Saturday, April 14, 2012

What DAP Assigned To Mat Sabu Will Also Be Assign To Sakmongkol AK47: DECONSTRUCTING MALAYSIA : DAP LONG TERM STRATEGY


Kenapa tiba-tiba Mat Sabu mengatakan Mat Indera dan gerombolan pengganas komunis yang membakar dan menyembelih polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong sebagai pejuang dan wira negara?

Mat Sabu hanya membaca skrip yang disediakan oleh DAP. Kenapa PAS menyokong tindakan Anwar menyokong Israel?  Bererti PAS menyokong Yahudi maka boleh berurusan dengan Yahudi.

What DAP assigned to Mat Sabu will also be assign to Sakmongkol AK47: DECONSTRUCTING MALAYSIA : DAP LONG TERM STRATEGY:

Unit strategi DAP (17 orang: 15 Cina, seorang Melayu dan seorang India).

Tugas sebagai ahli pasukan strategi DAP ialah melemahkan masyarakat Melayu melalui konsep liberalisasi DAP menjadikan agenda mengkristiankan masyarakat Islam sebagai agenda terpenting dalam politik mereka.

Agenda lain DAP jika pakatan/DAP memerintah ialah:-

  1. Malaysia akan dibebaskan dari genggaman sebagai sebuah negara Islam. Dalam masa 10 tahun profil agama di Malaysia adalah lebih Kristian dari Islam
  2. Sistem monarki akan dikikiskan dan Malaysia akan diletak atas landasan ke arah sebuah negara republik.
  3. Laungan azan dari masjid tidak dibenarkan dan tilawah Al-Quran akan dihentikan.
  4. Kahwin campuran tanpa tukar agama akan digalakkan
  5. Bahasa inggeris dijadikan bahasa utama dan bahasa Mandarin dan Melayu diberi status bahasa kedua.
  6. Subjek agama Islam dimansuhkan dalam sistem pendidikan.
  7. PERKASA dan PEKIDA diharamkan manakala BTN, MKN, KEMAS serta JASA dibubarkan.
  8. PAT dan KPN di buka bagi bangsa Cina.
  9. Chin Peng dibenar pulang, dianugerahkan darjah Tun.
  10. Regimen Askar Melayu di bubarkan kerana sejarah hitam RAMD semasa Mei 13.
  11. Kedutaan Israel di Kuala Lumpur dan pengkalan tentera Israel dipindah dari Singapura ke Port Dickson.
  12. Wang zakat digunakan bagi kebajikan semua rakyat.
  13. Mahkamah syariah dibubarkan.
  14. Parti berteras agama di haramkan.

LGE memberi Mat Sabu RM15,000 tiap bulan sebagai elaun khas bagi memastikan agenda DAP turut diserapkan dalam PAS.

Agenda DAP ini adalah diperingkat strategi jangka panjang dan dari senarai tersebut niat DAP ialah meliberalisasikan agama politik Malaysia kepada sebuah negara republik bersekular penuh. Strategi ini berlawanan dengan apa yang diperjuangkan PAS dan ini hanya bermakna ideologi dua rakan pakatan ini tidak sedikit pun selari dan akan menjadi faktor pakatan tidak akan bersatu dan jauh dari apa yang ada sekarang. 

Mungkin Mat Sabu menjadi ejen efektif DAP seperti mana dilihat sekarang tetapi tentangan kepada peranan beliau akan jelas bila golongan muda PAS akan sedar kospirasi politik DAP dengan PAS sekular.

Sakmongkol AK47 mahu mengembangkan parti DAP kepada orang Melayu Pahang. Mahukah 1.5 juta rakyat Pahang menerima bala politik yang merugikan orang Melayu dan Islam akan menimpa Pahang dan Malaysia?

29 comments:

Anonymous said...

15.Semua puak2 yang pakai nama Wan akan dibunuh dan diharamkan memijak bumi pahang kerana katanya puak2 wan inilah yang menjual pahang kepada british dulu dan menjadi pengkianat bangsa.

Anonymous said...

16.Puak2 wan dahulunya tak jadi apa,sejak mengaku SULTAN Pahang Jadi sedara, memang bermaharajalela.Sejak itu lah menjadi2 hingga lupa diri.

Anonymous said...

En Wan, saya ulang balik apa yg saya tulis sebelum ini.

