Sunday, April 29, 2012

Persepsi Silent Majoriti Kepada Bersih 3.0

Maksud "Duduk dan Bantah" Ambiga ialah seperti perlakuan anak-anak muda peserta Bersih 3.0 yang   70% Melayu dalam gambar. Hari ini merosak kereta polis, hari esok dan lusa menjahanam kereta Sultan, PM, dan Menteri.....itu sebenarnya 'nilai-nilai murni' Bersih 3.0.

Ambiga bangga dengan kejayaan rally Bersih 3.0. Ramai 250,000 peserta hadir. Satu kejayaan sokongan rakyat.  

WZWH tidak pasti angka 250,000. Ada media kata 25,000 ke 35,000, 100,000 dsb. 

Apa persepsi silent majority? Ada 28 juta rakyat Malaysia. Yang boleh mengundi 12.5 juta pada PRU 13.

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kenyataan Tunku Abdul Aziz Naib Pengerusi DAP seorang senator berucap di Dewan Negara dan kepada media bahawa beliau tidak menyokong Bersih 3.0 yang dirancang seperti semalam.

Sebagai orang tua yang banyak pengalaman di luar negara sebagai aktivis sosial beliau tahu keburukan demontrasi aman akan bertukar menjadi ganas.

Sebagai anak anggota keselamatan polis, beliau tahu menilai isu keselamatan dan siapa yang mahu bertanggung jawab bila kemalangan berlaku.

Golongan peniaga di sekitar Dataran Merdeka tidak bersetuju kerana Bersih 3.0 menganggu aktiviti perniagaan mereka.

Pemandu teksi tidak boleh mencari sesuap nasi pada hari itu.

Rakyat Malaysia yang ada urusan di Kuala Lumpur terbantut dan tersekat program mereka.

Pelancong dari dalam dan luar negara terganggu keseronokan dan kemeriahan cuti mereka.

Ini dua fakta yang perlu WZWH tulis:

  1. Ada kes perkahwainan yang dirancang di beberapa hotel dan dewan di sekitar Kuala lumpur berjalan dengan suasana tidak meriah dan ceria kerana separuh atau hanya 1/3 jemputan yang datang.
  2. Ada kes pesakit yang perlu berurusan dengan hospital meninggal dunia dalam anbulance kerana tidak sempat sampai ke hospital kerana bahana Bersih 3.0 yang menganggu trafik.
Ini tidak diambilkira kemusnahan dan kekotoran yang ditinggalkan oleh pendemostransi.

Adakah ini yang Ambiga mahu dan pemimpin-mimpin DAP terutamanya disamping PKR dan PAS bangga bila melihat anak-anak muda Melayu memukul anggota-anggota polis juga berbangsa Melayu dan memterbalik kereta peronda polis.

Ini strategi bagus dipinjam dari Zionis Yahudi guna orang lain untuk berperang untuk mereka!

Adakah ini sebenar objektif Bersih 3.0?

Adakah Ambiga, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sangat berbangga kerana ramai rakyat menyokong Bersih 3.0 dan betul-betul yakin bahawa majoriti pengundi PRU 13 akan mengundi Pakatan Rakyat?

Adakah Ambiga, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sangat berpuas hati kerana dapat memalukan DS Najib di mata dunia?

Tunggulah pada PRU 13 nanti majoriti pengundi rakyat Malaysia, silent majoriti dan 67% orang Melayu dan Bumiputera akan membuat pilihan yang tepat untuk negara yang diberkati ini.

20 comments:

Anonymous said...

Kome turun berseh bukan sebab Ambiga, Anuar, LGE kome turun disebabkan keperihatinan dan suara rakyat. Atas ketidakadilan SPR.

Anonymous said...

WZWH,
Senjata pembangkang adalah demonstrasi jalanan untuk memburukkan kerajaan. Aku rasa tidak semua ahli parti pembangkang setuju cara itu. Apa lagi the silent majority yang terdiri dari pelbagai kaum. Kalau tengok gambar kelakuan anak muda yang memusnahkan kereta tu, aku rasa wzwh, BN akan terus diberi kepercayaan untuk mengurus dan mentadbir negara ini. Wallahualam.

Quiet Despair said...

