Saturday, December 10, 2011

Memahami Mudah Isu Penyenaraian Felda : Apa Masalahnya?


DS Najib mahu Felda  melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan. Kini penyenaraian diperhalusi.

WZWH menulis posting ini mahu pembaca blog WZWH memahami mudah isu penyenaraian Felda yang kini menjadi polemik hangat dikalangan peneroka, ahli politik dan masyarakat.

Pembangkang seperti biasa melancarkan kempen menentang kononnya mahu menyelamatkan Felda! Pembangkang menghasut para peneroka dengan ceramah dan surat layang tidak cukup dengan itu semua memorandum pula dihantar kepada semua MB supaya menentang FGVH dari menyenaraikan Felda.

Isu ini tidak difahami dengan sepenuhnya kerana ini ialah 'Corporate Excercise' yang pembangkang pun tidak mahu faham dan kalau faham pun akan menghasut peneroka menentang supaya undi mereka beri kepada pembangkang pada PRU 13.

Peneroka Felda dinasihatkan agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila FGVH disenaraikan .

Usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa ke empat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya. 

Felda tidak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya. Penyenaraian itu juga bukan saja memberi rahmat kepada peneroka, tetapi seluruh rakyat negara ini. 

Ada empat fasa tranformasi Felda iaitu daripada hutan  dijadikan ladang, kedua daripada hutan ke perkampungan tersusun dan terancang, dan transformasi ketiga ialah daripada hanya berniaga dalam negara kepada meluaskan perusahaan ke luar negara.

DS Najib  mahu melaksanakan transformasi fasa ke empat iaitu Felda berkembang menggunakan kaedah penyenaraian menjadikannya sebagai 'blue chips' perladangan antara yang terhebat di dunia. 

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sekali gus menjadikannya sebuah syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana. 

Dalam dunia bisnes korporat dunia, makam tertinggi sesuatu entiti perniagaan ialah bila korporat itu disenaraikan. Banyak kemudahan dan kebaikannya. Peneroka tidak perlu risau kerana aktiviti FGVH ini kukuh asasnya kerana aktiviti dan pengeluaran minyak kelapa sawit dengan aktiviti hiliran dan kepelbagaiannya.

FGVH dan Felda bukan bisnes entiti berasaskan spekulasi dan asas yang tidak kukuh. DS Najib mahu hanya satu Felda di dunia. Felda go for global!

Gerai Mamak Pokok Ceri Jalan Bukit Ubi Kuantan

Gerai Mamak Pokok Ceri di Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Rojak dan mee goreng mamak serta minuman cendol membangkit nostalgia.



















Di depan gerai mamak pokok ceri ini , seberang Jalan Bukit Ubi kelihatan Kedai Rakyat 1Malaysia yang baru-baru ini dirasmikan oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Gerai Mamak Pokok Ceri Jalan Bukit Ubi Kuantan terkenal dan mengamit nostalgia. Bagi golongan remaja, rakyat marhein, tidak kira apa latar belakang termasuk anak-anak Raja pasti teringat gerai mamak ini. Sampai sekarang gerai mamak ini tetap ramai dikunjungi.

WZWH masih ingat lagi sewaktu bersekolah menengah di SEMSAS Kuantan pada awal 1980an inilah tempat makan bersama rakan-rakan semasa ke luar ke bandar Kuantan selain Benteng tepi Sungai Kuantan.

YBM TS Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut bila ada urusan di Kuantan kerap singgah di gerai mamak ini kerana mee goreng mamaknya sungguh sedap. Kalau tidak sempat Ku Lan akan suruh drivernya beli tapau bungkus mee goreng mamak gerai mamak pokok ceri walaupun tinggal di Hotel Vistana.

Adik Ku Lan iaitu YM Tengku Azman pun suka makan di gerai mamak pokok ceri bersama kawan-kawan beliau bila turun dari Kuala Lumpur

YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan pun yang suka bermalam di Hotel Hyat bila ada urusan di Kuantan pun suka suruh driver bungkus mee goreng mamak gerai mamak pokok ceri.

