Monday, April 2, 2012

Annuar Musa Tidak Perlu Berselindung Disebalik Penyokong Kelantan Persoal Integriti Tuanku Sultan Pahang



Kain pemidang seperti di atas telah gunakan oleh penyokong bolasepak Kelantan pada 1 April di Stadium Kota Baharu dan dijangka beribu penyokong Kelantan di KL akan berhimpun di Wisma FAM pada 4 April semasa perbicaraan Annuar Musa oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Lebih sedih bila seorang penyokong bolasepak Kelantan telah bercakap secara live dalam saluran TV3 malam semalam secara tidak bertapis telah menghina integriti dan kredibiliti Tuanku Sultan Pahang Presiden FAM.

WZWH tidak faham kenapa Annuar Musa seorang Tan Sri dan pemimpin veteran UMNO Kelantan boleh mengunakan emosi penyokong bolasepak Kelantan menghentam Tuanku Sultan Pahang.

Dulu WZWH masih ingat lagi sewaktu Annuar Musa mahu berkempen jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1996 baik di Kuantan mahupun di KL selalu Annuar Musa cakap kepada perwakilan Pemuda UMNO Pahang, " saya sebenarnya separuh Pahang sebab isteri saya Datin berasal dari Kampung Tebing Tinggi Jerantut Pahang!"

WZWH harap Annuar Musa sebagai Tan Sri, Pemimpin UMNO Kelantan yang veteran sepatutnya lebih berhemah mengendalikan isu ini.



KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berkata timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media. Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.

"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini ( 29 Mac ).

Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.

Baginda bertitah, Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM.


Dato' Taufek Tan Sri Abdul Razak Pengerusi Jawantankuasa Tatatertib FAM sedara WZWH orang Budu - Jerantut yang akan menentukan nasib TS Annuar Musa pada perbicaraan 4 April ini di Wisma FAM.

21 comments:

Anonymous said...

En Wan...ini komen ana :

1) DYMM Sultan Pahang mestilah bercakap dan bertindak atas kapasitinya sebagai seorang Presiden FAM bukan sebagai seorang Sultan...demikian pula luahan perasaan/kemarahan penyokong bolasepak mestilah ditujukan kpd Presiden FAM dan bukan atas niat untuk menyangah Sultan.

2) Dalam dunia baru yg sering bercakap soal demokrasi (dgn meninggalkan jauh2 sikap autokratik) maka FAM mestilah bergerak seiring dengan semangat pendemokrasian tsb. Beberapa peraturan lama yg menghalang seseorang ahli untuk mengemukan pandangan dan komen terhadap persatuan perlulah digugurkan....

3) Demi kemajuan bolasepak negara dan bagi menjamin agar status bolasepak kita berada pada tahap lebih baik maka keterlibatan secara langsung para2 Sultan dalam barisan kepimpinan persatuan mestilah dielakkan...Para2 Sultan hanya boleh dilantik sebagai penasihat/Penaung persatuan...

Anonymous said...

Kelantan tak sedar diri. Berapa ramai rakyat kau menumpang tuah di bumi Pahang, berkat budi baik dan daulat Sultan Pahang. Kalau tidak mati kebulur duduk di Kelantan serambi Mekah. Kelantan tak sedar diri!

Anonymous said...

Tsk de bendenye deme.hal begini sekadar luahan perasaan penyokong dia pada pembangun bolasepak mereka(TSAM).yang salahnya dato taufik kenapa tindakan terpilih-pilih.azzudin(proksi yang dilantik dgn lobi dr KJ zaman dia nak bertanding timb dulu) pun penah buat kenyataan media pasal prestasi skuad harimau malaya,tapi tak kena pulak tindakan??adakah ada usaha nak bawak masuk kj semula ke jawatan presiden pulak dari kalangan j/k fam??lagipun zaman dunia sempadan dah jadi kecik ni,usahlah pendapat yang baik,teguran macamni nak di kenskan tindakan.
Najib pun cakap,zaman kerajaan tahu segalanya dah berakhir,cuma tak perlu lah pulak sampai menyanggah tuanku sultan begitu sekali walaupun maksud kata tu pada presiden fam bkn sbg tuanku sultan..tapi nak bagitahu lah jugak,sebrnarnya dalam mesyuarat kalau depan tuanku,j/k tu pun tak berapa berani nak bercakap.cuma mungkin yang bercakap selepas tuanku balik tu sebab tak puas hati pada s.u azzudin atau kalangan j/k lain yang berlebih lebih dari tuanku.budak hok yang dalam tv3 tu apalah lagi boley tercirit kalau bedepan tuanku.itu je cuma j/k disiplin lah amik peranan jangan terpilih pilih..

