Friday, February 24, 2012

WZWH Berblog Kerana Itu Ibadah Dan Sunnah Rasulullah

 

Ibadah sering dikaitkan dengan sejadah, Al-Quran, masjid, ratib, dan sebagainya yang berbentuk ritual. Berblog juga adalah satu ibadah sebenarnya.

Mengapa seorang blogger itu mampu dekat kepada Allah SWT. Pertama adalah kerana dia melayan aktiviti bloggingnya sebagai ibadah, bukan perkara sia-sia.

Untuk apa kita diciptakan oleh Allah SWT? Untuk menjadi hambaNya. Mengabdikan diri kepadaNya.

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku).” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Maka jangan pula disalah anggap ibadah itu hanya di dalam masjid, solat, baca Al-quran dan sebagainya. Betapa Allah SWT tidak menyenaraikan amalan-amalan tertentu dalam ayat 56 Surah Adz-Dzariyat itu menunjukkan bahawa makna Ibadah itu adalah seluruh kehidupan itu sendiri, tanpa menafikan kewajiban ibadah-ibadah khusus seperti Solat, Baca Al-Quran, Puasa, Zakat, Haji dan sebagainya.

Sebab itu kita jelas apabila Rasulullah SAW bersabda:

Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat bertaqwa kepadaNya, aku juga berpuasa tetapi aku berbuka, dan aku juga bersembahyang tetapi aku juga tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka akan sunnahku, mereka itu bukanlah dari kalangan pengikutku(ummahku)” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Jelas Rasulullah itu tidak berliwat. 

Justeru seorang mu’min tidak akan menjadikan blognya satu medan sia-sia, kerana di situ ada pengabdian dirinya kepada Allah SWT.

Tiang Utama Seorang Blogger bahawa syarat untuk amal diterima oleh Allah SWT ada dua:

1 – Apa yang kita lakukan itu mestilah berada dalam batasan syara’.

2 – Ikhlas.

Maka itulah juga syaratnya untuk menjadikan blog ini sebagai amalan yang diterima oleh Allah SWT.

Apa yang kita lakukan itu mestilah membina ummah.

Apa yang kita lakukan itu mestilah meruntuhkan jahiliyyah.

Untuk menjadikan aktiviti berblog kita sebagai ibadah, hendaklah blog kita itu mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Penyampaiannya adalah syara’ dan tidak terkeluar daripadanya. Tidak semestinya tazkirah, diari pun boleh, sekadar fotografi pun boleh, poster sahaja pun tak mengapa, tetapi pastikan kita tidak menyampaikan, atau mengajak kepada sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang diarahkan olehNya.
  • Tidak pula kita letak padanya gambar-gambar yang tidak syar’ie, baik milik kita atau milik orang lain. Kita yang tidak menutup aurat, terdedah bentuk tubuh, tidak sopan, gambar pelakon-artis atau sesiapa sahaja yang jelas tidak menutup aurat dan sebagainya.
  • Apa-apa yang kita sampaikan itu, mestilah sesuatu yang benar, bukan palsu, bukan pembohongan, dan semestinya dihubungkan dengan Allah SWT, mengajak manusia pulang kepada Allah SWT, mempunyai mesej-mesej kebaikan, hatta kalau hendak menulis diari pun, kita ceritakan perkara-perkara yang mampu memberikan manfaat. Bukan sekadar perkara yang sia-sia, bukan sekadar berkenaan diri kita begitu sahaja, dan tidak pula kita menyampaikan sesuatu yang tidak membuahkan amal.
  • Kita menggerakkan blog kita dalam keadaan ikhlas. Memang ikhlas ini tidak dilihat oleh pelawat dan pembaca. Tetapi sesungguhnya Allah mengetahui, dan ini hakikatnya memberikan kesan kepada gerak kerja kita.

Inilah dia ciri-ciri blog yang menjadi ‘ubudiyyah kepada Allah SWT.

Jelas di sini, blogger yang baik, tidak akan meletakkan apa-apa sahaja bentuk jahiliyyah di dalam blognya. Begitu juga dengan perkara yang sia-sia.

Blogger yang baik, yang benar-benar hendak menjadikan blognya sebagai satu medan ibadah, adalah yang akan memberikan kepada pembacanya satu suasana yang sederhana di dalam blognya. Tiada apa yang ada di blognya yang boleh membuatkan manusia menyimpang daripada Allah SWT. Itu satu indikator bahawa blognya adalah blog ibadah kepada Allah SWT.