Gerai mamak pokok Ceri ini sudah lama sejarahnya. Perniagaan gerai ini sudah bermula pada tahun 1959. Semua peniaga yang asal sudah meninggal kecuali seorang yang sudah tua masih lagi menyelia anak-anak buah.

Tapak gerai mamak ini di atas sebidang tanah kepunyaan keluarga Cina Hock Bee yang dulu merupakan landlord bagi kebanyakan tanah-tanah di bandar Kuantan. Sewanya murah RM100 sahaja sebulan. Dulu RM80. Lebih mahal lagi lagi lesen meniaga gerai MPK RM380.

Sudah ada beberapa pelabur mahu membeli tanah ini kerana dibelakang gerai mamak ini ada beberapa bidang tanah yang masih luas ditengah bandar Kuantan juga kepunyaan keluarga Hock Bee. Tetapi tidak jadi. Semua pelabur ini memberi jaminan kepada peniaga gerai mamak ini bahawa mereka tidak akan kacau perniagaan gerai mamak pokok ceri kerana tahu sejarah gerai mamak dan populariti gerai ini mahu perniagaan gerai mamak ini diteruskan.

Begitulah uniknya gerai mamak pokok ceri Jalan Bukit Ubi Kuantan menjadi tempat makan terkenal orang Kuantan tidak kira golongan pelajar, pekerja 'working class', rakyat marhaein dan anak-anak Raja. Barangkali itu sebab Mendiang Hock Bee berpesan kepada anak cucunya supaya hanya mengenakan sewa tapak gerai itu di atas sebidang tanah betul-betul di tengah bandar Kuantan hanya RM100 sebulan!

Bila WZWH bertanya kepada pengusaha asal gerai mamak pokok ceri yang terakhir di mana pokok ceri kerana WZWH tidak nampak sebatang pun pokok ceri. Jawap mamak tua itu," itu pokok ceri MPK sudah tebang!"

Thursday, December 8, 2011

Projek Jalan Sungai Lembing -Jerantut Menjadi Kenyataan!



Cadangan pembinaan Jalan Sungai Lembing-Jerantut dijangka dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di kedua-dua kawasan tersebut yang kini telah DILULUSKAN oleh Kementerian Luar Bandar.

Ini kerana kedua-dua kawasan itu mempunyai tarikan tersendiri iaitu Sungai Lembing terkenal dengan bekas lombong bijih timah terbesar dunia manakala Jerantut popular dengan Taman Negara di Kuala Tahan.

Cadangan pembinaan jalan yang dikemukakan sejak tahun 1985 itu bukan sahaja dapat menjimat masa dan kos tetapi meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini.

Dengan pembinaan jalan itu, pelancong hanya mengambil masa kira-kira 40 minit berbanding tiga jam pada masa ini.

Sepanjang jalan antara Jalan Sungai Lembing-Jerantut, pelancong akan melalui kawasan peranginan yang terdapat lebih 20 air terjun dan sungai yang menarik dan ada antaranya masih belum diteroka.

Kerajaan telah memasukkan projek Jalan Sungai Lembing-Jerantut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Selain merancakkan sektor pelancongan, projek tersebut dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat di sepanjang jalan tersebut iaitu di Sungai Lembing, Lepar Utara dan Jerantut Feri.

Projek yang dijangka menelan kos sebanyak RM300 juta ini mendatangkan banyak manfaat kepada penduduk di sekitarnya dan negeri.

Dalam pembinaan projek jalan tersebut, kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada kawasan bukit dan gunung terutama kawasan tadahan air bagi mengelak sebarang bentuk penerokaan kerana akan memberi kesan ke atas alam sekitar.

