Saturday, April 14, 2012

Keghairahan Sakmongkol AK47 Mengubah Destini The Prime Minister Of Blessing Land


The land of blessing land ialah negara kita Malaysia. Mudah sifatnya tiada bencana alam yang ketara dan dahsyat eg gunung berapi, gempabumi, tsunami, ribut tornado, kemarau panjang, dll yang menusnahkan nyawa dan harta benda.

Malaysia ini makmur dengan kaya dengan sumber asli. Hasil negara dari pelbagaian sektor. Sudah ditakdirkan oleh Allah bahawa Perikatan/BN @ UMNO dan parti-parti komponen telah sejak 1957 telah mentadbir dan mengurus serta berjaya memPeace and Stability negara ini.

Namun Pakatan Rakyat melalui DAP, PKR dan PAS mahu mengubah takdir agar Pakatan Rakyat boleh mengambilalih 'tugas tradisi BN' melalui PRU 13. 

Yang menariknya tokoh-tokoh pengerak itu adalah dari kalangan bekas ahli UMNO seperti Anwar Ibrahim dan Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47. 

Yang lain baik tokoh DAP dan PAS tidak berapa menonjol sebab mereka tahu realiti politik PRU 13 ini tidak akan beri mereka kelebihan memasuki Putrajaya. DAP dan PAS suka pertahan status quo.

Anwar Ibrahim dan Sakmongkol oleh kerana didedah dengan budaya UMNO yang berjiwa besar selalu merasa Putrajaya boleh digenggam dalam tangan sebab masih terasa aura UMNO itu..

Anwar Ibrahim pun kurang menyerang 'The Prime Minister of the blessing land' sebab Anwar Ibrahim tahu faktor kelebihan PM yang lebih muda, cool, berkeyakinan dan rajin turun padang bersama pelbagai golongan rakyat.

Anwar Ibrahim hanya tunjuk bertindak untuk menaikkan moral Pakatan Rakyat sahaja.

Lain dengan Sakmongkol yang ghairah mahu mengubah destini 'The Prime Minister of the blessing land' dengan:

  • Melanggar budaya politik Falsafah Pahang
  • Memandang rendah sentimen rakyat Pahang
  • Tidak menghormati Orang-Orang Tua Kerajaan Negeri Pahang Darul makmur
  • Membalas budi dengan tuba
  • Menanam kebencian melampau rakyat kepada 'The Prime Minister of the blessing land'

Sakmongkol mengajak orang Melayu terutamanya 'berbudaya politik asing' dengan mengunakan 'platform yang songsang' bagi mencapai keghairahan politiknya.

Keghairahan politik Sakmongkol akan mencapai ecstacy kemuncak bila mahu melihat UMNO dan BN tumbang semuanya kecuali kerusi parlimen Pekan!

Kalau kita lihat politik tradisional Melayu terdapat beberapa tokoh yang marah seperti berikut:

  • Hang Jebat marah dan mengamuk kerana Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka
  • Laksamana Bentan bunuh Sultan Mahmud mangkat dijulang sebab zalim Sultan kepada isterinya
  • Raja Mendaliar dan Sikitol memfitnah kerana harta
  • Sang Rajuna Tapa membuka kota Temasek untuk Majapahit kerana marah kepada Parameswara

Maka dalam kategori mana 'kemarahan' Sakmongkol kepada 'The Prime Minister of the blessing land'? 1.5 juta rakyat Pahang terutama orang Pekan khasnya orang DUN Pulau Manis tahu jawapannya!

12 comments:

Anonymous said...

Dah makin mengarut lah wan zuri ni...

Anonymous said...

Semakin menjadi jadi la kebodohan awak ni

Anonymous said...

"Prime Minister of the blessed land" not "Prime Minister of the blessing land" LAH!!!

Anonymous said...

En Wan,
Berdosa ke kalau BN digulingkan dan diganti dengan PR...Banyak kali saya dah sebut bahawa cara BN membelanjakan duit cukai/duit rakyat/duit petronas semua orang dah tau....jadi sampailah masa diganti dengan PR. Malangnya sikap BN/UMNO memang suka menyombong diri merasakan mereka terlalu hebat.....

