Sunday, April 8, 2012

Bolehkah Sakmongkol AK47 Melahirkan Beberapa "Najib" Dari Pahang?


Rakyat Pahang tidak mengira apa parti, ideologi, latarbelakang dan bangsa begitu teruja bila DS Najib menjadi PM Malaysia yang ke 6.

Rakyat Pahang tahu nikmatnya bila anak negeri sendiri menjadi PM. Sudah tentu negeri Pahang yang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung banyak berlatarbelakangkan kawasan luar bandar yang mundur mendapat pembelaan sewajarnya.

Seperti Tun Mahathir yang berupaya memajukan negeri Kedah, Pulau Langkawi dsb. Begitulah harapan seluruh rakyat Pahang termasuk WZWH seorang Melayu tradisionalist Pahang.

Mahathir mentadbir selama 22 tahun maka DS Najib yang baru 3 tahun memegang jawatan PM tidaklah boleh dibanding dengan pencapaian Mahathir. 

DS Najib perlu digalakkan untuk terus berkuasa mentadbir Malaysia sebagai PM supaya boleh harapan orang Pahang menjadi kenyataan.

Tetapi seorang ahli politik Pahang yang bernama Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 yang selalu berblog politik yang dikatakan bijak, kontemporari, trendy, future thinking menyatakan DS Najib itu bodoh tidak cerdik.

Sakmongkol pergi lebih radikal mengatakan riwayat politik DS Najib perlu ditamatkan bererti DS Najib tidak perlu jadi PM lagi mengikut kehendak Sakmongkol harapan beliau DS Najib perlu jadi Ketua Pembangkang!

Soalan WZWH sebagai seorang Melayu tradisionalist Pahang probably WZWH is the last species of this ancient ideology- Bolehkah Sakmongkol melahirkan beberapa orang "Najib" sebagai material PM?

Sakmongkol tolong listkan kepada WZWH siapa tokoh-tokoh Pakatan Rakyat di Pahang yang boleh mencapai makam Perdana Menteri Malaysia?

Apa alternatif Sakmongkol mahu tonjolkan pemimpin Pahang atau pemimpin Agung Pakatan Rakyat yang boleh membangunkan ekonomi Pahang ke tahap yang tinggi?

Anwar Ibrahim?  Lim Guan Eng? Haji Hadi? atau Tengku Razaleigh?

Rakyat Pahang tidak mampu untuk bermimpi di siang hari lagi. Rakyat Pahang mahu politik realiti.

Realiti politiknya kepada perspektif politik Pahang : DS Najib  adalah anak Tun Razak mantan PM yang sekarang menjadi PM sedang mentadbir politik Malaysia.

Tiada rakyat Pahang yang rasional politiknya, yang berbudaya Pahang asli, mahu MENOLAK PM dari negeri tanah tumpahnya.

Sakmongkol tanya sama 1.5 juta Rakyat Pahang adakah rakyat Pahang tersangat bijak politiknya sampai mahu membuang DS Najib sebagai PM Malaysia.

Selepas DS Najib....berapa ratus tahun lagi rakyat Pahang mahu tunggu...kehadiran seorang PM ketiga dari bumi Pahang?

Perhaps with Sakmongkol advanced political thinking can generates many  Pahang PM Materials ohh yeaah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Hadi Awang will support such ideas! 

If such Najib is so negative and has deficiencies, can we pray that Allah could transform Najib to be a better one fitting into the idealist PM according to Sakmongkol faculty of thought.

24 comments:

Anonymous said...

why do you want to ask Suckpongkok 69... ooops, sorry, Suck 47 that question?

but, seriously...

the guy is as clueless as all those in Pakatan... all they know is how to create havoc and chaos... disrupting the status quo with their lies, slander and all-round mischief... they are, but, a bunch of frustrated, has-been politicians who are trying hard to reinvent themselves by siding with the dark-side in the faint hope of making it big in our political scene.

dream on, losers!

Anonymous said...

Rakyat Malaysia tak kisah walau PM dari negeri mana sekali pun asalkan PM itu jujur dan amanah dalam mentadbir.