Dengan terbinanya projek jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti ini bermakna orang Ipoh boleh terus ke Kuantan nanti tanpa lalu Karak highway. Ipoh-Cameron Highlands-Sungai Koyan-Lipis-Jerantut-Sungai Lembing-Kuantan dan kalaulah jalan Ulu Tembeling-Terengganu boleh dilaksanakan,orang Terengganu bolehlah ke Kuala Lumpur tanpa lalu Kuantan dan jika ada jalan Ulu Cheka-Bentong, lagilah mudah perhubungan Dungun-Jerantut-Ulu Cheka-Bentong-Kuala Lumpur

Secara tak langsung Jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan orang timur dan barat.Tapi boleh ke PM Najib beri peruntukan kepada kita orang-orang Jerantut yang sudah lama ketinggalan ini? WZWH harap blog WZWH boleh  jadi suara rakyat Jerantut untuk bawa idea-idea ini kepada PM Najib.

Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting. Kalau tengok kat peta memang patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan. Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu. Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut. Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Harap semoga  cadangan-cadangan ini akan menjadi kenyataan.

Ladang Rakyat Pahang

Sebelum ini orang kampung yang berpendapatan rendah menerima saham Felcra. Siapa yang dapat diberi pulangan dalam bentuk saham. Orang kampung yang susah mengharap kepada saham Felcra ini bagi menampung sedikit perbelanjaan mereka.

Mana-mana orang kampung yang dapat gembira, mana-mana yang tidak dapat bersedih hati malah ada yang merajuk mahu menyokong pembangkang dalam PRU.

Lebih menyakitkan hati bila yang dapat itu orang yang berkemampuan, pegawai kerajaan, suami isteri dan semua anak beranak yang rapat samada dengan Tok Empat, Penghulu, orang-orang kuat YB malah keluarga YB sendiri. Kadang-kadang orang luar kawasan dapat.

Peneroka Felda hari ini menikmati pendapatan yang tinggi sekitar RM7000 hingga RM10,000 jauh lebih baik dari elaun RM69 yang dapat semasa mula-mula jadi peneroka. Rumah dan ladang 10 ekar diberi kepada beratus ribu peneroka.

Bertuah mereka peneroka Felda yang datang ke Pahang kerana dapat mengubah kehidupan mereka yang lebih baik taraf ekonomi. Anak-anak yang belajar dan berjaya membantu pula para peneroka.

Bagi orang kampung tradisional mereka pun mahu skema yang sedemikian membantu mereka. Sekarang hendak minta jadi peneroka sudah tidak boleh kerana tempat sudah terhad. Mereka ini tinggal bekerja kampung. Mana yang berkelayakan dan berpengalaman cuba bekerja di bandar.

Justru itu YAB DSD Adnan Yaakob MB Pahang telah memikirkan bagaimana mahu menbantu orang kampung tradisional Pahang jika pun tidak setaraf dengan kejayaan peneroka Felda.

Maka Ladang Rakyat Pahang diwujudkan. Ladang Rakyat Pahang adalah usahasama antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Risda Plantation. Kerajaan Pahang beri tanah, manakala Risda Plantation beri modal dan menguruskan ladang.

Risda adalah agensi kerajaan yang membantu pekebun kecil getah. Namun Risda Plantation sebagai subsidiari Risda dibenarkan menanam kelapa sawit. 

Antara Ladang Rakyat yang telah diluluskan ialah:

  • Ladang Rakyat di Temerloh 1000 ekar
  • Ladang Rakyat di Rompin 2500 ekar
  • Ladang Rakyat di Jerantut (DUN Tahan) 2000 ekar
Ladang Rakyat di Bentong (DUN Pelangai) 1500 ekar dalam cadangan.

WZWH lebih berminat dengan Ladang Rakyat di Jerantut dalam DUN Tahan. 