En Wan terlalu memuji2 DS Najib seolah2 tiadalah yg lebih baik selain beliau...Saya berpendapat, baiknya DS Najib ini sebenarnya disebabkan keupayaan beliau mencurahkan segala wang dalam kantung perbendaharaan negara kpd rakyat demi kemenangan dalam PRU13.

Saya baru balik dari Mesir...saya cuba selami rakyat Mesir dgn menanyakan soalan tentang pandangannya mereka mengenai pemimpin Malaysia...mereka kata mereka kenal Tun Mahathir disebabkan beliau merupakan penasihat kepada regim Husni Mubarak - sistem lebuh raya bertoll Cairo-Alex dan rekabentuk lapangan terbang baru Cairo adalah idea Mahathir. Wallahua'lam. Kemudian mereka sebut pula nama Anwar Ibrahim yg mana bagi mereka Anwar sebagai seorang yg berkarisma dan sebagai pemimpin Islam yg dinanti2. Kemudia saya tanya pasal DS Najib, mereka bertanya balik, siapa itu Najib....

Anonymous said...

Engku,
Satu persoalan yg wajib Engku jawab. Menjadi satu kesalahan atau berdosa besarkah kalau tidak memilih UMNO dalam PRU akan datang ni ?

Anonymous said...

Tak yah engku jawab,famai anon dalam ni dan pe.gundi dah tak sabar nak jawab..memang berdosa kalau tak undi bn sbb pas da ikut dap pun dalam pakatan..ko tanye lagi soklan bodo ni kenapa wahai pengikut pmbangkang??bengong.

Anonymous said...

Sakmongkol ingin menjadi politician berjaya tetapi gagal kerana beliau memilih mencari rezeki melalui blogging saperti RPK cuma RPK lebih hebat penulisannya.Beliau harus turun padang sebagai adun Sungai Manis dahulu.Oleh kerana beliau tidak perform dan popular di hati penduduk Pekan beliau tidak dipilih.Terus kechewa bertukar haluan untung untung menonjol.
Masih belum lagi.Kebencian beliau pada Najib dan parti lama beliau UMNO jelas tidak mendapat sokongan kami rakyat Pahang.
Anda yang inginkan parti lain memerintah tidak menjadi kesalahan pun.Pilihlah apa yang anda hendak pilih yang penting anda menggunakan hak anda memilih dan membuat undian.Kami kebanyakan orang Pahang tetap dengan UMNO/BN kerana Rakyat yang didahulukan terbukti berlaku dan bukan janji kosong.Najib banyak membuat perubahan sosial,politik UMNO/BN itu sendiri dan penambahbaikan ekonomi.Memberi balik kepada semua rakyat kerana BN dipilih untuk semua rakyat.

Anonymous said...

seorang Anon macai Suck47 bertanya, "...Satu persoalan yg wajib Engku jawab. Menjadi satu kesalahan atau berdosa besarkah kalau tidak memilih UMNO dalam PRU akan datang ni ?..."

jawapan nya: Tidak, tetapi masaalah nya ialah cara kamu membuat sesuatu... kalau perasan kamu tu sudah hebat sangat cerita lah kehebatan kamu tu... jangan menulis bendabenda yang mengarut dengan niat untuk memperburukan orang lain.

inilah sifat Suck47 yang paling hodoh (bukan rupa nya saja yang hodoh)... suka menulis ceritacerita auta kerana perasan denki dan ketidakpuas hati nya terhadap Najib dan UMNO.

semua orang yang waras permikiran nya yakin yang Suck47 memang tidak layak menjadi pemimpin kerana dia mempunyai banyak masaalah peribadi... tetapi kalau kamu mahu menyokong nya, sokong lah.

tetapi, tolong cerita sama dia (kalau kamu baik sangat dengan nya)... tak usah lah reka ceritacerita auta untuk memperburukkan lawan... cerita lah pasal kehebatan Suck47... kalau lah wujud sifat tu.

