Friday, October 10, 2014

Belasungkawa Ketua Cawangan UMNO Kg Padang Kuala Tahan



















Foto Arwah En. Aziz bin Awang Teh ketika lawatan Delegasi Kuala Tahan ke Korea melawat sturgeon farm bulan September lalu.

Belasungkawa buat Arwah En. Aziz bin Awang Teh, 53 tahun, Ketua UMNO cawangan Kg Padang Kuala Tahan.

Beliau meninggal dunia di Hospital Temerloh pada jam 3.40 pagi akibat sakit jantung.

Beliau merupakan seorang kakitangan Perhilitan Taman Negara.

Seorang pemimpin UMNO yang aktif dengan hal masyarakat dan kebudayaan Kuala Tahan.

Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

WZWH merasakan pemergian Aindoh Aziz bin Awang Teh ini satu kehilangan besar kepada masyarakat Kuala Tahan dan UMNO DUN Tahan.

Beliau merupakan seorang Ketua Cawangan UMNO yang menyokong kuat Projek Sturgeon Kuala Tahan demi masa depan generasi baru Kuala Tahan.

WZWH kali terakhir bersama Arwah ketika lawatan kerja 3 hari Delegasi Kuala Tahan ke Korea.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Padang petang ini selepas solat Jumaat.

Buat Aindoh Aziz bin Awang Teh, semoga roh arwah ditempatkan di maqam yang mulia. Al-Fatihah.

Wednesday, October 8, 2014

Ahli Parlimen Jerantut Tidak Menjemput Felda Sebenarnya Ke Taklimat Projek Sturgeon Kuala Tahan

Taklimat oleh Ketua Jabatan-Ketua Jabatan anjuran ahli parlimen Jerantut di Kuala Tahan sebenarnya tidak menjemput Felda.

Penganjur tersilap besar bila katanya menjemput FGV. Sebenarnya FGV tidak terlibat dengan Projek Sturgeon Kuala Tahan. 

Dari segi teknikal Felda tidak dijemput. Sepatutnya bila penganjur tersilap perlu telefon Felda. Mudah untuk Felda bersedia. 

Adalah tidak adil untuk mengatakan Felda tidak berani berhadapan dengan masyarakat Kuala Tahan.

Felda dikatakan tidak berani. 

Felda dikatakan pengecut. 

Felda dikatakan tidak bertanggungjawab.

Felda dikatakan tidak menghormati atau menyantuni penduduk Kuala Tahan.

Ini buktinya: Surat jemputan dari ahli parlimen Jerantut yang sebenarnya menjemput FGV tapi tidak menjemput Felda!




Ini Projek Sturgeon Kuala Tahan ialah projek Felda. Bukan FGV. Unit Perundangan FGV sedang menyediakan dokumen untuk menyaman sesiapa yang mengaitkan Projek Sturgeon dengan FGV bila perlu. 

WZWH pun sudah betulkan kesilapan fakta ini dalam posting-posting blog WZWH yang lalu.

Bila Felda tidak dijemput oleh ahli parlimen Jerantut bagaimana Felda mahu membuat penerangan kepada penduduk Kuala Tahan?

Kenapa ahli parlimen Jerantut tidak boleh membezakan Felda dan FGV dalam isu Projek Sturgeon di Kuala Tahan?



Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda, Muhammad Sufi Mahbub . Projek Sturgeon adalah special project khas PM diberi kepada Felda untuk melaksananya.



Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda, Muhammad Sufi Mahbub sedang memberi taklimat kepada 12 orang wakil penduduk Kuala Tahan di Seoul Korea September lalu.

Bagi WZWH isu Projek Sturgeon Kuala Tahan ini mudah.

Kita semua harus bersabar tunggu keputusan laporan DEIA.

Laporan DEIA yang sedang dalam proses disediakan oleh consultant dilantik oleh Felda sejak 15 September 2014.

Consultant dikehendaki dalam masa 6 bulan kena siapkan laporan. Dalam masa 4 bulan laporan lengkap boleh dihasilkan consultant kerana berlebih manpower.

Jika keputusan DEIA positif maka kita terimalah dengan berlapang dada.