Lihat Fakta Ini: Dalam PRU12 lalu Melayu/Islam bertanding di 129 kerusi Parlimen manakala 93 kerusi lagi ditandingi oleh bukan Melayu/nonmuslim. Dalam pertandingan tersebut semua kerusi Melayu/Islam dimenangi oleh orang Melayu/Islam (UMNO 77, PBB 9, PAS 23 dan PKR 20) disebabkan mereka bertanding sesama sendiri.Ini bermakna mereka menguasai 58.6% suara di Parlimen. Hal yg sama berlaku kpd kerusi2 bukan Melayu/nonmuslim dimana mereka tetap memenanginya disebabkan mereka bertanding sesama sendiri. Persoalan ana, adakah dengan penguasaan hanya 41.4% kerusi di parlimen oleh orang bukan Melayu/nonmuslim (diandaikan mereka bersatu)ini membolehkan mereka membentuk kerajaan...

Kita lihat pula kedudukkan DAP dan MCA, mereka bertanding sesama sendiri dikawasan majoriti cina dgn jumlah kerusi yg dipertandingkan hanya 43 kerusi..diandaikan MCA menang semua atau DAP menang semua jumalah kerusi orang Cina yg dimenangi tetap 43 kerusi...malah akan berkurang jika Dato' Suk bertanding atas tiket DAP...Dgn jumlah sebagini kecil apakah kuasa mereka boleh membentuk kerajaan dan seterusnya meminda perlembagaan negara dgn maksud untuk menafikan hak istmewa orang Melayu dan kedudukkan agama Islam???

Jadi En Wan...walau apa keadaan sekalipun Melayu/Islam tetap menguasai kerusi Parlimen Malaysia...jangan risau, orang Cina pun faham realiti ini...

Anonymous said...

Sifirnya mudah saja, kalau BN/UMNO kalah PRU ni, puak-puak ni dah tak boleh cari makan dah, itu aje, agenda Islam ketuanan Melayu tu alasan yg paling kukuh untuk mempertahankan kuasa. Lepas ni rakyat marhain akan putih mata dan meleleh air liur lagi... ikhlas tanpa parti.

Anonymous said...

satu "analisa" cetek yang tidak mengambarkan kelulusan akademik En wan.Sad....

Anonymous said...

Encik WZWH..
Adakah UMNO hari ini meneruskan sisa-sisa perjuangan berdasarkan coretan sejarah lampau yang pasti ada 'tulisan' tentang fakta sejarah itu yang boleh dipertikaikan oleh banyak pihak?
Ramai yang mengakui sumbangan UMNO atas mandat yang diberikan keatas pimpinan UMNO yang terdahulu. Tetapi ramai yang beranggapan UMNO hari ini dengan pimpinan yang ada, budaya UMNO hari dan falsafah UMNO 'Dulu , Kini dan Selama2nya' telah merintis jalan baru kearah kepupusan yang lebih pantas..Terlampau banyak komen yang diberi keatas pakaian orang lain tanpa melihat pakaian yang anda pakai..pasti memberi tanggapan lebih negatif dimata pihak yang tak bersama anda..Tidak semua komen atau bangkangan pembangkah itu negatif.
Kalau UMNO masih bermodalkan dan menagih sokongan berdasarkan 'mengenang budi', pasti UMNO tidak iklas berjuang. Mandat diberi untuk memerintah..jujur dan ikhlaslah dalam melaksanakan tanggung jawab..sekiranya ini sukar difahami..Maka SYABAS kepupusan semakin hampir...

pengundi baru said...

Ini apa yg sy belajar di dlm kelas subjek "Perlembagaan Malaysia".
Profesor sy dah terangkan bahawa antara artikel perlembagaan yg tak boleh diubah melainkan dgn sokongan majoriti 2/3 dan WAJIB dgn perkenan Majlis Raja-Raja Melayu ialah yg brkait dgn hak istimewa org Melayu, kedudukan Sultan dan juga Islam sbg agama rasmi.

Jadi tak kan semudah itu sekalian Raja memberi perkenan...??
Sungguh tak logik..!
Cukuplah buat propaganda murahan sebegini Tuan..
Kalau di kampung/ceruk pedalaman bolehlah.. tapi di kawasan bandar/maju macam mana.? sbb tu UMNO tumbang di kerusi yg pengundinya cukup maklumat & tak mudah dijual beli dgn 'gula-gula' UMNO..

Anonymous said...

Pengundi baru,
Apa aok belajar itu atas kertas.Dalam real politik macam-macam boleh jadi. Puak komunis kapitalis neh boleh beli ahli parlimen dengan duit, perempuan. Susah-susah sangat puak komunis neh boleh assinate semua Raja-Raja dan kaum kerabatnya. Sejarah seluruh dunia biasa menyaksikan komunis bunuh istana. Pengundi baru ada banyak benda aok tak dapat belajar dengan buku. Kena fikir dan lihat apa yang berlaku.

