Tuesday, June 14, 2011

WE (UMNO) INNOVATE, THEY (PAS) IMMITATE...



Orang Islam yang berfikir berasa pelik dengan perangai Nik Aziz yang tidak habis-habis mempermainkan Islam dan mengguna ayat-ayat Quran untuk agenda politik PAS.

Yang lagi pelik, PAS bersama teman-temannya dalam DAP dan PKR sebenarnya cuba MENIRU konsep pemerintahan/perjuangan yang telah sekian lama dipraktikkan oleh UMNO dan BN. Tetapi, biasanya yang ASLI / ORIGINAL adalah yang TERBAIK.

”WE (UMNO) INNOVATE, THEY (PAS) IMMITATE...”. Dalam hal ini, slogan ini amat bertepatan..PAS sudah buntu, jadi apa salahnya mereka meniru cara UMNO iaitu adakan slogan baru yang sebenarnya sudah BASI (kerana UMNO dan BN sudah lama mempraktikkan konsep menjaga kebajikan rakyat..) Slogan terbaru BN, ”RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...” ialah contoh kebajikan yang BN praktikkan tanpa perlu heboh-heboh seperti PAS.

Tapi, biarlah PAS berbangga dengan INNOVASI terbaru mereka. Kesian, sebab pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS sudah ketandusan idea dan tidak berapa bijak. Selama hari ini pun ramai para professional dan ahli PAS yang telah menerima KEBAJIKAN daripada kerajaan yang diterajui UMNO, tapi mereka buat-buat lupa...Kesian sungguh...

WZWH berpendapat Pertukaran perjuangan asas PAS dari penubuhan negara Islam kepada penubuhan negara kebajikan sepatutnya dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh semua bahagian dan cawangan PAS di seluruh negara sebelum ia boleh dijadikan matlamat baru parti.

WZWH  rasa kurang adil hanya disebabkan Nik Aziz dan Presiden PAS cakap boleh tukar, maka tiba-tiba tukarlah matlamat perjuangan PAS. PAS bukan milik mana-mana individu tapi ianya adalah milik semua ahli PAS yang kebanyakanya golongan ulama.

Ianya perlu mendapat persetujuan ahli-ahli PAS sebab ia melibatkan perkara asas perjuangan PAS. Mungkin Perlembagaan PAS juga perlu ditukar dengan matlamat baru memperjuangkan negara kebajikan. Dengan ini barulah ini dapat meyakinkan orang ramai bahawa pertukaran matlamat itu mendapat persetujuan semua pihak dalam PAS.

Kalau mereka berjaya meyakinkan ahli-ahli PAS untuk tukar perlembagaan PAS, maka terpulanglah. WZWH rasa mereka lebih arif tentang hukum-hakam agama bahawa setiap yang perkara yang dibuat di dunia akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.

Kita perlu banyak bersabarlah.  PAS telah mengambil masa selama lebih 50 tahun untuk mengetahui bahawa al-Quran tidak ada menyebut 'negara Islam'. Maka WZWH tidak hairan kalau mereka perlukan selama 50 tahun lagi untuk tahu bahawa al-Quran (Allah) menghendaki kita merapatkan silaturrahim sesama umat Islam. Walau bagaimanapun dalam masa yang lebih singkat insya Allah, mereka akan tahu bahawa al-Quran menghendaki kita mengutamakan saudara seagama jika dibandingkan dengan mereka yang berlainan agama. Biarlah PAS terjun dengan labu-labunya, asalkan UMNO tidak ikut sama terjun...

Mungkin juga PAS menukarkan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' kerana parti-parti komponen dalam Barisan Nasional terutamanya MCA takut dengan perkataan tersebut. MCA pernah menyatakan bahawa PAS perlu menggugurkan perkataan 'Negara Islam' sekiranya mahu menyertai Barisan Nasional.

Penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional penting demi penyatuan orang Melayu. Orang Melayu akan mempunyai suara majoriti yang kukuh. Mereka akan dapat memperbaiki keadaan mereka yang agak ketinggalan terutamanya dari segi ekonomi.

Kini PAS telah menggugurkan perkataan 'Negara Islam'. WZWH mengucapkan syabas atas langkah tersebut. Sekarang PAS boleh menyertai Barisan Nasional!

Kesimpulan: Kenapa perlu sokong PAS? Tolak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Jangan sokong PAS selagi PAS berada dalam Pakatan Rakyat!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

wzwh,
pas mengkelaskan pemimpinnya kepada 2 kelas.pertama ulama dan kedua profesional.agak lucu.meloyakan pun ada.pemimpin pas mana yang bertaraf ulama ni.berapa buah buku agama yang mreka dah terbitkan.buku agama atau kitab yang boleh dirujuki oleh umat islam demi mendaulahkan syariat dan tauhid islam.ada ke pemimpin pas yang macam tu.atau angkat bakul syok sendiri.kalau setakat lulusan al azhar atau universiti madinah ataupun universiti pakistan,saya pun layaklah digelar ulama.bersepah di luar sana yang ada itu semua.ulama yang sebenarnya bila berkata-kata sangat takut akan kemurkaan allah.bila berhujah hanya yang hak dan tidak mementingkan kepentingan diri da kumpulan.ada ke pemimpin pas yang macam tu.perjuangan mereka selama ini adalah menegakkan negara islam.sekarang ni negara kebajikan pulak.sekarang baru sedar tiada disebutkan negara islam dalam alqur'an.sia2lah mereka mengkafirkan umno.sia-sialah sembahyang dua imam.sia-sialah kenduri asing-asingan.sia-sialah nikah semula ahli pas dan umno.sia-sialah perjuangan ibrahim libya yang terkorban kerana taksub kepada perjuangan tok guru pas.sia-sialah ahli pas yang sanggup jadi budak suruhan dap dengan berbaring di atas jalan raya menghalang kenderaan di raja perak.pas sentiasa hidup dalam keadaan sia-sia.lebih sia=sia lagi bila pas lebih rela mengutama kafir laknat dan menepikan ajaran al qur'an yang menyuruh kita merapatkan silaturahim sesama islam.
itu bab kepimpinan ulama.
sekarang lihat pula kepimpinan profesional.profesional ke mat sabu yang gagal dalam peperiksaan di itm.profesional ke mahfuz omar yang hanya lulus srp dan jadi kuli di lapangan terbang.profesional taik kucing lah tu....dua orang ni timbalan dan naib presiden.bayangkan lah mereka ni jadi menteri pusat.tidat saya nak bayangkan.
sesungguhnya Allah meletakkan seseorang itu pada tempat yang seadil-adilnya.kita tidak adil jika meletakkan kasut di atas kepala dan meletakkan songkok di kaki.rakyat malaysia yang berakal fikir-fikirkanlah.

Kutukan Dewata:

setiap pemimpin yang memimpin negara adalah pemimpin yang di angkat oleh allah.janji allah adalah Dia akan angkat kerajaan yang dia suka,dan akan jatuhkan kerajaan yang Dia tidak suka.jadi janganlah kita nak sibuk2 sampai berkelahi sesama sendiri.sampai janji allah maka bertukarlah kerajaan.itu pun kalau kita percaya pada rukun imam.wassalam.

Anonymous said...

Islam tidak mengajar umatnya untuk bersengketa, malahan sentiasa menyeru ke arah kebaikan...Islam juga tidak pernah mengajar untuk bermusuhan..sesama Islam adalah bersaudara, cuma apabila taksub kepada parti politik, agama jadi taruhan...adalah terbaik jika Pas menyambut saranan kerajaan perpaduan..daripada berganding bahu dengan DAP yang jelas punyai agenda tertentu..jika satu agama, satu bangsa bersatu....Malaysia akan terus gah, tidak berpecah belah.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024