Monday, April 16, 2012

Tuan Ibrahim Tuan Man Risau Majoriti Orang Melayu Percaya PAS Punca Perpecahan Orang Islam!

Akhirnya Tuan Ibrahim Tuan Man risau bila sebahagian masyarakat Melayu percaya PAS punca perpecahan orang Melayu dan Islam.

Beliau mahu persepsi ini dirasionalkan sebagai hasil pembawaan demokrasi bukan perpecahan tapi perbezaan pendapat.

Dr Hassan Ali aktif roadshow ke seluruh negara bawa mesej PAS sudah tidak dapat membezakan kafir Zimmi dan Kafir Harbi. PAS sudah kurang nilai IMR: Islam-Melayu-Raja.

Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Orang Islam perlu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.

Hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.

Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu.

Bagaimana sukarnya untuk melaksanakan Islam termasuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang telah sedia ada dalam negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat akibat halangan daripada DAP, PKR dan pimpinan parasit dalam PAS.

WZWH percaya dan yakin pada PRU 13 nanti undi orang Islam sendiri terhadap PAS akan merosot dan WZWH tidak akan terperanjat bila banyak kerusi Parlimen dan DUN akan terlepas dari pegangan PAS.

Di Jerantut perubahan undi merosot Parlimen dan DUN bagi PAS akan ketara kerana Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang sudah dapat mencium bau...

31 comments:

Semut Hitam said...

Cantik bro...Semut pinjam post kat blog...

Anonymous said...

Cerita PAS bekerjasama dengan DAP ini digembargemburkan oleh UMNO seolah2 org Melayu PAS (Islam) dah masuk Cina (kafir). Disebabkan kerjasama politik ini maka PAS pun dicop punca perpecahan umat Islam. Dulu pun sama semasa PAS bersendirian PAS juga digambarkan sebagai penyebab perpecahandan. Yg peliknya dulu semasa PAS berjuang mahu menegakkan sebuah Negara Islam, orang UMNO tak sokong2 juga. Macam2 kata nesta terpacul dri mulut pemimpin PAS...

Sebenarnya UMNOlah kepala segala perpecahan. Dari dulu sampai sekarang UMNO tak habis2 berpecah...sejarah telah mencatatnya. Tak percaya? lihatlah nanti, selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO..puak yg tidak berpuas hati kerana gengnya kalah akan meneruskan tradisi berpuak2sehingga sampai membentuk parti baru...

Bab kegagalan PAS melaksanakan enakmen Jenayah Syariah di negeri yg mereka perintah bukan sangat berpunca dari rakan2 gabungan tetapi banyak dikacau oleh UMNO sendiri...PAS pernah mengkanunkan Hukum Jenayah Syariah (termasuk hukum hudud) di Kelantan dan Trengganu siapakah yg menghalangnya...tidak lain melainkan UMNO melalui pemimpin agung UMNO Baru Tun Mahathir.

Saya percaya jika hukum ini dipersetjui oleh UMNO tanpa ada sentimen politik maka sekurang2nya suatu mekanisma pelaksanaan telah pun dicapai dan hukum ini dapat dilaksanakan dgn jayanya.



Tetapi UMNO meneruskan sifat buruknya. Tidak mahu cermin diri....

Anonymous said...

Benar sekali WZWH.Kerecayaan orang Islam telah mula berubah kerana PAS sendiri sudah berubah tidak mahu kerjasama bersama UMNO yang cuba menyatukan ummah.Mereka lebih selesa dengan DAP yang melaungkan Malaysian Malaysia dan memainkan isu perkauman.PAS akan kehilangan banyak kerusi ADUN dan Parlimen berikutan penyingkiran Hasan Ali.Saya tidak terfikir Hasan Ali di sponsor UMNO sebagai yang di tonkolkan Pakatan.Realitinya Rakyat sudah jemu dengan mainan politik PAS,PKR dan DAP yang mula menunjukan banyak kelemahan mentadbir di negeri yang mereka perintah.Saya lihat perubahan ini di Selangor dan Perak.Saya yakin rakyat memihak BN .Di negeri Pahang BN tidak perlu risau WZWH. Si mamat Ariff katak masok DAP tu tidak memberi kesan di Pahang.Ariff di bayar DAP kerana dia ahli perniagaan dulu bukan pun Ekonomis.Cuma di belajar subject ekonomi.Dengar dia takut hendak bertanding di Pahang kerana sebab agaknya.- Anak Felda Pahang

Anonymous said...