Anonymous said...

kalau tulis macam ni, baik tutup je blog ni. ini menunjukan berapa dangkal pemikiran orang UMNO.

pengundi baru said...

terima kasih kkpd anon 10: 18 am
sy terima pandangan tuan bahawa saya perlu faham bahawa tak semua yg ada dlm buku itu blh jd realiti.

Ini zmn 2012 tuan, bukan politik 60an-90an.. tak semudah itu org percaya tuduhan sebegini:
-Malaysia akan dibebaskan dari genggaman sebagai sebuah negara Islam.
-Dalam masa 10 tahun profil agama di Malaysia adalah lebih Kristian dari Islam
-Sistem monarki akan dikikiskan dan Malaysia akan diletak atas landasan ke arah sebuah negara republik.
-Laungan azan dari masjid tidak dibenarkan dan tilawah Al-Quran akan dihentikan.
-Chin Peng dibenar pulang, dianugerahkan darjah Tun.
-Wang zakat digunakan bagi kebajikan semua rakyat.
-Mahkamah syariah dibubarkan.

Sungguh MUSTAHIL.. Takkan semua org Islam & Melayu begitu bodoh nak biarkan ia terjadi.. Sy yakin PAS tak kan brdiam diri.. Apatah lg UMNO (kan mengaku pembela sebenar org Melayu)..
Sultan manahkah yg brmurah hati sngt nak bagi pingat 'Tun' kpd Chin Peng.. haha.. lawak apakah ini..?
Yg sy tahu Tun Khalil Yaakob bg pingat Datuk kpd Shah Rukh Khan adalah..Sungguh besar jasa hero hindustan itu.


Profesor sy juga brpesan kpd kami di dlm kelas, usahlah kena kelentong hidup2 dgn pihak yg mengaku pembela Melayu & Raja itu krn hakikatnya merekalah yg melemahkan kuasa org Melayu & Raja..

Sejarah telah membuktikan
siapa yg buang imuniti raja?
siapa yg cuba menguasai institusi kehakiman?
siapa yg jual tanah reserved Melayu?
siapa yg sekat bantuan sekolah agama rakyat?
siapa yg seleweng duit rakyat berbilion ringgit dlm skandal PKFZ?
siapa yg bina stadium runtuh?

Mesti DAP yg buat semua ini kan..

Anonymous said...

...Blog Politik Kindergarden Ulu Temeling ! ( temperang )..
ayat DECONTRUTING i puas cari di semua kamus tak jumpa !
spelling DECONSTRUCTING pun silap is spell...buat malu Warga Pahang !

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:18,
Terima kasih ingatkan WZWH tentang spelling....WZWH tertyping error. Next time WZWH silap spelling sila Anon tegur dan betulkan. TK lagi sekali.

Anonymous said...

Salam semua,

Sudah banyak cerita yang dihidangkan dalam blog ini
berkaitan AK 47.Sambutannya sangat mengalakan.Ada yang sokong melulu tampa fakta dan ada bangkang dan meracau
membangkit perkara2 yang tidak berkaitan,,,.

Saya imbaskan sedikit untuk pencerahan kita bersama,apa itu AK47?,,,,.AK47 ADALAH SENAPANG BUATAN KOMENIS RUSSIA yang sangat berjaya DAN sangat berkesan pada perang Dunia 11 dan sangat berkesan pada perang VIETCONG.

AK47 juga digunakan oleh POL POT Komenis untuk membunuh rakyat Kemboja bangasanya sendiri dengan alasan
menyusun semula masyarakt serta menegakan keadilan .Jutaan rakyat Kemboja dibunuh,,,,,.Sungguh sadis,,,,,,ya bangsa sendiri bunah bangsanya dengan kejam,,,,,.MENGAPA YA?.

CING PING ketua komenis Malaya.Pada mulanya semua ahli pasukanya Cina.Katanya nak merdekakan Melaya .
Sebenarnya nak jadikan Melaya negara Cina yang
bergabong dengan TIONG KOK,,, itupun disebabkan orang MELAYU sangat kuat masa itu kerana isu Malaya unian yang hendak dilaksankan DIMALAYA,,,,,,.
CING PING telah berjaya mempedayakan orang Melayu kiri dan menubuhkan Ketumbokan ke 10 Parti Komenis
Malaya .Ketuanya Musa Ahmad,tempatnya dikerdau dan semua angotanya Melayu....tuganya senang, bunuh Melayu yang tak sebulu dengan mereka...

Wan Ali pengikut teger Musa Ahmad ,tinggal di Tebing Tinggi kampong asal AK47.Wan Ali berasal drp Ulu Tembeling ,keluarga WZWH .Wan Ali berguru dengan Aki Pawang Nong.Pawang Nong anak murid Pahlawan Mat Kilau.Ramai orang Tebing Tinggi jadi pengikut kapada Wan Ali...Kisah ini saya dapati daripada cerita lisan Allah yarham YH Dato'Harun Gintgong ...Cubalah tanya Cu Nazari,,,kalau dia nak buka cerita,,,,.