Jangan bangkang lagi!

Kontraktor Korea boleh menyiapkan Caviar Park dalam masa 4 bulan.

PM dijangka melancarkan Projek Sturgeon Kuala Tahan pada tahun depan.

Mari kita orang Tembeling beramai-ramai menyokong projek ini yang DS Najib PM ikhlas hati ingin membantu ekonomi orang Tembeling, peneroka Felda dan Jerantut.

Ini baru permulaan....ada banyak lagi projek-projek pembangunan untuk DUN Tahan dan Lembah Tembeling akan WZWH usahakan membantu kerja-kerja ADUN Tahan memakmurkan DUN Tahan.

Tuesday, October 7, 2014

Kumpulan Penentang Projek Sturgeon Kuala Tahan Sudah Terdesak!




Kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan sudah terdesak.

Felda sudah sedia dengan dana permulaan RM150 juta.

MB Pahang hanya menunggu laporan DEIA yang sedang dalam proses disediakan oleh consultant dilantik oleh Felda sejak 15 September 2014.

Consultant dikehendaki dalam masa 6 bulan kena siapkan laporan. Dalam masa 4 bulan laporan lengkap boleh dihasilkan consultant.

Kontraktor Korea boleh  menyiapkan Caviar Park dalam masa 4 bulan.

PM dijangka melancarkan Projek Sturgeon Kuala Tahan pada tahun depan.

Kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan yang disokong dari segi moral dan politik oleh ahli parlimen Jerantut sudah terdesak.

Dalam mesyuarat MMK EXCO Pahang, MB Pahang telah berjumpa dengan kumpulan membantah dulu di Kuantan. 

Kumpulan penentang ini berjumpa dan meminta simpati MB Pahang.

MB Pahang hanya akan membuat keputusan bila laporan DEIA sudah lengkap.

Kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan sudah terdesak dengan tindakan mereka sehingga mereka menjemput ahli parlimen yang konon-kononnya dapat menyekat projek itu dari dilaksanakan.

Walaupun mereka sudah pun mendengar penjelasan MB Pahang masa perjumpaan dulu.


Ahli parlimen Jerantut yang juga menentang projek sturgeon Kuala Tahan suka menggunakan media massa arus perdana, surat khabar dan TV untuk menghebah ke seluruh negara.

Ahli parlimen Jerantut yang juga Ketua Bahagian UMNO Jerantut sepatutnya menterjemah, translate , menyokong kerana ini projek Felda, kerana ini projek kerajaan bagi mencari sumber ekonomi baru untuk kebaikan orang kampung.

Malangnya ahli parlimen Jerantut lebih suka publisiti dari mencari penyelesaian.

Ahli parlimen Jerantut boleh mereda atau memujuk kumpulan penentang projek sturgeon yang mana majoriti adalah anak-anak buahnya.

Ahli parlimen Jerantut boleh menerangkan kebaikan projek ikan sturgeon Kuala Tahan kepada kumpulan penentang.

Ahli parlimen Jerantut sepatutnya mengunakan platformnya secara senyap-senyap untuk berjumpa dengan Pengurusan Felda, Kementerian dan berjumpa sendiri dengan PM meminta tunjuk ajar apa kebaikan projek ini kepada parlimen Jerantut.

Malangnya ahli parlimen Jerantut tidak berkeyakinan tinggi untuk meminta tunjuk ajar dan nasihat dari Pengurusan Felda, Kementerian dan PM.

Ahli parlimen Jerantut lebih suka bertindak seperti gaya ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Fauziah di parlimen Kuantan menentang Projek Lynas.

Ahli parlimen Jerantut perlu juga menunggu keputusan MB Pahang setelah laporan DEIA diperinci.

Ahli parlimen Jerantut tidak perlu bising-bising menjemput wartawan, media massa arus perdana, TV kerana diakhir penggal, PM boleh menilai KPI prestasi ahli parlimen Jerantut!

Inilah yang dikatakan ahli parlimen yang tidak memjiwai perjuangan UMNO yang sebenar. Batal projek ini susahlah tidak berjumpa kemajuan untuk Kuala Tahan.