Saya yakin PAS berada dalam keadaan serba salah tetapi terpaksa meneruskan kemarahan kapada UMNO. UMNO pula akan kelihatan lebih cantik jika terus mengambil tindakan sewajarnya kapada perasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bila ini terjadi saya yakin PAS akan kekeringan modal kecuali dengan meninggalkan DAP dan bersatu diatas perpaduan Melayu Islam sebagai teras kesetabilan negara.

Anonymous said...

Saya tidak nampak PAS boleh bertahan lama dengan DAP dan PKR.Saya meramalkan perpecahan ini akan berlaku juga akhirnya. Perjuangan atas nama ideologi yang bertentangan semata mata mahu memerintah negara tidak dapat tidak mana mungkin mudah berjaya.Asas COALITION itu sendiri terlalu lemah bagi tujuan ini.Pengusaan Anwarinas nampaknya terlalu menyerlah menyingkirkan banyak pandangan Ulamak yang kini mula cuba mengasingkan diri dalam PAS terutama apabila Islam,Melayu dan Raja mula dirasa tidak mustahak dan releven lagi,Sayang sekali di Penang PAS di ketepikan.Dalam erti kata lain PAS sendiri tidak ada tempat di Penang yang rata rata di kuasai DAP.Begitu juga di Selangor di mana PKR terlalu lemah walaupun mereka punyai kerusi yang banyak bagi DUN.PKR akan kehilangan banyak kerusi satelah Azmin dan Wan Azizah mula di persoalkan kredibiliti mereka oleh ahli PKR sendiri !Kelemahan PAS di Selangor meyakinkan saya peluang BN menguasai Selangor akan menjadi realiti dan bukan mimpi.Rakyat Selangor mula bosan dan penat dengan cara pemerintahan di Selangor sekarang.UMNO/BN harus mencalonkan winnable candidate yang penuh credible .Transformasi ekonomi dan sosial Najib mendapat sambutan baik dan percayalah masa pilihan raya amat sesuai diadakan masa terdekat.BN,Selamat berjuang demi rakyat .

@Dinoscots

Anonymous said...

semut hitam,
Mana mungkin UMNO berpecah.UMNO parti tunjang BN sangat bertanggong jawab bagi semua rakyat.Yang berpecah adalah PKR, yang terlalau ramai keluar parti.Tanya Muzaffar,Zulkifli Nordin,Zahrin,Penolong Ketua Menteri P Pinang dulu dan banyak lagi. Ramai kaum India mula berhijrah ke MIC semula kerana PKR tidak lagi memperjuangkan nasib kaum India.Bagitu juga pergolakan dalaman PAS dengan pihak yang sukankan Anwar dan ulamak yang mahukan perjuangan Islam saperti dulu.DAP pula bijak menggunakan PAS sebagai kuda tunggangan .Dalam DAP sendiri ketidaksefahaman Karpal Singh dan warlord Ramasamy dan juga pemerintahan kuku besi LGE memperkecilkan orang Melayu dan Islam dirasai.Kesamarataan katanya.Membuat kaum Melyu terpinggir di Pulau itu saperti Singapura.BN terus releven untuk Malaysia.Permaufakatan BN adalah formula berjaya untuk Malaysia saya kira.

Anonymous said...

Maaf semut hitam.Post di atas adalah di tujukan kepada Anon 17 April 7.34.

KENAPA TIDAK ADA LAKUKAN HUDUD DI KELANTAN DULU ? Janngan terlalu mudah salahkan Tun.

Anonymous said...

Maaf semut hitam.Post di atas adalah di tujukan kepada Anon 17 April 7.34.

KENAPA TIDAK ADA LAKUKAN HUDUD DI KELANTAN DULU ? Janngan terlalu mudah salahkan Tun.

Anonymous said...