Aki Mat Kilau tak bunuh Melayu,,,dia bunoh Sing,puak Karpal Sing,sebab puak2 KARPAL SING JADI ASAKAR ORANG PUTIH,,,,,.Tak ada sorangpun Melayu dibunuh oleh aki Mat Kilau,,,.Aki Mat Kilau berundur ikut Tembeling ,oran tolong bekal obat bedil dan
makanan.Ramai orang Tembeling ikut Mat Kilau berundur Ke Kelantan,menetap di Ulu Lebir dan Ulu Aring sehingga kehari ini.Tempat mereka tinggal sekarang telah dinodai dengan ladang rakyat,projek
Nike Ajizzzzz.....kesian mereka diliwat oleh WALI SELIPER,,,,,aku sayu lihat mereka menangis dikaca
TV,,,,,,.

AK47 masuk DAP,,,,mengapa yaaa,,,,?
Akan sambong cerita lainkali by by AK47,Selamat
menembak bangsa sendiri.....

Tuan tuan jangan toyong,biar saya saja yang toyong.


Gasing Toyong...tk.

Anonymous said...

Anon : April 14, 2012 11:06 AM

Salam sejahtera ,

Saya rasa Profesor awak bukanlah berpesan kepada awak , jangan awak kena kelentong hidup2 . Dia mengajar awak to be a critical reader . Tiap2 data yang diterima dan yang mendatang awak pasti teliti , meanalisa dan tapis sabaik2nya . Jangan lah terima sabulat2 . Nampaknya awak tidak ambil ajaran Profesor : supaya awak menjadi saorang maknusia yang releven dan berahlak nanti .

Sejarah tidak sepenuhnya boleh menjadi bahan bukti . Sejarah mengajak kita berfikir dalam satu event yang lampau dan kita kena membuat tafsiran sabaik2nya sebelum membuat satu2 keputusan dan penyata . Keputusan itu pun tidak lah muktamat kerana principle bertukar . Yang tidak bertukar kerusi gurubesar ( principle ) sahaja .

" Siapa yang buang imuniti Raja ? Sebaliknya awak kena juga soal : Raja berpalimen ada imuniti ke ? , jikalau ada imuniti Raja-raja yang mana dibuang ?

Profesor awak yang arif sudah diterangkan kepada awak , perlembagaan tidak boleh diubah jikalau tidak dapat sokongan 2/3 dari Palimen dangan perkenan Majlis Raja-raja . Ada kah kedudukan perlembagaan berkenaan Raja-raja ini masih wujud atau telah dibuang ? Mana yang dibuangnya ?

Dengan 6 soalan yang lain itu yang awak kemukakan misti juga diberi perhatian dan keadilan yang sabaik2nya. Ini ada lah kerana kita tidak mahu menjadi alat2 infomasi atau recorder kehendak mereka yang tidak berilmu itu . Dengan tidak disedari kejahteraan kita dicemar dan seterusnya membawa ke arah keruntuhan .

Anonymous said...

maafla kwn nak cakap...
sehari dua ni kwn rasa WZWH makin bercelaru ataupun 'disorder mind'

mana taknya semalam dia post DAP korbankan majoriti parlimen cina untuk SAK 47..seperti di P Pinang..maksudnya kurangla MP cina dari DAP sebab dlm PR biasanya majoriti cina calon parlimen cina lebih sesuai DAP..kws majoriti melayu sudah tentu PKR atau PAS yg letak calon...

tapi hari ni plak posting DAP ada vision 17 (15 cina 1 melayu & india)...dan teruslah dia listkan 14 alasan paling jahil yg sememangnya dari buah fikiran atau acuan umno/bn...

jadi kwn cuba nak relate posting hari ni dgn semlm ibarat langit dan bumi....
oleh itu kwn simpulkan 'disorder mind'

itulah kelebihan umno...lihatla propaganda yg cuba mereka war2kan agar org melayu terpengaruh dgn isu perkauman dan agama kononnya..walaupun hujah yg paling tidak masuk akal kecuali umno totok...