Bersih menciutkan ke? Saya lebih suka jadi kotor. Semua dah kata dah bukannya bersih dan bukannya rally aman.
Amat menyedih dan memalukan anak Melayu memecahkan kereta polis. Setakat dibayar beberapa sen berani mencederakan polis dan merampas senjata.
Tapi menciput lari bila polis pasang tear-gas and water-cannon.
Dan pemimpin tak bermoral bukan main syok bawa isteri ciluh (cakap sedara Pahang saya) naik pentas bangga konon dia menang.
Yang sebenarnya Najib yang menang semalam. Rakyat Malaysia nampak dengan jelas siapa ring-leader sebenarnya.
Yang lawaknya Achi dah tengok keadaan tak terkawal suruh orang disperse.
Typical Indianlah. Provoke dan kemudian takut dan pengecut.
Many of my overseas pals called me when they saw the news on CNN.
They asked: "Is that the man whom you want to be your PM. Malaysians must be outta their mind.
"A leader do not agitate followers to revolt. He must calm down the people.
"You all are so pathetic if you elect him. What is he fighting for a free and fair elections when he himself is an MP," all of them said.
My reply: "Just a manic old man who wants power at all costs. His strength comes from hooligans and not sane Malaysians."
Now worries he's the loser.

Anonymous said...

Bila PRU-13 ni? Biar Silent Majoriti membuat keputusan..Yang diberi mandat memerintah akan tetap mengatakan apa yang pembangkang atau penyokong mereka buat itu 'kotor' dan pembangkang pula akan mengatakan apa yang pemerintah buat itu adalah 'kotor'. Tiada kesudahanya..Umpama penyokong pasukan bola yang kalah disebabkan oleh pengadilan yang 'berat sebelah' pasti akan memprotes tetapi penyokong pasukan yang 'menang' pastinya mengiyakan keputusan pengadil..jadi tak pelik dan tak hairan atas apa yang berlaku akhir - akhir ini..

Anonymous said...

Sdr Wan Zuri,

Kalau UMNO BN dan aparatnya rasa mereka benar dan menjangka BERSIH akan membuat salah dan huru raya, kenapa agaknya polis2 ini menjadikan golongan wartawan jadi sasaran sehingga merela turut diserang dan kamera/video mereka termasuk memory card di rampas. Apa yang UMNO BN dan polis sangat takutkan?.

Kata orang sekeping gambar menggambarkan sribu perkara. Sikap ini diambil UMNO BN dan polis kerana cuba untuk metutup sesuatu. Poli sewajarnya biarkan para wartawan dan jurugambar bebas merakamkan kejadian dan membuat liputan seluasnya. Bukankah UMNO BN dan polis awal2 dah yakin BERSIH akan sebabkan huru hara. Dan kalau polis mahu pun UMNO BN yakin dengan perkara ini, kenapa wartawan diperlakukan begitu. Biarlah wartawan merakamkan semua kejadian termasuk perbuatan melampau yang dibuat BERIH dan pendemo. Tentulah akan banyak gambar2 rusuhan dan tindakan melampau demnstran boleh dirakamkan oleh wartawan. BUkankah ini baik sebenarnya ?.

Namun realitinya itu tidak dibenarkan oleh polis dengan arahan UMNO BN. Terang lagi bersuluh bahawa UMNO BN dan puak aparatnya sebenarnya mahu menutup kebenaran dan menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum.

Saya teringat kejadian serangan samseng UMNO BN terhadap kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Datran Merdeka. Terbukti samseng2 ini mensasarkan mereka2 yang mempunyai kamera atau membuat rakaman video hp dan merampas / merosakkan peralatan tersebut. Apa yang dilakukan oleh polis terhadapa wartawan dan kamera/video masing dalam perhimpunan BERSIH adalah sama dengan perbuatan samseng2 UMNO BN di dataran itu. Tidakkah ini juga umpama perbuatan samseng ( wartawan turut dipukul ).

Cepat benar saudara siarkan gambar pendemo tersebut menterbalikkan kereta polis. Tahniah Wan Zuri. Anda memang bagus. Seperti yang saya tulis, sekeping gambar mampu menceritakan seribu perkara. Oleh itu sanggupkah saudara siarkan gambar2 perhimpunan BERSIH 3.0 simpanan saya ke dalam blog saudara ini agar permbaca blog saudara dapat membuat penilain dan perbandingan ?. Saya tunggu jawapan ikhlas saudara dulu. Jika tiada jawapan...benarkan saya lakukan pautan beberapa link untuk mengakses gambar2 berkenaan di ruang komen ini. Ianya untuk sama2 kita cari kebenaran dan bukannya menegakkan benang basah. Apa kata Wan Zuri ?

Anonymous said...

Anon 7.06

Buat tontonan semua.

http://m.youtube.com/index?desktop_uri=%2F%3Fgl%3DBE&gl=BE#/watch?v=M_GTc710d6I

Anonymous said...