Dulu kami juga menyokong PR dalam PRU 12 kerana kecewa pemimpin UMNO gagal selesaikan isu kuil di Seksyen 19, tetapi selepas PR berkuasa kami lebih kecewa sikap pemimpin Islam PR bersikap pro kafir. Pada tahun 1988 PKNS berjanji kepada penduduk kuil akan dipindahkan kerana disitu tapak rumah sebanyak 16 unit. Dalam pelan asal tidak ada tanda kuil ditapak itu. Semasa penduduk pindah kuil itu kecil digunakan oleh setinggan dekat jalan kereta api. Pada tahun 2005 semua setinggan dipindahkan. Kuil diarahkan pindah beberapa lokasi tapi ditolak atas pelbagai alasan. Pada tahun 2006 kuil semakin aktif selepas dimasukkan bekalan air dan elektrik. Kebanyakan pengunjung kuil datang dari kawasan lain. Mereka besarkan kuil hingga menghampiri rumah penduduk dikawasan majoriti Islam. Aktiviti kuil menggganggu ketenteraman awam. Sepanjang tahun 2006 penduduk buat aduan dan perjumpaan dengan pelbagai pihak mohon kuil dipindahkan. Pada 28/07/2006 aduan dibuat kepada Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Pada 26/07/2006 aduan dibuat kepada BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Usaha penduduk jadi sia-sia kerana pemindahan itu dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008. Hindu kuil gantung bendera PAS dan PKR pada papan tanda PKNS mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aktiviti kuil bertambah hebat gangguan bising lagu Hindu setiap hari, keramaian bergendang hingga tengah malam. Pada 26/7/2008 mereka buat perarakan bergendang bawa patung besar kuda terbang depan rumah penduduk jam 1 pagi. Penduduk tegur bising diugut bunuh, polis sampai mereka jerit apa komplen Melayu bodoh. Aduan dan perjumpaan dibuat dengan wakil rakyat namun tidak ada tindakan malah gangguan kuil semakin kronik pada akhir Dis 2008. Rumah penduduk diconteng nombor kumpulan gangster 303, kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu merempit, minum dan mabuk, majlis penduduk diganggu lagu hindu dipasang kuat. Mereka sudah berani ugut apabila ditegur. Pada Disember 2008 bilik2 kuil dibesarkan. Penduduk minta bantuan NGO. Malangnya NGO yang membantu penduduk diserang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 08/01/2009. Beliau tuduh NGO buat provokasi kepada kuil Hindu dikaitkan PRK Kuala Terengganu (semak minaq jinggo 08/01/2009). Bendera PAS dan PKR diturunkan selepas campur tangan NGO. Pada 10/01/2009 dan 12/01/2009 Khalid Samad tulis artikel menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada Kuil Hindu. Kenapa seorang YB PAS buat tuduhan seperti itu? Kenapa tidak ambil peduli pelbagai gangguan, risiko dan tekanan emosi yang dihadapi penduduk Seksyen 19? Kenapa Khalid Samad membela Hindu kuil?. Bila Ahli Parlimen minta sebarkan artikel “Persoalan kuil Sek 19 dan tindakan Pewaris” ada komen yang menyindir NGO konon UMNO nak rampas Selangor. NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengurangkan masalah dihadapi penduduk. Pada Januari 2009 NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 PR bersetuju kuil pindah ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 buat bantahan tidak mahu kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka tetapi bantahan mereka tidak dipedulikan. Pagar tapak kuil satu ekar di conteng penduduk kerana marah tetapi MB Selangor berkeras hendak teruskan bina kuil disitu. Dalam Harakah dan media pro PR menulis tapak itu 200 meter dari kawasan perumahan. Penduduk Seksyen 19 dan NGO dijemput melihat sendiri kawasan itu terletak diseberang padang permainan. Penduduk Seksyen 23 tahu pelbagai masalah di Seksyen 19 sebab itu mereka bantah. Kenapa pemimpin Islam PR tidak peduli sensitiviti penduduk Islam?.

Anonymous said...