Kalau PM dari Sarawak atau Sabah pun ramai yang tak kisah selagi PM dan parti yang berkuasa mentadbir dengan baik.

Masalahnya dalam semua2 PM Malaysia..PM sekarang yang kebetulan juga berasal dari Pahang ada cerita skandal yang pelbagai termasuklah yang melibatkan Altantuya. Sebelumnya Malaysia tak pernah pun mendengar cerita2 "pelik" yangmengaitkan PM dengan skandal2 begini.

Dulu2 tak pernah timbul cerita bini2 PM berbelanja sakan, bini TPM berboros habis2an...tapi bila giliran PM berasal Pahang ni...macam2 kisah "jijik" yang mengaitkan beliau timbul.

Lebih anih dan pelik ialah cara dan kaedah PM ini menafikan cerita dan skandal yang membabitkan beliau. Bekas PM2 lain termasuk Mahathir sudah dengan jelas lagi terang menyatakan Shahrizat patut berundur kerana kes NFC tapi PM sekarang ni mati2an mempertahankan penyelewengan dit rakyat tersebut seolah RM 250 Juta tu RM2.50.

Dulu PM2 lain lebih popular dengan "bail out" duit rakyat untuk kroni dan anak, tapi PM sekarang kelahiran Pahang lebih canggih dan popular dengan "segala macam komisyen". PM2 dulu tak pernah dengar cerita mereka dikaitkan dengan kes pembunuhan, tapi PM sekarang, umum menngetahui pengiring keselamatan beliau terlibat dalam pembunuhan wanita yang sebenarnya mereka tak pernah kenali sebelumnya.

Benarlah wahai sdr Wan Zuri. Anda pemikir hebat dan dahsyat. Asalkan PM anak Pahang...halal lah segala2nya bagi anda bukan ?.

Apa pun tahniah buat Dato Ariff ! Anda tidak menyokong membabi buta dan tidak bersemangat kenegerian..dalam kontek negara..keutamaan harus diberi kepada Malaysia dan bukannya Pahang semata2.

Jangan kerana ianya kawan anda dan datang dari satu kampung atau negeri, anda sanggup merelakan beliau menjadi pemimpin walau pun tahu kawan anda itu bermasalah. Jangan juga kerana seringgit dua, anda menggadai maruah diri dan negara sendiri ketangan pemimpin yang bermasalah. Rasionallah wahai rakan2 semua !

Abdul Rahim Ahmad said...

The PM of Malaysia, not Pahang. Why ask Sakmongkol to look for someone from Pahang to be the PM? It should be any Malaysian.

Anonymous said...

Kalau hendak orang Pahang yg ada PM kebendaan ( material ) memang ada.. Jamaluddin Jarjis, Adnan Yaacob, Hamizan, Sakar...ini semua boleh jadi PM punya

Cikgu Ngah said...

Salam WZWH dan rakan-rakan semua.

Dalam entri terbarunya Sakmongkol telah mendakwa harga gula dan beras di negara ini telah meningkat semenjak perniagaan beras dan gula diambil alih oleh Syed Mokhtar Al Bukhari. Beliau jg menyifatkan saranan supaya mengurangkan pengambilan gula adalah satu cadangan yang bodoh.

Jelaslah di sini Sakmongkol bukan sahaja seorang pakar ekonomi yang berwibawa tetapi juga pakar kesihatan yg paling luar biasa di dunia!

Adapun fenomena kenaikan harga barang makanan adalah satu fenomena yg global. Berlaku di seluruh dunia, tak terkecuali Malaysia. Sama juga dengan kenaikan harga minyak. Tapi di Malaysia kita bertuah kerana ada pemimpin seperti Anwar Ibrahim yg mempunyai formula ajaib bagaimana utk memastikan harga minyak tidak naik buat selama-lamanya. Molek sekali kalau pemerintah Indonesia melantik Anwar sebagai penasihat ekonomi kerana beliau sudah tentu dpt memberikan idea bernasnya utk mengekang kenaikan harga minyak di sana. Sekarang ini Sakmongkol pula akan memberikan kita formula yg terbaik utk mengelakkan kenaikan harga beras dan gula. Sesungguhnya bertuah Malaysia ada dua insan maha bijaksana ini.

