Wednesday, March 7, 2012

Tun Sri Lanang Menulis Sulalatus Salatin Menjawab Sumpah Palapa Gajah Mada Dan Imperialis Barat

Di daerah Samalanga, Acheh terdapat makam Tun Sri Lanang, seorang bangsawan yang amat terkenal kerana menulis buku "Sulalatus Salatin", juga dikenali sebagai "Sejarah Melayu".

Beliau adalah Bendahara Johor awal abad ke 17 tetapi ditawan lalu dibawa ke Aceh bersama sejumlah bangsawan juga kerabat diraja malah Sultan empayar Johor-Riau sendiri... oleh Sultan Iskandar Muda yang memerintah Aceh 1607-1636.

Tun Sri Lanang kemudian diangkat untuk menjadi raja (Uleebalang) yang memerintah daerah (dahulu negeri) Samalanga lalu dipanggil Ampon Sheikh Samalanga.

Ia adalah jawatan turun-temurun yang diwarisi keturunan beliau di sini lalu makam mereka turut terdapat berdekatan makam Tun Sri Lanang.

Seorang cucu perempuan Tun Sri Lanang pula berkahwin dengan Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus dari Aceh. Cucu Sayyid ini menjadi Bendahara Johor bernama Tun Habib Abdul Majid yang mana anak cucu Bendahara ini kemudian menjadi Sultan-sultan Terengganu, Johor dan Pahang hingga kini. 

Tun Sri Lanang menulis Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu 400 tahun dulu bukanlah omongan kosong. Buku ini masih kekal relevan kepada survival politik Melayu dan negara bangsa.

Walau Profesor Sejarah ada yang mengecilkan hasil kerja Tun Sri Lanang namun WZWH berpendapat kita yang tahu dan mewarisi budaya Tun Sri Lanang perlu mengatakan ini hasil kerja pakar yang profesional dalam bidang politik  yang kita boleh banggakan.

Seorang Bendahara yang amat terkenal, iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad anak kepada Tun Ahmad juga dikenali sebagai Tun Seri Lanang, lahir pada tahun 1565 Masihi di Seluyut, Johor. Beliau menjadi Bendahara kepada dua orang sultan bagi Kerajaan Johor Lama, iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M).

Sebelum peristiwa Aceh menyerang Johor dalam Perang Batu Sawar pada tahun 1613 Masihi, Tun Seri Lanang telah dititahkan oleh Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin untuk menyusun kitab Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu pada 13 Mei 1612 Masihi. Tun Seri Lanang ialah seorang genius Melayu dan berbakat besar menghasilkan sebuah karya agung sehebat menulis Sulalatus Salatin.

Pada ketika 500 tahun dulu 1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis dan disambung oleh Belanda pada 1641 dan diserang oleh Acheh apa harapan Malay Kingdom-Johor mahu membangkitkan kembali semangat juang dan motivasi hidup rakyatnya?

Ketika berlakunya Perang Batu Sawar pada tahun 1613, Tun Seri Lanang dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah (Sultan Abdullah Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23,000 orang rakyat Johor.

Jawatan Bendahara Johor disambung oleh waris keturunannya.  Antara keturunan Tun Sri Lanang yang terkemuka ialah Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Raja Temenggung Muar dan Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil.

Kedah, Perak, Pahang dan Johor mudah diratah oleh musuh penakluk. Negara hancur porak peranda huru hara ekonomi sosial dan politik. Negara ditawan, rakyat dikerah migrasi, keluarga raja dibawa pulang sebagai hasil peperangan.

Apa yang tinggal harapan untuk rakyat? Rakyat perlukan hero. Rakyat perlukan semangat. Rakyat perlukan pemimpin.

Sulalatus Salatin dalam bahasa Arab ialah "pertuturan segala Raja-Raja" ialah Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. 