Sambungan

Pada 28/08/2009 penduduk Seksyen 23 buat demonstrasi di SUK. Bila kepala lembu diusung sebagai tanda protes satu dunia kecoh konon hina agama Hindu. Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa media parti Islam tidak membela penduduk Islam? . Kenapa Hindu kuil yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19 yang dibela?. Blog2 pemimpin Islam PR buat komen isu kepala lembu menghina anutan agama lain. Kenapa ada sikap double standard? Bila Melayu bawa kepala lembu jadi isu dunia tapi bila Hindu buat perarakan tengah malam dan ugut penduduk Islam tidak ada tindakan segera oleh wakil rakyat Shah Alam. Siapa yang bersalah menimbulkan kemarahan penduduk Seksyen 19 dan 23?. Jika pemindahan ke Seksyen 22 diselesaikan tahun 2008 penduduk tidak berhadapan masalah berpanjangan. Tiba2 saja kuil yang membesar depan mata penduduk tanpa permit PBT dilaporkan dalam media PR sudah berusia 150 tahun. Selepas usia kuil turun pula kepada 106 tahun?. Logikkah kuil didaftarkan tahun 1903 PKNS letak papan tanda “Tanah Milik PKNS” disitu?. Pada 30/09/2009 kerajaan Selangor terbitkan risalah “Memahami Isu pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23”. Laporan berat sebelah banyak menyiarkan fakta menyebelahi Hindu kuil. Aduan Hindu kuil yang mengadu diganggu NGO Pewaris dimasukkan dalam laporan itu. Kenapa aduan penduduk Seksyen 19 tidak dimasukkan dalam risalah? Logikkah NGO Islam dituduh sebagai dalang yang menimbulkan isu pertelingkahan kaum? Siapa sebenarnya yang memulakan provokasi kepada penduduk Islam?. Kenapa mereka sengaja besarkan kuil itu walaupun tahu disitu tapak rumah PKNS?. Masalah penduduk tidak akan jadi serius jika pemimpin Islam prihatin selesaikan aduan rakyat. Selepas demo kepala lembu kuil tidak jadi di bina bersebelahan padang permainan Seksyen 23, kuil Seksyen 19 dipindahkan bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kuil dijanjikan pindah September 2010 tertangguh beberapa kali. Pada 22/09/2011 penduduk hantar surat bantahan kepada Dato’ Khusrin SUK Selangor di tanda tangani lebih 100 penduduk minta kuil segera pindah. Kuil yang mengganggu penduduk di Seksyen 19 sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Selepas isu selesai blog pro PR membuat ulasan “UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN”. Kenapa bantahan penduduk Islam sering dilibatkan UMNO?. Penduduk Seksyen 19 minta bantuan NGO Islam Ahli Parlimen Shah Alam tuduh provokasi UMNO juga. Kenapa UMNO tidak boleh dilihat bersimpati kepada penduduk Islam? . Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Tetapi jangan lupa pemimpin PR yang memanjangkan tempoh pemindahan kuil selama 4 tahun kerana mereka membatalkan pemindahan kuil yang diluluskan BN ke Seksyen 22. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009. Tetapi gangguan bising dari kuil berlaku semula bulan Ogos 2009 hingga Januari 2012. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik Islam yang sering buruk sangka sesama Islam, tetapi amat bertoleransi dengan pihak kafir. Yang pasti masalah penduduk Seksyen 19 Shah Alam hanya selesai selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam jadi isu Negara tahun 2009.

Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.

Anonymous said...

Walau pun UMNO/BN tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan tertentu, namun kesilapan terbesar PAS dalam sejarah perjuangannya ialah kesanggupan dan kerelaannya bersekongkol dengan DAP demi kuasa. Ini saya percaya sesuatu yang akan dikesalkan di suatu hari nanti.

Anonymous said...

.
Anon : April 17, 2012 7:34 AM

Bukan Umno sahaja , bahkan orang Islam dan orang2 Pas yang beragamakan Islam , bukan pati Pas digambarkan sahaja , tapi lebeh daripada itu Pas yang telah BERSUBAHAT dengan Kafir DAP . Orang2 Islam Pas sendiri bersempendapat dan yakin bahawa pucuk kepimpinan Pas telah mengeret mereka ke arah menggembar-gemburkan akidah Pati Islam yang disayangi khasnya dan umat Islam amnya .

Anonymous said...

wzwh...
kwn rasa umno yg lebih risau pada 'perpecahan melayu'kononnya...

selama ini umno parti perkauman melayu hanya mengharapkan undi2 melayu..kerana undi cina dan india telah berubah kepada PR..contohnya pada pilihan raya serawak baru2 ni...
jadi untuk terus berkuasa umno amat menagih simpati org melayu untuk terus mengundi umno/bn..tetapi senario sekarang dimana maklumat tersebar di alam ciber org melayu sudah dapat menilai dan mula memberi harapan pada PR...sebab itu 5 negeri di semenanjung tumbang pada PR..lapuran audit negara pula 'memuji' pentadbiran dan kecekapan PR memerintah membuatkan umno semakin hilang arah...melainkan terus memainkan isu perkauman, tuduhan peribadi dan sebagainya..

