Thursday, April 19, 2012

Mencari 'Calon Malaikat' PRU 13 Parlimen Dan DUN-DUN Jerantut


Sebelum WZWH bicara mencari calon Malaikat PRU 13 parlimen Jerantut, WZWH ucap selamat kembali berblog kepada blogger Urag Drrulug (UD) dan blogger Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) yang sudah lama tidur hampir setengah tahun.

Senang saja mahu mengggerakkan blogger UD dan SPU ini hentam dan ketuk bos mereka pasti bos mereka bingkas dan menggerakkan blogger-blogger ini! Ha ha ha.....

Selama ini blogger UD dan SPU sudah hilang semangat dan motivasi....dan membiarkan WZWH menjadi Raja Bendahara media cyber politik Jerantut. Mungkin blogger-blogger ini sudah tiada modal atau sudah lama menyimpan banyak modal untuk dilancarkan.

WZWH menanti apa lagi cerita-cerita 'half truth' politik mereka untuk disebarkan kepada orang Jerantut. 

Banyak blog-blog Jerantut seperti Suara Prihatin UMNO Jerantut, Urag Drrulug, Borok Politik Weh, Braveheart, Kutukan Dewata, Surat Untuk Pemimpin dll menulis posting mahu perubahan dilakukan terhadap calon Jerantut PRU 13. Maka WZWH mencadangkan posting di atas.

Oleh kerana semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut mahu pemimpin yang bersih, tiada skandal, jujur, berintigriti, tidak korup dan benar-benar berminat mahu memberi servis kepada rakyat Jerantut maka "penyelesaian di luar kotak" atau "drastic change" perlu dilakukan.

Maka operasi "Drastic Cleansing" calon-calon UMNO pada PRU 13 perlu diaplikasikan dengan penuh yakin oleh DS Najib dan MB Pahang. UMNO perlu mencalonkan "calon malaikat" di Jerantut.

Kriteria "calon malaikat":

  • bersih
  • berintegriti
  • berkepimpinan
  • berpendidikan baik sekular atau agama
  • tiada kes skandal
  • tiada kes hutang melampau
  • muda
  • berminat dan bersemangat
  • anak tempatan

WZWH amat percaya jika DS Najib dan MB Pahang letak calon-calon parlimen dan DUN yang memiliki sifat-sifat "calon malaikat" nescaya 100% pengundi-pengundi 55,000 parlimen Jerantut akan memilih calon parlimen dan DUN dari UMNO!

Apa yang DS Najib dan MB Pahang mahu takut? Kerana rakyat akan memilih calon-calon yang bersifat malaikat untuk dijadikan pemimpin. Rakyat Jerantut bukan mahukan wang ditabur dari berguni-guni wang. Mereka hanya mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas untuk membangunkan Jerantut.

PAS letaklah siapa-siapa calon baik Nik Aziz dan Hadi Awang bertanding di parlimen Jerantut dan DUN pasti kalah.....kerana rakyat Jerantut lebih memilih "calon malaikat"!

DS Najib dan MB Pahang ada berani ke ambil risiko?....Adakah 55,000 pengundi Jerantut bersetuju dengan cadangan radikal WZWH ini? Kalau setuju katakan setuju...kalau tidak setuju katakan tidak setuju!

18 comments:

Redz da Tsar said...

Kalau boleh semua parti yang bersikap jujur dan ikhlas mahukan calon seperti malaikat.. Tapi masalahnya, calon yang seperti malaikat tue nak dapat mana?

Masing-masing ada je sejarah kes balak la, kes rasuah dalam pemilihan, etc..

Kalau boleh biarlah yang 'nampak' seperti malaikat, dan selalu turun padang.. Memang baik, soleh, tsiqah, berhemah, bersopan itu penting, tapi untuk menang, persepsi menguasai segalanya..

Mohon calon yang berkaliber di Jerantut, supaya saya pening nak pilih yang mana satu pada PRU saya yang pertama..

Anonymous said...

Aku cadangkan WZWH. Apa tidaknya. Dia berpendidikan tinggi, auta pun macam dompok, senang skit pengundi nak handle dia.Kalau dia dah senang pun, paling-paling dia kahwin sorang lagi je...hahaha

Anonymous said...