Anonymous said...

Annuar Musa masa jadi Menteri Luar Bandar dulu punyalah kuat rasuah. Ingat lagi skandal rumah PPRT dan sebagainya? Tahun 2004 UMNO Kelantan bawah pimpinan Tok Pa hampir berjaya rampas Kelantan. Tapi 2008 bawah Annuar Musa, UMNO Kelantan hampir2 KO. Ini menunjukkan rakyat Kelantan sendiri tak suka kat dia. Ini sekarang nak tunjuk pandai pulak dlm bidang bola sepak. Piirah!

bat8 said...

Rasuah tu biasalah geng UMNO. Boleh bilang dgn jari yang tak terlibat. Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain termasuk Najib tak boleh celen Anuar Musa dalam satu hal- Anuar Musa pernah tabalkan Sultan Kelantan dia sendiri dlm tahun 90an dulu sedang Sultan yang sah masih bertahta.

Anonymous said...

Sultan negeri dengan Presiden FAM tak sama.Sultan jaga negeri,rakyat tak boleh derhaka.Presiden FAM lain pulak halnya,Presiden boleh dikritik,kalau taknak kena kritik pedas2,tak payah jadi presiden,bagi orang lain.Bila kena kritik,kiranya derhaka lah ye?Pasal apa,Prince Charles ngan Ratu Elizabeth tak jadi Presiden Bolasepak England?Setakat jadi juara ASEAN,kira dah bagus sngat dah ke?Lu pikir la sendiri.

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan pandangan 9.02 dan 11.51. Kalau penereju apa-apa persatuan tak boleh dikeritik tak usahlah sandang apa2 jawatan. Harap zurik tak perlulah jadi batu api, ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:51 dan Anon 12:14,
Peraturan dan Statut FAM jelas segala apa perbincangan dan kritikan perlu dibuat semasa mesyuarat dalaman TIDAK BOLEH dihebah kepada media. Dalam apa-apa persatuan kena ikut peraturan itu tanggungjawab dan amanah ahli dan AJK persatuan yang baik.

Anonymous said...

Setuju..dalam hal ni zurik tak perlulah nk mngeruhkan keadaan.dia nok cakak dato topik tu sedara dia je kat pembaca sebok pembaca ramai dalam blog dia dari kalangan orang pahang ni.amik kredit siket latok gitu zurik?tapi bab tuanku ni okk okk la,jangan nampok sangat nok membodek.

Anonymous said...

senang saja nak selesai masalah nih Presiden FAM dan Timb Presiden ...bila mesyuarat FAM jangan duduk atas kerusi warna kuning.... baru adil. Cakap sbg presiden tapi bila tak setuju jadi derhaka.... lu fikir lah sendiri

Anonymous said...

Apa hal bercakap ramai rakyat kelantan menumpang di negeri Pahang atas belas ehsan Sultan Pahang
nih bercakap hal bola... tanya diri sendiri apahal org luar ramai di pahang? Rakyat pahang buat apa ... Yg Najib dok menyalak satu malaysia tu apa hal... bumi ini tak milik sapa2... yg pasti milik Allah... dan kita sini pun sementara saja.
Another thing dah cerdik sangat nyatakan dlm perlembagaan which clause or enactment tanah nih milk sultan tak kira lah di phg ataupun lain negeri2.

Anonymous said...

Salam semua,

Ada beberapa isu yang samgat ketera
kapada kita jika diteliti dengan
betul,diantaranya ialah;

1.Mengapa Tan Sri Anuar tidak patuh
kapada undang2 dan peraturan FAM,
sedangkan dia sama sama terlibat
dalam mebuat undang2 tersebut?...
2.Adakah FAM tidak membenarkan AJK
meluhkan pandangan dan pendapat
dalam mesyurat FAM?...
3.Mengapa penyukong2 bola sepak
kelantan tunjuk perasaan?....
dan cuba perhatikan pada
sepanduk dengan cermat,,,,,,,,,
"TUANKU PRESIDEN FAM JANGAN
PENGARUI JAWATANKUASA DISIPLIN"
Apa maknanya yang tersirat?,,.