melayu itu tidak berpecah..mereka masih tinggal sekampung..sekolah bersama, bekerjasama dan sebagainya....yg berpecah hanya undi melayu kepada PR dan umno...
kalau PR hanya gabungan 3 parti..PAS boleh kata semua ahli melayu islam..PKR majoriti melayu dan cuma DAP yg majoriti cina..tapi ada juga ahli dan pemimpin org melayu...
berbanding Umno...bekerjasama dgn MCA yg 100% cina, gerakan pun cina juga...MIC 100% india..tak termasuk parti picisan seperti PPP, dan berbagai parti di sabah sarawak..
DAP yg dituduh pelbagai oleh umno..tapi secara rasionalnya tidak mungkin menjadi dominan dlm PR sebab PAS dan PKR majoriti melayu dan sebahagian besar MP adalah melayu..namun dlm PR tiada masalh perkauman sebagaimana dlm BN..konon megah dgn dominan umno tapi harta rakyat di gadai pada MCA/MIC/Gerakan..mudah2 PM melayu umno ditipu oleh MCA seperi dlm isu penyelewengan PKFZ...sedangkan umno pula sibuk untuk mengkaya kan laki (lembu), anak2, serta adik beradik..rakyat terus tertekan dgn isu subsidi, ptptn, harga minyak/barang mahal, dan sebagainya....

Anonymous said...

90an, UMNO Jerantut berpecah 2 team, tlg perjelaskan..

Anonymous said...

kat jerantut, om PAS datang meraikan pembukaan kuil baru. Timbalan YDP Pas juga ada pergi kerumah pengerusi kelab penyokong PAS sempena perayaan Wesak.
mereka ni mabuk kuasa tak tau dah bab wala' dan batasan pergaulan... mabuk kuasa.

orag kampung dah muak dengan ceramah pas dan penyokong fanatiknya.
PRU dulu saya pangkah pAS.
tahun ni tobat lahum taknak pangkah pas.
PANGKAH PAS = sokong cina kafir harbi

Anonymous said...

kat jerantut, om PAS datang meraikan pembukaan kuil baru. Timbalan YDP Pas juga ada pergi kerumah pengerusi kelab penyokong PAS sempena perayaan Wesak.
mereka ni mabuk kuasa tak tau dah bab wala' dan batasan pergaulan... mabuk kuasa.

orag kampung dah muak dengan ceramah pas dan penyokong fanatiknya.
PRU dulu saya pangkah pAS.
tahun ni tobat lahum taknak pangkah pas.
PANGKAH PAS = sokong cina kafir harbi

Anonymous said...

Ramai yg bercakap disini terlalu dangkal ilmu ugama dan terlalu menurut emosi/nafsu...hujah yg dilontarkan semata2 berdasarkan lojik akal....Agaknyalah pernahkah mereka tau atau belajar berkaitan 'syiasah syariah' iaitu salah satu cabang dalam ilmu Islam......

Maaflah kalau saya katan jika PAS tidak mengkanunkan hukum Hudud dan Qisas di Kelantan yg mendapat tentangan hebat drp pemimpin UMNO dulu, berapa orang sangatlah yg celik mengenai hukum jenayah syariah ini...

PAS sebenarnya bukan dunggu...apa2 keputusan PAS bukanlah dibuat berdasarkan keputusan persidennya. Yg memutuskan sesuatu perkara termasuk keputusan politik dibuat berdasrkan perbincangan dan keputusan secara konsensus oleh Dewan Ulama dan Majlis Sura. Kedua2 badan ini dianggotai kebanyakannya oleh ulama'2 yg faqih...mereka berijhtihad dalam menentuak sesuatu perkara berdasarkan hujah syara' dan kemaslahatan umat...

Saya nak tanya, UMNO yg 'tak malu' melebelkan diri mereka sebagai pejuang Ugama ini, adakah sesuatu keputusan yg dibuat mereka terutama semasa bekerjasama dgn PBRS (Parti Pairin- Padri besar Borneo) berdasarkan hujah syara'. Selain itu, tolong tunjukkan juga dimana dia dewan Ulama' UMNO ???

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Adakah kalau masuk ke tempat ibadah agama lain boleh dikira gugur akidah? Kalau ye, Saidina Umar la dulu yang gugur akidah. Bodoh!

Kalau umno kuat, disokong oleh majoriti Melayu, barulah menunjukkan Melayu bersatu? Aduh. Aku x phm la dgn umno ni. Bila kami rakyat bagi korang kuasa dulu, kerja korang nak merompak khazanah negara dan rasuah saje. Kalau x betul statement aku ni, kenapa Najib mewakili BN mintak maaf diatas kesilapan yang lalu?

