Thursday, September 1, 2011

"The Politics Of Happiness" Kearah Penyatuan 1Malaysia


Konsep satu Malaysia @ 1Malaysia adalah ilham DS Najib bagi menyatukan rakyat berbilang agama, bangsa dan berbagai kepercayaan sistem hidup sebagai satu negara Malaysia yang kukuh.

Politik yang penuh polemik tidak berkualiti tidak boleh membangunkan negara yang sihat. Berbagai interpretasi dan kritik terhadap konsep 1Malaysia ini adalah dijangka kerana ramai rakyat negara ini termasuk ahli-ahli politiknya tidak faham "the politics of happiness".

"The politics of happiness" adalah jalan kearah penyatuan 1Malaysia.

Sejak 40 tahun dulu, beribu kajian telah dijalan mengenai subjek 'happiness'-kebahgiaan'. Ada mengkaji tahap 'happiness' atau ketidakpuasan berkaitan rutin aktiviti seharian seperti bekerja, berjumpa kawan-kawan atau buat kerja rumah. Ada yang cuba menentukan setakat mana pendapatan, famili,agama dan lain faktor berkaitan dengan kepuasan manusia terhadap kehidupan mereka.

Diseluruh dunia, berbagai kajiselidik mengenai 'happiness' dijalankan, ada beberapa negara bercadang mahu mengeluarkan laporan berkala pertumbuhan atau kejatuhan 'happiness' dikalangan rakyat.

Negara kecil Bhutan dekat Banjaran Himalaya telah menguna pakai "Gross National Happiness" sebagai dasar ekonomi utama. Bagaimana kajian 'happiness' memberi kesan kepada dasar kerajaan Malaysia akan datang?

DS Najib boleh mencuba data dan maklumat dari kajian-kajian 'happiness' yang akan , sedang dijalankan di Malaysia memahami tahap 'happiness' rakyat Malaysia dan apa yang boleh buat rakyat Malaysia 'happy'.

Najib boleh memperkenal beberapa dasar-dasar kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan membaiki kualiti kehidupan warga negara rakyat Malaysia.

Implikasi-implikasi dasar pertumbuhan ekonomi, persamaan, persaraan, penggangoran, kesihatan, kesihatan mental, program famili, pelajaran, kualiti kerajaan adalah polisi area yang boleh diaplikasi.

Sudah sampai masanya , "the politic of happiness" memberi cahaya baru mengenai apa yang boleh buat rakyat 'happy' dan bagaimana polisi dan dasar kerajaan boleh memberi lebih kepuasan kepada semua.

Kepuasan rakyat Malaysia penting bagi menjamin mandat majoriti 2/3 BN dalam PRU 13. Jawapan kepada kenapa BN tidak mendapat sokongan majoriti 2/3 rakyat Malaysia dalam PRU 12, adalah kerana yang sebenarnya rakyat Malaysia tidak puas hati dan kurang 'happiness' BUKAN kerana Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat itu kuat pengaruh politik tetapi sebab "The Politics Of Happiness" .

Tidak rugi untuk Najib menguna pakai "The Politics Of Happiness" sebagai polisi dan dasar kerajaan bagi menambah kepuasan rakyat yang akan diterjemah dalam peti undi menyokong BN.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...