Mari kita bincang dengan hati
dan akal yang realsonal,boleh?.
Kalau tak boleh juga faham apa
yang saya utara diatas,sahlah
anda semua tak mampu berfikir
dengan baik........ada kepala
akal tak ada,,,,, jangan marah,

nanti kena jual...




Gasing Toyong.tk

Anonymous said...

Berikan satu nama yg boleh diangkat menjadi Presiden. Mudah juga kita lupa skuad negara di bwh kepimpinan Tuanku, FAM dan kejurulatihan jugalah yg berjaya membawa kembali peminat utk dtg ke Stadium Bkt. Jalil. Lupakah kita pada kewujudan pasukan Harimau Muda? Lupakah kita pembiayaan peribadi Tuanku ketika skuad ini menimba ilmu di Slovakia. Biarpun sebentar, hasilnya? Indonesia kita tawan. Jgn lupakan hubungan baik yg diwujudkan dgn FIFA.
Kecermerlangan bolasepak negara patut bermula dari akar umbi, FA negeri. Mantapkan pengurusan peringkat awal ini dahulu spt yg dibuat oleh Perak, KL dan Kedah dahulu. Jika akar dah kuat, pemain berkaliber barangkali boleh dipetik begitu sahaja.
Dlm hal ni kita tunggu dulu pembelaan Timbalan Presiden. Jgn kita jatuhkan hukum. Tugas Timbalan hampir sama berat dgn Presiden. Timbalan juga antara yg arif berkaitan tata-laku dlm FAM. Kita doakan semua berakhir aman. Sy pasti, Tuanku tak perlu dipaksa berundur. Tuanku akan berundur tiba masanya. Bolasepak negara tugas kita semua..pencinta bolasepak tanahair.
Terima kasih

Anonymous said...

bolasepak nie bukan sahaja dipandang pada orng yg
ada kepentingan shja,ada baiknya sorotan dan perjalanan fam di kekalkan pasal apa ada jgk kejayaan yg di lakarkan semasa dulu dan sekarang..kita wajib hormat pada ketua nya disamping mengakui bahawa anuar musa tlh berjaya membawa kelantan melalui satu fanomena luarbiasa bgi negeri kelantan..sejajar dgn terengganu,pahang.Tapi itu lah salah salur pada media komen yg mungkin akan menjatuhkan moral pemain kebangsaan bgi aff akan datang tlh menunjukkan bahawa anuar musa tlh buat silap besar..isu rumahtangga dia pun nk di keber pada umum..apa lah orng mcm nie lemahkan semangat pemain.

Anonymous said...

Finally it happened. Kudus Anwar Musa for having the guts !!! Incumbent terlalu lama and worst still lansung tak ada worthy title yang dimenangi.

Anonymous said...

Yalah kas malah nak bertoseh, sebab amendenyer dema cakap tu betui2 belaka. Sultan kita setia, jawatan presiden bola sepak pun kita kena hormat juge. Kenyataan Timb, Presiden nak kata kelemahan bulasipak negara lemah kita kena ambil perhatian juge aih... Cume ade perbezaan di sini antara rakyat jelate dengan Raje, janganlah sebab isu bulasipak kite jadi durhake tak patut sangetlah. isu bulasipak kita bermusuh sesema sendiri...

Anonymous said...

Very simple if things were right don t expect been compliment cos u r been paid for but if things went wronged u should take the rapped not passed it to the surbordinate... that s what a leader for. anyway who asked u to be the "President" or "Deputy"
Bringing the fund to the society is not to be boastful off cos it also ...part of the job. .If the fund is not accountable esp where is from.. then SPRM should come in. Nobody is immune cos everybody is answerable esp to Almighty Allah

Anonymous said...

Haa...haaaa...haaaa........ padan muka mu...

Anonymous said...

dalam bolaspak tak perlu penglibatan rja-raja kerana susah nak buat teguran antaratuanku dengan president. sebab tu bola kita tak maju

Anonymous said...

Kali ini aku bersetuju dgn awk WZWH

Anonymous said...

kenapa ye kat kelantan orang berasal dari negeri lain tak boleh mohon tanah?orang berasal dari negeri lain itu pun melayu islam jugak.tapi orang2 berasal dari kelantan bebas mohon tanah di negeri2 lain?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...