kalau umno itu secara terang2 telah menolak hudud makanya mcmna nak tegakkan syiar islam...byk rombongan cina dan india telah melawat rumah Tok guru nik aziz mereka rasa kagum atas peribadi seorang islam..yg jauh berbeza pemimpin umno yg islam...tiada rasuah walau di siasat beberapa kali SPRM..keadilan ISLAM bukan keadilan puak...
sebab itu LGE (ketua menteri PP) sanggup mengeluarkan peruntukan 60 juta yg jauh lebih besar dari negeri2 umno/bn kepada JAIPP untuk mengiktiraf al hafiz..elaun guru dan sekolah agama dinaikan..sebabnya LGE tau kalau manusia yg tahu agama lebih mulia dari manusia yg jahil agama...
negeri kwn ni...ada berani ke tok nan tambah peruntukan untuk memantapkan syiar islam....apa yg kwn tengok pejabat agama islam pun tak habis2 guna bangunan 'second hand' asyik pindah ke pejabat yg ditinggalkan...itu memberi maksud bahawa menteri besar pahang pun tidak memandang berat kepada kebajikan islam....
cuba bangding dgn DAP....di pulau pinang yg majoriti cina pun pejabat agama islam yg baru akan dibina..
Jadi Nasihat kwn, WZWH lagi bagus berpostiing mengingatkan pemimpin wzwh kepada pemantapan islam di pahang ni...jgnla cuba nak semakkan fikiran kepada benda2 yg karut2 dan yg bukan2...

Anonymous said...

WZWH tulih ni untuk masyarakat jerantut. Sebenarnya bukan dia tak cerdik, sebab dia cerdiklah maka dia tulih macam ni...

Kita perlu bertanya, mengapa WZWH dalam seminggu dua ni dok tulih pasai Sak, DAP? Sebagai pemikir ulung jerantut dan AJK bahagian jerantut, dia dapat tahu bahawa angin perubahan yang melanda seluruh negara juga mula sampai kat jerantut. Angin perubahan ini kalau tak disekat maka abih la dompok dan UMNO jerantut kali ini.

Apa maknanya kalau Dompok dan UMNO kalah kat Jerantut. jangan dok oberkonfedeng, sapa sangka Samy Vellu boleh kalah kat sungai siput tahun 2008 dulu?

Jika Dompok dan UMNO kalah kat jerantut, mula-mula yang menjadi masaalah kepada WZWH ialah kete Nissan teana tu...silap haribulan kena pakai kete wira lama baliklah...hahaha

Jadi kena fahamlah mengapa WZWH dah tulih lain macam kali ni. Tak ada cara lain lagi kot selain mencerita dan mereka cerita bukan-bukan pasai DAP lah, sak lah, PAS lah...semuanya bertujuan nak menakut-nakutkan orang jerantut je

Anonymous said...

WZWH tulih ni untuk masyarakat jerantut. Sebenarnya bukan dia tak cerdik, sebab dia cerdiklah maka dia tulih macam ni...

Kita perlu bertanya, mengapa WZWH dalam seminggu dua ni dok tulih pasai Sak, DAP? Sebagai pemikir ulung jerantut dan AJK bahagian jerantut, dia dapat tahu bahawa angin perubahan yang melanda seluruh negara juga mula sampai kat jerantut. Angin perubahan ini kalau tak disekat maka abih la dompok dan UMNO jerantut kali ini.

Apa maknanya kalau Dompok dan UMNO kalah kat Jerantut. jangan dok oberkonfedeng, sapa sangka Samy Vellu boleh kalah kat sungai siput tahun 2008 dulu?

Jika Dompok dan UMNO kalah kat jerantut, mula-mula yang menjadi masaalah kepada WZWH ialah kete Nissan teana tu...silap haribulan kena pakai kete wira lama baliklah...hahaha

Jadi kena fahamlah mengapa WZWH dah tulih lain macam kali ni. Tak ada cara lain lagi kot selain mencerita dan mereka cerita bukan-bukan pasai DAP lah, sak lah, PAS lah...semuanya bertujuan nak menakut-nakutkan orang jerantut je

Anonymous said...

Sdr Wan,
Banyak kebenaran apa Tuan tuliskan.Memang itulah matlamat DAP yang sangat gilakan kuasa bagi mengubah perlembagaan dan sistem saperti yang ada di Singapura akhirnya.Kami yakin dengan pakatan BN yang terbukti formula berjaya bago. rakyat Malaysia.Syabas sdr Wan.

Anonymous said...

Amat mudah menulis kelemajsn pemerintah kerana PR tidak akan di beri mandat oleh rakyat majoriti.Suck 47 go for broke dengan fitnah .Tanggong dosa fitnah lah awak. Teruskan perpecahan ummah dan jawab lah sendiri didunia yang satu lagi.

Anonymous said...

Wzwh berjaya membuat kita berfikir akan long term strategi DAP sebelum kita lalai mempertahankan kemungkinan ini berlaku melalui Suck 47 yang jelas pengkhianat bangsa satu ahli UMNO yang mmentingkan poket sendiri.

Anonymous said...

