not come close to Pahang.Pahang has no place for this desperate man.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...