Sunday, January 27, 2013

Aktiviti Karnival Parlimen Jerantut Momentum Berterusan....

WZWH memberi laporan aktiviti Karnival Parlimen Jerantut yang berlansung dari 19 Januari hingga 24 Februari 2013.

Siri Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Damak berlansung hari ini petang Sabtu 26 Januari 2013. Sebanyak 23 pasukan terlibat yang diadakan di padang Kg Koi dan padang Kg Ulu Cheka.

Sebelum ini pada 19 Januari 2013, Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Pulau Tawar telah diadakan di Felda Gelanggi 3 pada hari Sabtu lepas.

Ulu Cheka merupakan 'Kashmir Jerantut' kerana latarbelakang gunung-ganang, udara yang sejuk dan nyaman. Gunung Benom dan Pahlawan Pawang Nong adalah ikon tokoh tempatan.



















Perlawanan separuh akhir sedang berlansung di padang Kg Ulu Cheka.



















YB Dato' Wan Amizan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap ADUN Tahan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang beramah mesra dengan pemimpin akar umbi Ulu Cheka di astaka sambil menikmati minum petang.



















Deretan gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman kepada pengunjung menambah keceriaan Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah.



















Dato' Wan Amizan berasa pelik dan hairan dengan 'air askrim goyang' yang berfungsi seperti peti ais tradisional.



















YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bergambar kenangan bersama finalis kejohanan Bola Sepak antara Mat Kilau FC dan Sg Kiol FC.



















Barisan pemain Sg Kiol FC yang terdiri dari majoriti pemain orang asli diperkenalkan oleh Dato' Wan Amizan kepada Dato' Lau Lee.



















Permainan akhir kejohanan bolasepak sedang berlansung yang akhirnya dimenangi oleh Mat Kilau FC mengalahkan Sg Kiol FC 2-0.




















Sejurus perlawanan akhir tamat sementara menunggu upacara penyampaian medal dan wang tunai, kelihatan ramai kanak-kanak Ulu Cheka melepaskan geram bermain bola. Siapa tahu satu hari nanti mereka boleh bermain bola sepak dengan baik mewakili Pahang dan Malaysia.

Perkembangan terbaru padang bola rumput tiruan bernilai RM1.2 juta telah kerajaan setuju untuk dibina di Kompleks Sukan Jerantut sila klik sini.




















Dato' Wan Amizan menyampaikan ucapan. Terimaksih kepada penyertaan para belia dan pemuda dan ADUN Damak yang sudi hadir merasmi dan menutup kejohanan.

Dato' Wan Amizan mempromosikan karnival Jerantut yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak peringkat DUN dan Parlimen, Futsal, Badminton, Ping Pong, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Keranjang.

Acara UMNO Youth Job Fair melibatkan 500 syarikat menawarkan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada orang muda, EXPO Pendidikan melibatkan Yayasan Pahang dan IPTA, Aktiviti belia, belia wanis, wanita. Aktiviti ceramah agama.

Persembahan kebudayaan dari artis Astro dan pengiat budaya. Battle of the band yang melibatkan pemuzik tempatan dan luar dengan hadiah besar RM50,000.

Sambutan malam Tahun Baru China secara besar-besaran akan disambut di Bandar Inderapura Jerantut

Yang menarik hadiah wang tunai RM7000 bagi juara Kejohanan Bola Sepak peringkat parlimen bila mana 8 pasukan terbaik dari setiap Kejohanan Bola Sepak peringkat DUN bererti 24 pasukan akan berentap Piala Perdana Menteri sumbangan DS Najib sendiri piala pewter bernilai RM17,000.

Kemuncak Karnival Parlimen Jerantut ialah dengan DS Najib sendiri turun walkabout seharian di bandar Jerantut menghadiri program Karnival Parlimen Jerantut.

Walau Karnival Parlimen Jerantut akan berakhir pada 24 Februari 2013, berbagai-bagai lagi program akan diadakan 'Non-Stop' sehingga Parlimen dan DUN dibubarkan...Momentum Siri Kempen Parlimen Jerantut PRU 13 dan DUN baru panas bermula....




















Tempat ke 4 medal dan wang tunai RM700.



















Tempat ke 3 medal dan wang tunai RM1000.


Sg Kiol FC tempat ke 2 menerima medal dan wang tunai RM2000.



