Semangkuk(ber)AK47 adalah seorang yang amat kecewa dengan nasibnya masakini. Mangkuknya dah bocor. Banyak rasa dendam di hatinya.

Dia cendikiawan, hebat menulis dwibahasa. Tapi setakat tu sajalah kepandaian dia. Tak berjaya sebagai politikus dan wakil rakyat. Di ketepikan oleh Najib. Sebab itu dia marah sangat kat Najib. Macam2 dia tulis tentang Najib, semuanya tak baik. Dia cuba berbaik2 dengan KJ tapi nampaknya tak berjaya.

Apakah lagi caranya dia boleh merosakkan Najib dan UMNO? Join DAP lah dan diberi pentas untuk kerja2 memburukkan terus Najib dan UMNO. Puaslah hati dia boleh balas dendam.

Cendikiawan tetapi otak cetek juga, orang dah boleh baca dah. Tak apalah, dia nak jadi wakil rakyat sekali lagi tapi di bawah naungan DAP pula. OKlah tu. Good luck to you.

Anonymous said...

Assalamualaikum kekawan semua,
Kalau nak berbahas di sini biarlah dgn bahasa yg molek. Jauhkan drp menggunakan perkataan2 yg hodoh dgn tujuan utk menyerang peribadi seseorang....hujahlah secara akedamik...

pengundi baru said...

kpd anon April 14, 2012 1:38 PM, terima kasih atas respon tuan.

sbb tu sy tegaskan sekali lg, sy belajar dan mengkaji. sy bukan pengikut tanpa tahu arah tuju. sbb tu sy tak mudah trpengaruh dgn propaganda sebegini sbb sy baca media kedua belah pihak.

soalan yg sy listkan itu utk membuktikan siapa yg hipokrit?
dpn rakyat mengaku pejuang tapi dibelakang merekalah yg kebas wang rakyat.


Di satu sisi lain,generasi veteran mengingatkan kami generasi muda perlu ingat sejarah dan 'jasa' besar pejuang Melayu selama ini tapi bagaimana pula tuan boleh kata
"Sejarah tidak sepenuhnya boleh menjadi bahan bukti"..?

Sejarah lah yg membuktikan Tun Mahathir melupuskan imuniti Raja-raja pd Krisis 1983.Tun menjelajah seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan akan perlunya dihapuskan imuniti (kekebalan) raja-raja Malaysia dari pendakwaan di mahkamah.
Tak kan Tuan sudah terlupa?

Lihat pula pd krisis 1993 isu meminda perlembagaan untuk melaksanakan rang undang-undang tanpa memerlukan kelulusan SPB Agong asalkan perkara tersebut telah dimaklumkan kepadanya.
Tak kan Tuan sudah terlupa?

Lihat pula Krisis Kehakiman pd 1988 sehingga Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas disingkirkan krn beliau berani melawan kehendak Tun Mahathir. Ia berkait rapat dgn insiden UMNO diHARAMKan sehingga wujud UMNO baru. Pihak eksekutif lah yg mencemarkan institusi kehakiman (judisiari) agar ia mengikut kehendak PM (ketua eksekutif)
Tak kan Tuan sudah terlupa?

Itu FAKTA bukan rekaan saya. SEJARAH lah yg membuktikan PRESIDEN UMNO yg buat semua itu, jadi mengapa canang kpd rakyat bahawa UMNO pembela raja.
Lawak apakah ini..?

Senarai 14 agenda DAP/PR yg blogger Tuan Wan Zamzuri senaraikan dlm posting ini belum lg berlaku jd ia bukanlah sejarah. mungkin ianya hanyalah rekaan utk menakutkan kita org Melayu.

sampai sekarang masih belum ada yg mnjawab soalan mudah sy. dlm agenda yg ke 9,Tuan Wan Zamzuri tulis
Chin Peng dibenar pulang, dianugerahkan darjah Tun.
Sultan mana pula ni yg brmurah hati nak bg pingat Tun kpd Chin Peng..??
Tak LOGIK langsung..!
jelas ia propaganda murahan tanpa asas.

Mungkin tuan dan beberapa pembaca yg lain tak percaya dgn sy & apa yg profesor sy ckp berkaitan beberapa artikel perlembagaan itu tersimpul rapi tak boleh dipinda dgn mudah.
Baik, kini sy buktikan dgn kenytaan PM< Dato Seri Najib sendiri di hadapan perwakilan UMNO pd persidangan 2010. Yg ni sy rujuk UTUSAN (kalau sy rujuk Harakah, mesti ada yg kata ia diputar belit)
Baik, sila baca di sini:
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2010&y=2010&dt=1024&pub=UMNO2010&sec=Berita&pg=bu_23.htm

Sy taklah sampai menafikan terus pelbagai jasa besar juga yg telah UMNO buat sehingga negara ini maju sehingga kini tapi apa yg sy belajar di dlm kelas, subjek "Demokrasi" membenarkan rakyat memilih parti yg dirasakan layak.
Tidaklah menjadi kesalahan bg rakyat memilih parti selain UMNO krn ia sememangnya hak pengundi.

