Sunday, April 22, 2012

Retorik Konvensyen Halatuju Felda : Janji PR Sebelum Berkuasa!

DS Najib Perdana Menteri yang serious mahu transformasi FELDA menjadi pemain korporat dunia tetapi halatuju FELDA ke depan ini cuba dihalang oleh Pakatan Rakyat kerana bimbang sokongan warga FELDA dan generasi anak peneroka akan setia kepada kerajaan BN.

Ini Konvensyen retorik PR mahu mengeliru rakyat terutamanya Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. 

Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. 

Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah. 

Konvensyen Halatuju Felda dalam resolusinya sebulat suara:

  • Menolak cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) oleh kerajaan yang dijangka bakal dilaksanakan awal Jun tahun ini.
  • Menolak penyenaraian kerana tindakan itu akan menganiaya peneroka Felda. 
  • Mendesak kerajaan BN mengkaji semula masalah berbangkit berkenaan hutang yang dihadapi peneroka.
  • Bersetuju supaya tanah Felda seluas 360 ribu hektar diagih-agihkan kepada generasi kedua, dan ketiga tanah rancangan tersebut.
  • Peranan pengendali kebun peneroka, perlu disemak kembali dengan menyerahkan tanggungjawab menyelenggara kebun peneroka diserahkan kepada koperasi Felda di seluruh negara.
  • Felda perlu membangunkan institusi pengajian tinggi sendiri bagi melatih anak-anak peneroka agar mereka dapat menyumbangkan bakti kepada Felda.
  • Felda perlu mewujudkan universiti sendiri. Dengan ini ia akan menjimatkan perbelanjaan Felda berbanding menghantar mereka ke institusi pengajian tinggi lain.
  • Mendesak BN selesaikan masalah berbangkit peneroka sebelum PRU dijalankan.
  • Kebimbangan Putrajaya sedang berusaha mencari dana bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, bukannya ikhlas untuk membantu meningkatkan imej Felda.
  • Mengadakan perhimpunan raksasa sebagai langkah terakhir menghalang usaha cadangan penyenaraian FGVH.

Janji-janji PR lagi :

  • PR akan melipat gandakan pendapatan bulanan peneroka Felda bagi meningkatkan nilai hartanah jika dipilih mengambil alih Putrajaya.
  • PR juga akan menyerahkan kuasa mengurus tanah rancangan terbesar di dunia itu bagi membolehkan mereka berjaya dengan usaha peneroka.
  • Melipat gandakan pendapatan peneroka dari RM4,000 sebulan, gandakan menjadi RM10,000 sebulan.
  • PR memberikan latihan kepada peneroka, generasi kedua dan ketiga supaya mereka dapat berbakti kepada Felda.
  • PR juga akan meningkatkan nilai tanah rancangan Felda melalui merancakkan kegiatan ekonomi di Felda, melalui suntikan modal kerajaan, bukannya dengan merampas tanah peneroka.
  • PR juga akan meningkatkan nilai tanah rancangan Felda dengan menghidupkan suasana ekonomi di dalan Felda dengan bantuan kerajaan.
  • Peneroka boleh mewujudkan syarikat dengan perkongsian sesama peneroka dengan keluasan tanah mereka. Jika ada anak-anak peneroka yang berkelayakan, perlulah melantik mereka menguruskan syarikat tersebut. 
  • Kepentingan peneroka akan terpelihara dan mereka akan menguruskan ekonomi mereka sendiri.
  • Tindakan ini akan PR laksanakan selepas memegang kuasa dalam tempoh dua, hingga ke tiga tahun memerintah.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir. Konvensyen diadakan di Unisel dihadiri 800 peneroka.

Antara panel terlibat adalah, Bekas Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub; Bekas Adun Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri; bekas Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan juga Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; termasuk Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

WZWH merasakan agak menarik retorik PR menerusi Konvensyen Halatuju Felda. Memang sedap bercakap bila belum mendapat kuasa boleh janji bulan, bintang dan bima sakti (galaxy).