Sebelum ini Felcra mahu buka ladang kelapa sawit di Ulu Tembeling seluas 10,000 ekar. Bagi fasa pertama 3000 ekar tanah telah ditebang dan dibersihkan. Keutamaan peserta Felcra diberi kepada penduduk Ulu Tembeling.

Maka bila Ladang Rakyat mahu diusahakan di Ulu Tembeling maka rakyat Ulu Tembeling yang susah akan mendapat nikmat pulangan dalam bentuk saham dari Ladang Rakyat dan Ladang Felcra.

WZWH membayang semua rakyat Ulu Tembeling yang susah akan dapat saham Ladang Rakyat dan Ladang Felcra ini.

Cuma WZWH berharap pengurusan Ladang Rakyat dan Ladang Felcra boleh mengurus ladang kelapa sawit dengan cekap dan berkesan semoga keuntungan yang dapat dapat disalurkan kepada orang kampung tradisional yang masih setia tinggal di kampung tepi Sungai Tembeling ini.

Tuesday, December 6, 2011

Bila Duta Besar Amerika Syarikat Berbaju Melayu Lengkap



















Duta Besar AS, Paul W. Jones dan isteri, Catherine Jones bergambar kenangan bersama ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak dan isteri, Datin Liyana bt Harun.

WZWH teruja tengok duta besar AS memakai pakaian berbaju Melayu lengkap, bersampin dan tengkolok serta berkeris sewaktu upacara Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang di Istana Pekan. Jarang orang asing mahu mencuba pakaian kita untuk majlis istiadat seperti gambar atas.

Biarpun sesetengah rakyat negara ini selesa memilih pakaian istiadat untuk ke majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran raja-raja Melayu, namun bagi Duta Besar AS ke Malaysia, Dato' Paul W. Jones, beliau memilih sebaliknya.

Dengan lengkap berbaju Melayu dan tengkolok ketika hadir pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, pilihan Jones itu ternyata membuatkan beliau menjadi tumpuan ramai.

Jones yang dikurniakan pingat Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato' berkata, beliau sebenarnya boleh memilih untuk memakai pakaian istiadat ke majlis tersebut.

Namun katanya, dengan memakai baju Melayu yang lengkap bersamping dan tengkolok membuatkan beliau dapat merasai pengalaman sebenar hadir ke majlis penganugerahan darjah kebesaran di negara ini.

Jones yang jelas tidak kekok dengan baju Melayu menyelitkan keris di pinggang dan ternyata ia menarik perhatian para penerima pingat dan tetamu yang lain.

Paul W. Jones mengangkat sumpah sebagai Duta Besar A.S. ke Malaysia oleh Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton pada 8 September 2010 selepas dinamakan oleh Presiden Obama pada 12 Julai 2010 dan disahkan oleh Senat A.S. pada 5 Ogos 2010. Beliau adalah ahli diplomat kanan bekerjaya di Jabatan Negara.

Duta Besar Jones telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan yang mencabar di Asia, Eropah dan Amerika Latin. Baru-baru ini, beliau adalah Timbalan Perwakilan Khas untuk Afghanistan dan Pakistan dan sekaligus merangkap Timbalan Pembantu Setiausaha Negara. Dari bulan September 2005 hingga Februari 2009, Duta Besar Jones berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan dan Kuasa Usaha di Filipina dan menyelaras 30 agensi Kerajaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan program-program pencegahan keganasan, pembasmian kemiskinan dan pembangunan perniagaan. 

Jawatan-jawatan lain beliau sebelum ini termasuk sebagai Timbalan Ketua Perwakilan Amerika bagi Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah dan Timbalan Ketua Perwakilan di Macedonia semasa krisis pelarian yang tercetus akibat konflik di Kosovo. Duta Besar Jones juga pernah berkhidmat di Colombia, Rusia dan Bosnia dan Herzegovina. Di Washington, beliau telah dua kali berkhidmat sebagai kakitangan Setiausaha Negara iaitu sebagai Pengarah kepada Staf Sekretariat Eksekutif dan di Pusat Operasi 24 jam. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengarah Biro Eropah di pejabat Balkan.

