Wednesday, February 6, 2013

Kenapa WZWH Tidak Dicalonkan TETAPI TETAP Kerja Kuat Untuk Parlimen Jerantut Dan DUN Tahan Terutamanya?


Ini posting luahan hati WZWH. Kalau pembaca  Blog WZWH rasa boring WZWH minta maaf. WZWH mahu tulis pengalaman WZWH supaya kita semua ahli UMNO dan BN kerja kuat dan setia pada parti dalam PRU 13.

Rasa cinta yang mendalam terhadap UMNO adalah disebabkan didikan arwah datuk WZWH iaitu Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha. WZWH sejak lahir dibesarkan oleh arwah datuk.

Datuk WZWH bersama dua orang adik beradiknya iaitu Arwah Wan Jalil dan Wan Roafza. Ketiga beradik ini adalah pejuang UMNO sejak UMNO Pahang Barat ditubuhkan sila klik sini Sejarah UMNO Pahang. 

Di Pahang yang pertama menubuhkan UMNO Bahagian ialah Pahang Barat (Bentong, Raub, Kuala Lipis dan Jerantut) hasil mesyuarat pada 22 April 1950 di Sekolah Agama Al-Dinniah, Dong, Raub. Ketuanya ialah Sulung Ali.

Kemudian Bahagian Pahang Selatan (Temerloh) pada akhir April 1950. Diikuti Bahagian Pahang Timur (Pekan dan Kuantan) pada Mei 1950.

UMNO Bahagian Jerantut berpecah dengan UMNO Pahang Barat dengan membentuk Bahagian sendiri pada tahun 1974. Ketua Bahagian UMNO Jerantut yang pertama ialah Arwah Dato' Shariff Ahmad.

Arwah Wan Mohd Hashim, Arwah Wan Jalil dan Wan Roafza ketiga beradik ini telah menjadi AJK UMNO Pahang Barat sejak tahun 1950an. Merekalah yang bekerja kuat mengembangkan parti UMNO di Jerantut terutama di Lembah Tembeling.

Arwah Wan Jalil pernah menjawat Timbalan ketua UMNO Bahagian Pahang Barat sewaktu Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai (Tok Raja) menjadi Ketua UMNO Bahagian Pahang Barat.

Pernah dulu UMNO Cawangan Ulu Tembeling ketika Arwah Wan Jalil bin Tok Muda Wan Mustapa menjadi Ketua Cawangan telah berjaya mendapat anugerah kerana cawangan mempunyai ahli paling ramai di Malaysia ketika itu.

Arwah datuk dua kali ditawarkan menjadi calon wakil rakyat tapi menolak memberi peluang kepada orang lain...

Arwah Wan Jalil pernah Allahyarham Tun Razak mahu beliau menjadi wakil rakyat tapi oleh kerana ada ahli politik yang bercita-cita tinggi memberitahu Allahyarham Tun Razak bahawa Wan Jalil itu sakit uzur di Ulu Tembeling pada hal Wan Jalil ketika itu masih sihat maka ahli politik yang bercita-cita tinggi itu yang menipu Allahyarham Tun Razak dapatlah menjadi wakil rakyat.

Wan Roafza aktif hingga kini dalam Wanita tidak berpeluang menjadi wakil rakyat walau beliau adalah generasi wanita pertama berpolitik UMNO semasa UMNO Pahang Barat dan Jerantut.

Begitu juga bonda WZWH itu Wan Rohani binti Wan Mohd Hashim aktif dalam Wanita UMNO Jerantut hingga kini berumur 65 tahun masih lagi AJK Wanita UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH percaya datuk dan nenda serta bonda WZWH tidak berpeluang menjadi wakil rakyat kerana tidak berpelajaran tinggi...walaupun WZWH tahu mereka tidak berpeluang belajar kerana Perang Jepun 1941-1945. Bonda WZWH  pelajar pintar di Clifford School Kuala Lipis tapi kerana sakit tidak dapat sambung belajar akhir menikah dengan ayah WZWH seorang ustaz.