Barangkali harga gula di bawah monopoli Robert Kuok dulu memang tak pernah naik sama sekali. Nampaknya Syed Mokhtar dah begitu terdesak nak pintas nama Uncle Kuok dalam senarai 40 richest Malaysians hinggakan dia sanggup menaikkan harga gula dan beras di negara kita ini. Beliau juga telah menurunkan bencana alam utk mengurangkan sumber bahan mentah gula dari Australia. Sikit masa lagi dapatlah Syed Mokhtar naik ke no 1 dalam senarai itu.

Para doktor pakar di Malaysia seharusnya belajar dari Sakmongkol tentang bagaimana kita dapat mengurangkan masalah penyakit diabetes di Malaysia, dan dalam masa yg sama kita masih boleh makan gula sebanyak-banyaknya.

Dengan kebijaksanaan Sakmongkol, pakar ekonomi terbijak alaf ini, saya yakin Malaysia akan melonjak setapak lagi utk menjadi negara yg paling banyak makan gula di seluruh benua Asia mahupun dunia, dan bukan hanya di Asia Tenggara sahaja.

Molek benarlah Sakmongkol dilantik sbg Menteri Hal Ehwal Ekonomi bila pakatan memerintah nanti.

Wassalam.

Anonymous said...

Continue with your exposure who this UMNO reject Sakmongkol is.His current article is full of kebencian, dendam kesumat.Memalukan orang Pahang.!!.Bahasanya pun tidak melambangkan saorang Melayu yang beradab.Suruh si Sakmongkol ini ingatkan Allah .Stop writing on Najib and focus on DAP plan for the Rakyat like Najib does.Malaysia nees BN anf to rejecr PR.

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

Salah tempat nak komen posting Sak kat blog lain. Ibarat kata kita tak setuju dengan pandangan seseorang, kita dok pi berhujah kepada orang lain. Berbeda pendapat tak apa. Nak bagi pandangan elok tetapi tidakkah lebih elok jika kita bercakap secara berhadapan?

Kalau cikgu orang kampung, sekolah melayu zaman british takat darjah dua, kita boleh faham. Cikgu orang lama yang penuh wawasan....

Berbeda pendapat adalah sesuatu yang baik. Dengan kepelbagaian pendapat kita boleh maju. Pendapat kita jika betul akan diterima seterusnya mebuahkan hasil yang baik. Kebaikan akan dinikmati bersama. Begitu juga kita, jika pendapat orang lagi baik, jika kita terima ia juga membawa kebaikan bersama.

Jika masing-masing merasakan pendapat masing-masing baik, ia juga baik. Ini kerana masing-masing akan cuba menrealisasikan dan membuktikan pendapatnya juga baik.

Tidak begitu Cikgu?

anak murid

Anonymous said...

Sakmongkol pakar ekonomi ? Who is foolimg who.Setakat Owen third cladss Uni tak payah nak cerita besar.Not even UMIST bro .Why he has failed to move up the ladder ? it is because he was not performing politically.
Now he is badmouthing Najib .

Anonymous said...

Betul kata anak murid.Isunya Sakmongkol bukan memberi pendapat yang baik malah mengajar anak murid cara kurang ajar dan biadab kepada ketua saolah dialah yang lebih pandai ekonomi.What doed he know about Felda listing if it is not written by market analyst for him.I know him personally tidaklah secerdik mana pun. Must remember Najib has administrative , management and political experience that makes macai upahan DAP Sakmongkol too minute and not even a threat to UMNO.It is his lost of kesetiaan for not getting whay he wanted from Najib that make him BRNGKAK.
Ariff adalah orang yang tidak pandai mengenang budi.It has to be earned .Ariff language is vulgar and he lack tact and refinement unlike Wzwh ! compare Ariff writing and WZWH writing.You judge !
.

Anonymous said...

apalah korang ni,sakmongkol tu menatang apa?katak kot.duhai anak murid,kau gi komen sakmongkol kat blog dia.mampus dia takkan siarkan.sebab dia ni jenis penakut kena kritik.kalau kritik orang dialah paling handal.

