Thursday, April 12, 2012

Ahli Parlimen Dari Keturunan Pencari Kayu Api Dan Pencedok Air Lebih Teruk Dari Sakai


Dalam Budaya Pahang lama bila anda dikata "keturunan pencari kayu api dan pencedok air" itu menunjukkan anda tidak tahu budaya dan adat malah lebih teruk dari Sakai.

Begitulah gelagat biadap berapa ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat semasa Pertabalan Agong baru...

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Dipetik dari blog Dr Rahman Kadir.

20 comments:

Anonymous said...

Ya..tindakan Azmi dan mereka2 itu boleh menyebabkan negara tergadai dan rakyat Malaysia lebih sengsara.

Teringat saya kisah " amukan Adam Rambo " beberapa tahun dulu. Boleh tak pemikir Jerantut ulas sikit cerita sebenar mengenai kisah ini ?. Itu pun kalau pemikir Jerantut memang pejuang tulin.

Anonymous said...

From Kuala Gusai...

Assalamualaikum .....
Moh kita ramai-ramai dengar Hassan Ali telanjangkan puak-puak ni di Felda Sungai Retang pada 14/04/2012 jam 9.00 malam bertempat di tapak Pekan Sari Felda Sungai Retang.Datang york!!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Auk...Kuala Gusai, ong tunggu WZWH di Felda Sungai Retang.

Anonymous said...

Hasan Ali nak telanjangkan diri dia la.Baru ni dah telanjang fasal renovation pejabat dia yg paling tinggi sekali melebihi RM300K. Lepas telanjang bab beri kontrak tanpa tender sdgkan MB Selangor dah ingatkan supaya tender mesti terbuka.
Nak tau lagi.?Hasan Ali beri tender direct sbb .....LU FIKIR LA SENDIRI.Kalau dah perangai macam UMNO maka perbuatannya macam UMNO lah.

Quiet Despair said...

Sakaipun tak berperangai jakun macam dema ni. Orang asli kita di Pos Betau dan Tasik Bera tahu protokol denan Tuanku kita. Mereka amat berbahasa bila bercakap dengan Tuanku atau sesiapapun pelawat.
Ini malaon keturunan dari anak buluh betung. Kat Lepih ada Bukit Betung. But the people there are well-mannered and courteous.
Bahasa menunjukkan bangsa. Jelas mereka ini kurang ajar, biadap, tak reti adat dan tak menghormati majlis.
Amat menjijikkan lebih-lebih lagi dilakukan di Istana dengan orang-orang atasan berjenis serta dengan kerabat diraja dan Pemimpin negara with refined ways and impeccable tastes.
Malunya MPs konon tapi sebenarnya beruk-beruk yang cuma layak bergaul dengan kutu rayau saja. But then again, they are used to menjerit terpekik-terlolong in street demos. Also maki-hamum dalam blogs. Terbawak-bawak pula dalam august assembly in Parliament, State Assembly and the palace.
Tan Chua tak heranlah memang bangsa dia tak tahu beraja. Diapun pro baring atas jalanraya.
Kalau Al-Sodpun tak hairanlah negeri takde Raja.
Ini Azmin dan gang-gang yang rakyat negeri-negeri beraja.
Tapi tak hairan jugalah as Azmin nipun didakwa derhaka dengan ibu sendiri.


Following is a story in The Star Tuesday April 10 which I quoted verbatim.

The famiy of Azmin Ali wants him to break free from Opposition leader DS Anwar Ibrahim.
His mother, Che Tom Yahaya said Azmin would be a better person if he rid himself of the bad infuence.
"After every prayer, I ask God to help my son break free from Anwar and return to the righteous path."
Che Tom, 78, said of all her six children, she had the hardest time delivering Azmin.
"But it is more painful now watching my son detaching himself from us," she said, adding that Azmin last visited her in August.
Azmin's sister Ummi Hafilda said she would stop all forms of attack against her brother if he left Anwar for good.
"I am now on a drive to expose all the dirt about my brothe, his wife Shamsidar Tahrin and Anwar.
"Our mother even agreed to speak at a press conference to talk about Azmin.
"But if Azmin breaks away from Anwar, I will stop campaigning.
"All I want is for my brother to return to his old self," she said of the PKR deputy president who is considered Anwar's staunch ally.
Ummi said when her mother was severely ill recently, she told her and her two sisters not to inform Azmin if she were to die.