Anonymous said...

semakin ramai rakyat sekarang telah terdedah dengan informasi...
begitu banyak penyelewengan duit rakyat dilakukan oleh umno/bn..seperti skandal lembu, skandal cincin rosmah (sedangkan khir toyo perlu 8 tahun menyeleweng wang rakyat untuk membina mahligai sedangkan rosmah hanya letak dijari je nilai sebegitu)..kalau nak list terlalu panjang...terima kasih atas usaha PR yg membongkar segala penyelewengan...terbaru harga minyak RON 95 dan RON 97 pun bn nak tipu...
RON 95 bn jual rm 3.35 seliter. ditolak subsidi (rm 1.45) jadila harganya rm 1.90. Sedangkan RON 97 harganya rm 2.90 jikalau ditolak subsidi (rm 1.45) harga minyak RON 97 cuma rm 1.45....sepatutnya RON 95 boleh dijual rendah lagi dari rm 1.45.
itula kelebihan bn..cuba nak menipu rakyat...
bila PR menyuarakan harga minyak boleh dikurangkan tapi bn kata negara bankrap..
bila PR kata PTPTN perlu dihentikan BN kata negara bankrap..
bila rakyat bantah GST bn kata bengara bankrap..
apabila blanja wang untuk rakyat negara bankrap..tapi tabur duit pada kroni negara tak akan bankrap...so taburla kepada projek lembu lagi..belila kapal selam dua tiga buah lagi...belilah cincin lagi..bawala rosmah bershopping lagi..

Anonymous said...

Mat Kilau, Raja, Hang Tuah, Hang Jebat, adat melayu, mengenang jasa, membalas budi, menukar takdir.. Are these stuff that makes Jerantuk politics. God forbid, Jerantuk must be the most boring place on this planet as far as politics is concern.
Bloghost, you are UK educated but you seems to have drowned yourself into old forklore. Move forward unless that's what Jerantuk folks want. Pity them.

Gomer Pyle

Anonymous said...

Marah sakan la ye kalau Sak dan pembangkang kritik najib yang menjadi pemimpin UMNO baru dan PM malaysia ye.

Kalau tak nak orang kritik najib, suruh je Najib letak jawatan-jawatan tu diganti orang lain. lantik lah ibrahim ali ke atau hassan Ali ke mengantikan najib. terlepaslah najib.

kritikan yang dilempar oleh Sak dan pembangkang keatas najib bersifat dan berkisar kepada politik. Apa yang najib kena tak sampai taik kuku apa yang geng UMNO Baru buat kepada Anwar Ibrahim. Ada Anwar komplen tak adil?

Busuk punya busuk geng hangpa, sampai video lucah geng hangpa buat sendiri dan sebarkan keseluruh negara setelah tak dapat melawan Anwar secara politik sihat. Ada Anwar bising dan tuduh geng hangpa bengong, makan babi dan seumpama perkataan yang geng hangpa dok tuduh orang?

Ada geng pembangkang buat video lucah pasai najib? geng hangpa bila tak dapat mempertahankan hujah pembangkang, semua mula naik sasau, maki orang bukan-bukan. tu je ke hebat hangpa! tengok geng hangpa kat Selangor dan Penang sekarang, setelah hilang kuasa? macam orang gila dok cari isu...baru tau langit tinggi rendah. yang jual melayu dan naikkan mamak selama 54 tahun ni bukan geng lain, geng UMNO Baru hangpa jugak.


cakap pakai akal kat tapak kaki gamaknya ye!

Anonymous said...

Ni lagi seko anon bodo..video seks anuwar org suma kata org yg betul n ori.ko lagi kena serkup bwh tmpurung ckp umno buat??menatang ko ni,giler taksub..umno takde keje la nk pegi suh polis intip pasang hidden video smpi ke hotel cmtu.da si sazril eskay kawan baik dia tak tahan dgn perangai penipu anuwar dia yg belot ko lagi ckp umno buat..ko mmg tak semayang ke smpi gelap ati sgt ni..patut aa pas jerantut pun makin lemah,ahli parasit mcm ko ni yg buat beberapa org pas da tak dtg ke kias temin baru baru ni sbb dek jenis deme 2 3 orang ni laa..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...