650 tahun dulu Gajah Mada, Amangkubhumi (Perdana Menteri) Empayar Majapahit di zaman kegemilangan semasa Raja Hayam Wuruk memerintah telah bersumpah Palapa yang berisi bahwa ia akan menikmati palapa atau rempah-rempah (yang diertikan kenikmatan duniawi) bila telah berhasil menaklukkan Nusantara.

Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa
bila dialih-bahasakan mempunyai erti :
Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahwa bila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa


Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara. Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau Bintan, Temasik (sekarang Singapura), Semenanjung Malaya, kemudian pada tahun 1343 menaklukan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan sejumlah negeri di Kalimantan.

DS Najib pun patut ikut Gajah Mada bersumpah Palapa:

"Sira Najib Tun Razak pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Najib Tun Razak: Lamun huwus kalah Pakatan Rakyat ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Kelantan, ring Pulau Pinang, ring Selangor, ring Wilayah KL, ring Kedah, ring DAP, ring PKR, ring PAS, samana ingsun amukti palapa".

Tun Sri Lanang boleh beri inspirasi kepada cucu-cicitnya sedangkan sebagian keturunannya kembali ke Johor dan menjadi bendahara (Perdana Menteri) di sana seperti Tun Abdul Majid yang menjadi Bendahara Johor, Pahang Riau, Lingga (1688- 1697). Keturunan Tun Abdul Majid inilah menjadi zuriat Sultan Trengganu, Pahang, Johor dan Negeri Selangor hingga sekarang ini.

Di Aceh, Tun Seri Lanang dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Tun Seri Lanang juga diangkat menjadi Uleebalang (Raja) pertama Samalanga; yang terletak di pesisir timur Aceh, pada tahun 1613 – 1659 Masihi dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Lancok Samalanga, Aceh. Di Aceh, Tun Seri Lanang bergelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.

Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga bersama-sama rumah pusaka tinggalannya. Ketokohan beliau sebagai wira, pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Aceh, menukar Samalanga kepada pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Aceh selari dengan perkembangan sastera hingga kini. 

Tun Seri Lanang selalu berguru dengan ulama ulama terkenal di Aceh, seperti Nurdin al-Raniri, Tun Acheh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani. Hubungannya yang rapat dengan Syeikh Nuruddin al-Raniri menarik kedua-duanya bertukar ilmu ajaran Islam yang dikuasai oleh Syeikh Nuruddin, dan bahasa serta sastera Melayu yang dikuasai oleh Tun Seri Lanang.

Keturunan beliau Aceh yang telah bercampur baur dengan bangsawan Aceh, banyak yang menjadi tokoh terkenal seperti Pocut Meuligo-''Srikandi Aceh'', Amponsyik Teuku Muda Bugis, uleebalang Samalanga yang berhasil menewaskan Belanda dalam Perang Aceh (1873-1942) pada tahun 1881, Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Teuku H Zainal Abidin Bendahara serta banyak lagi.
Rujukan

4 comments:

ahmad Murad said...

good article bro....

Anonymous said...

hmm..sini ada sikit pelik. sbb kalo menurut sumber2 lain, salalatus salatin oleh Tun Sri Lanang, adalah hasil yang disusun semula..sedangkan karya asal adalah dari melaka sebelum dijajah pertugis. Apa yg tuan ceritakan adalah kisah bahagian dua, iaitu teks oleh Tun Sri Lanang yg disusun hasil permintaan sultan.

Anonymous said...

Salam, kalau boleh jgn sertai benda yg berkaitan dgn politik boleh...

Anonymous said...

Sejarah sekarang berkait dgn sejarah dahulu.Lagipun tak salah dikaitkan sejarah dgn politik kerana setiap sejarah melalui proses perjalanan politik sepanjang masa.Dalam islam pun politik tak boleh dipisahkan kerana mmg dah diketahui zaman Rasullullah s.a.w sendiri pada peringkat 3 cara mengembangkan islam melalui perang dan politik.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024