Yang jelas aku tgk diperingkat cawangan, dah ramai orang kuat umno dulu dah x yakin lagi dgn umno ni. Cuma diorang nak masuk PR, segan sb masa dulu diorang teruk sgt hentam PR ni. Kalau x dibantu dgn undi PATI nanti, InsyaAllah BN bungkus semua negeri

Anonymous said...

Cess.mana dewan ulama yg mpertahankan hassan ali?dewan pemuda ye ada bunyi cuncurut sikit2 pasal hasan ali.mana majlis syura bersuara pasal org yg murtad?mana majlis syura mase elizabeth wong bsekududkan dgn bdk melayu islam?mana tuan ibrahim tuan man masa abdullah karim bidas kptusan lembaga disiplin pasal khalid gerwja..ana akar umbi tpi doktoreted dlm ilmu.tindakan anta kpimpinan pas kawasan jtut bagai juga org umno,cakap saja tapi berpura pura..mana anta bila kapal singh suh langkah mayat nak tubuhkan negara islam??pru ni ana dan keluarga keberatan unthk kluar mngundi..umno tidak pas juga tidak.mngkin memilih bebas kalau pun kluar nanti.insyallah..

Anonymous said...

Tak setuju.NFC adalah pinjaman yang harus di bayar balik bukannya diberi percuma.Apa yang salah adalah pembelian kondo yang akan di jual balik pagi pulangan investment.Ini bukanlah case rasuah.

Anonymous said...

Lagi komen dr otak lembu. NFC ditubuhkan untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu. Apa pulak kaitan dgn investment beli kondo dgn bisnes lembu? Dah buat kertas kerja, kena la ikut kertas kerja. Kertas kerja penubuhan NFC utk menampung bekalan daging lembu negara seterusnya dapat mengurang import lembu dr luar negara. Kalau dah tak ikut kertas kerja pun dah dikira penyelewengan. Persoalannya lagi sepatutnya projek kpd yang berpengalaman bukan kpd yang mempunyai 'conflict of interest'. Pusing la kut mana pun, kpd yang membela kes ini, memang bahlol

Anonymous said...

Salam. Jika Umno sanggup mengaku kesalahan mengapa Pas tidak mahu mengaku kesilapan? Sudah menjadi fitrah akan semua ada melakukan kesilapan. Yg mana silap diperbetulkan. Saya rasa amat setuju yg Pas sudah lari menyimpang dari Perjuangan asal. Bila Hasan Ali keluar maka terus saja kedengaran akan betapa bangsatnya beliau. Saya yakin jika Tuan ibrahim keluar Pas maka muntahlah semua kebangsatan beliau. Adakah ini wajar? Adakah perjuangan Hasan Ali itu sesat? Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

Saya terkadang tersentak apabila melintasi dihadapan markas Pas Jerantut! Manakan tidak bila melihatkan dgn gah bendera Dap berkibar, dan tambah menghairankan ia tidak berlaku dimarkas Dap? Apakah Pas bagai lembu dicucuk hidung oleh Dap atau buta hati dalam perjuangan? Kini Dap tidak perlu kePekan kecil dan kampung utk mendapat tempat dihati org Melayu kerana dek Pas yg gila kuasa? Jual agama, jual perjuangan, jual maruah, jual janji dsb? Buka minda wahai pejuang Pas sekalian, lihat lah spt di Penang, siapakah Exco utk hal ehwal Islam? Kenapa wakil Pas yg tunggal itu tidak diberikan keistimewaan utk mentadbir ttg hal ehwal org Islam? Soal mendapat perkenan itu semestinya menjadi kelebihan pemerintahan negeri bukan? Bak Jauhari mengenal manikam!

Anonymous said...