Dengan semangat UMNO yang ditanam oleh arwah Datuk dan bonda buat WZWH belajar bersungguh-sungguh menjadi anak muda Ulu Tembeling yang pertama belajar di Scotland UK pada 1989 hingga 1993, sambung belajar mendapat MBA dan Diploma Pendidikan.

WZWH jadi ahli UMNO sejak tahun 1989. Bila balik dari UK pada 1993, WZWH terus aktif dalam UMNO melibatkan diri berkempen untuk UMNO dan BN Jerantut semasa PRU 1995, PRU 1999, PRU 2004 dan PRU 2008.

WZWH bergiat dalam Pemuda dan menjawat jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut hingga kini. Membawa Usul Pemuda terutama menyentuh pembangunan DUN Tahan dan Parlimen Jerantut adalah kegemaran WZWH.

DUN Tahan yang mundur menjadi motivasi WZWH untuk melihat pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan. Potensi untuk membangunkan parlimen Jerantut satu kawasan yang paling luas dalam negeri Pahang dan DUN Tahan adalah terbuka luas untuk dibangunkan.

Blog WZWH adalah cetusan WZWH untuk menarik perhatian pemimpin supaya peka dan serious dengan harapan orang Ulu Tembeling  yang telah berharap 50 tahun dulu supaya kehidupan asas dan ekonomi secara kampung diperkembangkan serta pusat aktiviti ekonomi membantu mereka orang kampung yang susah penghidupan.

Alhamdulillah 5 tahun lagi infrastruktur Jalan Ulu Tembeing akan siap sepenuhnya dengan pusat aktiviti ekonomi yang menyokong kehidupan mereka.

Walau WZWH pada persepsi nampak muda sebenarnya sudah berumur 45 tahun sejak 21 Januari 2013. Walau WZWH sudah berusaha sehabis baik jika kelayakan pendidikan dan pengalaman WZWH tidak boleh meyakinkan pucuk pimpinan itu WZWH reda dan terima.

Jika itu politik UMNO Bahagian Jerantut dicorakkan begitu dan kehendak pemimpin tertinggi UMNO SO BE IT.

WZWH setia pada parti, UMNO dan BN

WZWH berblog untuk jaga Tuanku Sultan, DS Najib PM, MB Pahang dan Wakil Rakyat parlimen Jerantut dan DUN.

Yang paling mustahak dan penting UMNO dan BN menang di parlimen Jerantut, DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Yang dipilih itu nanti itulah 'winnable candidiate' dipilih oleh pucuk pimpinan yang telah melepasi banyak tapisan.

Kepada calon-calon yang tidak terpilih dan pengikut masing-masing harap menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati yang terbuka...

Kita sokong dan buat kerja semaksima dan mampu yang boleh untuk memenangkan parlimen dan 3 DUN di Jerantut dalam PRU 13.

Mungkin kita tiada tempat sekarang....mungkin akan datang...atau tiada tempat lansung di masa depan akhirnya.... terimalah itu sebagai ketentuan Ilahi.

Jika itu yang pucuk pimpinan mahu di Jerantut tiada tempat dan ruang untuk orang muda yang berpelajaran tinggi dan bersemangat serta komited....itu WZWH akur.

WZWH tetap SETIA pada UMNO itu ajaran yang diajar oleh arwah datuk WZWH...

JANGAN SABOTAJ PARTI...

JANGAN SABOTAJ UMNO...

JANGAN SABOTAJ BN...

16 comments:

Anonymous said...



Jarang ada ahli UMNO yg boleh hidup macam Wan....terutama zaman UMNO Baru. Syabas..

Cuma satu yg saya dapat rasakan yg Wan ini bukanlah pengamal politik ideologi. Dia masuk dalam UMNO kerana Tok dan emak dia adalah ahli dan aktivis UMNO. Ini namanya politik ikut2tan...'bertaqlid buta' dalam politik..

