Thursday, April 26, 2012

Sakmongkol AK47 Bakal Dinobat Naib Pengerusi DAP Sebab Nabi-Nabi DAP Marah Tunku Aziz Anti Bersih 3.0!

















Tunku Aziz, Naib Pengerusi DAP hari ini menimbulkan kemarahan pemimpin Pakatan Rakyat terutama juga Ambiga kerana kenyataan Tunku Aziz tidak bersetuju dengan demonstrasi Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Beliau menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan “Duduk Bantah” oleh Bersih di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Beliau turut menolak perhimpunan berkenaan kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman.  Ada banyak lagi cara lain yang boleh digunakan selain mengadakan demonstrasi jalanan.

“Matlamat utamanya adalah untuk mengadakan tunjuk perasaan. Perlukah timbulnya isu lokasi demonstrasi tersebut? Pihak berkuasa sudah keluarkan kenyataan, DBKL adalah pemilik Dataran Merdeka, saya rasa ia tidak bertanggungjawab jika kita menentang mereka.

“Kita menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang apabila berdemonstrasi. Sedangkan kita bakal memimpin negara. Kita ajar orang menentang undang-undang, ada sesetengah undang-undang yang tidak baik, tapi ada caranya, kita ada Parlimen ... sedangkan kita adalah wakil rakyat, di situ sudah berlakunya pertentangan,” tambahnya lagi.

“Maksud saya adalah, siapa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Polis ... jika mereka nasihat supaya menukar lokasi, kita harus ikut, tapi mereka tentang polis, sedangkan polis adalah pihak berkuasa yang sah ... saya tidak akan menyokong tindakan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya lagi.

WZWH difahamkan majoriti ahli DAP tidak bersetuju dengan kuda tua DAP ini dan kini ramai pemimpin tertinggi DAP memberi fokus kepada Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 sebagai Pemimpin Melayu DAP politik baru.

Sakmongkol AK47 Bakal Dinobat Naib Pengerusi DAP Sebab Nabi-Nabi DAP Marah Tunku Aziz Anti Bersih 3.0!

9 comments:

Anonymous said...

Syabas Tunku Aziz kerana mengajar ahli DAP itu semua menghormati undang undang.Terbukti Bersih 3 bermotif politik dan bukan pembersihan pilihan raya.Apa parti DAP begini yang kita harapkan meneraju negara.Mana mungkin boleh.Sebahagian ulamak pula berpendapat menyokong Ambiga adalah menyokong LBGT dan Anuar Ibrahim betul ke ? Kenapa perlu di dataran merdeka dan tidak di Stadium bola sepak umpamanya.Saya percaya rakyat malaysia yang cintakan undang undang akan tidak berdemonstasi kerana ini bukanlah budaya kita orang Malaysia.

@dinoscots

Anonymous said...

Maaf pembetulan,"Rakyat Malaysia yang cintakan keaamanan dan menghormati undang undang....."

@ dinoscots

Anonymous said...

wah... syiok lah Suck47 dan Anon2 macai nya... kalau Dewa kecil naik pangkat, macai2 pun dapat habuan lah. Semua jadi ketua macai lah. Best nya engkau orang.

sekarang, pergi main jauh2... orang dewasa mahu cakap ni.

Quiet Despair said...

Seronok teramat saya tengok Kenyataan Senator Tunku Aziz kat TV3.
Ketawa saya kat DAP yang selama ini dengan gah melaungkan Senator Tunku Aziz orang cerdik Melayupun masuk DAP.
Tup-tup anti Bersih. Syabas Tunku, krana berani kata Tunku memang anggota pembangkang tapi bantah Bersih.
Way to go, Tunku. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
And I agree when he said adakah pemimpin yang nak menjaga kebajikan yang si Pak turut ramai-ramai menyertai Bersih tu.
If anything happens to them, who will be responsible?
Janganlah provoke dan cucuk orang berdemo, tiba-tiba leaders tak tunjuk muka hidung.
And remember like Tunku Aziz said the police have legal authotity to take action.

Quiet Despair said...

Ya ke Uncle Sak nak dinobatkan sebagai pengerusi DAP. Atau you are joking?
I don't think so, bro. Melentinglah Cina-Cina yang ramai dan telah lama menunggu nak naik hierarchy parti milik mereka.
Ipun tak pasti dia boleh jadi calon DAP dalam GE akan datang.
There is a clause in the party's constitution which states that a member must be at least 3 years in the party before eligible to contest.
Tapi bolehlah I suppose. Parti itu bukan demokratik. Cuma nama saja demokratik.
Parti anak-beranak and go to hell with rules and regulations, right.

