Sunday, June 5, 2011

Nazri Aziz Merasmi Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2011



















DS Mohd Nazri TS Aziz, Menteri JPM merasmi mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2011 hari ini. Majlis bermula dengan ucapan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut YBM TS Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

YBM Tengku Azlan bercakap lima perkara untuk DS Nazri bawa ke pucuk pimpinan:
  1. Dana untuk UMNO cawangan bergerak. Ini ialah maruah UMNO. Gunalah kuasa pemerintah.
  2. 5 parlimen Pahang tidak selamat termasuk Jerantut.
  3. Strategi menang PRU.
  4. Kuota BN perlu dikaji semula dan aplikasi "winnable candidate".
  5. Calon-calon PRU perlu diberitahu lebih awal 6 bulan- setahun.
DS Nazri memulakan ucapan beliau sepatutnya merasmi mesyuarat tiga UMNO Bahagian. Oleh kerana beliau kritik MCA yang menghentam UMNO maka dua bahagian lagi membatalkan jemputan bimbang MCA marah.

UMNO Bahagian Jerantut berani menjemput beliau. Jerantut Bahagian UMNO yang berani. Beliau menyifatkan mesyuarat UMNO Bahagian kali ini ialah yang terakhir sebelum PRU.

DS Nazri menyampaikan pesanan dan mandat sebelum PRU 13. UMNO Jerantut mesti memenangkan parlimen Jerantut dan 3 DUN maka BN Jerantut menang. UMNO Jerantut perlu bersiap sedia. PRU 2008 UMNO tidak menjangka. PRU 13 adalah sengit.

Jangan tanya UMNO apa boleh buat untuk anda. Tanya apa anda boleh buat untuk UMNO. UMNO bukan gedong wang. Rakyat menilai. Rakyat bosan jika UMNO kuat material.

Bukan pembangkang yang menang tetapi kerana UMNO yang kalah. UMNO kalah kerana ahli UMNO tidak menghayati. Yang penting DS Najib sebagai nakhoda menyatu padukan UMNO. Jawatan adalah tanggungjawab. Laksanakanlah. Jawatan bukan untuk dibangga.

Perjuangan UMNO "core business" untuk kepentingan orang Melayu. Kepentingan orang Melayu dijamin dalam perlembagaan:
  • Definisi Melayu
  • Tanah rezab Melayu
  • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
  • Islam agama persekutuan.
  • Hak istimewa orang Melayu
  • Institusi Raja-Raja Melayu-Ketuanan Melayu.
  • Untuk mengubah perlembagaan perlu 2/3 ahli parlimen dan dibawa persetujuan mesyuarat Raja-Raja Melayu. Kepentingan Melayu tidak boleh diganggu gugat.
Apa yang penting laksanakan saja. Jangan menang sorak kampung tergadai. UMNO bukan seperti NGO Perkasa. UMNO membela bangsa.

UMNO menang PRU dan berjaya membentuk kerajaan melalui BN maka laksanalah. Branding BN untuk keadilan semua kaum.

PAS hari ini tidak menganggap negara Islam sebagai keutamaan. Pemilihan PAS kali ini menolak ulama. PAS mahu negara kebajikan. PAS mahu sokongan dari bukan Melayu. Ini semua UMNO telah buat 60 tahun dulu.

Siapa yang kata UMNO tidak perlu undi Cina adalah salah. Di parlimen Kota Setar pada tahun 1969 Tun Mahathir telah menyatakan oleh kerana pengundi Melayu 90% maka Mahathir tersilap kata tidak perlu undi Cina. Akhirnya Mahathir tewas kepada Yusuf Rawa PAS.

Winnable candidate bermaksud calon boleh menang. Kalau ahli UMNO tidak sokong maka tidak menang. Kalau UMNO tidak bersatu, tidak setia, tidak kerja (berkhidmat) maka UMNO boleh kalah.

Bersatu, Bersetia , Berkhidmat.

BN Jerantut termasuk parlimen dan tiga DUN boleh menang PRU 13.

Tahniah WZWH Ucapkan Kepada Ahli Parlimen Jerantut!


WZWH ucap tahniah kepada YBM Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut atas penerimaan Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

YBM Tengku Azlan dikurnia Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran “Tan Sri”. WZWH turut berasa bangga ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut mendapat pengiktirafan tertinggi dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ini merupakan anugerah pencapaian tertinggi bagi seorang ahli politik Jerantut dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH berharap semoga anugerah kurnia "Tan Sri" menaikkan motivasi YBM Tengku Azlan bekerja lebih kuat lagi untuk politik Jerantut.

Saturday, June 4, 2011

Selamat Bersidang UMNO Bahagian Jerantut

Dua tokoh politik Jerantut yang sangat berpengaruh di Jerantut iaitu Dato' Tengku Dollah Chap  dan Dato' Halim Chap.