Anonymous said...

Arif sabri dan tag teamnya Aspan Alias Double A dah join DAP ape ke halnya diorang asyik2 nak cerita keburukan Najib plak, cerita lah tentang kehebatan DAP dan Lim Kit Siang atau Kerpal Sink kita nak tahu juga wawasan dan perjuangan DAP dan pemimpinnya.. mesti bagus!

Anonymous said...

Anon 09:27 pm

Komen macam hang ni memang la tak lepas merapu meraban takat nak tunjuk keras kepala je atau keras keng je. Samalah dengan kawan yang kenal sak kat atas. Dia je yang cerdik. Sepatutnya sebab dia cerdik dan Sak bodoh tak tahu apa-apa lagi senang dia bagi hujah dan fakta yang bijaksana dan terus mematah hujah-hujah Sak. Orang kata mestilah sesenang makan ubi rebus cecah air kopi je.

Malukan Sak dengan hujah-hujah cerdik hangpa la. Malukan Sak kat blog dia sendiri dengan menunjukkan semua hujah Sak bodoh-bodoh belaka. Aku gerenti Sak malu besou sebab kebanyakan yang mengunjungi blognya sumer tulis dalam bahasa inggeris - maknanya orang-orang cerdik macam hangpa berdua.

Lepas hangpa bodohkan Sak kat blog dia sendiri, gerenti takde orang lgi nak pi blog dia. Amacam ade berani....kalau tidak apa yang anak murid kata kat atas tu betoi la

Anonymous said...

Ewah..pakar ekonominya kawan kita tu. Memang ler dalam teori ekonomi, harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Dan dalam ekonomi juga kita tahu harga dipengaruhi oleh faktur2 dalaman dan luaran juga.

Tapi tidak bermakna bila harga barangan mentah dan segala yang berkaitan dari luar naik, maka harga dalam negara harus dinaikkan juga. Kalaulah korang nak biarkan harga 100% ditentukan oleh pasaran bebas, apa peranan kerajaan dalam mengekang harga yang menghimpit majoriti rakyat khususnya bila kenaikan melibatkan barang2 asas dan perlu ?.

Pendapatan negara dari sumber segala cukai untuk apa ?. Masalah yang berlaku sekarang bukan kerana sumber kekayaan negara tidak mencukupi untuk menampung kenaikan harga barangan asas sebaliknya khazanah yang banyak itu tidak diuruskan secara betul, terlalu banyak ketirisan sehingga berbillion RM ( tak payah lah saya nak sebut kes2 yang belambak itu disini ). Kemana perginya bahagian yang tiris ini ?. Ini tak susah nak dijawab kalau kita melihat gaya hidup dan stail berbelanja pemimpin2 sekarang dari UMNO BN ( bini Najib sendiri boleh dijadikan contoh ). Mana si Rosmah ni cekau duit berjuta2 untuk shopping mewah begitu kalau bukan sumber wang yang masuk umpama air paip mengalir laju.

Ambillah pakar ekonomi mana pun hatta dari Yahudi..kalau dah pemimpin kaki penyamun dan perompak, duit yang segunung dari segala sumber boleh habis ketangan puak2 mereka saja, sisanya saja yang mungkin diguna untuk subsidi2 bagi mengekang harga barangan.

Jangan jadi pekak badak dan pakar ekonomi bengap..asalkan harga bahan dari luar naik, semua harga barang keperluan nak dinaikkan. Eksploitasilah segala sumber yang ada secara maksima bagi membantu rakyat...bukannya terus2an melahap wang rakyat sedia ada.

Apa jadi dengan BBMB, PERWAJA, PKFZ, RENONG, TONGKAH, MAS, KES SCORPEON, NFC dan melambak kes2 lain. Persoalannya..adakah semua penyeleweangan ini berpunca dari PR ?. Apa peranan anda sebagai ahli UMNO BN bagi mendapatkan penjelasan sebenar dari pemimpin anda tentang banyak kes2 duit lesap dalam segala projek idea UMNO BN ?.