Ya Wan Zuri,

Kita sebagai pendokong parti wajat teladani spt apa yang pejuang parti kesayangan Najib dan ramai rakyat Malaysia ini telah lakukan. Ini adalah satu contoh calon winable seperti yang disebut2 Dato Sri Najib : http://tinyurl.com/7hmwj5k dan http://tinyurl.com/c4pqhzk

Pembangkang jangan hanya pandai menghina saja kerja2 mulia pejuang UMNO ini !

Anonymous said...

Ini kenyataan WZWH: Salah satu ciri calon yg diperlukan mesti perpendidikan sekular atau Agama. Apa ni???

En Wan, saya nak tanya En Wan yg ada MBA ini, apakah sesorang yg ada ijazah dalam bidang perubatan atau engineering itu dikira berpendidikan sekular...saya nampak cara En Wan (MBA) memahami maksud pendidikan sekular tak jauh bezanya dgn apa yg Dr Hassan Ali (Phd) faham tentangnya..

Kalau bagitu, Dr Sukri yg belajar ilmu perubatan di universiti al Azhar dulu dikira perpendidikan sekularlah iaitu selaras dengan perjuangan UMNO yg sekular (memisahkan diantara dunia dgn akhirat)...

En Wan, mengikut ilmu yg saya tau dan faham, apa jua jenis ilmu atau kehidupan apabila disandarkan kepada Agama/Allah SWT, itu adalah dikira sebagi ilmu agama...yg membezakannya cuma sama ada ia dikira ilmu umum (contoh, metametik, ekonomi dsb) atau ilmu khusus (usuluden, usul feq, hadith dsb)..

Anonymous said...

haaaaa ksian ourang jrantuttttt takdeee calonnnnnn. takpe kite ambikkk ourang luarrrrr leeeee. ktrunannnnn WANNNNN apeee adeeeee heeeeeeee.

Anonymous said...

APA NI, GAMBAR TU BOLEH MENDATANGKAN SYIRIK, NAK JADI CALON MACAM MANA?

Anonymous said...

sapa bos ud tu zurik? hehe..hidup zurik..aku paling myampah blog ud tu..lama dh tak ada, ni ada balik..

Anonymous said...

Bukan jerantut je nk mcm tu, sepatutnya semua daerah di Pahang ni, Jerantut, Lipis, Bentong, Maran, Chini, Kuantan dll.... UMNO bnyk wat silap selama ni... Nk bg kat calon agama je xblh gak, dpt dilihat bnyk calon agama tak mampu bawa pembangunan dlm daerah. Kalo amek bisnesman kan ask sebat projek jek.. Cuba pendekatan baru, cuba anak muda bawah umur 30 yang berpendidikan tinggi, bersih, dikenali masyarakat sekeliling, ramah..Bkn cari org yg mmg dah kaya raya, pastu jawatan turun temurun plak tu......

JABAR@PAKOKH said...

NAK CARI CALON MALAIKAT TKDE.KENE CRI PIMPINAN YANB FAHAM DAN LAKSANAKAN AL QURAN DAN SUNNAH ITU DAH MEMADAI... YANG LAIN CAKAP JE ...LAKASANA TK SEBERAPA ...

Anonymous said...

Salam semua,

Satu cadangan lohor dan menakutkan kapada semua politikus ,tak kira apa parti.UMNO/BN telah dikatakan sangat jelik oleh pembangkang .Saya percya UMNO/BN akan dapat calun2 Malaikat .Sure menang 100 % PUNYA,,,, sebab UMNO/BN tak meliwat,tak sokong LGBT serta menentang usaha memurtadkan orang Islam ,,,.Yang paling best UMNO tak mahu kawan dengan Iblis,,,,.

PAS for all,boleh terima semua asalkan boleh kePUTRAJAYA walaupun terpaksa mencium bontot peliwat tegar dan dicucuk hidong DAPIG serta sangup berkawan dengan Iblis.

PKR berjanji akan sabsidi dan free semua termasuklah LGBT dan kebibasan mutlak,,,,ya hooooo.

Saya cadangkan kapada PR supaya menurunkan calun2 yang lebeh omm daripada calun2 Malaikat UMNO/BN supaya boleh kePUTRAJAYA dengan mudah.Calun2 hendaklah seperti berikut;
1.Buta,pakak dan bisu,
2.Tidak buang air besar dan kecil,
3.Jantan tiada anuuu,betina tiada cipap,,,
4.Calun mesti gemar teh tarik dan karipap.