Hilang 3000 peluang pekerjaan, infrastruktur dan fasilitas  yang mampu memberikan kemudahan bagi anak-anak muda dimasa hadapan.

Kesian orang-orang kampung yang baru hendak merasa nikmat kenaikan hartanah di Kuala Tahan. Baru mahu kecapi kemudahan dan kesenangan hidup baru digagalkan oleh seorang ahli parlimen BN!

Tugas pemimpin menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat. Ini sudah jadi lain dari dasar.

Demi rakyat bukan membantah kebaikan kepada rakyat.

ADUN Tahan sangat sedih bila usaha kerajaan dan Felda mahu naiktarafkan rakyat ditentang oleh kumpulan penentang projek sturgeon Kuala Tahan yang tidak mahu lihat kejayaan kepada rakyat yang mereka itu juga rakyat.

Peluang ekonomi untuk anak muda dikawasan berdekatan terbuka luas dari segenap sudut.

Peluang ekonomi IKS bagi orang kampung menghasilkan makanan ikan sturgeon.

Nilai hartanah di kawasan Kuala Tahan meningkat dengan mendadak jika pembangunan yang dirancang menjadi kenyataan hingga dinilai mengikut kaki persegi.

ADUN Tahan telah berusaha keras mengubah dan cuba membawa lambang kejayaan orang Melayu iaitu Felda bagi kita membantu penduduk dan masyarakat Kuala Tahan.

Projek-projek jalan dan jambatan.

Masjid rekabentuk pelancongan pertama di Malaysia RM11 juta telah lulus.

RTC (Rural Transformation Centre) RM70 juta telah dipersetujui.

Taman orkid terbesar dunia. MARDI sudah bersetuju menjadi rakan penasihat.

Peminat-peminat orkid  dari seluruh dunia akan dibawa ke Kuala Tahan.

Sektor pelancongan meningkat dengan baik jika fasiliti yang baik disediakan di situ sesuai dengan rancangan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah yang WZWH bersedia untuk bangunkan di Kuala Tahan.

Monday, October 6, 2014

Kerajaan Negeri Pahang "Sudah Dijajah" Bila Dipengaruhi Orang Luar Guna "EIA" Menghalang Pembangunan Negeri Buat Pelabur Lari

WZWH anak jati Pahang.

WZWH tidak suka melihat Kerajaan Negeri Pahang "dijajah" dipengaruhi orang luar guna EIA @ DEIA menghalang pembangunan negeri boleh boleh buat pelabur lari.

WZWH bagi 2 kes terbaru:

Projek Lynas sepatutnya tidak perlu EIA. Tapi bila lihat ramai NGO Alam Sekitar dan parti politik pembangkang menentang, Kemudian buat DEIA, panggil lagi pakar nuklear dan atom agensi antarabangsa.

Walau DEIA memberi keputusan positif. NGO Alam Sekitar dan parti politik pembangkang tetap menentang. Proses ini membuang masa dan wang pelabur.

Projek Sturgeon Kuala Tahan 50 ekar (yang cadang buat cuma 30 ekar). Tidak perlu EIA sebenarnya tapi DOE @ JAS kerana terpengaruh dengan NGO Alam Sekitar kononnya suruh pemaju buat DEIA.

Tak patut. Melambatkan masa dan meletihkan pemaju. Kalau pemaju tidak sabar pemaju boleh lari. Dan banyak projek lain kalau macam ini ramai pelabur angkat kaki lari.

Ini menghalang pembangunan negeri Pahang!

Kerajaan Negeri Pahang "sudah dijajah" bila mudah dipengaruhi orang luar guna EIA @ DEIA  menghalang pembangunan negeri boleh buat atau berisiko pelabur lari.

Kes Sturgeon. Mesyuarat MMK EXCO Pahang panggil orang luar.

Orang luar ini kononnya NGO Alam Sekitar.

Di Johor, Kerajaan Johor tidak pakai orang ini kerana suka menentang projek-projek pembangunan di negeri Johor.

Orang ini satu masa dulu laku di Terengganu.