Dengan berblog pun boleh mendapat pahala.

“ Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” Riwayat Muslim.

Tetapi, sekiranya yang kita pamerkan di dalam blog kita adalah kemungkaran, keingkaran kepada Allah, apakah yang akan kita dapat? Dosa.

Sebab itu kita kembali kepada siapakah yang dinyatakan beruntung di dalam Al-Quran.

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan ke arah kebenaran, dan mereka yang berpesan-pesan ke arah kesabaran.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Tetapi usah dilupa bahawa berblog bukanlah ibadah utama sehingga membolehkan kita meninggalkan ibadah-ibadah fardhu dan khusus yang lainnya. Berblog tidak membolehkan kita melewatkan solat. Berblog tidak membolehkan kita untuk tidak meluangkan masa kepada ibu bapa.

Justeru, blogger yang menjadikan blognya pentas ibadah, adalah blogger yang berdisiplin dengan ibadah-ibadah fardhunya, ibadah-ibadah khususnya, dan sunatnya. Dia juga menjaga hubungan dengan keluarga, rakan-rakan, dan tidak pula hanya terperuk di hadapan komputer dengan aktiviti bloggingnya.

Kerana, blog hanyalah salah satu wasilah, jalan, cara. Blog tidak akan sesekali menjadi matlamat, dan menjadi penyelesaian utama dalam menyampaikan agama Allah SWT.

Berblog adalah sunnah Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.


Blog itu tabligh.

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.

“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)

Berblog itu menyampai kebaikan kepada masyarakat.

Itu sebab WZWH berblog kerana itu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW.

5 comments:

Anonymous said...

Aku tak nak ulas berblog itu satu sunnah atau ibadat. seharus para alim ulamak yg berhak menasihati akan perkara tersebut...kalau benar ianya sunnah...tentu para alim ulamak telah lama mempunyai blog...cuba check Mufti Harussani dah ada blog ke blum?

Tapi pada kwn menyampaikan sesuatu kebaikan itu sunnah dan menyampaikan sesuatu yg tidak baik atau menyembunyikan kebaikan itu berdosa dan bukan sunnah...

Blog ni adalah satu bentuk penyampaian maklumat. Siapa yg menjadi pengguna blog? adakah PM, menteri2 atau orang2 yg memerlukan maklumat?...

PM dan menteri kabinet aku rasa dia org ni tak layan blog2 ni..mereka sibuk dengan hal yg lebih besar/penting dari menghabiskan masa membaca blog2...

Org2 yg memerlukan maklumat yg biasanya cenderung membuka blog dan beberapa laman web lain....

kalau maklumat boleh didapati dengan mudah seperti pada akhbar2 dan tv maka pencari maklumat tak perlu nak ke blog yg mengeluarkan berita sama..kata org mengabiskan masa dan duit untuk internet...

org mencari maklumat dlm blog kerana maklumat itu tidak akan diperolehi pada lain2 media...dlm hal ini, keadaan sekarang berita2 mengenai parti PKR/PAS/DAP tidak di benarkan disiar pada TV dan surat kabar harian...maka mereka perlu kepada media altenatif seperti blog, youtube dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat..

blog ni dibuat oleh pelbagai blogger ...ada blogger politik pro kerajaan dan anti kerajaan...blog peribadi, blogger upahan dan sebagainya...

blog wzwh ni blog mcmne plak?...nampaknya cenderung pada BN dan Adun Tahan je...kalau begitu betul ke sunah?..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:16,
PRU 12 rakyat Jerantut memberi mandat kepada parlimen dan 3 DUN BN termasuk DUN Tahan. Sewajarlah mandat itu digunakan sebaik mungkin cekap dan berkesan. Sudah tentu WZWH merujuk kepada BN dan ADUN Tahan terutamanya mengangkat martabat ekonomi,sosial dan politik Jerantut ke tahap yang cemerlang. Tidakkah itu sunnah seperti Rasulullah mahu memajukan bangsa Arab dan masyarakat Islam di zamannya. Begitu juga harapan WZWH. Allah yang mengetahui jua niat WZWH.

peronda blog. said...

Baguih la tu...tapi jgn copy paste bahan kat blog lain udah laa...

Anonymous said...

Jangan buat kerja GO BLOG.

Anonymous said...

anon atas sekali ketinggalan zaman.zaman siber anak muda lebih ramai membaca blog.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024