Pada saya samseng samseng itu adalah perusuh Berih itu sendiri yang membelakangkan undang undang.Kita boleh melihat ini semua didalam utube.Pihak PDRM mempunyai tugas menjaga keamanan dan keselamatan rakyat yang rata rata bencikan samseng jalanan Betdih ini.Jelas ia bermotifkan politik dalam usha pembangkang memprovokasikan pihak polis.Kenapa Dataran Merdeka tidak di Stadium dimana mereka boleh melaung sekuat hati tanpa merosakan harta awam dan perniagaan.Kenspa PDRM terlalu berlembut dengan samseng samseng Bersih ini.Sedeh Ambiga hanya boleh berkata "I am sorry ..." Rakyat yang cintakan keamanan akan bangkit mengajar samseng ini di PRU 13.Bersih yang mengagongkan Anuar dan Ambiga.

Anonymous said...

Oooiii... Anon 7:06 yang tulis, "Oleh itu sanggupkah saudara siarkan gambar2 perhimpunan BERSIH 3.0 simpanan saya ke dalam blog saudara ini agar permbaca blog saudara dapat membuat penilain dan perbandingan?"

buat aje lah... upload aje gambar2 engkau tu dan sediakan "link."

kenapa nak cabar2 orang pulak? benda yang enteng pun nak buat macam "rahsia negara!"

inilah Anon2 macai pembangkang... auta aje lebih... bermacam-macam helah... reka cerita tu, reka cerita ni... maklumlah dah ada Madam India... berlakun filem Hindustan lah kamu orang.

Alahai, Melayu...

Anonymous said...

Saya tidak faham kenapa polis disalahkan dan perusuh Bersih yang mesti disanjung.Siapa yang terbalik dan memijak kereta polis dan menumbok wartawan.Jelas kumpulan perusuh ini sudah dudah mengotorkan Kusla Lumpur.Kenapalah PR berlagak buruk agaknya.

bat8 said...

WZWH dan Pembahas,

Perhimpunan Bersih 3 dan apa yang terjadi selepasnya boleh dielakkan jika kita semua lihat isu yang dibangkitkan. Tak payah nak semak fikiran pasai silent majoritilah, kaitkan dengan isu perkaumanlah dan macam-macam hayalan dan teori karut marut.

2. Isunya pilihanraya yang bersih,telus dan adil. Kedua isu daftar pemilih yang diragui. Bersih -dijalankan secara telus dan adil. Selepas parlimen dibubarkan, kerajaan yang ada adalah kerajaan caretaker yang berfungsi untuk memastikan pentadbiran negara tidak terhenti terus sehingga kerajaan baru yang dibentuk oleh pati yang menang PRU mengangkat sumpah. Kerajaan caretaker bukan lagi kerajaan berparti. Jadi ia tidak mempunyai hak untuk menggunakan segala jentera dan kewangan negara untuk berkempen.

Secara kebetulannya dinegara ini, kerajaan caretaker ini adalah kerajaan yang menang pada PRU sebelumnya. Ianya bukan semestinya. PM kerajaan caretaker ini boleh dilantik oleh Agung dari kalangan rakyat yang difikirkan sesuai dan layak kerana selepas parlimen dibubarkan kerajaan kepartian dah tak ada.

Dalam konteks PRU yang akan dijalankan kerajaan sementara ini perlu bersikap neutral kepada parti-parti yang bertanding. Takkira parti yang menjadi kerajaan atau pembangkang dalam penggal parlimen sebelumnya. Kerajaan caretaker ini tidak boleh memihak kepada mana-mana parti politik yang bertanding.

Jadi selepas patlimen dibubarkan, kerajaan BN dah tak wujud lagi. Tetapi selama ini disebabkan BN memerintah sejak dari merdeka, kebanyakan kita menganggap kerajaan selepas parlimen dibubarkan adalah masih kerajaan BN. Ini tidak benar.

Kita kena faham konsep ini betul-betul. Sejak merdeka BN menjadi kerajaan persekutuan. Katakan satu hari nanti, BN menjadi pembangkang, tentunya BN tak mahu kerajaan pada masa itu bertindak tidak adil.seperti BN hari ini. Tak payah tengok jauhlah. Tengok gelagat UMNO Baru khususnya yang menjadi pembangkang di Penang. Kerajaan BN dulu lagi ganas, sepatutnya depa dok dendiam je kerana yang jadi kerajaan penang sekarang dh parti lawan. Itu pasai pilihanraya yang bersih,telus dan.adil.

bersambung....

mat pendang

bat8 said...

WZWH,

Sambungan....