So guys, even Azmin's mom do not like Anwar. Do you still want him to be your PM???

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

QD, good and sensible comments. Very obvious indeed ekekekekekek...

Anonymous said...

Kalau yer pun benar dakwaan tu..apakah kesannya kepada Raja dan rakyat kebanyakan ?.

Yang Mamak Kutty dan parti UMNO BN lakukan degngan mengurangkan kuasa Sultan & Raja2 semasa krisis perlembagaan tu ok ke ?. Itu dah terang2 memijak kepala raja & sultan. Mana perjuangan awak wahai pemikir Jerantut? Pernah ke awak sebagai pemikir Jerantut membuat posting blog berkenaan hal tersebut ?. Pejuang jenis apa awak ni ?

Kalau orang2 PR baru saja bercakap2 dan berbisik ( belum pun buat apa2 ), cepat jer awak bertindak mengulas tapi yang terang dan dah jelas UMNO BN memijak kepala Raja & Sultan..awak jadi bisu. Pemikir bisu ke awak ni atau "membodek" nak dapat title "Dato"" juga ?. Yer laa...Sak kan ada title Dato' !!!

Anonymous said...

Salam...,

Kurangkan imuniti raja bukan bererti durhaka dan mencemarkan majlis raja sebagai payung bangsa dan negara serta kesucian Islam. Raja juga sebagai rakyat biasa tetapi diletakkan hak lebih sedikit bagi mendaulatkan bangsa. Jika tiada majlis seumpana itu pencacai-pencacai itu takkan masuk istana, jika masuk tanpa majlis mereka akan terus bergulingan seperti "burung lelayang mandi petang". Namun jika dibiarkan pencacai itu mendaulatkan raja2 alamat negara ini akan menjadi sebuah republiklah jawabnya.

Daulat Tuanku...

Anonymous said...

HAAAAAA, mai k Sg Rtang ke, sulton kee, ape gua peluliiiii, Latok Ah Chappp adeee le, Latoh Ah Lim mamak ade peeeee, Wan mau apeee leee

Anonymous said...

Ko ni menulis macam oeang gile.bodo dia ni..bcakap mcm orang mabuk apahal??

Anonymous said...

Tahniah kepada MP BN yang sungguh perihatin.Kepada Azmin dan Tony Pua dinasihatkan agar belajar adab adab menghadhiri majlis yang penting saperti ini.Hormati protocol majlis.Rakyat memerhati bakal Menteri Besar Selangor ini !!??.Kamu tidak layak mewakili Rakyat Selangor kerana tidak punyai kelas sebagai pemimpin.Jangan lupa untuk berteriak di BERSIH 3.Samseng jalanan begini must be VOTED OUT.PKR dan DAP yang angkuh.You pay for your arrogance soon.~ dino

Anonymous said...

Yang sebut 'natang' puak mana?

Anonymous said...

Komen kami:

Pertama, WZWH ni cuma menyambung berita drp Dr Abdul Rahman Kadir, kesahihan dan ketepatan berita masih boleh dipertikaikan. Semua maklum jika seseorang membenci sesorang maka banyak cerita keburukan yg ditokok tambah...moga2 Dr Abdul Rahman bukan dikalangan orang2 yg pasik...

Ke 2, manifestasi drp sikap sebahagian drp DYMM Tuanku yg tidak berlaku adil kepada setengah2parti politik...ada dikalangan Tuanku yg sepatutnya bersikap berkecuali sebaliknya terang2 menyokong parti tertentu menyebabkan rakyat hilang hormat...hakikat ini Tuanku kena terima.