Ada projek pulau bebas cukai di Tasik Kenyir. 

Sebab orang ini menjadi consultant. Dilantik menjadi consultant buat projek itu tapi tidak pula ada EIA!

Orang ini suka buat kecoh dan gempar mempengaruhi orang kampung guna anak-anak buahnya.

Jika dibagi projek sebagai consultant , orang ini akan menyokong projek itu. Tidak buat EIA pun tidak mengapa.

Di Johor, orang kampung dibayar oleh kerajaan asing untuk memprotes dan menentang projek pembangunan.

WZWH suka ketegasan Sultan Johor dalam menangani orang macam ini.  Sila baca copy n paste dibawah....




In his officiating speech at the opening of the Johor state assembly on May 31 2014, Sultan Ibrahim  stated that EIA is required for projects in the state, but went on to say: "But unfortunately, there are irresponsible quarters who use their power over the EIA as a weapon to prevent development that is not in their interest.

"Why are there quarters taking their own sweet time and deliberately delaying the approval? Such action obstructs the state's development and cause investors to run elsewhere.

"Johor is the right of Johoreans and only Johoreans know the situation and needs of Johor.

"Why should there be outsiders who try to interfere and teach us about what we should do in our own state?"

Sultan Ibrahim then called on the state government to take over jurisdiction of preservation of the environment, citing that it is closely related to land and water matters that fall under the state.

The Department of Environment, a federal agency, oversees all EIA matters.

Friday, October 3, 2014

WZWH Menjunjung Kasih KDYMM Tuanku Sultan Pahang



Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang pada hari Khamis 2 Oktober 2014, 9.30 pagi di Balairong Seri Istana Abu Bakar Pekan.


"Raja pemerintah ialah punca Keadilan dan bagi segala kuasa Kerajaan dalam Negeri dan di segala Jajahan takluknya dan, dengan sebab itu, adalah mercu bagi semua gelaran-gelaran, pangkat-pangkat kemuliaan, pangkat-pangkat kebesaran dan kurniaan-kurniaan dalam Negeri dan Kerajaannya"

Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang Per2,Bah1,Bab 1 Raja Pemerintah


Dato' WZWH DIMP, AMP.



Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-83 KDYMM Sultan Pahang serta menjunjung titah perintah bahawa KDYMM Tuanku telah mengampuni limpah perkenan mengurniakan kepada WZWH:


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG
YANG AMAT MULIA - PERINGKAT KEDUA
DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP)
( YANG MEMBAWA GELARAN DATO' )


Semoga WZWH akan terus menyumbang khidmat bakti yang cemerlang kepada Raja dan Negeri Pahang Darul Makmur.



WZWH menjunjung kasih KDYMM Tuanku Sultan Pahang.

Kedaulatan Raja Terpelihara

Rakyat Sejahtera

Negeri Makmur

Taat Kepada Allah

Setia Kepada Raja

Cinta kepada Negeri

Ya Allah

Lanjutkan Usia Sultan Kami

"Seseorang Muslim wajib patuh dan setia terhadap raja/pemimpinnya dalam hal yang disukai maupun yang tidak disukai, kecuali dia diperintahkan untuk melakukan perkara maksiat. Jika diperintahkan untuk melakukan maksiat, maka jangan patuh dan taat kepadanya". (Hadis Sahih Muslim)


Barang siapa menderhakaku, bererti menderhakai Allah.
Barang siapa mentaati raja / pemerintahku, bererti mentaatiku,
dan barang siapa menderhaka raja/ pemerintahku,
bererti menderhakaiku". (Hadis Sahih Muslim)

Daulat Tuanku

Siapa Yang Perlu Dipindahkan? Ikan Sturgeon Atau Ahli Parlimen Jerantut!


Update terkini pemimpin akar umbi peneroka, kampung tradisional, kepimpinan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyatakan pendirian menyokong projek Felda-Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan.


































Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyokong projek ternak sturgeon dan meminta ahli parlimen Jerantut menghentikan kempen anti Projek Sturgeon Kuala Tahan.
















Wanita UMNO Bahagian Jerantut turut menyokong Projek Sturgeon Kuala Tahan diteruskan.
