3. Pasai daftar pemilih yang didakwa tidak bersih. Now, banyak bukti-bukti yang dikemukakan. Bukti-bukti ini bukan direka-reka tetapi berdasar maklumat dari pihak kerajaan juga terutama dari Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR....Maknanya ada merit dalam bantahan tersebut.

Kedua, kita kena ingat kita sudah maju, bukan lagi seperti tahun-tahun 70an atau 80an. Rakyat kita ramai yang bijak. Kebolehan dan kepakaran yang rakyat kita juga sudah jauh kedepan. Kepakaran yang ada dipihak kerajaan ada juga dikalangan rakyat yang tidak bekerja dengan kerajaan. Maknanya ada dikalangan rakyat yang dapat membuat analisa kepada setiap dasar kerajaan dengan jitu. Tektik nak sorot atau nak menipu seperti zaman mula-mula merdeka dulu dah tak boleh jalan. Kerajaan bagi fakta, ada kalangan rakyat yang mempunyai kepakaran untuk membuktikan fakta atau angka itu betul atau tidak dan dapat memberi cadangan-cadangan alternatif untuk pertimbangan.

Jadi kerajaan kita kena peka perkara ini jika hendak kekal lama. Tektik nak bodoh-bodohkan atau nak tunjuk kekuatan atau samseng dah tak boleh jalan dah.

4. Ok, memandangkan bantahan tentang daftar pemilih itu mempunyai asas, ambilah tindakan untuk menyemak dan dibuat pembetulan jika terbukti bantahan itu benar. Inilah jadinya jika main putar alam.

Kena fikir panjang....54 tahun kita jadi kerajaan, tidak bermakna kita akan kekal selamanya. Fikir time bila kita pulak jasi pembangkang. Tentunya kita tak mahu orang buat dajal seperti kita buat kat orang.

Ingat, sebahagian besar pendemo bersih sabtu lepas adalah golongam muda dari pelbagai kaum. PRU 14 nanti mereka akan menjadi core kepada perubahan hari ini dan tempat mereka hari ini akan diganti oleh generasi demi generasi muda yang baru.

Orang ganu kater - dok rok cetong kita nak hadapi dengan tektik lapuk dan kuno tahun 70an setiap pilihanraya. Maknanya, sampai bila nak menipu pilihanraya, nak guna kekuatan fizikal nak menang pilihanraya dimasa hadapan. PRU 13 ni mungkinlah PRU terakhir UMNO BARU boleh menang dgn cara lama....Dok rok cetong abe, dengan ketandusan pemimpin berkaliber yang ada hari ni

mat pendang

bat8 said...

WZWH,

Sambungan....

3. Pasai daftar pemilih yang didakwa tidak bersih. Now, banyak bukti-bukti yang dikemukakan. Bukti-bukti ini bukan direka-reka tetapi berdasar maklumat dari pihak kerajaan juga terutama dari Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR....Maknanya ada merit dalam bantahan tersebut.

Kedua, kita kena ingat kita sudah maju, bukan lagi seperti tahun-tahun 70an atau 80an. Rakyat kita ramai yang bijak. Kebolehan dan kepakaran yang rakyat kita juga sudah jauh kedepan. Kepakaran yang ada dipihak kerajaan ada juga dikalangan rakyat yang tidak bekerja dengan kerajaan. Maknanya ada dikalangan rakyat yang dapat membuat analisa kepada setiap dasar kerajaan dengan jitu. Tektik nak sorot atau nak menipu seperti zaman mula-mula merdeka dulu dah tak boleh jalan. Kerajaan bagi fakta, ada kalangan rakyat yang mempunyai kepakaran untuk membuktikan fakta atau angka itu betul atau tidak dan dapat memberi cadangan-cadangan alternatif untuk pertimbangan.

Jadi kerajaan kita kena peka perkara ini jika hendak kekal lama. Tektik nak bodoh-bodohkan atau nak tunjuk kekuatan atau samseng dah tak boleh jalan dah.

4. Ok, memandangkan bantahan tentang daftar pemilih itu mempunyai asas, ambilah tindakan untuk menyemak dan dibuat pembetulan jika terbukti bantahan itu benar. Inilah jadinya jika main putar alam.

Kena fikir panjang....54 tahun kita jadi kerajaan, tidak bermakna kita akan kekal selamanya. Fikir time bila kita pulak jasi pembangkang. Tentunya kita tak mahu orang buat dajal seperti kita buat kat orang.

Ingat, sebahagian besar pendemo bersih sabtu lepas adalah golongam muda dari pelbagai kaum. PRU 14 nanti mereka akan menjadi core kepada perubahan hari ini dan tempat mereka hari ini akan diganti oleh generasi demi generasi muda yang baru.