Esok 5 Jun 2011 persidangan UMNO Bahagian Jerantut. Hampir 600 perwakilan akan menghadiri mesyuarat agong yang akan dirasmikan oleh DS Mohamed Nazri bin TS Abdul Aziz, Menteri di JPM.

WZWH berharap 600 perwakilan UMNO baik cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri perlu bersuara menyatakan kekurangan dan ketidakpuasan hati. Anda perlu nyatakan dengan lantang dan berani kerana ini ialah platform yang terbaik sebagai saluran mesej.

Apa yang baik untuk pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut demi kemakmuran Jerantut mesti dibincangkan, dinyatakan, diluahkan, dilontarkan supaya pucuk pimpinan mendengar suara akarumbi Jerantut agar tindakan dapat diambil.

Para 600 perwakilan jangan membisu. Sudah lama perwakilan UMNO Jerantut membisu, tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi atas sebab-sebab tertentu. WZWH mahu perwakilan bercakap dalam bahasa politik Jerantut.

Diharap perwakilan juga mengambil bahagian didalam perbahasan usul-usul UMNO yang dibawa oleh UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan cawangan. Bahaslah dengan sebaik-baiknya.

WZWH akan berucap dalam ucapan penangguhan melontarkan isu yang menyentuh kepentingan rakyat dan cadangan agar kerajaan BN membaiki. 

Selamat Bersidang UMNO Bahagian Jerantut.

Friday, June 3, 2011

Merakyatkan IPP Tanggungjawab Berat Najib!


Pengumuman kerajaan berhubung dengan kenaikan tariff elektrik sebanyak 7 peratus berkuat kuasa 1 Jun agak mengejutkan rakyat kerana pada 25 Mei lepas kabinet memutuskan untuk tidak menaikan petrol RON95 dengan alasan prihatin kepada rakyat.

Tindakan kerajaan ini tentunya mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pula.

Dakwaan kerajaan sekarang membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP). Beban subsidi IPP kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain.

IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.

IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.

Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula.

Apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa. Kerajaan perlu menjelaskan nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.

Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran. Dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.

Walau apapun diberikan seperti kenaikan kecil dan pengorbanan rakyat, adakah kenaikan ini atas nama kepentingan nasional atau sesuatu yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian?

Najib perlu merakyatkan IPP seperti Genting Sanyen, YTL, Powertek, Malakoff dll. Perjanjian yang sudah tamat dengan IPP ini perlu dirunding semula kerana IPP telah lama untung besar atas kesengsaraan rakyat.

Siapa yang patut dipersalahkan?  Adakah PM (Mahathir) atau TPM@ Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) semasa tahun 1990an itu? Siapa "culprit" yang sebenar menyusahkan TNB dan rakyat.

Lima Faktor Penyebab Runtuhnya UMNO Bahagian Jerantut


LIMA FAKTOR PENYEBAB RUNTUHNYA NEGARA

Renungan AlMarhum Karaeng Pattingaloang, 
Waris Diraja Makassar, Sulawesi Selatan.
( Pemimpin Kerajaan Makassar [1600~1654] yg dipecat oleh Pemerintah Belanda )

Ia meliputi:
1. "Punna taenamo naero nipakainga' Karaeng Manggauka"
( Apabila Ketua Negara /Ketua Pemimpin Negara tidak mahu menerima nasihat )

2. "Punna taenamo tumangngasseng ri lalang Pa'rasangangnga"
( Apabila tidak ada lagi Cendiakiawan/Intelektual di dalam negara/negeri );

3. "Punna meajai gau lompo ri lalang Pa'rasanganga"
( Apabila sudah terlampau banyak fitnah besar dalam negeri/negara );

4. "Punna angngallengasengmi soso' Pabbicarayya"
( Apabila banyak Hakim dan Jabatan Perhakiman Negeri/Negara suka makan sogok );

5. "Punna taenamo nakamaseyangngi atanna Manggauka".
( Apabila Ketua Negara/Ketua Pemerintahan Negeri tidak lagi menyayangi/mempedulikan rakyatnya ).

Jerantut perlu mempunyai pemimpin yang berani mengatakan yang hak. Ini akan hanya berlaku jika seseorang itu mantap imannya dan percaya dengan sebenarnya tidak akan berlaku sesuatu tanpa izin Allah. Selagi seseorang itu mengharapkan sesuatu dari manusia maka mudahlah ia dipergunakan oleh mereka yang berupaya memberi suapan.

Semoga Allah kirimkan pemimpin yang makrifatullah dan taat pada Allah berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis.. Jauh dari pengaruh arak, dadah, judi, hubungan haram muhrim dan pekara-pekara kemurkaan Allah.. akan sejahteralah sekelian rakyat Jerantut malah bertambah masyur.. wallahuwaqlam..Amin.