Kamong man said...

WZWH, Saya percaya DAP tidak akan mendapat sokongan dari orang Melayu.Malah walaupun kaum cina mahukan perubahan dan akan menyokong DAP kali ini mereka juga didalam dilema kerana apa yang diushakan Najib jelas merentasi semua kaum dan sungguh berkesan.Ramai yang nampak pendekatan Najib amat sesuai bagi negara Malaysia yang diverse ini.Ramai kawan kawan kaum cina yang berfikiran sama dengan saya kerana mereka mahukan Malaysia yang aman , adil dan demokratik.Mereka mahu menjalankan pernigaan tanpa banyak politikal upheaval.Kejayaan perniagaan mereka ada kaitan dengan political climate yang STABLE tidak sebaliknya .Jangan hairan pengundi kaum ini akan berubah dari 25% menyokong BN dan kerajaan sedia ada ke lebih dari 35%.Tidak boleh dinafikan rata rata pengundi melayu akan tidak lagi memilih PKR yang dilihat terlalu lemah berikutan isu semasa Anwar, Azmin dan Wan Azizah dan ramainya pejuang PKR mula hilang keyakinan kepada PKR itu sendiri.
UMNO yang amat STABIL tidak lagi berbalah sesama sendiri merebut kedudukan kerana mereka sudah berikrar tidak menikam parti dari dari
belakang saperti sdr Sakmongkol kta.Sedih juga Sakmongkol terpaksa mrnumpang platform PAS untuk berceramah dan bukan platform DAP.Begitu desperate Melayu DAP ini.Benar, di Subang Jaya ceramah beliau tidak mendapat sambutan.Di tempat lain saya tidak tahu.Berbeza dengsn ceramah orang PAS lama sdr Hasan Ali ! dengarnya rbu ribu juga.Anih expejuang PKR dan PAS yang sungguh beria ia menentang perjuangan parti mereka lama.eh..eh..eh.. Alhamdulillah.PAS yang bersekongkol dengan DAP dan Anwar.
Saya yakin benar dengan kemenangan BN.Saya mengharapkan negeri negeri dibawah pemerintahan PR dapat membubarkan DUN serentak bagi cost saving.Kalau begitu ada juga baiknya Najib mengumumkan pilihanrayalambat sadikit How about Sept this year and even March next year.Anyone agree or disagree ?. Salam.

@Kampong man yang bukan politician dan tidak punyai agenda peribadi .Jom kita menjadi USAHAWAN dan berniaga sebagai punca rezeki saperti kaum lain ! Malaysia boleh anda juga BOLEH !

Anonymous said...

Dalam pakatan, setiap ahli bebas menyuarakan pandangan peribadi dan pandangan ini tidak memaksa pemimpin mentutujuinya. Berbeza dalam dalam UMNO, jangan cakap banyak2 nanti kena pancas...takde can nak jadi calon. Ahli kena sentiasa berkata kpd pemimpinnya; yes BOSS, OK boss, mamang elok YB, YAB memang patut buat bagitu dan bagini...

Nak tengok berapa banyak kaki ampu dan kaki kipas sila join Parti Kebangsaan Melayu (Tak) Bersatu yg tunggu masa nak tengelam...

Anonymous said...

Benar kata kawan kita diatas tetapi bila Hasan Ali dan banyak lagi orang PKR bersuara tidak setuju mereka dicantas dan dalam DAP juga sama.Tanya Karpal Singh.Tak hairan ramai yang mula tinggal PR.Dalam UMNO mereka digalakan memberi pandangan melalui saluran yant betul.ku Li dan ahli lain boleh bersuara tetapi tidak dipecat saperti mereka di PKR ran PAS.Jelas kebebasan ini tidak ada dalam PR .Lihat di blog Sakmongkol dan WZWH siapa yang lebih bebas.Hebat UMNO ni rupanya.Satu pandangan.Apa kata kawanvkawan lain. ?

Kampong man said...

Something is wrong within DAP that triggered this statement from Tunku Aziz.I can quite understand as in the case of old Communist Russia it was the Secretary General Brezhnev and Gorbachev (as examples) who call the shot ! .Why Tunku Aziz ? Some ripples upthere ? .Good luck to those Bersih 3 tomorrow.Be good to you boys and girls.Just sit and no trouble please .PEACE !!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...