
Ini Facebook politik Jerantut yang kerjanya menaikkan suhu panas politik Jerantut. FB ini selalu posting polemik-polemik politik Jerantut dengan tujuan untuk memecah belahkan politik Jerantut dengan melaga-lagakan pemimpin UMNO.
WZWH sebagai AJK Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut menggesa 25,000 ahli UMNO Jerantut jangan peduli dan melayan provokasi posting FB Pemikir Politik Jerantut yang tujuannya hanya untuk melaga-laga pemimpin UMNO Jerantut supaya UMNO Bahagian Jerantut menjadi lemah dan berperang sesama sendiri. FB wakil rakyat diklon, diadu domba.
Harap Pengerusi Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut membuat laporan kepada SKKM bagi tindakan. Menurut sumber, pemilik FB Pemikir Politik Jerantut ini sudah kecewa dengan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut kerana beliau tidak dilantik menjadi AJK UMNO Bahagian Jerantut.
WZWH boleh buktikan posting-posting provokasi seperti dibawah:
- Timbalan ketua umno bahgian Jerantut,Naib Ketua Umno Bahgian Jerantut, Ketua pemuda umno Bahgian Jerantut, tidak diberikan portfolio pengerusi biro..apa komen ahli perwakilan....?? — with Fasal Jamlus.
- Jika ditakdirkan suatu hari nanti Yb Hj Nazlan Idris menjadi menteri..Sebagai rakyat Jerantut pastinya anda..?...?? — with Azam Abd Rahman and 28 others.
- Jika ditakdirkan YB Dato Wan Amizan Bakal MB Pahang pada suatu hari nanti dan sebagai rakyat Jerantut pastinya anda?.....?? — with Azam Abd Rahman and 21 others.