Sy bukanlah pengikut DAP mahupun Sakmongkol atau seangkatan dgnnnya. Sy budak masih belajar tapi sy baca hujah kedua-belah pihak utk menilai. Itulah apa yg para pensyarah sy ajar di dlm kelas.

Sy brpegang kpd prinsip HUJAH dibalas HUJAH bkn dgn MAKI HAMUN. Sy sungguh tak bersetuju dgn pengkomen yg menghina/mencarut/melabel gelaran yg buruk kpd para pemimpin kita tak kiralah dr UMNO, PAS, PKR. Di mana adab kita dlm brbeza pendapat..?

Sy yakin dgn cara menerang dgn baik, insyaAllah kebenaran itu akan sampai juga suatu ketika nanti.

sekian,
drp sy budak mentah yg masih belajar. ( sy akan mengundi kali pertama pd PRU 13 ini di DUN Damak, Parlimen Jerantut)

Anonymous said...

Sebab anda sekolah tak habis.Tulisan wzwh punyai message .Mana ada kelasnya orang saperti Mat Sabu dan mamat Ariff yang hanya sempat jadi adun sepenggal sahaja.Exco Pahang pun tak lepas.Nak jadi MP ?!.Sekira di kawasan melayu pasti reject kerana DAP parti racist Malaysian Malaysia .1Malaysia lebih releven.

Kampong man said...

Salam Gasing Toyong,
Satu catitan sejarah bagi renongan kita bersama banyak terima kasih mengingatkan apa erti perjuangan dan pengorbanan Aki Mat Kilau.DNA ini sudah tidak ada lagi dalam diri Sak dari Pahang.Saya dari Melaka masih punyai DNA Hang Tuah yang taat kepada pemerintah. Sak bertukar perjuangan di landasan yang salah pada pandangan sayadan ini berlaku sebelum PRU sungguh aneh.Kenapa tidak tiga atau empat tahun dahulu ?.Kenapa tidak PAS ?.PAS lebih releven bagi Sak.kita lihat sejauh mana beliau pergi.Saya mahukan beliau berjaya membantu LGE sebagai ketua pembangkang.Itu pun kalau berjaya.Realtinya mengikut Perlembagaan DAP beliau masih belum boleh dicalonkan kerana belum pun mengcukupi dua tahun sebagai ahli.Kita lihat apa benar DAP menghormati Perlembagaan mereka.Sekira mereka gagal menghormati perlembagaan sendiri apa DAP boleh. menghormati perlembagaan Malaysia ?.

Kita mahukan Najib yang sangat bersungguh sungguh membawa kita kesatu tahap yang lebih tinggi sebagai negara maju dan PR pembangkang yang baik dan berkesan.Bukan pembangkang yang hanya berminat membuat huruhara dan mperkecikan Najib dan UMNO / BN sahaja.PR yang tidak pernah ada pengalaman mengurus NEGARA ! dan satu pakatan yang tidak punyai ideologi perjuangan yang sama.Malaysia TIDAk perlu CHANGE dengan pakatan begini.Saya yakin kesungguhan kerajaan BN untuk semua rakyat berbilang bangsa dan ugama di negara Mslaysia yang majmuk ini Pilihlah kestabilan,keharmonian dan pembangunan. Resipi ini tidak ada dalam Pakatan !!.Salam.

Anonymous said...

En Anon 7:50AM (15/4) yg bijaksini,

Tolong kupas perbezaan konsep '1 Malaysia' dengan 'Malaysian Malaysia'....ana sedang menunggu hujah anda sebab anda dah bersekolah habis...silakan..

Kampong man said...

Pengundi baru,
Sekiranya Pertabalan Agong baru ini menjadi ukuran seketika kita lihat gelagat segelintir wakil PR yang jelas mempersendakan majlis raja dan adat dan peradaban dalam majlis penting begini.Mereka harus jangan terbawa bawa membawa sifat kurang ajar dan biadab dan tidak memahami protokol.Apakah mereka mahukan Malaysia ini akhirnnya menjadi negara Republik saperti Singapura ? dan adakah ini adalah bunga bunga kearah itu.? .Harap tidak.

