Tuesday, April 3, 2012

Strategi DAP Menghasut Dong Zong Menikam Belakang Pakatan Rakyat Pada PRU 13!


Wee Ka Siong : Saya Memang Ditumbuk

Banyak reaksi negatif dari guru-guru Melayu dan India yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) lanjutan demonstrasi dan tuntutan pertubuhan akedemik cina, Dong Zong di Kajang bulan lepas.

Ramai diantara guru-guru tersebut nyata tertekan dengan tindakan Dong Zong ini kerana selain berbaur perkauman, ia juga mampu menjejaskan penempatan guru-guru terbabit di sekolah di mana mereka mengajar sekarang kerana Dong Zong menuntut guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin dikeluarkan dari SRJKC.

Seolahnya negara Malaysia ini menuju kepada dasar apartheid melalui dasar pengasingan kaum di sekolah-sekolah.

Tapi yang lebih penting kata guru tersebut, jika semua tuntutan Dong Zong ini diperakukan kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah, usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu dari segi bahasa, selamanya tidak akan tercapai, melihat kepada pencapaian bahasa Melayu pelajar SRJKC sekarang.

WZWH amat bersetuju dengan pendapat tersebut kerana WZWH melihat sendiri tahap penguasaan bahasa Melayu dikalangan orang Cina hari ini berada di tahap yang amat mengecewakan. Tidak hairan kenapa ramai pelajar Cina gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan kerana gagal memperolehi kredit dalam bahasa Malaysia, walaupun cemerlang dalam matapelajaran yang lain.

WZWH cukup yakin, kalau 4 tuntutan Dong Zong itu dipenuhi, nescaya akan ada lebih banyak masalah yang timbul di masa hadapan.

Sekarang pun sikit demi sedikit pencapaian ekonomi kaum Cina semakin merosot, puncanya kerana kegagalan berinteraksi dengan pelanggan yang majoritinya dikuasai orang Melayu. Kegagalan ini banyak diakibatkan oleh sistem pendidikkan SRJKC yang hanya mengutamakan penguasaan dalam bahasa Mandarin.

Justeru, amat penting sekali untuk Pakatan Rakyat menjauhkan diri dari perjuangan dan pendekatan yang diamalkan Dong Zong ini. Paling penting DAP, kerana umum mengetahui DAP adalah tulang belakang di sebalik penubuhan dan perjuangan Dong Zong.

WZWH difahamkan, majoriti daripada peserta demonstrasi pada bulan lepas juga terdiri daripada ahli-ahli DAP.

Justifikasi WZWH kenapa strategi DAP menghasut Dong Zong Menikam Belakang Pakatan Rakyat Pada PRU 13!???

Kesemua 4 tuntutan Dong Zong itu akhirnya nanti akan menjerumuskan negara ini kepada konflik perkauman yang teruk. Sementara Pakatan Rakyat cuba menggambarkan UMNO, MCA dan MIC sebagai parti perkauman, Pakatan Rakyat sendiri bersengkongkol dengan pertubuhan perkauman seperti Dong Zong ini.

Selain itu, Dong Zong hanya memperjuangkan bahasa Mandarin sedangkan ramai orang Cina di Malaysia bertutur di dalam bahasa Kantonis. Tidak mustahil, penutur dialek selain Mandarin akan menjauhi diri dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Ditambah dengan masalah berkaitan dengan guru yang WZWH sebutkan di atas, pemimpin Pakatan Rakyat boleh bayangkan sahajalah masalah yang bakal Pakatan Rakyat hadapi nanti jika  Pakatan Rakyat bersengkongkol dengan kumpulan Dong Zong ini.

Itu belum disebutkan lagi dakwaan tindakan tidak bertamadun sesetengah peserta demonstrasi yang bertindak ala-ala samseng ke atas seorang pemimpin MCA yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

Imej samseng dan ganas yang cuba ditunjukkan oleh mereka yang menyokong perjuangan Dong Zong ini akan menjauhkan sokongan rakyat sekiranya Pakatan Rakyat dibuktikan turut terbabit.

Secara mudahnya, Dong Zong akan menjadi penghalang kepada usaha  untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak terikat dengan politik perkauman, apatah lagi disekolah.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, satu kenyataan tuan yang saya amat tidak setuju 'sekarangpun sedikit demi sedikit pencapaian ekonomi org cina semakin merosot...' Bicara tuan ni sentiasa songsang dek kerana nak jilat umno disamping nak perlekehkan pakatan raayat. Saya harap tuan dan penjilat tegar umno jgan anggap masyarakat bodoh dan semakin bodoh. BicaralaH DENGAN RASIONAL supaya tidahk menyerlahkan kelemahan diri.

Anonymous said...

Ko anon tak setuju ko bawak fakta dari mana?ko tahu ke ekonomi mereka 'sedikit demi sedikit' memang merosot dr segi peratusanberbanding tahun dulu dulu..memang zahirnya nampak ramai yg memiliki kekayaan dan dapat kek ekonomi dari segi pemilikan hartanah,barang dagangan,dan penguasaan hampir di setiap sektor tapi dek sebab intagrasi ekonomi yang menjurus tanpa berkongsi dengan bumiputera & kaum minoriti lain.putaran demand menjadikan mereka saja yang menawarkan dan mereka juga yang membuatkan permintaan.dari segi jangka panjang jkalau mereka terus berada dlm pusingan demikian adalah tidak sihat..penerokaan cabang ekonomi agak luas cuma melayu masih tak sampai ke tahap itu.kalau tak percaya bagilah mereka 20 tahun lavi kita akan lihat akhirnya mereka akan menyerap perkongsian tersebut..mungkin saudara tidak dari bidang eko.omi hanya memahami ekonomi secara asas dari pandangan mata bukan pengkhususan dalam ijazah berkaitan ekonomi dsbgnya..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024