Kalau tidak 'bertaqlid buta', masakan beliau tidak dapat membezakan antara yg batil dgn yg hak. Masakan beliau sanggup menghentam Nik Aziz dan Hj Hadi dalam isu penggunaan kalimah Allah sehingga meng'ye'kan komen seorang anon yg menyatakan PAS adalah Komunis dan kedua2 ulama PAS ini telah sesat. Sedangkan dalam masa yg sama beliau tidak melakukan apa2 tentangan terhadap BN/UMNO yg membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible tulisan Melayu di Sabah/Sarawak semejak sekian lama..

Demikian juga dalam isu perpaduan UMNO dgn PAS. PAS menjadi baik pada kacamata Wan sebaik saja BN mengalami kejutan dalam PRU12. Pada masa ini, PAS diiktiraf sebagai sebuah parti/gerakan Islam yg berjuang untuk agama. Sebaliknya selepas PAS menolak pelawaan perpaduan UMNO yg sangat mencurigakan ini tiba2 saja PAS diwarnakan dgn kelabu dan penuh kebusukan. PAS dilebel sebagai sebuah PARTI AJARAN SESAT. Kerjasama PAS dgn DAP telah diputar belit kononnya sebagai perpaduan PAS-DAP...akan membawa malapetaka kepada Melayu, Islam dan Raja2...Melayu akan bertukar menjadi Cina, Islam bertukar menjadi Kristian dan Raja2 kehilangan takhta....

Wan tidak mahu menerima PAS menjadi moderate...Wan tidak mahu PAS memahami realiti politik berbilang kaum di M'sia yg mana kerjasama anatara kaum merupakan asas bagi membentuk sebuah kerajaan.

Lebih mengelirukan lagi, Wan sanggup mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Islam haram menentang kerajaan BN dan menentang Najib. Seolah2 beliau lupa bahawa sistem yg dicipta UMNO sendiri (demokrasi berpalimen) membenarkan rakyat memilih kerajaan dan PM (melalaui PAU) boleh dijatuhkan...

Untuk berlaku adil kepada Wan, memang kadang2 Wan menyentuh soal perlunya digiatkan pembangunan daerah Jerantut demi rakyat. Kadang2 terdapat juga teguran2 tentang penyalahgunaan kuasa seperti dalam isu2 tanah di bandar J'tut. Ini tidak dapat dinafikan namun ia tidak cukup...


Mat Periba


Anonymous said...

Salam WZWH.... kesian koi membaca luahan hati awak ni. Nampak sangat kecewa.

Tulah awak... banyak sangat mengampu Wan Dompot tu... alih2 tak kemana.. koi doakan wan mizan jugak tak dpt tpt dlm PRU nanti..Dia dah kaya raya.. tanah dan berlambak... balak bertimbun2.. takde benda nak dikejor dah...

Koi dengar citer, kalu tak ada tempat as calun... UMNO ni dia ganti benda lain...eg... tanah... konsesi balak... jawatan... dll.. so awok tak payah risau WZWH... awok akan dpt jugok nanti...

Abis tu saper yg jadi calunnyer..
Tahan.... Pulau Tawar... P Jerantut.. takkan Dr Shukri pegi parlimen kot... tak de muka lain ker..

Koi cadangkan... Dr Shukri lawan dgn Wan Mizan... lawan perut saper yg lagi ke depan... saper menang dia jadi calun P Jerantut... sebabnya koi rasa... kalau yg berdua ni calun... In Sha Allah.. Jerantut akan bertukar tgn...

Moh lah Weiihhh

Anonymous said...