Mat Kilau FC johan menerima medal dan wang tunai RM3000. Pada minggu depan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat DUN Tahan diadakan pada 2 Februari 2013 di padang Felda Padang Piol. WZWH akan memberi laporan nanti.



















Sempat Dato' Lau Lee ADUN Damak dan Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bersama pemimpin Ulu Cheka dan anggota Keselamatan Awam dan Pertahanan mengetir (minum teh atau kopi) di sebuah restoran di Kg Ulu Cheka.

15 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kerajaan perlukan sokongan padu rakyat bagi meneruskan kesinambungan program pembangunan dan Transformasi yang di rancang bukan sahaja di Jerantut malah bagi seluruh negeri Pahang dan Malaysia.

Apa yang berlaku pada Ustaz Nasharuddin, bekas Timbalan Prediden Pas, dalam Majlis Shura Pas dan kemungkinan beliau tidak akan dicalonkan kerana perjuangan beliau pada persatuan ummah dan Islam membuktikan Pas lebih mementing kuasa politik.Tidak hairanlah berkemungkinan beliau akan menerima nasib yang sama saperti sdra Hasan Ali.Susah juga meneruskan muzakarah bersama Pas rupanya.

Adalah penting sebelum kita membuat keputusan memilih parti kita fikir baik baik adakah BN atau PR yang sesuai bagi negara Malaysia.Undi anda penting.

@ Kampong man

Anonymous said...

SANG SAPURBA said...
undilah pas,dijamin syurga.tak undi pas masuk neraka.

orang umno jangan takut undi pas sebab pas kalau memerintah pemimpin dan kroni tak suka ambil apa projek.sebab dia nak bawak semua orang ke syurga.

orang pas tak akan berebut harta dengan orang umno.semua projek kerajaan pas akan bagi kat umno sebab umno dah biasa buat kerja gitu.

orang pas tak gila harta.jadi semua kerja buruk,rasuah serah ke umno.

tanah-tanah orang pas tak mau.pas akan bagi tanah kat orang umno sebab umno lapar tanah.

jadi kenapa orang umno takut nak pangkah pas.

menteri2 pas tak kan buat harta punya sebab dia orang benci rasuah.menteri pas akan bagi kat pemimpin umno untuk teruskan memulun harta negara.pas hanya mahu
syurga sebab itu haji hadi dan nik aziz beria-ia nak bagi kalimah allah hak mutlak islam kepada keristian.jadi dah tentu allah pas akan bertambah dari satu menjadi empat.

ia itu allah swt,allah ruhul kudus,allah tuhan bapak dan allah tuhan anak.

sebab itu semasa perhimpunan di stadium merdeka sampai ada 4 kiblat sbb tuhan pas sudah ada empat.

tuhan makbulkan keinginan hj hadi dan nik aziz atas dunia lagi.

peluang masuk syurga cerah bagi pas kerana pas ada 4 allah,double syirik.

berbarislah mengekori hj hadi dan nik aiz masuk syurga kerana 4 allah pas telah bri jaminan.

PAS ITU KRISTIAN!KRISTIAN ITU PAS!

Anonymous said...

Akibat tekanan dah dekat PRU... ada yang dah mula panik...cool la bro. PRU ni macam pesta laa..

Anonymous said...

Tahniah WZ, diharap WZ dapat jadi calon Jerantut nanti.

Anonymous said...

Wan,

Bendera BN pasanglah elok sikit. Kalau salah pasang, DACINGnya pasti nampak senget. Berbeza dgn bendera PAS, walau apa keadaan sekalipun BULANnya tetap bulat...

Dua saja pilihan, samada tukar jenis dacing kpd jenis digital (dacing jenis lama orang dah tak pakai) atau kibar saja bendera PAS...tak rugi2 apa2.

Kampong man said...

Salam Wan,

UMNO memerlukan calon politik yang berwibawa, dedikasi, jujur tidak korup bagi meneruskan agenda Melayu, memperkasakan agama Islam dan terus DOMINAN sebagai parti tunjang orang Melayu.Kita tahu agenda DAP dan kaum Cina pun nampaknya sudah nekad di belakang DAP kali ini.

KM tidak rasa tergugat atas pilihan kaum itu .Kita serahkan kepada orang Melayu adakah meteka mahukan BN dimana UMNO dominan atau PR dimana DAP dominan.