Wahai pemikir Jerantut ! Berapa kalikah anda tanya PM anda kenapa susah sangat beliau untuk memecat Shahrizat ?. Wahai pemikir Jerantut..pernahkah anda bertanya PM anda kenapa sokongan majoriti orang China beralih arah ?. Wahai pemikir Jerantut ! Pernahkah anda bertanya PM anda..bagaimana Altantuya boleh masuk ke Malaysia tanpa rekod imigresyen dan kenapa pengiring beliau terlibat dalam pembunuhan itu. Cubalah pemikir bertanya secara peribadi..selagi pemikir tak bertanya...selama nya pemikir akan terus berfikir tanpa temui jawapan dan jalan penyudah yang tepat. Soallah PM anda dan kemudian anda boleh fikirkan secara waras.

Reformis UUM

Anonymous said...

Reformis uum tanya suma soklan pr?suma soklan pun dari malaysiakini & sbgainya.teruslah gelap hati reformis uum yang sambung belajar partime..aku doa korang 'dibukakan hati' je esok2 takpe walaupun korang 2 diatas akhirnya mengaku sendiri..diam diam je yek.kitorang tetap terima..amin

Anonymous said...

Nak tanya soalan . mengapa Atantuya di bunoh dan siapa yg mengarahkan atantuya di bunoh? Jawapan
a. CIA
b. Mosad
c. FBI
d.KGB
e. Entah siapa tah.

Kampong man said...

We are not here to drag Altantuya issue which has been decided by tbe court.Lets not speculate and spin for fear of FITNAH.Lets be positive about life and enough of badmouthing .
Sakmongkol ini pun satu tidak habis habis memburukkan Najib dan UMNO.If we can stop this bickering that will goof for all. parties.Najib ini pun satu jugak sekira dia luluskan AP yang Sak mohon tidaklsh sampai ketahap ini kebencian dan dendam Sakmongkol .Appreciate if Sak write more on DAP .Enough is enough bro .PEACE.

Quiet Despair said...

Salam Tuan Wan, Kampungman dan pals

Kita semua patut berterima kasih kepada Yang Arif lagi bijaksana Sakmongkol. Kerana dia kita datang ke sini.
Saya tak pernah tahu existence blog ni. Tapi kerana melentingnya Sak kepada Tuan Wan, dia telah beri free publisiti kepada blog ni.
Tak bijak atau pandailah Sak kan, jika begitu.
I am a big fan of Sakmongkol and his side-kick Aspan eversince I returned home some years ago.
I don't care if Arif thinks he's the smartest guy in Malaysia. But he's becoming to be so over-bearing.
He cannot take criticisms even from a budak hingusan like me. Dua postings saya baru-baru ni yang cuma memuji Najib dan menanyakan kenapa tentang low-turn-out ceramahnya di Subang Jaya didelete.
Dia telah menjadi macam pro-Pakatan bloggers lain seperti Din Merican yang delete posting pro-UMNO tapi membiarkan commentators lain mengutuk komen yang didelete tu.
Tak lama lagi kita akan melihat blog Sakomongkol penuh dengan crappy comments from penjilat Pakatan. It's going on now.
Sakmongkol tidaklah sedemokratik dan boleh terima kritikan seperti yang dia megahkan.
Kalau dia di tempat Najib, ramailah yang jadi mangsa cuma kerana mengkritik.
Syabas Tuan Wan yang seperti UMNO bloggers lain publish comments critical of you.
Let's just ignore Sak who is on a personal vendetta against Najib. Dia berdendam kerana 'orang pandai'(LOL) sepertinya diside-lined dan cuma jadi one-term Adun.
Dia dengan bongkak mengatakan semua Adun Pahang like Datuk Sarkar bodoh.
Yang paling saya hot ialah dia mengatakan PM yang kita sayangi sebagai bodoh, tak boleh berfikir, ikut telunjuk dan lain-lain perkataan menghinanya.
Saya pernah mencabarnya bertansding melawan Najib kalau fikir diri terror ngat. Baru-baru ini dia mengatakan kalau dia lawan Najib, Najib akan KO. Such audacity!
Kalau bertanding lawan Nyonya Yen-Yenpun tak boleh menang. Sak takkan menang di mana-manapun di Pahang, negeri kita.
Jika dia terusan mengutuk dan cakap takbur seperti ceramahnya di Pekan baru-baru ini, alamatnya dia akan kalah di mana-manapun.
Sak is not the bellwether of UMNO politics or Najib. Janganlah percaya kepada predictionnsya yang BN akan tumbang.
Sak kena belajar jadi refined gentleman macam Najib yang anak bangsawan tapi merendah diri dan tau rakyat menentukan nasibnya.
Janganlah berbangga sangat degree dari Owens. Kalau Chicago School yang famous for economics takpe lah sikit.
Sak mesti ingat beribu lagi anak Pahang yang mempunyai degree dari IvY league schools dan bukan cuma dia seorang saja.