Untuk perhatian penyokong PAS, bekas pemimpin UMNO Selangor yang pernah di temui penduduk Seksyen 19 tidak bersikap seperti pemimpin Islam PR yang suka menyalahkan UMNO dalam semua isu. Mereka lebih selesa membela bukan Islam. Semasa penduduk pindah kuil itu digunakan oleh setinggan berhampiran jalan kereta api. Pemimpin BN sudah berusaha memindahkan setinggan di Seksyen 19 dan selesai pada tahun 2005. Selepas setinggan dipindahkan penduduk dari kawasan lain yang mengaktifkan kuil mereka masukkan bekalan elektrik dan air . Gangguan bising semasa BN lebih terkawal. Bila penduduk buat aduan kepada bekas adun, beliau akan hantar penguat kuasa dan polis. Penduduk melihat sendiri pihak kuil tidak takut kepada penguat kuasa MBSA yang datang buat rondaan selepas aduan penduduk. Selepas aduan kepada Sultan Selangor 28/07/2006 ramai penguatkuasa MBSA dihantar kekawasan kuil. Mereka kepung kawasan yang diubah suai, surat dikeluarkan minta kerja diberhentikan. Tetapi selepas penguat kuasa beredar kerja disambung lagi. Pada Ogos 2006 penduduk buat perjumpaan dengan MBSA minta penjelasan, kami dimaklumkan pihak kuil dapat sokongan pemimpin atasan MIC dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Beberapa lokasi BN sediakan untuk pindahkan kuil ditolak. Kenapa mereka sengaja besarkan kuil dikawasan majoriti Islam sedangkan mereka tahu disitu tapak rumah 16 unit?. Pada Okt 2006 Seramai 7 orang penduduk jumpa bekas MB YB DSKT diketuai bekas nazir Masjid Ubudiah Seksyen 19 minta kuil segera dipindahkan. Tetapi pada Januari 2007 kuil sudah dibesarkan menjadi 5 bilik. Penduduk hantar aduan kepada BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM pada 26/07/2007. Kedua2 jabatan beri maklumbalas segera akan siasat. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Tetapi usaha penduduk menjadi sia-sia kerana pemindahan dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Kenapa pemimpin PR lebih menjaga hati pihak kuil yang enggan keluar dari situ? Pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR pada papan tanda PKNS beritau dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Pada April 2008 perjumpaan dibuat dengan YB Adun Batu 3, tapi jawapan YB Adun tidak menyebelahi penduduk malah dia syurkan pasang tembok keliling kuil. Penduduk tidak bersetuju jawapan YB Adun. Pada 12/7/2008 aduan dibuat kepada Adun kuil besarkan jalan masuk tetapi pada 13/7/2008 dalam blog Adun tulis laporan siasatan dibuat tidak ada pembinaan dibuat. Kenapa YB Adun tidak percaya aduan penduduk?. Pada 21/07/2008 tiga buah lori bawa masuk bahan binaan ke kawasan kuil, seorang penduduk menahan sebuah daripada lori, pemuda kuil jawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Mujur ada penduduk yang sedar pada masa itu terus buat aduan. Keramaian bergendang sepanjang Julai 2008 adalah yang terburuk berlaku dikawasan penduduk. Apa yang tidak pernah berlaku semasa BN berlaku semasa PR. Mereka sudah berani bergendang hingga ketengah malam. Pada 09/08/2008 perjumpaan penduduk dengan Ahli Parlimen Shah Alam di Masjid Ubudiah ramai mengadu minta kuil segera dipindahkan. Laporan polis penduduk di ugut bunuh diserah kepada wakil rakyat malam itu. Pada 12/08/2008 perjumpaan wakil rakyat, wakil kuil dan wakil penduduk Seksyen19 dipejabat YB Adun Seksyen 23. Dalam surat jemput wakil jalan berdekatan kuil jadi hanya 6 orang sahaja yang pergi. Dalam surat itu juga jemput ajk kuil tapi mereka datang terlalu ramai. Tetapi tidak ada perubahan selepas perjumpaan itu malah gangguan kuil semakin gawat kerana kawasan penduduk diganggu kumpulan gangster 303. Rumah penduduk, tanda jalan diconteng nombor 303. Penduduk yang menegur diugut, ada yang diletak parang depan pagar, ada penduduk yang hendak buat majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga diminta bayar wang jika mahu kuil senyap. Penduduk berhadapan risiko dan situasi sukar dikawasan sendiri.

Anonymous said...