TD Mahathir melakukan perubahan bagi meletakan institusi raja di tempat yang paling tinggi dan dihormati semua rakyat mengikut perlembagaan with the separation of power to avoid any abuse.Lihat sekarang semua rakyat memahami dan Majlis Raja Raja menerima dengan baik without any violent objection.Kita akan teruskan memperkasakan institusi raja sebagai tunggak memelihara dan tempat berlindung semua rakyat yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Malaysia satu satunya sistem beraja yang unik dan hanya di Malaysia sistem pemilihan Agong begini di gunapakai .Tidak ada di mana mana negara di dunia ini.Selamat mengundi dan membuat pilihan yang terbaik.Salam.

@ Uncle Kampong man

Anonymous said...

Kalau dah anon yg dimi.ta tu sekolah dah abis dab sedare belum sekolah abis.g balik aa ngaji dulu baru masuk sini..buang masa tol mamat ni.patut aa mnyokong pmbangkang..

Anonymous said...

Salam semua,

Anon 9:01 AM,,,,,,.

Saudara nampaknya sangat keliru di antara "SATU MALAYSIA " dengan "MALAYSIAN MALAYSIA'.

Untuk bincang lebeh jauh ,kita kena balik kaji sejarah Melaya sebelum merdeka.Kita kena kaji juga mengapa Perlambagaan Melaya danMalaysia mengapa perkara2 yang berkaitan kepentingan Melayu, Agama Islam ,Raja2 Melayu ,Bahasa Melayu dan hah2 Istemewa Bumiputra Sabah dan Sarawak tersimpul begitu kemasa dalam undang2tubuh negara kita"MALAYSIA",,,,,,.

Selepas gagal gagasan MALAY UNION dengan sebab bersatunya seluruhraja2 dan orang Melayu.Orang Melayu ketika itu sangat kuat dalam kesatuan MELAYU walaupun masih berkiblat kapada negeri masing2.Selepas itu Melayu bersatu dalam UMNO dengan selogan "HIDUP MELAYU" dan diikuti selogan "MERDEKA". Orang Cina,India serta orang putih takut dan resah,sebab Cina dan India bukan rakyat Raja2 Melayu.Mereka datang dibawa oleh orang putih sebagi kuli sahaja,macam sekaranglah Mat Indon,Mat Bangla dan macam2 mat lagilah yang datan berkerja di Malaysia,,,
Cina tubuh MCA,India tubug MIC,nak jaga kepentingan puak masing2,,,,.

Sebelum Mealya merdeka,orang tua kita dulu telah berunding dengan orang putih untuk merdeka.Orang putih terik tali dengan kuat,,,,,sebab Cina dan India hendak letak dimana,,.Kalau dia bagi terus merdeka,orang putih kena pungah Cina dan India kenegeri dia,kerana rakyat dia mengikut undang2,,,.Orang putih buat dono saja,,,,,.Orang puti cakap kalau mahu merdeka kena runding lima penjuru....,Raja2 Melayu,pemimpim2 Melayu{UMNO},
pemimpim Cin{MCA],pemipim India{MIC}dan orang putih sendirisebagai wakil raja orang putih........Bincan punya bincang ,dapatlah kata sepakat yang boleh ditrima oleh semua pihak,,,,MOU itulah yang melahirkan Perlambagaan Malaya dan seterusnya Malaysia,,,,,.Cina yang tak setuju tubuh Parti Komenis Malaya,,,,Melayu parti kiri ala Indonesia,,,,yang berpelasafahkan "bernika Tunggal Ika",,,,,.

Satu Malaysia yang PM cakap ertinya hendaklah patuh kapada Perlambagaan Malaysia dalam segala segi dan hendaklah mentadbir mengikut apa yang tersurat dan tersirat dalam Perlambagaan kita,,,,,ertinya jangan ungkit apa yang telah dipersetujui dulu dan jangan zalim kapada yang lain,,,,jadi semua kena faham bahawa Satu Malaysia DAH UJUD lama sangat, cuma diingati semual oleh PM ,kerana bayak sangat politikus masa ini bersuara dan enuntut perkara2 yang melangar Perlambagaan,,,,,.

Malaysian Malaysia,selogan PAP yan dipelupuri oleh LEE KUAN YU ,semasa Singapore dalam Malaysia dulu,itulah sebabnya Tengku Abd Rahmam tendang LEE KUAN YU Singapore drp Malayasia,sebab mengugat perkara2 berkaitan Melayu,Raja2Melay,Agama Islam,Bahasa Melayu dan hak2 Bumiputra Sabah dan Sarawak,,,,,
Maaf cerita nak jadi macam Singapore lah ya..Perkara ini disambong semula oleh LIM KIT SIANG,,,, DAP,,,, SUARA INILAH JUGA YANG MEMBAWA BERLAKUNYA 13 MEI......


Tuan Tuan jangan Toyong,Biar saya saja yang Toyong,,,,,,



Gasing Toyong,,tk














UMNO

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...