Anonymous said...

Laaa..pasal ap je ke??sak ni ade ke showroom bagai?da dpt mcm2 nk jadi salesman juai keta pulok ke??org lain dgn showroom bagai dia nk mohon mcmtu je pastu bru bukak showroom??kawan kenal sak ni dalam umno.mslh awok jd adun sepenggal sbb attitude bro.udoh2 ler..org pekan tahu blake pangai awok sak..hidup ni jgn 'donia' sgt sak..da lepas bio lepas.kita pn da beromor bwk2 ke mesejid rodong..

Anonymous said...

kamu sebenar nya bangang sama macam Najib. Apa ingat orang Pahang je yang layak jadi PM. kalau macam Najib tu tak payah.... bodoh punya mamat.

Kampong man said...

Salam Saudara semua,
Selalu saya berbicara dengan saudara sejati saya ANC bekas suami Rosmah di pejabat saya hari hari selama sudah hampir empat tabun sebagai rakan sesama Islam yang sangat rapat.Kami berkongsi pejabat.Sak tahu ini semua kerana mereka pernah berkenalan semasa bekerja di SHELL dahulu.
Saudara ANC tidak sedikit pun mencerita keburukan Rosmah kerana apa yang berlaku kehendak Allah dan rakan sejati saya menerima dengan baik walaupun beliau tidaklah orang yang senang hidupnya.Hidup harus diteruskan bagii mencari rezeki yang halal katanya dengan penuh redha.
Dalam isu cincin berlian yang penah diperbesar pembangkan saya bertanya ANC secara ikhlas apa kah ANC mempercayai tohmahan ini ? .Jawapannya " To my knowledge she is not into cincin but she has obsession for ladies beg." dengan penuh ikhlas.Baik dan jujur ANC ini malah saya kagum dengan personaliti ini dan saya sangat bangga .
The moral of my stories if you dont know just shut up.Kita tidak perlu membuka dan memperbesarkan AIB manusia lain.Sayang brother Sak dah pandai naik angin guna vulgar word F*&k pulak.Sebenarnya brother Sak ini baik orangnya.Anginnya berubah sejak berhijrah ke DAP.Kita doakan dia berjaya dengan career politiknya.We never know if PR wins Pahang he being a pakar ekonomi can be an MB Pahang ! .Maaf sekira tersinggong .Salam semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua kejalan yang benar.Apabila umur meningkat kita mskin indaf , me at least.
Bagi merasai perasaan sensitif warga emas saya syorkan ini:
YOU TUBE. "A parent's love -I cried after watching this "
Perasaan ibu dan Ayah kepada anak anaknya.Wallahwualam

Anonymous said...

Cetek sungguh pemikiran AJK Pemuda umno Jerantut ni. Ketidakbijakan nampak terselah.

Pemikiran yang cuba ditonjokkan ialah politik ialah seperti sukan bola sepak - sokong team negeri atau club tertentu. Ini ialah politik kenegerian. Tak kira apa jenis manusia & kualiti "pemimpin", asalkan dari negeri yang sama, rakyat kena sokong!

Kemana kau nak bawa bangsa Melayu? Ikut tanpa usul periksa seperti lembu dicucuk tali?

Quiet Despair said...

