Wednesday, April 4, 2012

Selamat Bersemadi Ayahandaku Di Makam Chondong Pekan Pahang

Pukul 3 pagi 4 April 2012, Ayahanda tiri WZWH Mohd Mohaidin bin Mohd Yunus telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Besar Temerloh.

Semasa sihatnya beliau kata mahu bila sudah pergi mahu dikebumi di Makam Labu Tembeling Tengah bersebelah kubur datuk dan nenek WZWH.

Namun keluarga ayahanda mahu jenazah beliau ditanam di Makam Chondong, Kampung Mengkasar, Pekan kerana itu makam keluarga lama mereka. WZWH ikut kerana respek tradisi keluarga Mengkasar Pekan.

Kepada keluarga WZWH yang berada di Jerantut terutama di Lembah Tembeling ini WZWH tunjuk foto-foto pengkebumian jenazah ayahanda WZWH.
















Kereta jenazah Yayasan Rahah banyak berjasa di parlimen Pekan. Ada berbelas kereta jenazah bersedia mengambil jenazah orang Pekan bawa balik ke Pekan. Pukul 6.00 pagi kereta jenazah berlepas dari Hospital Besar Temerloh. Pukul 8.00 pagi sudah sampai ke Perumahan 500 @ Peramu Jaya Pekan.
















Encik Mastor bin Mat Pian, Penolong Pegawai Khas DS Najib Parlimen Pekan datang menziarahi jenazah ayahanda. Di Pekan bila ada kematian beliaulah wakil peribadi DS Najib kerap menziarah orang meninggal dunia.
















Jenazah ayahanda bersiap untuk dibawa ke kereta jenazah ke Makam Chondong Kampung Mengkasar Pekan.
















Tok Halim Ahmad mengumumkan jenazah ayahanda mahu dibawa ke makam. Jika ada kesalahan dan kesilapan arwah ayahanda harap maafkan. Jika berhutang harap halalkan.
















Jenazah bersedia dibawa ke dalam kereta jenazah.
















Kereta jenazah Yayasan Rahah tetap setia menunggu berkhidmat sejak awal pagi tadi hinggalah saat mahu membawa jenazah ke makam.
















Dari Perumahan 500 @ Peramu Jaya hendak ke Makam Chondong, Kampung Mengkasar Pekan kena menyeberang Sungai Pahang melalui Jambatan Pekan. Dulu seingat WZWH sewaktu Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang yang cukup meriah diraikan oleh rakyat Pahang pada awal tahun 1970an kalau nak lalu jambatan ini kena bayar tol. WZWH ingat ini jalanraya jambatan pertama dalam Malaysia kena bayar tol! Sekarang dah lama tol dimansuhkan.
















Makam Chondong Kampung Mengkasar Pekan. Dari mana makam ini dapat nama gelaran?Chondong bermaksud segala pokok-pokok di Makam itu dulu hutan tebal tempat gajah lalu kedudukan pokok-pokok condong ke tanah makam.
















Di Kampung Mengkasar Pekan ada banyak makam lama. Antaranya:
  • Makam Chondong- Di hilir, Ini tempat makam lama Sultan Pahang dari Melaka dan Acheh.
  • Makam Tok Tuan- Di hulu, Ini tempat lama makam zuriat Raja Raden dari Jawa. Bercampur dengan Bugis.
  • Makam Tambuni- menghala ke Kuala Pahang. Ini makam Raja dari Riau.
Lain-lain makam dekat bandar Pekan; 
  • Makam Permatang Ketapi
  • Makam Permatang Nibung
  • Makam Kampung Mengkasar
  • Makam Padang Polo
  • Makam Kampung Marhum, Kuala Pahang-Ini tempat makam Raja-Raja Bendahara Pahang
  • Makam Diraja Pahang dekat Masjid















Makam Chondong sebelum ini dikenali sebagai Makam Tujuh Beradik. Ia adalah bukti hubungan Pahang dan Acheh pada abad ke 17 Masehi. Dipercayai dimakamkan di sini adalah:

1. Sultan Abdul Ghafar Muhiyuddin Shah (Marhum Pahang 1591-1614)
2. Raja Muda Abdullah (Marhum Muda Pahang iaitu putera Sultan Abdul Ghafar. Kedua mereka mangkat dibunuh)
3. Puteri Bongsu Chendera Dewi. Bonda kepada Sultan Iskandar Thani (Sultan Acheh ditabal dari anak Raja Pahang) dan juga cucu kepada Sultan Mansur Shah II iaitu sultan Pahang ke VIII (keturunan Sultan Melaka).

Batu nisan dibawa dari Acheh pada tahun 1638 atas arahan Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Kerja memasang dijalankan dengan penuh adat istiadat selama 40 hari 40 malam.
















Keranda jenazah ayahanda dimasukkan kedalam kubur. Di Pekan keranda digunakan tidak seperti di Jerantut dan Lembah Tembeling liang lahad sebab tanah Jerantut lebih tinggi, bukan tanah pasir.
















Jentera 'backhoe' digunakan untuk mengali dan mengambus tanah. Dulu nenek moyang kita tidak pernah terfikir bahawa jentera sebegini digunakan untuk mempercepatkan kerja gali kubur!

































Selamat bersemadi ayahandaku Mohd Mohaidin bin Mohd Yunus @ Mohd Mohaidin bin Amnah binti Almarhum YAM Tengku Arif Temenggong Pahang II Tengku Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdullah. Moga rohnya mendapat pengampunan Allah dan rahmat. Amin.

Bila kita mati hanya sedaramara dan sahabat yang mengiringi kita ke kubur. Ketika sibuk dengan hal-hal duniawi samada perniagaan, kerja dan gila politik dan kuasa maka elok kita luangkan masa ke hal akhirat untuk peringatan kita semua. 

8 comments:

Helang Buana said...

Al-Fatihah buat sahabatku, Takziah buat keluarga wzwh. Semoga rohnya dirahmati.

Anonymous said...

Salam WZWH...,

Inna.. Lillah... Begitulah kesudahannya. Setiap insan bernyawa akan kembali kepada Penciptanya. Kita doakan semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Amin...

Banir...

Anonymous said...

Alfatihah-anonymous

Anonymous said...

al fatihah....
dari Allah kita datang...kepada Allah kita pergi....
semoga roh beliau di rahmati allah dan keluarga beliau tabah menghadapi ujian allah ini....

Allah Maha Berkuasa...

Anonymous said...

Takziah En Wan...al fatihah

Drp: Pak habib Temin

Jeepers Creepers said...

salam takziah

Anonymous said...

Innalillahi wainna ilaihirojiun - Alfatihah, semoga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarham - Amin, takziah diucapkan kepada keluarganya - ghaffar (KEMAS)

Anonymous said...

wzwh.."kesilapan arwah ayahanda harap maafkan. Jika berhutang harap halalkan."
Kesilapan boleh dimaafkan tapi kalau arwah ada berhutang tak boleh minta halalkan beitu sahaja. harap berjumpa dengan ahli keluarga untuk buat tuntutan. Harta peninggalan arwah hendaklah di gunakan untuk melunaskan hutang dahulu barulah di faraidh kepada waris..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...