Orang ganu kater - dok rok cetong kita nak hadapi dengan tektik lapuk dan kuno tahun 70an setiap pilihanraya. Maknanya, sampai bila nak menipu pilihanraya, nak guna kekuatan fizikal nak menang pilihanraya dimasa hadapan. PRU 13 ni mungkinlah PRU terakhir UMNO BARU boleh menang dgn cara lama....Dok rok cetong abe, dengan ketandusan pemimpin berkaliber yang ada hari ni

mat pendang

Kutukandewata said...

ambiga penyokong kuat gerakan menghalalkan LGBT,Anwar seorang gay.

ulamak yusuff al qardawi dengan jelas menyatakan berkawan,menyokong atau mengikut puak LGBT adalah perbuatan yang haram!!!!

jadi nik aziz kena tanyalah yusuff al qardawi adakah haram dia menyokong dan mengikut ambiga serta anwar ibrahim dala perhimpunan yang maha kotornya kelakuan anak muda melayu yang dah tak tahu mana yang haram dan mana yang halal!!

anon yang yang suka membela puak himpunan bershit ini tanya lah dari hati yang benar2 kerana Allah terhadap diri sendiri apakah perbuatan mereka ini halal atau halal.sedangkan nabi sendiri melarang membuat kecoh dijalanan mengganggu orang ramai.kalau dah lemah iman terhadap rasul sendiri maka tak heranlah kau orang menyokong perkara yang sia-sia ini.

Anonymous said...

Anon 4.06 ngn mat pendang..ko kluar je gambar dlm smpanan ko ke,video ko ke apa macam yg ko ade suma pun no hal..ko kuar n link kan memane yg ada suma meh org nk tgk..ko jgn jd yajuj majuj dan goyyim yahudi la..aku berani je fight 1 by 1 ngn ko klu jntan sgt..meh ko kluar dari blog ni kita jumpa betul betul kat luar.halal je darah ko nk buat sembelih.meh sini,meh..

Anonymous said...

Anon 7:43 am ni orang UMNO ke? atau kontraktor untuk UMNO? NO wonder...

Anonymous said...

Entahlah hamba pun tak faham apakah gerangan penyokong bershit mahu lagi. Jika daftar pemuilih terdahulu tak releven tapi mengapa 5 negeri diterima pakai undinya oleh pihak memerintah negeri itu!!!. Sedarlah wahai rakan2 hamba, bagaimana negara di Asia Barat menjadi kerakusan bangsa yahudi, bini dan anak dara, kaum hawa dirogol dihadapan kaum keluarga, kemudian dibunuh kejam, apakah rakan2 mahu melihatkejadian sedemikian berlaku didepan mata. Ini akibat kononya mahukan ketelusan. Lihat dibeberapa buah juga, mereka dikambus hidup2 hanya menyatakan AshaduAllahillahaillah, tapi dengan semangat kental ia tetap dengan pendirian itu walaupun mati diseksa sedemikian rupa. Begitulah sekarang ini acuan yang dirangka oleh pihak fuckatan ingin memiliki sebuah negara bershit dan ingin mengimpot tenaga dan kuasa luar bersekongkol dengan kumpulan fuckatan. Cuba bayangkan jika berlaku ke atas kaum keluarga saudara2, nak salahkan sapa lagi, BABI dan Ambijer dah tentu lari ke luar negara kononnya mencari suak politik... Fikir2lah...

Anonymous said...

UMNO DAH NAK MAMPOS ITU SEBAB DEY ALL MEROYAN PAGI PETANG SIANG MALAM..UMNO UMPAMA PENGAMAL ILMU HITAM YG AKAN MENGGUNAKAN SEMUA HANTU RAYA UNTUK KEMBALIKAN KUASA YG DAH LEMAH HE HE..SANGUP BUAT APE SAJA UNTUK HIDUP DAN BERKUASA BIARPUN MENUMPAHKAN DARAH ORG LAIN..

Anonymous said...

Umngok ni tak paham2lagi.Rakyat bukan sokong sangat Bersih ni tapi nak tengok BN mampus.Peduli apa pasal Bersih.Silent majority bullshit hang..

Anonymous said...

Akibat bershit BABI dan Ambijijer kuasa luar dah lama melihat dan tertawa kerana fahaman yahudi oleh BABI dan mula bertapak di sini.

Pendakwah bebas said...

Hidup S.ambiga...hidup s.ambiga kau adalah insan yang paling mulia dan tahu erti kehidupan rakyat malaysia.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...