Pemimpin akar umbi peneroka Felda Sg Retang dan Felda Padang Piol mahu Felda teruskan Projek Sturgeon Kuala Tahan.
















Pemimpin akar umbi kampung tradisional mahu Projek Sturgeon diteruskan.

Hanya ahli parlimen Jerantut berkempen menentang Projek Sturgeon di Kuala Tahan. Secara tidak lansung ahli parlimen Jerantut telah sabotaj usaha-usaha kerajaan Pusat dan Negeri serta GLC mahu membangun DUN Tahan.

Photo: Muka Depan Sinar Harian Edisi Pahang
Photo: Artikel didalam The Star hari ini





Projek ikan sturgeon di Kuala Tahan bernilai permulaan RM150 juta bagi pengeluaran caviar dan jika berjaya dijangkakan menghasilkan industri berbilion ringgit. Itu perancangan Felda bagi generasi baru peneroka dan kampung tradisional.

Itu sebab ADUN Tahan dan WZWH menyokong kuat projek ini.

Itu sebab Putrajaya dan Kuantan menyokong projek ini.

Itu sebab tanah seluas 50 ekar diberi kepada Felda di Kuala Tahan (bukan dalam kawasan Taman Negara) yang diguna cuma 30 ekar mahu buat Caviar Park menggunakan teknologi dan kejuruteraan Korea.

Malangnya ahli parlimen Jerantut membangkang Projek Sturgeon Kuala Tahan dengan menggunakan NGO Alam Sekitar dan kroni politiknya yang merupakan golongan minoriti kampung Kuala Tahan.

Lebih malang DOE atau JAS lebih mendengar dan terpengaruh dengan cakap NGO alam sekitar tanpa turun padang. JAS mahu DEIA itu pun tidak mengapa tiada masalah maka consultant pun dilantik oleh Felda.

Keputusan MMK EXCO Pahang pun begitu projek ini perlu detailed EIA @ DEIA. Untuk buat DEIA perlukan masa. Tunggulah DEIA bila postif baru boleh buat.

Janganlah ahli parlimen Jerantut buat preliminary DEIA bagi mempengaruhi orang kampung menentang Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan.

Tanah 50 ekar itu tanah Felda. Apa Felda buat adalah melantik kontraktor buat access road @ jalan masuk dulu maka itu dijadikan isu kononnya banyak kayu balak ditebang.

Di DUN Tahan, Felcra tebang balak 10,000 ekar mahu tanam getah, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

DI DUN Tahan, Yayasan Pahang tebang balak 20,000 ekar mahu tanam getah, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

Di DUN Tahan, MPOB tebang balak 2000 ekar mahu buat tapak dan research kelapa sawit, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

Di DUN Tahan, TNB mahu buat Projek Hidroelektrik Sg Tekai, kerajaan negeri tebang balak 40,000 ekar, tiada ahli parlimen dan NGO alam sekitar bangkang.

Tapi Felda mahu tebang beberapa kayu balak mahu buat access road dalam kawasan seluas 30 ekar ITU yang ahli parlimen Jerantut dan NGO alam sekitar bangkang!

Kenapa ahli parlimen Jerantut mahu menggagalkan Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan yang boleh memberikan peluang pekerjaan kepada orang muda dan mengembang ekonomi orang kampung?

Kenapa ahli parlimen Jerantut mahu mengagalkan selepas Projek Sturgeon Kuala Tahan ini berjaya mahu buat banyak projek-projek infrastruktur menyokong Projek Sturgeon ini , membina kilang spirulina bagi makanan ikan sturgeon.

Kenapa ahli parlimen Jerantut tidak nampak bahawa sebilion ringgit nilai infrastruktur akan menyusul bila siap Caviar Park nanti.

Kenapa ahli parlimen Jerantut menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan?

Sampai menjadi ikutan kepimpinan PAS, PKR dan DAP Pahang. 

Kenapa ahli parlimen Jerantut senada politik dengan pembangkang Pahang?

Jangan ingat itu projek peribadi ADUN Tahan. Sebenarnya itu projek Felda.

