Inilah Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat telah turut menyebar fitnah Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut keluar dari UMNO bersama dengan twitter Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau pada malam 9 Disember 2012.
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kerdau semalam, menerima kejutan apabila Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Ahli Parlimen Jerantut YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar meninggalkan UMNO hari ini.
Akibat kenyataan ini rakyat bertempik gembira di Kerdau malam tadi. Namun, mendukacitakan apabila siasatan dibuat ia hanyalah khabar angin semata-mata sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa Fuziah begitu berani mengeluarkan kenyataan berkenaan sedangkan tidak ada satu pun sumber berita dari akhbar atau media berbahasa Melayu yang mengeluarkan kenyataan demikian hatta portal paling popular di negara kita iaitu Malaysiakini.
Susulan twitter tersebut menyebabkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man telah memaklumkan perkara berkenaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Darul Hikmah Kerdau malam tadi. Pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh dari kalangan rakyat yang mendengarnya, namun ramai juga yang was-was dengan apa yang diwar-warkan itu sebenarnya. Susulan kenyataan Fuziah itu juga banyak blog-blog pro-Pakatan Rakyat telah melaporkan berita "tidak sahih" berkenaan.
Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyebar fitnah Tengku Azlan keluar UMNO ini bukti beliau adalah ulama penipu! Tolak tepi Fuziah Salleh sudah memperdaya rakyat Kuantan berkenaan isu Lynas tanpa merujuk fakta saintifik.
Tuan Ibrahim Tuan Man ulama PAS Pahang boleh mengumumkan Tengku Azlan keluar dari UMNO di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang. Cerita belum tentu benar, ulama ini dah sebarkan kepada umum.
WZWH faham Tuan Ibrahim Tuan Man mahu bertanding di parlimen Jerantut tapi jangan sampai menyebar fitnah Tengku Azlan keluar UMNO. Jangan jadi ulama pungkor!
Ini bukan sahaja fitnah kepada Tengku Azlan memalukan kredibiliti nama baik anak Raja Pahang...ini adalah satu pengistiharaan perang kepada the oldest clan in Pahang...Siapa di belakang Tengku Azlan di Pahang yang berakar umbi diseluruh negeri Pahang? Jangan cuba menjolok sarang tebuan!
Kalau Tuan Ibrahim Tuan Man begitu berminat dengan parlimen Jerantut mari bertanding di parlimen Jerantut PRU 13 sebagai anak jantan, WZWH welcome.....