Apa-apa pun kita tunggu jawapan DS Najib di Jerantut pada 8 Mei 2012 nanti apa durian runtuh yang realiti DS Najib akan umumkan kepada semua peneroka.

15 comments:

Anonymous said...

50 tahun lebih UMNO BN berkuasa tapi kenapa negara makin caca marba, mahkamah dan sistem kehakiman makin rojak dan kaum melayu serta bumiputra masih ditakuk lama. Mana kek ekonomi 30% untuk bumiputra yang di war2kan puluhan tahun lalu.

Apa jadi dengan MAS, apa jadi dengan BBMB, apa jadi dengan PKFZ, NFC, apa jadi sengan kebocoran berbillion RM tiap2 tahun ( hang ingat sekupang ka Wan Zuri oii ), apa jadi dengan PERWAJA, apa jadi dengan komisyen Scorpeon dan berlambak lagi. Tolong hang pi check betoi2 berapa banyak kebocoran sepanjang UMNO BN memgang tampuk kuasa.

Akku tak cakap pembangkang atau PR baik apatah lagi sempurna. Tapi sekurang2nya negeri2 di bawah PR telah dibuktikan oleh Audit Negara bahawa 3 negeri terbaik adalah dibawah PR. So what ?. Itu dalam keadaan PR memerintah dengan sumber kewangan terbatas.

Tak usah cakap pasai janji laa Pejuang Jerantut oii!. Puluhan tahun dah UMNO BN menjual janji. Setudaknya buat masa sekarang..alternatif terbaik adalah PR. Kalau PR gagal tunai janji bila berkuasa, kuasa rakyat boleh menjatuhkan mereka sebagaimana yang rakyat sedang usahakan untuk tumbangkan UMNO BN sekarang ni.

Rakyat kebanyakan sekarang dah tau menilai sekarang. Ini bukan zaman surat khabar atau tv saja. 50 tahun gagal nak tunaikan janji..berapa lama lagi pejuang mahu rakyat diperbodohkan UMNO BN termasuk pejuang seperti Wan Zuri ni ?.

Nak jadikan FELDA senasib dengan MAS, BBMB, NFC dan banyak kes kes lain tu ?. Sudahlah..hentikan PEMBOHONGAN & SEGALA SLOGAN AUTA tu !

Anonymous said...

Tak usah nak cuba kelirukan rakayat . Aku tak yakin apakah sistem DAP/PAS/PKR akan ganti. Nak komen memang mudah. Esok kalu awok perintah entah gaya guana pun tak tahu. BN sejak dulu nampak kemajuan, ada masalah tu adat manusia, tapi semua kita telanjangkan sapa buat salah dia tetap kena. Orang besar yang kena, ingat tak jatuh maruah dia.PAKATAN layak bangkang saja, belum layak perintah, itu je fikiran rasional majoriti rakyat. Untuk selamat tegakkan perlembagaan yang ada, dan hapuskan sapa yang terbukti rasuah, habislah modal pembangkang. Carry on Zuri ok.

Anonymous said...

En Wan,
Khabarnya Najib akan beri durian runtuh kira2 RM30,000 bagi setiap peneroka....dgn jumlah peneroka kira2 112,000 bermakan jumlah dana yg terpaksa dikeluarkan kerajaan bagi tujuan ini adalah sebanyak RM3.4 billion...

Persoalan yg timbul ialah:-
(1) Dari sumber mana duit ini datang?
(2) Kalau duit ini datang dari tabungan peneroka, mengapa baru sekarang hendak dikembalikan setelah perpulu2 tahun peneroka menduduki tanah rancangan...
(3) Jika bukan drp duit tabungan peneroka, mengapa peneroka sahaja yg layak menerima durian runtuh...apa hal dgn rakyat di kg2 tradisional (pekebun kecil) di Pulau Tawar, Damak, Ulu Tembeling...dimana keadilan?
(4) Benarkah tujuan listing FGVHB agar Felda menjadi pemain utama dalam industri sawit peringkat global...tanpa listing tak globalkah? (UP: sebelum ini Felda telah pun mengembangkan bisnesnya sama ada bagi aktiviti up stream atau down stream di keseluruh benua-kebanyakannya mengalami kerugian)
(5) Dgn penyinaraian FGVHB, berapa ramai peneroka atau genrasi ke 2 felda mendapat manafaat...?? Berapa ramai anak2 peneroka yg bekerja dgn FPG (kuantan), Felda Iffco, TRT US, FINA US...atau berapa ramai tenaga profissional yg bekerja dgn FHB/FGVHB sekarang?....mat saleh bernama Mr Martin yg diambil bekerja dgn imbuhan tak kurang RM50,000 sebulan itu dan ramai lagi yg berkulit gelap dan bermata sepek dgn masing2 menerima gaji yg sangat lumayan ini, adakah mereka2 ni anak peneroka??