Hebat ,,,,PRU 13 kali ini,calun Malaikat lawan calun manusia berwibawa......


Tuan tuan jangan toyong,biar saya saja yang toyong..


Gasing Toyong...tk

Anonymous said...

nak cari 'calon malaikat' camne...
kalau tengok komen2 pencacai tegar umno/bn kebanyakkan berhujah lucah, tanpa maruah & adab dan perkauman...
sebab apa pencacai2 menjadi begitu?...perpatah melayu sgt jelas menyatakan 'bapak borek, anak rintik' dan 'kemana tumpahnya kuah? kalau tak ke nasi.
Bila PR menghujahkan rasuah dan salah guna kuasa, umno/bn jawap dengan dengan isu liwat, video lucah dan sebagainya..walaupun mahkamah agung umno mendapati DSAI tak bersalah..

Bila PR cuba tegakkan keadilan rakyat Umno/bn mainkan isu perkauman, melayu merempat dan raja hilang kuasa...

dlm pada itu masih berniat mahu mencari 'calon malaikat' kononya..

Anonymous said...

Tengkorak ko mahkamah umno.itu mahkamah sendiri je atas nama keadilan babi pandir ko ni..memang tak bersalah tapi liwat tetap berlaku.bengong tak sekolah ko ni,yang batil ko nak hujah buat pe??ko suka kot liwat liwat ni ekk??

Anonymous said...

Setuju...mari kita TIBAI!!!!(TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM)

Anonymous said...

untuk pihak yang mahu lagi kelas tentang kriteria
*bersih-air muka tak la pucat,bagaiman nak dapatkan air muka yang bersih?niat dan keimanan tu yang menjadikan air muka tu berseri
*intergriti-nilai ini akan lebih menonjol dengan ada akhbar sinar harian di setiap lokasi lawatan adun
*berkepimpinan-dah tentu asalnya dari pemimpin cawangan baru la ke bahagian, haish
*berpendidikan baik sekular atau agama- sejarah di dun tahan hanya cu rahimah shj yang ade keteria ini.
*tiada kes skandal-skandal hubungan atau skandal wang?
klu skandal wang, semua pernah ke majlis perwakilan umno"jd fhm2 sendiri la"
*tiada kes hutang melampau-klu dengan bank mmg la, yang dengan kontraktor yang deme janjikan sesuatu ke deme tu?tak kira hutang ke?
*muda-harap yang tua sikit sbb yang muda ini panas baran, mulut lembik, pengalaman kurang, ke yang lama2 nak kontrol senang?kahkah
*berminat dan bersemangat-ingat ini audition ke nak berminat2?mestilah ikhlas. kalau dah iklas akan timbul perasaan tanggungjawab.
*anak tempatan-tentu sekali.

Anonymous said...

Bagi aku temakau rokok,aku pangkoh jea mana2...demeh tu sama je belaka.sebelom ngundi semua jadi malaikat,lpeas ngundi jadik jin tanah balik.

Anonymous said...

Letak la hak yang mcm malaikat pun tp kalau kalau atas nama umno baru tu, yang aku nampak lembu dan samseng. X kuasa aku nak ngundi umno. Aku undi PR. Maaf la umno weh

Anonymous said...

calon yg akakn dipilih nnti mestilah selesaikn perkara berikut sblm pilihanraya.
1.baiki jln tembeling-jerantut
2.baiki jln jerantut benta
3.baiki jln pdg piol-feri
4.baiki jln pulau tawar-jengka 8
5.baiki jln sg retang-kuala tahan
6.buat jln kuala tahan-ulu tembeling
7.laksanakn RMK10 jln jerantut-sg lembing
8.bina jambatan kuala tembeling-pasir tambang
9.baiki jambatan sg pai.
10.lampu jalan dalam hutan feri

senarai di atas adalah sebahagian tuntutan kemudahan asas masyarakat. kemudahan tersebut akn digunakn oleh pengundi muda yg akan menggunakannya semasa balik kg untuk mengundi.

exco kanan pemuda said...

syabas anom 1:09 tuntutan anda amat berasas sekali.itu yg patut dilaksanakan oleh pemimpin2 umno sebelum PRu13.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...