Thursday, June 2, 2011

Politik Baru Jerantut : Telus, Kreatif dan Accelerate


Ini slogan baru politik Jerantut yang WZWH mahu terap dan applikasi dalam politik baru Jerantut. WZWH mendokong agenda ini:
  • Telus (transparency)
  • Kreatif (creative)
  • Accelerate (pecutan)
WZWH akan lobi kepada pucuk pimpinan bahawa calon-calon BN yang bertanding pada PRU 13  di parlimen, DUN Tahan dan Pulau Tawar faham slogan ini.

Pemimpin kuda tua tidak faham slogan ini dan sememangnya sudah tidak endah lagi kerana jiwa politik mereka sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Pemimpin lama ini perlu berehat.

Telus dengan peruntukan. Kalau peruntukan RM1 juta mahu pun  RM100,000 perlulah jelas. Kita tidak mahu ketirisan peruntukan diseleweng dan disalahguna oleh pegawai-pegawai YB.

Kreatif bermaksud kalau YB itu berbelanja peruntukan RM100,000, YB perlu kreatif menjadikan peruntukan itu RM350,000. Itu dipanggil kreatif! Apa cara? Kreatif. Jangan peruntukan RM100,000 dipotong jadi RM50,000.

Kreatif bermaksud kalau nilai projek itu RM30 juta, kita kena lihat kepada realiti ekonomi dan "allign" dengan kementerian, jabatan dan unit maka jika kita boleh jadikan peruntukan RM30 juta itu ditambah kepada RM100 juta itu dipanggil kreatif.

YB kena perlu selalu pergi ke kementerian, jabatan dan unit, rajin melihat perkembangan info semasa, apa yang boleh dimajukan. Jika projek itu tidak ada dalam RMK 10, kita cuba cadang atau cipta projek yang boleh ditempat kita. 

Tidak kira apa orang mahu kata itu projek langit ke tujuh atau nilai projek itu termahal di Malaysia. Yang penting peruntukan projek sebanyak itu telah diluluskan oleh kerajaan kepada tempat kita.

Kalau YB duduk diam, tidak buat apa, setakat berharap kepada Kuantan, malas berharap kepada Putrajaya atau tidur di Kuala Lumpur. Itu ahli politik buang masa.

Ahli politik Jerantut yang berharap kepada tanah-tanah strategik Jerantut diberi kepada syarikat tertentu dan keluar kayu atas nama JKKK agar beroleh sedikit komisen dan imbuhan itu politik tidak kemana kerana kita tidak menyelesaikan masalah orang ramai.

Ahli politik Jerantut yang duduk saja tanpa buat apa-apa untuk Jerantut setakat mempamirkan imej luaran bersifat kosmetik dan bergantung pengaruh luar demi survival politik adalah ahli politik Jerantut yang tidak genuine perlu segera berundur dari politik Jerantut.

Jerantut perlu ahli politik yang telus dan kreatif untuk accelerate segala peruntukan, pembangunan demi kebajikan dan kemakmuran ekonomi, sosial dan politik Jerantut.

WZWH harap ahli-ahli UMNO dan 52,000 pengundi parlimen dan tiga DUN Jerantut memahami mesej WZWH ini.  Jika tidak berfikirlah dengan pemikiran yang terbuka dan hati yang tulus ikhlas. Jalan yang lurus sebenarnya terbentang di depan kita jika kita yakin, berusaha dan percaya kepada ketentuan Allah.

Inilah  realpolitik Melayu Jerantut yang sebenarnya dan original. Manifesto politik baru Jerantut telah WZWH bentangkan. Terpulang kepada anda semua orang Jerantut untuk menilainya. 

Wednesday, June 1, 2011

WZWH Akan Bersihkan UMNO Bahagian Jerantut Sesuci Kain Putih!


Ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut sering merungut. Di kedai kopi riuh orang UMNO bercakap. Bloggers tersohor Jerantut terutama Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) dan Urag Drrulug (UD) juga Braveheart secara terus terang telah mengkritik UMNO Jerantut.

Bila WZWH dan SPU serta UD juga Braveheart senada bahasa politiknya, sama bahasa, sama maksud, sama matlamat maka jangan ambil mudah mesej bloggers Jerantut-UMNO Bahagian Jerantut akan dibersihkan sesuci kain putih.

Kalau mahu tahu isu-isu UMNO Jerantut yang disentuh baca SPU dan baca juga Urag Drrulug serta baca Braveheart.

WZWH sudah nampak formulanya...isu-isu UMNO Jerantut yang disentuh oleh SPU, Urag Drrulug dan Braveheart  boleh diselesaikan sebelum PRU 13.

Persefahaman sudah dicapai. Tapi WZWH tidak boleh nyatakan sekarang. WZWH berjanji UMNO Bahagian Jerantut akan bersih sesuci kain putih sebelum menjelang PRU 13.

Kepada "orang keliling di lubuk UMNO" masa anda semua bebas melakukan apa saja sudah tamat. Anda semua akan dibersihkan bila pengurusan UMNO baru mengambilalih.

Tanda cakap WZWH ini. Kita akan bawa budaya baru pengurusan UMNO ke arah UMNO Jerantut yang cemerlang.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...