Sunday, April 29, 2012

Tahniah Ambiga! Bila Lagi Mahu Buat Bersih 4.0?


Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan semalam ini adalah yang ketiga yang pernah diadakan. Perhimpunan yang pertama telah diadakan pada tahun 2007, kemudian disusuli dengan Bersih 2.0 pada tahun lepas dan akhir sekali Bersih 3.0 pada hari ini.

Perhimpunan Bersih 2007 telah mendapat sambutan kira kira 40,000 di Kuala Lumpur. Ini telah banyak membantu Pakatan Rakyat dalam meningkatkan populariti mereka dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang diadakan pada tahun 2008. Justeru itu, pihak penganjur dan Kepimpinan Pakatan Rakyat menganjurkan Bersih 2 pada tahun lepas mendapat sambutan kira-kira 50,000, kerana menyangka yang PRU 13 akan diadakan pada setengah tahun pertama 2012.

Agaknya Bersih ini di rancang bagi membantu meningkatkan semula momentum Pakatan Rakyat sudah semakin pudar baru baru ini, berikutan meningkatnya populariti Najib dikalangan rakyat dalam beberapa tinjauan pendapat beberapa pihak baru baru ini.

Dari segi angka penyertaan, tidak syak lagi matlamat penganjur telah tercapai. Dianggarkan tidak kurang daripada 100,000 orang telah menyertai perhimpunan pada hari ini dan mengatasi yang telah dicapai pada dua perhimpunan yang lepas.

Sama ada kejayaan mereka pada hari ini akan meningkatkan undi Pakatan Pembangkang pada PRU 13 nanti tidaklah begitu mudah hendak diramalkan. Ini kerana keputusan pengundi adalah satu perkara yang lebih rumit untuk ditentukan atas sebab faktor faktor utama, yakni faktor sentimen perkauman dalam negara ini.

Jika di lihat dari segi penyertaan kaum dalam perhimpunan hari ini sudah pasti kaum Melayulah yang ramai sekali. Saya telah mengkaji gambar gambar yang telah disiarkan dan menganggar kira kira 70% adalah terdiri daripada peserta Melayu dan 30% dari kaum Cina terutama yang muda muda. Bagi kaum India saya tidak nampak sebarang penyertaan yang signifikan.

Tahap penyertaan dari kaum Melayu adalah seperti dijangka dan mencerminkan perpecahan yang kini melanda Masyarakat Melayu kepada tiga pihak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, ia itu penyokong UMNO yang tidak serta, dan penyokong PAS dan PKR yang masing masingnya menjadi tunggak perhimpunan ini.

Keadaan sentimen Melayu di negeri negeri lain di Malaysia dianggarkan kini lebih kukuh dibelakang Barisan Nsaional berbanding dengan suasana pada PRU 12 yang lalu. Pendapat ini berpandukan tinjauan pendapat yang terkini dari beberapa pihak yang telah diterbitkan.

Bagi kaum Cina pula tahap penyertaan mereka adalah yang tertinggi sejak perhimpunan Bersih diadakan pada tahun 2007. Ini mencerminkan sentimen kaum Cina yang masih kekal dan kuat condong kepada pihak pembangkang sejak PRU 12 yang lepas. Perlu diingkatkan penyertaan dari kaum Cina dianggarkan juga lebih tinggi berbanding komposisi kaum mereka dalam populasi Malaysia. 

Justeru itu mereka masih lagi kekal dibelakang DAP buat masa sekarang. Ini bererti dalam PRU 13 BN tidak mungkin dapat meningkatkan sokongan dari kalangan kaum Cina. Saya agak DAP akan menang hampir semua kawasan majoriti Cina, sekali gus menempatkan DAP sebagai parti utama(Big Brother) dalam pakatan pembangkang.

Dengan suasana demikian, sudah pasti DAP akan berjaya mengulangi kejayaan mereka seperti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas.

Bagi kaum India pula , dari gambar gambar yang banyak disiarkan, nampaknya kini mereka lebih berhati hati dan menjauhkan diri daripada sebarang perhimpunan yang menentang kerajaan. Ini adalah petanda yang baik bagi BN (Dipetik dari http://dahalmi.wordpress.com/)

6 comments:

Anonymous said...

bikin semak KL la bersih ni sumer...

Anonymous said...

http://rantingsbymm.blogspot.com/2012/04/my-bersih-30-experience-behind-barbed.html

Anonymous said...

jangan bubuh nama bersih, LETAK KAN NAMA KOTOR 4, sebab ambiga kata spr tak bersih lagi?

abu hakim said...

Assalamualaikum.
Sambil membaca, ada baiknya kita belajar FARDU AIN iaitu PERKARA YG DIWAJIBKAN OLEH ALLAH kpd setiap manusia. Baca sedikit demi sedikit insyaAllah FAHAM. http://www.siapaallah.blogspot.com

Pendakwah bebas said...

satu satunya insan yang tahu erti kehidupan dan kebahgian di malaysia ini.Kini telah lahir satu pemimpin yang paling ulung dalam sebuah perjuangan.....S.ambiga hadir mu untuk rakyat malaysia...hidup s.ambiga.

Anonymous said...

Melayu berpecah sebab ambiga!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...