Sunday, April 1, 2012

Politik Hang Nadim Moden


Genius idea atau genius politik orang muda telah diabadikan dalam Sejarah Melayu Sulalatus Salatin sebagai Hang Nadim hero muda penyelamat Singapura dilanggar todak.

Hang Nadim adalah seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelamatkan Temasek (Singapura) daripada serangan sekumpulan besar ikan todak. 

Ikan todak telah menyerang masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan pantai Tanjong Pagar sehinggakan ramai telah menemui ajalnya akibat dari serangan Ikan todak yang bertubi-tubi. 

Serangan Ikan todak ini dikatakan mula berpunca daripada tindakan Sri Maharaja yang telah menghukum bunuh Tun Jana Khatib yang merupakan seorang alim dan warak dalam menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasek, namun tindakan dakwahnya itu ditolak oleh Sri Maharaja dan penduduk kampung. 

Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat akibat serangan Ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak. 

Syor Hang Nadim itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-batang pisang.

Atas kejayaan yang memberansangkan, Hang Nadim telah diberi pujian dan penghargaan oleh masyarakat Tanjung Pagar khususnya dan rakyat Temasek amnya. Hang Nadim juga telah diberikan pingat jasa bakti tertinggi darpada Mahkamah DiRaja atas hasil ideanya yang bernas itu.

Hal ini telah membuatkan segelintir ahli tertinggi Mahkamah DiRaja yang lain berasa iri hati dan tidak puas hati dengan penghargaan yang diperolehi oleh Hang Nadim. Maka mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan  Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dihumban ke dalam laut hidup-hidup!

Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Keputusan pemimpin Temasek menyuruh rakyat menahan betis dan peha buat ikan todak melanggar  lalu ramai rakyat mati. Ini keputusan tidak bijak dan menzalimi rakyat.

Hang Nadim dengan idea pagar tembok batang pisang telah menyelamatkan Temasek. Rakyat suka kerana keputusan itu menyelamatkan nyawa mereka.

Pembesar-pembesar tidak suka kerana perasaan hasad dengki dengan kejayaan,pujian dan penghargaan rakyat kepada Hang Nadim. Itu baru Hang Nadim berumur 7 tahun belum lagi sudah dewasa dan lagi matang maka pemikiran sudah tentu setaraf atau selebih Bendahara.

Para pembesar negeri itu berasa sangat iri hati dan dengki dengan kepintaran-cerdasan Hang Nadim. Mereka takut kalau-kalau Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat di-Raja dan kelak Hang Nadim akan menjadi lebih berpengaruh dan lebih berkuasa berbanding mereka. 

Pembesar-pembesar tidak suka juga sebab faktor ekonomi kerana banyak batang pisang diperlukan bererti banyak pokok pisang perlu ditebang maka ini merugikan ekonomi ladang pisang pembesar-pembesar. 

Bila kepentingan pembesar-pembesar terjejas maka pembesar-pembesar tidak peduli walau pokok-pokok pisang perlu dikorbankan bagi menyelamat rakyat jelata.

Bisikan pembesar-pembesar kepada Sri Maharaja  yang Hang Nadim ini suatu masa nanti akan mengambil tempat Sri Maharaja menyebabkan Sri Maharaja terpedaya dan meluluskan konspirasi pembesar-pembesar untuk membunuh Hang Nadim.

Hang Nadim telah menjadi inspirasi kepada orang muda politik moden hari ini. Apa agaknya syor Hang Nadim kepada orang muda hari ini jika ada komunikasi berlaku?

"Bunuh pembesar-pembesar itu satu persatu dengan cara politik tinggi kamu sebelum nasib kamu jadi macam aku!"

3 comments:

Anonymous said...

Hang Nadim ke, apa2 hang sekalipun tetap ABU

Anonymous said...

HANG KELUAR HANG APA SEKALI PUN, APA APA HANG SEKALI PUN TETAP ABAI

Anonymous said...

Banyak di dinding dinding bngunAN jerantut juga seperti blkg cimb tepi petronas,dkilau court, juga bas stand perkataan ABAI ini..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...