Ke 3, jangan ingat dengan teguran ini menandakan kami tidak menghormati baginda Tuanku...sesungguhnya kami sebagai rakyat memang tahu dan berkewajiban taat serta berbai'ah kepada Tuanku memandangkan Tuanku adalah ketua Agama dan ketua Negara.

Kutukandewata said...

HADIS NABI ADA MENYATAKAN YANG KIAMAT AKAN HAMPIR APABILA ANAK GEMBALA DAN HAMBA MENJADI PEMIMPIN NEGARA.JADI TAK HERAN LAH AZMIN ALI BOLEH BERSIKAP BEGITU SEBAB NABI PUN DAH JELASKAN KEPADA KITA CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM HADIS TERSEBUT.MAKSUDNYA ORANG YANG TAK BERADAB TAK LAYAK JADI PEMIMPIN MACAM AZMIN ALI YANG DERHAKA KEPADA IBUNYA SENDIRI.INI HADIS YANG JELASKAN BUKAN AKU.AKU HANYA MENYAMPAIKAN WALAUPUN HANYA SEPOTONG HADIS.KALAU BERIMAN MUNGKIN SETUJU DENGAN HADIS INI.KALAU KAFIR KAU ORANG IKUTLAH CHIAN TUA LAKNATULLAH TU!!!!

Anonymous said...

Minta Wan Zuri tolong jelaskan sikit kenapa sampai UMNO BN sanggup kurangkan imuniti raja2 Melayu?. Boleh tak beri sebab sebenar sampai membawa kepada pengurangan kuasa raja yang dibuat oleh UMNO BN dulu.

Bila pihak lain terbabit dengan kes bunuh, cepat jer pemimpin UMNO BN dan polis bertindak. Tapi bila pembunuhan dikatakan berkait dengan pemimpin pujaan korang, nak ulas dan sentuh cerita tu pun korang gayat walau pun terang2 yang terbabit tu adalah pengiring pemimin korang. Abis..tak rasa nak bincang persoalan ini ker ?...yang seronok bercakap hal2 remeh lain yang langsung tak membabitkan rakyat dan nyawa manusia apa ke hal ?. Tanya diri baik2...MANA LEBIH PENTING ?

Anonymous said...

Hello,

Kalau hangpa rasa Azmin dan geng2 dia tu buat salah dan dosa besar sangat kepada Raja, Negara dan rakyat jelata serta dah jelas menyalahi undang2...saman jer laa depa tu. Tunggu apa lagi. Buat report cepat2 sebab tu kesalahan besar. Tak kan itu pun hangpa tak tau.

Setakat bercakap dan buat cerita kosong..tak payahlah nak menyibuk dan tunjuk setia konon.

Anonymous said...

Aku pasti kalau pun BN ditempat pembangkang tak kan jadi kelakuan saperti yang dikatakan. Itu lah beza. Aku kira 'given the existing situation in Malaysia', sukar untuk BN kalah di federal. Aku kata sukar, bukan mustahil. Memang nampak pembangkang kuat, dan itu memang bagus untuk Malaysia. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk negara ini. Wallahualam.

Anonymous said...

Pernah keluar dlm tv3 suku ke adegan tersebut? Biasa2nya pantang silap sikit, mcm halilintar la media main isu tersebut

Anonymous said...

Kalau dah tahu kenapa menjadi badut dalam majlis begini
Belajar menghormati majlis.Faham !
.
.

Kutukandewata said...

11.14pm,

kau tak baca ke pendedahan rpk yang menyatakan dia buat tuduhan terhadap pm dalam kes altantuya kerana desakan pimpinan pakatan pembangkang.dia mengakui yang dia memang buat fitnah tersebut.

kalau batang tubuh yang buat fitnah dah mengaku kesalahan dia apa pasal kau pulak nak buat fitnah terhadap pm?

tak pasal pasal kau dapat dosa menyambung fitnah tersebut.tak tahu cerita sebenar janganlah nak membesarkannya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...