Kampungman

Uncle Aziz dan Aunty Rose pernah datang ke rumah kami semasa mereka ambil masters di US. I was a toddler then. If I am not mistaken (too young to remember), my dad mainkan lagu Crocodile Rock. Aunt Rosie was dancing to the beat. She's a good dancer.
Uncle A memang baik orangnya. Handsome but of course not powerful like Najib.
I wrote in Sak's blog about Uncle A and Sak confirmed he was a former colleague at Shell.
I agree with you Sak is a good man. But his vengeance towards Najib blighted his personality.
Dia patut sabar sikit. Najib mungkin ambil dia bertading semula dan mungkin boleh jadi MB Pahang or Economics Minister. Sebusuk-busuknya jadi chairman Pahang SDC or whatever corporate bodies in the state.
But as I said in his blog I give him only three years tops when he will quit DAP.
Dah beberapa tahun dia mengutuk Najib, but I thought he will not go as far as to join DAP. I was disappointed. But on second thoughts, it's best in principle when you betray your former boss.
Dia akan sedar DAP has no direction, purposeless, no future among Malays and forming a government in Malay majority states.
Now dia sedang dilamun cinta. Kita tunggu bila income dia tak masuk. Takde lombong, pasir, balak or anything to sustain his livelihood.
In the final analysis, it's your stomach talking and idealism will be thrown to the winds.

Cikgu Ngah said...

Salam saudara Anak Murid yg saya hormati,

To be fair to Sakmongkol, I have not been commenting in his blog for quite some time now. Therefore, I don't know whether the comments that I've given here would have been approved by him now.

The reason being for my not commenting in his blog is bcoz I have lost the appetite with his writings. It would seem to me that he is no longer an objective person. He is no different than Parpukari, Papagomo, Malaysiawaves and all the bloggers whom Sakmongkol himself describes as 'Machai', 'Apparatchiks' and what not.

Just look at the titles of his articles recently - 'UMNO penipu,' Najib penipu, UMNO mati, UMNO ditalqin', all of these are not the mark of a brilliant man. He claims himself to be a brilliant person - but his writings now do not reflect such persona, in fact it is more of a vengeful man.

So far I have not referred to Sakmongkol's marital problems whenever commenting on him. This is bcoz I dont think it is in any way related to the things we are deliberating about. However, looking at his temperament these days, the way he handles his critics, it clearly shows the kind of man that he really is. All the more reason for me to lose interest in Sakmongkol.

With my explanation I hope you would understand why I have ceased to comment in Sak's own blog. To me he is just like the party that he is now in - democratic at name, but demagogue at heart.

Wassalam.

Kampong man said...

QD ,
Glad you find me here where we can articulate in an open forum without any restriction.This is the freedom of expression where even conflicting and differing opinions are acceptable without qualms.

Remember trying to give feedback on your nursery rhyme that you wish to be Mary the Contrary ! Woo..The nursery rhyme is fine but i think you know what happen to her finally right ? So was the Mary Queen of Scots that she was finally beheaded when the Castle (Edinburgh ) was besieged.! From the History of Scotland .
To answer your question whether it was taught in local schools/ kindergarden.Yes in std one english medium school prior Merdeka that was.I dont know because i came from sekolah Melayu kampong in Melaka.But my other half can sing it fairly well to my surprise ! ( Too bad Sak was not in the right mood perhaps then and it suffered the same fate and it was deleted.) - DAP" sama rata sama rasa " , meritocracy, Malaysian Malaysia, abolishment/ modification Article 153. and what else you name it.I like my chinese friends alright and i am colour blind because there is so much that we can learn from our chinese friends that sometime i too preach them other good islamic values in business that they can emulate vice versa.It benefit both ways right.
Being a bonifide businessman and not depending even a sen of UMNO money this fsr make Kampong man proud( not riak if i may qualify)

Without doubt Sak recent articles is SUBSTANDED morally to the core ! Will advise Sak to get back to his senses as a muslim.Sak has stoop down too low with those articles.Until then i shall refrain from commenting to keep my sanity.Salam all may Allah bless us all Sak included .Ameen.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...