Jangan ingat hanya ADUN Tahan seorang naik nama dan political mileage. Sebenarnya nama dan political mileage ahli parlimen Jerantut pun naik kerana DUN Tahan terletak dalam parlimen Jerantut.

Janganlah ahli parlimen Jerantut merasa dengki atau iri hati kalau di sebabkan Projek Ikan Sturgeon itu dilancar nanti atau berjaya buat selalu PM atau Tuanku Sultan Pahang suka berangkat ke DUN Tahan.

Ahli parlimen Jerantut jangan menentang projek yang baik untuk masyarakat.

Siapa itu kekuatan di belakang Felda? Memang Felda itu agensi kerajaan yang berjaya di dunia dan global, menjadi ikutan model dunia di dalam meyusun masyarakat baru dan di luar bandar.

Kekuatan Felda di Jerantut mempunyai 20,000 pengundi peneroka dan family.

Kekuatan Felda di Jerantut mempunyai 15,000 pengundi kampung tradisional.

Kekuatan Felda di Jerantut mempunyai 25,000 pengundi bawah umur 40 tahun ini Pemuda dan Pemudi yang mahukan pekerjaan.

Jika ahli parlimen Jerantut beriya membangkangkan projek Felda iaitu Projek Sturgeon Kuala Tahan akibatnya nanti natijahnya:

Jangan sampai nanti orang Jerantut terutama Pemuda dan Peneroka / kampung tradisional berdemonstrasi atau mendesak memindahkan ahli parlimen Jerantut ke tempat lain kerana suka membangkang projek kerajaan yang berniat baik membantu masyarakat.

Jangan sampai DS Najib PM memandang serong kepada ahli parlimen Jerantut.

Jangan sampai Tuanku Sultan Pahang murka kerana ahli parlimen Jerantut menentang projek yang memberi kebaikan kepada hamba rakyat baginda di Pahang.

Jangan sampai MB Pahang merasa tersalah pilih kerana disangka kerbau hitam molek berkilat tapi sebenarnya kerbau balau!

Siapa yang perlu dipindahkan? Ikan sturgeon atau ahli parlimen Jerantut!!!

Wednesday, October 1, 2014

Tinggalan Kota Istana Sri Terentang Pekan




Jika kita baca buku-buku sejarah Pahang atau journal lama yang ditulis oleh orang putih selalu kita jumpa Istana Sri Terentang.

Merupakan istana yang ketiga tertua di Pekan. Dibina pada tahun 1904 dan siap pada tahun 1908.

Kos pembinaan hanya $21,187.

Nama istana diambil berdasarkan keadaan sekitar yang mana pada masa itu kawasan istana ini dikelilingi pokok terentang.

Rekabentuk adalah hasil ilham Tengku Mahmud ibni Sultan Ahmad sendiri.

Tengku Mahmud menjadi Sultan Pahang ke dua (1914-1917).

Selepas itu adik baginda , Sultan Abdullah menjadi Sultan Pahang yang ke tiga (1919-1932).

Ini bererti dua orang sultan telah ditabal di Balairong Sri Istana Sri Terentang.

Telah dirobohkan namun masih ada bekas tinggalannya yang dikelilingi taman yang indah.

Bekas tinggalan dan runtuhan ada di dalam kawasan Istana Abu Bakar Pekan.

Hanya foto-foto ini yang tinggal kenangan...





















































































































































































WZWH bersama YH Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali (Pegawai Protokol Istana Abu Bakar, Pekan).

Bonda Tengku Dato' Haji Iskandar ialah almarhumah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah.

Sebagai makluman, YAM Tengku Seri merupakan kekanda sulung dan sebonda dengan KDYMM Sultan Pahang sekarang. Sebagai puteri sulung, YAM amat dikasihi oleh ayahandanya Almarhum Sultan Abu Bakar dan bondanya DYMM Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah.

Berdasarkan catatan, YAM Tengku Seri pernah bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Ali Shah ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (memerintah Terengganu pada 26 September 1942 – 5 November 1945). Bondanya Tengku Ali @ Sultan Ali adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...