Anugerah-anugerah yang diberikan kepada Duta Besar Jones termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Presiden, Anugerah Peringatan Robert C. Frasure kerana bekerja untuk keamanan, dan Anugerah Penghargaan Cemerlang. Beliau boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Rusia.

Duta Besar Jones menamatkan pengajian tinggi beliau dari Universiti Cornell dan menerima ijazah Sarjana dari Universiti Virginia dan Kolej Naval War. Beliau juga adalah graduan program Senior Seminar Jabatan Negara. Beliau berkahwin dengan Catherine Jones, penulis buku tentang makanan dan kesihatan. Pasangan ini mempunyai dua orang anak, Aleksandra dan Hale.

Monday, December 5, 2011

Peluang Pelaburan Di Croatia Dan Teknologi Yang Boleh Diaplikasi Di Jerantut
















Duta Coatia, His Excellency Zeljko Bosnjak disebelah kanan sedang tekun mendengar penerangan dari Profesor Vladimir Koroman, Phd, Director General Brodarski Institute, Zagreb, Croatia kepada WZWH.  Profesor Vladimir punya teknologi kejuruteraan tenaga, pembinaan kapal. Kepakaran beliau ialah merekabentuk turbine yang boleh menghasilkan output elektrik yang maksima dari empangan hidro.

Kepakaran Profesor Vladimir Koroman boleh diaplikasikan di Jerantut. Kerajaan mahu bina empangan hidro yang mengunakan teknologi terkini dengan kos yang berpatutan dan cekap serta berkesan.
















Mr Enis Arnaut seorang pakar Renewal Energy dari Bosnia merupakan rakan yang banyak membantu WZWH dari segi network jaringan negara-negara Eropah Tengah. Beliau memiliki kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pernah menjadi komando semasa Perang Bosnia bila puak Serbia membunuh secara sistematik orang Islam Bosnia.
















Antara peluang pelaburan di Croatia ialah pelabuhan sebagai gateway kepada negara Eropah Tengah yang lain. Barangan eksport Malaysia seperti nenas, produk elektrik dan elektronik,pakaian, minyak sawit, halal food dsb.  Halal farmaseutikal, tenaga, adalah bidang perniagaan yang boleh diteroka.

Bila YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut menolak tawaran jawatan Timbalan Menteri Luar semasa era Tun Abdullah, WZWH sangat kecewa kerana WZWH tahu kepentingan strategik Kementerian Luar ialah boleh akses kepada network jaringan Duta-Duta yang membuka peluang perniagaan.

Dalam posting ini WZWH mahu cerita peluang pelaburan di Croatia dan teknologi yang boleh diaplikasi di Malaysia terutama Jerantut.

Croatia adalah sebahagian dari negara bekas Yugoslavia yang telah berpecah akibat perang saudara antara puak Croatia, Serbia dan Bosnia. Ciri komposisi kaum di bekas Yugoslavia sebelum perang sama dengan komposisi kaum di Malaysia.

Jeneral dan Presiden Tito berjaya menyatupadukan 3 kaum ini tetapi pada lewat tahun 1980an dan 1990an konflik Balkan telah menyebabkan negara bekas Yugoslavia ini musnah dan hancur kerana satu kaum yang dominan iaitu Serbia telah etnik cleansing kaum Croatia dan Bosnia. Ramai rakyat tidak berdosa terbunuh.

Itu sebab WZWH mahu tahu cerita politik yang sebenarnya dari Duta Croatia iaitu His Excellency  Zeljko Bosnjak disamping mengadakan perbincangan peluang perniagaan. WZWH bimbang jika ahli-ahli politik Malaysia 'sudah gila' dibimbangi apa yang berlaku musibah di bekas Yugoslavia itu boleh berlaku di Malaysia!