En Wan kena tanya Najib semasa beliau datang ke Padang Piol nanti...ana sedang menungu jawapan enta??

Anonymous said...

Felda ditubuhkan pada zaman Tun Razak utk membantu orang melayu khususnya yang tiada tanah. Zaman Mahakutty iaitu (1990) umno baru dibuatnya plantation maka tiada lagi penempatan. Ini sebenarnya dah langgar Akta Penempatan Berkelompok tersebut. Tanah kerajaan negeri diberi kpd Persekutuan, tanpa bayar cukai. Apa yang kerajaan negeri dapat?

Lepas tu pasal saham ni. Walaupun apa yang Najib umumkan nanti, peneroka yang tewas dgn Ringgit Malaysia, lantaran itu menyokong penyenaraian tersebut, adakah mereka faham tentang penyenaraian tersebut? Apakah mereka reti pasal2 saham ni? Ini bukan saham ASB ni. Saya suka mengambil contoh saham KUMIPA. Kalau Dato' Taufek sebut saham 'kamipapa'. Apa sudah jadi Wan Zuri? Yang terkena sapa? Orang umno bawahan la termasuk mak aku. Minggu lepas dapat lagi surat mahkamah. Ini semua gara pemimpin umno baru Pahang? Harap awk tak usah nak menyangkalnya lagi! Peneroka2 (walaupun bukan semua) ni bukan tahu apa, bagi je duit RM10K ke, habis la. Sebab tu dalam majlis taklimat KPF bersama dgn Isa Samad, seorang peneroka keturunan India bertanya tentang jaminan terhadap peneroka bermakna dia memperjuangkan orang melayu sb peneroka maoriti orang melayu tetapi orang melayu pulak yang menghalau beliau. Itulah sedangnya pemikiran peneroka melayu.

Anonymous said...

Duit tu ambik dari mana? Duit tu ambik dr KWSP. Kan sebelum ni Felda pinjam dari KWSP walaupun mulanya menyangkal tapi akhirnya mengaku.

Kita yang bukan peneroka inilah yang bodoh. Duit kita yang dicarum utk hari tua kita tp dapat kat peneroka yang x mencarum KWSP pun. Apatah lagi cukai pendapatan. Tp bila kita bercakap begini nanti, puak2 bongok tu kata kita jeles.

Anonymous said...

Kau orang ni pandai sangat main teka teki tentang pengurusan kewangan kerajaan. Ada ke kerajaan tak bayar KWSP orang. Nak komen itu biar ada pegetahuan tentang cash flow. Yang penting ada kemajuan dan produktiviti. kita hidup dalam ekonomi moden bukan sosialis. Ini semua kerajaan buat salah. Dulu bila buat projek infra mega kata kerajaan zalim, sekarang rakyat termasuk pembangkang juga yang menikmatinya. Memang susah politik kalu dengki dan kuasa saja. Entahlah weh!

Anonymous said...

Tak yah cerita hal lain, elok cari jalan agar jerantut lebih membangun. Dah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, kawan tengok jalan daerah jerantut teramatlah teruk. Terutama jalan Jerantut ke Lepeh, Jerantut ke Budu. Kalau asek dok cerita hal lain tidok memikirkan hal Jerantut sampai bilalah kome dapat menikmati pembangunan yang sempurna.

adrianiamri said...