Sambungan:
Pada Disember 2008 bilik2 kuil dibesarkan gangguan kuil semakin bising. Penduduk mengadu kepada Pertubuhan NGO Islam dan mereka memberi jawapan segera akan membantu penduduk. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang Khalid Samad yang menuduh NGO buat provokasi kepada kuil Hindu di kaitkan kerana PRK Kuala Terengganu. NGO bina gelanggang untuk mengelakkan lebih banyak kawasan diceroboh dan mengurangkan gangguan kawasan jadi tempat pemuda Hindu berkumpul minum dan mabuk. Pada hari perasmian gelanggang 10/01/2009 Khalid Samad tulis artikel “Persoalan kuil di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris” . Kenapa wakil rakyat parti Islam membela kuil Hindu?. Kenapa NGO yang datang dari luar kawasan lebih prihatin membantu penduduk tanpa bayaran satu sen pun. Malah mereka terpaksa guna dana sendiri untuk bina gelanggang dan majlis silatul rahim bersama penduduk. Pihak NGO minta penduduk jawab tuduhan artikel Khalid Samad, dan sudah pun dijawab melalui Pewarisummmah.blogspot.com. pada 13/01/2009. Artikel Khalid Samad tersebar dalam blog2 pro PR, pelbagai komen pembaca pro dan kontra. Menyusul selepas itu artikel Undang-undang DS atau BN pada 12/01/2009 Khalid Samad tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Kenapa Khalid Samad tidak peduli masalah penduduk yang diganggu Hindu kuil? Kenapa kaitkan UMNO dalam masalah penduduk yang dibantu NGO?.Pemimpin UMNO tidak pernah keluarkan kenyataan walaupun semasa BN penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri. Pada Januari 2009 NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Wakil Rakyat Shah Alam tahu masalah penduduk di Seksyen 19 kenapa memilih kawasan tapak baru seluas satu ekar untuk kuil baru berhampiran kawasan majoriti Islam Seksyen 23?. Penduduk Seksyen 19 disokong oleh 3 NGO tetapi penduduk Seksyen 23 disokong 10 Pertubuhan NGO Islam. Tetapi UMNO juga dipersalahkan hanya kerana salah seorang peserta demo ialah pemuda UMNO yang tinggal di Seksyen 23. Kenapa media-media PR menyalahkan UMNO dalam isu kepala lembu? Kenapa pemimpin PAS tidak membela penduduk Islam di Seksyen 19 dan 23?. Kenapa kepala lembu menjadi amat sensitif sedangkan pihak kuil tidak penduli pun sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19? Malah Mad Sabu Timbalan Presiden PAS yang tinggal tidak jauh dari kawasan kuil tidak ambil peduli bendera PAS berkibar dikawasan kuil itu hinggalah campur tangan NGO barulah bendera diturunkan. Berderet artikel ditulis oleh YB Khalid Samad mengenai isu kuil Seksyen 19 tetapi tidak menulis gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19. Beliau hanya ada menyatakan sebab kuil dipindahkan kerana tiada tempat parkir kereta ketika kuil mengadakan upacara disitu. Penduduk hantar aduan kepada YB Dato’ Khusrin SUK Selangor kerana penduduk kecewa risalah diterbitkan oleh Bahagian Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor pada 30/09/2009 “Memahami Isu Pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23” yang disebarkan melalui website dan blog2 pemimpin PR Selangor. Kenapa risalah itu bersikap double standard?. Walaupun tulis Keadilan Untuk Semua tetapi tidak berlaku adil kepada penduduk Islam di Seksyen 19 dan Seksyen 23 serta NGO Islam yang membantu penduduk. Walaupun kuil yang mengganggu ketenteraman awam sudah dipindahkan tetapi pengalaman yang terpaksa dilalui penduduk hinggalah kuil itu dipindahkan pada awal tahun ini tidak dapat dilupakan. Penduduk berharap pemimpin Islam lebih peka dan prihatin menyelesaikan masalah umat Islam kerana apa yang berlaku memberi kesan kepada masyarakat Islam. Penduduk Seksyen 19.

Anonymous said...

pas ni makan 'kopok'... pungkar jer lebih...

Anonymous said...

memang boleh masuk kuil, tapi nampak sangat orag pas ni nak jilat jubur hindu2 kerana undi.

Anonymous said...

PAS is PAST,PKR diABAIkan...DAP adalah DA'Pigs..

Anonymous said...

Syabas rakyat Pahang tetap bersama BN.Sakmongkol pun dah takut hendak bertanding di Pahang.Dengar akan lari ke Wilayah tempat majoriti kaum cina atau di Penang.Orang Melayu yang menjadi ahli DAP adalah mereka yang di reject UMNO atau opurtunis hendak cari duit bukan perjuangan.Ada juga orang Pahang begini.Kutuk Najib dan UMNO lagi bagi menunjukan kesetiaan parti DAP yang tak sampai pun berkhidmat empat bulan.Tuiii...

Anonymous said...

kena siasat akidah mereka yang sertai DAP ni..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024