Memandankan Wan telah memaparkan biodata pasal dirinya maka saya juga akan memaparkan kehidupan berpolitik Mat Periba.
Mat Periba adalah bekas Ketua Cawangan dan AJK Pemuda Bhg Jerantut selama lebih 5 tahun. Beliau bekerabat dgn Wan. Beliau merupakan bekas eksekutif kanan GLC. Ayahnya seorang aktivis politik yg pernah menyertai API (nasionalis zaman Ahmad Bostamam) namun diakhir hayatnya beliau bersama UMNO 46. Salah seorang abangnya merupakan bekas seorang ADUN UMNO, seorang lagi merupakan senator di Dewan Senet atas tiket Kerajaan Negeri PKR. Adiknya yg berpengkalan di Seremban, bekas pegawai kanan kerajaan merupakan seorang aktivis PAS...

Mat Periba sekarang sedang bergiat bersama PAS. Bekerja dibelakang tabir bagi memenangi PAS dan PR dalam PRU13. Beliau tiada niat nak menjadi ADUN mahupun sebagai MP..

Anak Mat Periba.

Anonymous said...

Tak boleh ke UMNO bagi WZWH jadi calon atas dasar kesian. Dahlah tok nenek dia kena sabotage hingga melepas peluang jadi calun, time dia pun melepas juga. Bejela-jela panjangnya ' resume ' dia buat, takkan lah tak dapat perhatian lansung. Dia ni nak sangat jadi calun, bagilah kat dia, kesian.

Kalau WZWH jadi calun, saya balik Jantut mengundi, janji.

Anonymous said...

Tu la aku dah awal-awal suruh hang masuk kem TSMY. Degil sungguh la hang ni.

Umai

Anonymous said...

salam

kalau berhajat sangat nak jadi calon pun jangan sampai merayu begitu sekali macam tak percaya rezeki tu Allah yang tentukan. Kalau begini la caranya nak jadi calon BN jangan la dicalonkan ini bukan nak berkhidmat untuk rakyat ini gaya nak melingkupkan rakyat. Ingat pendidikan tinggi melangit sekali pun kalau tidak ada niat nak membantu rakyat tak kemana perginya......

Anonymous said...

Tahniah WZ ..walaupun tuan lebih berkeliber dan cerdik tapi masih menjadi pekerja biasa kepada ahli politik yang kurang cerdik dan berkeliber dari tuan. Tindakan bijak untuk seorang ahli umnobn. Pemikiran yang macam ni laa yang diperlukan supaya bn terus menang. Biar yang kurang cerdik jadi pemimpin .... dan yang cerdik belajar dari luarnegara terus jadi macainya...adu hai....

Kampong man said...

Salam Wan,

Tidak menjadi calon tidak bermaana kita harus tewas dalam perjuangan.Landscape politik yang bertukar sejak 2008 memberi satu tanggungjawab BESAR pada wakil rakyat baik di DUN mahupun di Parlimen.

Mereka memegang satu amanah berat memakmorkan rakyat dan berjiwa rakyat .Mereka tidak lagi boleh mengambil mudah kerana rakyat melihat.Pastinya pucuk pimpinan tahu dan mahukan Winnable Candidate yang boleh bekerja.Wan yak8n dengan kejayaan BN di Jerantut.KM tidak tahu hati kecil majoriti pengundi Jerantut selain dari feedback dan penulisan Wan.

Kita sayangkan UMNO dan mahu memperbaiki kelemahan lampau kerana hanya UMNO yang dapat meneruskan perjuangan bangsa, ugama dan Raja berpelembagaan dan ADIL kepada kaum dan ugama lain.Bukan DAP, bukan PKR dan bukan PAS.

KM mengikuti apa Ustaz Nasharudin bincangkan malam tadi pukul 11 malam di TV 3.Menyatukan bangsa Mekayu dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi.Malaysia satu satu negara Islam yang dihormati di dunia. Insyaallah, Jerantut dan Pahang kepunyaan UMNO/BN.

@ Tahukah Wan komik Dandy datangnya dari Dundee ?.Cheerio lad!