Antara lain, potensi pelaburan dan perniagaan boleh diterokai di dalam sektor tenaga, pembinaan jalan, industri kayu dan kimia dan farmaseutikal, katanya.

Bosnjak berkata komuniti perniagaan Malaysia juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan melabur di dalam industri pembinaan kapal, di mana Croatia dikenali di seluruh dunia sebagai mempunyai salah satu tradisi paling lama dan mempunyai para pekerja berkelayakan.

Bosnjak berkata ahli perniagaan Malaysia boleh juga kemungkinan menggunakan Croatia sebagai gerbang atau pintu pengedaran makanan dan produk ke negara-negara jiran yang lain.

Croatia bersempadan dengan Slovenia dan Hungary di sebelah utara, Bosnia dan Herzegovina ke tenggara dan Serbia dan Montenegro di sebelah timur.

Saturday, December 3, 2011

Ucapan 'Winnable Candidate' Mewakili DUN Luar Bandar























Tepat jam 10 pagi selama 26 minit semalam YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia berucap mewakili UMNO Pahang menyokong usul politik ucapan dasar Presiden.

Wan Amizan menyentuh isu fitnah kepada presiden UMNO, parti, Felda dan generasi kedua, Ulu Tembeling, dan kontroversi pemimpin atasan.

Syabas Wan Amizan.

Antara intipati ucapan Wan Amizan:

Wakil Pahang Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak pula menyeru anggota UMNO agar bangkit menangkis segala fitnah pembangkang itu.

“Pembangkang melontarkan fitnah bertalu-talu terhadap Presiden sampaikan ketika beliau mengerjakan haji pun mereka sebar pelbagai fitnah,” katanya.

Wan Amizan juga membidas segelintir anggota UMNO yang turut memburukkan keadaan dengan menokok tambah cerita sehingga mengelirukan pembangkang.

“…jadi bermula hari ini, kita semua berjanji untuk padamkan apa saja fitnah dan keburukan terhadap pemimpin dan parti,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Amizan memohon agar pemimpin UMNO agar tidak menimbulkan kontroversi sehingga mewujudkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

Ini kerana katanya, anggota UMNO pada peringkat akar umbi menghadapi kesukaran untuk menjawab dan menjelaskan kepada rakyat mengenai permasalahan yang timbul.

UMNO Pahang menyeru para pimpinan parti tidak menimbulkan sebarang kontroversi atau masalah kerana ia akan menyukarkan pemimpin bawahan untuk menjawab dan mempertahankan UMNO.

"Lepas satu, satu kontroversi dan yang terbaru National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Saya minta tolong jangan hangatkan keadaan...," kata Timbalan UMNO Bahagian Jerantut, Wan Amizan Wan Abdul Razak yang membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kontroversi dan masalah hanya akan membuka peluang kepada pembangkang untuk memfitnah dan menghentam DS Najib Tun Razak.

Dan ini katanya telah pun mereka lakukan semasa perdana menteri sedang mengerjakan ibadat haji.

Generasi baru peneroka Felda khususnya generasi kedua diingatkan supaya tidak bersikap seperti ‘kacang lupakan kulit’ dengan tidak menghargai jasa UMNO yang mewujudkan tanah rancangan itu bagi membela nasib orang Melayu khususnya golongan miskin dan tiada tanah.

Nasihat itu diberikan Wakil Pahang, Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak yang juga anak peneroka Felda generasi kedua. “Sekitar 1970-an, ramai orang Pahang berpindah ke tanah rancangan. Ketika itu, semua orang susah, makan kangkung merah, sadin Botai, ikan masin dengan elaun RM69.90.

“Hari ini tuan-tuan tengok. Dapat RM10,000... RM7,000 sebulan. Anak menjadi pegawai kerajaan, pengarah syarikat, semuanya mempunyai kelulusan termasuk ketua setiausaha kementerian, siapa yang buat semua ini..?,” soalnya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...