Salam.

Dengar dari cakap2 orang Jengka 8, mereka menyatakan bahawa DS Najib akan berada di Jengka 8 dahulu waktu pagi sebelum pergi ke Padang Piol diwaktu petang... perkembangan akan diupdated di blog kawan.

Mereka menceritakan bahawa DS Najib akan mengumumkan bahawa setiap peneroka akan diberi Durian Runtuh yang rebah...Iaitu tunai RM30,000 dan Pilihan membeli saham FGVH RM30,000.. Total RM60,000..
Walaupon banyak isu dan permasalahan yang mungkin timbul, tetapi dasarnya pemberian itu sedikit sebanyak meningkatkan sokongan kepada BN..

Cuma kawan masih menanti detail penyenaraiannya agar boleh sesama mengkaji baik buruk penyenaraian..

Orang UMNO kata bagus,
Orang2 FELDA pon kata bagus tetapi ramai pulak dipindah dan dipecat..
Orang PR kata tak bagus malah merugikan....

Anonymous said...

AD satu perkembangan yang sangat menarik menanti warga Felda. Sokong jgn tak sokong. Inilah yang dikatakan rezeki dari Allah SWT...

Anonymous said...

Itujelah yg Najib boleh buat, bagi duit, bagi duit. Bukan duit dia pun, kalau takat bagi duit kerajaan atau Felda saya pun boleh, toksah kata RM30 ribu sorang RM60 ribu sorang pun saya boleh beri. Kalau macam ni ramai orang boleh jadi PM Malaysia. Apalah specialnya Najib.

Anonymous said...

Tak usah lah pening dari mana datang duit nak bayar. Itu strategi lah. Pandai-pandai sangat kata memang duit felda pulak. Bila nampak orang dapat bonos politik dengki lah pulak deme ni. Habis yang engkau ingat kalu hasil malaysia 200 bilion setahun kau nak belanja utk kebajikan rakyat 200 bilion juga, habis apa yg tinggal. Mana belanja utk reinvest, R & D utk nilai tambah. PR nak kelentong pada org bodoh boleh lah. Ke guana Zuri?

Anonymous said...

Saudaraku wan, pemikiran rakyat sekarang amatlah kritis dan berpengetahuan. Saudara perlu menambahkan lg kreativiti dlm cara cherry picking saudara semasa menulis dlm blog saudara. Dikhuatiri senjata memakan tuan. Segala bentuk skandal yg berlaku dlm sejarah malysia spt yg dinyatakan oleh anon 12:23 tu boleh dicapai oleh semua rakyat. Tinggal rakyat utk menilai sahaja. Belum lg isu cinta 3 segi antara petronas, TNB n IPP. Saudara harus menonton lg filem wag the dog lakonan dusty hoffman dan robert de niro. How to be a spin doctor.......salam hormat saudaraku wzwh.

Anonymous said...

in his latest posting, Suck47, took a swipe at WZWH with his perceived condescending remark, ..."I am skeptical

however that someone who writes of Najib as being the PM of this blessing land instead of this blessed land has read

Fukuyama’s book. I haven’t got the time to enter into a useless polemic with this fellow as it would only serve to

dignify his blog which isn’t widely read anyway...


... only to put his foot in his mouth with the next paragraph, "...Since I joined the DAP, while I try to present an

objective viewpoint, I am functioning increasingly as a pamphleteer with a specific political objective. I don’t have to

explain myself as many know what I am inferring of...
"

yeah, right... inferring of!

... tumbling back to earth with a great big THUD cometh Suck47 to this blessed land of many blessings.

Anonymous said...

Reader,

If you really love Malaysia and want to see a new goverment formed after GE 13, kindly forward this important message ( link ) to friend and people as many as you can. Please support us and do your part !

http://goo.gl/Sc88k

Thanks

Anonymous said...

New government ?.Since when did we have New Government.I have not heard of this.I think i am confortable with this BN govt lah ! The Pakatan has yet to prove that they can deliver their 2008 promises in reality these have yet be delivered..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...