Anonymous said...

Uncle Kampongman,

"Kita sayangkan UMNO dan mahu memperbaiki kelemahan lampau kerana hanya UMNO yang dapat meneruskan perjuangan bangsa, ugama dan Raja berpelembagaan dan ADIL kepada kaum dan ugama lain"

Satu statement yang fair dan munasabah. Syabas.

Perjuangan yang uncle sebutkan diatas adalah perjuangan murni. Jika dilaksanakan atas asas yang betul dan cara yan betul adalah merupakan satu amal soleh yang membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

Jadi, demi perjuangan yang muni itu, UMNO kena memang PRU 13 secara bersih dan adil.

Perjuangan yang murni, perjuangan yang boleh menjadi amal soleh perlu kepada asas yang murni dan bercirikan amal soleh juga.

Perlu diingat kembali, perjuangan melayu, Islam dan kedudukan Raja Melayu bukan perjuangan untuk 3.0juta ahli UMNO dari keturunan melayu sahaja. Ia juga perjuangan bagi pihak 15 juta orang melayu lain yang bukan ahli UMNO - mereka adalah kelompok majoriti orang melayu di negara ini.

Jika kemenangan UMNO dalam PRU 13 ini secara baik dan adil, pasti kelompok majoriti ini akan bersama UMNO.

Else,kalau niat perjuangan sahaja baik, tetapi batu asas perjuangan tersebut dan perlaksanaannya buruk dan hina - ia akan merupakan satu pengkhianatan kepada bangsa melayu secara keseluruhan...pasti majoriti tidak akan menyokong UMNO seperti sekarang.

Onus adalah keatas UMNO untuk memilih.

Zack

Anonymous said...

Ha ha ha ha ha
Peluang masih ada
Tapi Zaman berubah

Anonymous said...

Ramai bijak pandai diri Jerantut ni yg boleh dan layak jadi calon... tapi apakkan daya...
Kita sokong WZ jadi calon.....

Anonymous said...

Kesian awok wzwh, awok tak faham2 mana UMNO nak lantik orang cerdik jadi wakil rakyat seperti tuan yang berkelulusan seberang laut. itu sebab UMNO lantik wan amizan yang tak lulus SPM untuk jadi wakil rakyat, hanya pandai bercakap dan menghabiskan harta rakyat sedangkan tuan yang berkelulusan seberang laut hanya menjadi pak turutnya sahaja UMNU....UMNU....UMNU

sang sapurba said...

hidup umno!!!

pas akan hilang 12 kerusi,pkr akan hilang 15 kerusi dan dap menang 43 kerusi.

nampak sangat dap cerdik dan bijak.undi puak pas dan pkr dia ambil dan undi dia sendiri tak bagi kat pas dan pkr.

kalau pas lawan mca gerenti puak cina bagi mca.tak kiralah atas pagar atau ahli dap.

lain dengan pas.dia tetaplah undi dap sebab tok guru dah arahkan.

kesian semakin sesat pas ini.

cuba puak pencacai pr dalam blog ini fikir dan renungkan arahan terbaru pas iaitu undi umno haram sebab tolak islam.undi dap tak haram sebab dap memperjuangkan islam sehingga boleh ugut majlis syura.nik aziz pun terpaksa mengadap raja singh guru nanak oku.siap potong kek harijadi lagi.masyaallah.

tak boleh ke buat pulut kuning sambut harijadi dimasjid selepas solat baru berkat.

Anonymous said...

Laa,umno lama dah lama arwah di tgn che det. Yg u dok puja tu parti mamak kerala. Jgn tertipu krn sejarah tidak menipu.

Anonymous said...

Aku undi pr. Undi bn dah banyak kali tapi Malaysia tetap camtu. Just tukar selera.

Anonymous said...

WZ dah nak cuba buat Dinasti diJerantut pulak. Lupakanlah Wan...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024