Analisa KM tetap mengatakan BN akan terus menjadi pilihan rakyat walau apapun yang PERCEPTION buruk yang cansikan pembangkang.PR tidak punya i SUBSTANCE untuk diberi peluang memerintah negara.Lihat telatah DSAI, lihat telatah DAP yang racis dan cauvanis dan lihat juga telatah pemimpin2 Pas yang bercelaru.Biarkan Sdr Hasan Ali dan Utaz Nasharudin terus memperjuangkan Islam .Pedulikan pengikut Anwarinas dalam Pas with all due respect for Ustaz Harun Din jiran KM.

Semakin hampir PRU 13 nampaknya semakin kelamkabut isu dalaman komponen parti PR dan pakatan itu sendiri.Isunya rakyat diminta memberi MANDAT penuh pada BN dan Najib bagi perolehi kembali majoriti 2/3 supaya 'Hung Parliament' tidak berlaku.

Kita sudah melihat banyak penambahbaikan dalam UMNO itu sendiri hari ini.Hanya credible dan winnable candidate yang harus dicalonkan.

Sekira Wan dicalonkan KM akan turun ke Jerantut membantu Wan dari segi moral dan material jika perlu.

Di negeri KM Melaka dan jiran Negeri Sembilan KM tidak nampak PR pergi jauh dan yakin BN akan menang besar.Terima kasih pada DSAI yang selalu BERCANGGAH dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Shura Pas dalam isu kalimah Allah dan LBGT .


" YANG MENANG DAP dan PKR.YANG RUGI ORANG MELAYU"



Anonymous said...

Anon 10.54,

Yang penting bukan pasal bendera senget ke bulat ke tetapi semasa mengundi pengundi diarahkan beratur baik baik ikutlah BARISAN dan jangan senget dam bengkok bengkok.Saje melawak beb..Jangan marah.!

Anonymous said...

Propaganda UMNO melalaui BTN, SB, ATM, RTM, TV3, BERNAMA, Utusan dll bagi mengharu birukan pemikiran orang Melayu Islam nampak semacam berhasil..

Isu2 yg dak lapuk, sensitif dan sengaja menaikkan kemarahan orang Melayu sengaja dimainkan agar orang Melayu menjauhi PR atau PAS seterusnya mengudu B/UMNO.

Sdr2, pandangan Dato'Dr Mohd Asri Zainal Abidin elok dijadikan panduan dalam memilih parti mana yg patut dipilih dalam PRU13 nanti.. DrMAZA menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.Tambahnya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.

Amaran Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya yg bermaksud:
"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga)".

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]

Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah,maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut.Mungkin dia berkata,saya tidak menzalimi orang lain,atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja,sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67.

Tepuk kepala dan dada tanya akal dan iman...

Anonymous said...

Tak sabar tunggu Parlimen bubar...nak tengok sapa jadi calon Jerantut ni..ramai yg berkaliber ..haa..haa...orang Melaka pun nak turun berkempen di Jerantut. Dah konfiden menang kat Melaka.

Anonymous said...

Main hadis di lidah di tangan.pembohongan yg nabi kata tu pd pengikut pas,ust nasha takat ikut pm buat pe smpai nk pecat mjlis syura?dia bukan suh pakai kalimah allah samarata,dia suh islam bersatu.kena pecat ke ape ke tak perlu,asal islam tu bersatu.ni apa jenis pegang prinsip agama kena buang dr pegang prinsip organisasi?sori PR, we r graduated n we just only wanna say, u broke our heart, n we quit

Anonymous said...

Salam,

Pada saya ia amat mudah.

UMNO menggunakan kuasa politik bagi mengembangkan syiar Islam .Pas pyla menggunakan agama bagi memperkasakan politik.

Baik orang UMNO baik juga orang PAS bersama sama kita memperkasakan ISLAM.KM puluh UMNO dan anda pilih PAS, tak salah pun.Biarkanlah hero Melayu DAP Sakmongkol pilih DAP.Ianya cuma ideilogi politik saja.Kita tetap Melayu berugama Islam.

@ Kampong man

Anonymous said...

Sebagai orang Islam, rujukan terpenting ialah alQuran dan Hadith. Sesiapa yg tak mau menggunakan nas2 al Quran dan Hadith sebagai hujah serta panduan beragama tidaklah dia dikira muslim sejati atau bukan tergolong sebagai ASWJ.

Demikian dalam isu kalimah Allah...para2 ulama' mencari2 nas dan hadith yg melarang penggunaan kalimah Allah oleh sebarang makhluk selain orang Islam...jawapannya tiada. Jika tiada maknanya berlakunya khilaf (perbezaan pandangan) dikalangan mereka dan masing2 berhak berijtihad bagi mengemukakan pendapat masing2.

Kepada sesiapa disini terutama SANG SAPURBA atau KM yg terjumpa ada nas2 al Quran yg menunjukkan Allah melarang atau MARAH menggunakan kalimahNya (ALLAH) oleh orang bukan Islam, tolong tunjukkanlah.

Malah yg banyak kali di REKODKAN DALAM AL QURAN IALAH ORANG KAFIR MENYEBUT NAMA "ALLAH" dan ALLAH TIDAK MARKA...YG JELAS KEMURKAAN-NYA HANYA ATAS AMALAN, PERANGAI, SIFAT & AMAL PERBUATAN MANUSIA. CONTOH BAB ZINA, CURI, ROGOL, ZALIM, BUNUH ORANG, LEBIH2 LAGI KAFIR, SYIRK, MUNAFIK TERHADAP ALLAH. LIHAT SURAH AL ANKABUT, AYAT 61...SURAH 29:61, SURAH 29:63,
SURAH LOQMAN AYAT 25...SURAH 31:25.

Jadi pencacai2 UMNO tak payahlah nak tuduh yg PAS DAH JADI KRISTIAN disebabkan TGNA dan TGHA membenarkan sesiapa saya boleh menggunaan kalimah Allah...

Keputusan Majlis Sura Ulama' PAS tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah cuma atas sikap mahu manjaga kecucian nama Allah takut2 disalah gunakan...itu saja.

Satu soalah saya nak tujukkan kpd KM da Sang Sapurba, TUHAN BAGI ORANG HINDU DAN KRISTIAN SIAPA??? Tolong jawab...

Anonymous said...

Anon 3.07,

Awak ni siapa ? adakah awak bertauliah dari ulama ulama UMNO dan Pas yang nak berdebat dalam isu kalimah Allah ?. Kalau setakat hanya ahli biasa Pas saje ada baiknya kita hormati fatwa kebangsaan yng sangat jelas keputusannya.

Anonymous said...

Hamba setuju dengan Anon 7:19pm komenya kepada Anon 3:07, hamba nak tambah, mungkin dia bukan ahli Pas biasa pun, mungkin ahli saudagar ubat di Chow Kit. Pandai putar belitkan nama baik Pas dalam isu ini. Dia pun tidak tahu ujung pangkal pendirian Pas dalam isu ini

Kutukandewata said...

ANON 3.07,

orang arab guna kata allah kerana maksudnya tuhan.serupalah melayu sebut tuhan.itu dari sudut bahasa.

dari sudut pengertiannya kalimah allah dalam kalangan orang arab adalah nama khas.khas bg orang islam.

zaman jahiliyah dulu walau pun sebut allah orang arab maksudkan tuhan mereka iaitu latta dan uzza.tak ada pun dalam kepala mereka mengiakan allah taala.sebab allah pada orang maknanya tuhan.

mudah cakap serupalah orang melayu,sebut tuhan yang bermakna yang layak di sembah.bila tanya melayu malaysia siapa tuhan kamu?jawabnya allah.tanya pulak melayu bali.kita sedia maklum jawapannya.

pergilah ke mana-mana didunia ini seruan azannya tetap sama.kalimah allah tak boleh diterjemahkan oleh mana -mana bahasa kerana ianya nama khas untuk allah taala.

tengoklah al quran dalam mana2 terjemahan dalam bahasa apa sekalipun tetap kekal dengan kalimah allah.baik bahasa inggeris ,tamil,urdu,melayu,dan lain-lain tidak dapat di terjemahkan dengan tepat sebab tak ada jumpa maknanya.
contoh.god untuk tuhan, bukan allah.
sedarlah kebijaksanaan allah maha besar dan agung yang memilih kalimah allah untuk dirinya.

jangan pandai-pandai makhluknya nak mencemarkannya.biarlah hj hadi dan nik aziz aje keras kepala nak jual kan kristian.

kepada mat periba dan gengnya nya janganlah nak bela ulama su'kau orang tu dalam kes kalimah allah.

ini kes direct menyentuh allah tuhan kita.bukan boleh berdolak dalih,benar tetap benar.salah tetap salah.

ulamak su' kauorang dah tersilap langkah jangan kau orang nak bela beria2 sangat.nampak sangatlah kau orang buta mata dan hati.



EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024