Monday, February 11, 2013

Siri Kempen Parlimen Jerantut: Kejohanan Futsal DUN Pulau Tawar



















Kejohanan Futsal DUN Pulau Tawar di gelanggang Futsal Kampung Bukit Rang.

Kampung Bukit Rang ialah salah satu kampung tradisional Pulau Tawar. Selepas banjir 1971, ramai orang Pulau Tawar berpindah ke penempatan Kampung Bukit Rang.

Isteri WZWH dilahirkan di Kampung Bukit Rang pada 1974. isteri WZWH bernama Marina bt Azhar, cucu Aki Jaafar. Kalau WZWH tidak berkahwin dengan isteri WZWH pun WZWH mempunyai ramai sedara mara di kampung tradisional Pulau Tawar.

Dulu Kampung Masjid ada ramai penduduk di Pulau Tawar. Ramai keluarga WZWH tinggal disitu. Selepas Jengka dibuka ramai orang Pulau Tawar berpindah ke Jengka.

Kampung tradisional Pulau Tawar adalah kubu kuat UMNO dulu dan semasa Dato' Wan Abu Bakar menjadi ahli parlimen Jerantut 1982-1995. Tetapi selepas itu kampung tradisional Pulau Tawar menjadi kubu kuat PAS pula hingga sekarang.

Kenapa terjadi begitu? WZWH telah mengupas isu ini dalam banyak posting.  Antara sebabnya:

  • Isu pembangunan kampung tradisional Pulau Tawar.
  • Pemimpin Pulau Tawar yang tidak cuba bergaul dengan masyarakat.
  • Orang kampung dan orang muda rasa terpinggir.
  • Tidak ada pemimpin yang mahu membela nasib orang kampung.
  • Pemimpin tidak cuba memahami hasrat dan kemahuan orang kampung.
  • Tiada anak tempatan kampung tradisional menjadi wakil rakyat.

Kampung tradisional Pulau Tawar memerlukan ahli parlimen dan ADUN yang menjiwai dan peka serta perihatinan kepada keperluan dan kehendak orang kampung.

Alhamdulillah, akhir-akhir ini sudah ada anak-anak Pulau Tawar yang berjaya di perantauan mahu membela dan membina  Pulau Tawar baru.

WZWH percaya INI KALI orang kampung tradisional Pulau Tawar akan mendapat wakil rakyat dari kalangan anak tempatan insyallah.



















Sejuk mata WZWH melihat bendera BN berkibar di kampung tradisional Pulau Tawar. Adalah menjadi komitmen WZWH mahu lihat UMNO dan BN membina harapan baru kampung tradisional Pulau Tawar.



Para penonton Kejohanan Futsal DUN Pulau Tawar di gelanggang Bukit Rang.



Orang muda Pulau Tawar main bola atau Futsal sungguh-sungguh. Sampai ambulan datang merawat pemain yang cedera. Pulau Tawar tiada padang tetapi PUTA selalu memenangi kejuaraan kejohanan bola sepak. Peruntukan untuk membina sebuah padang bola di Pulau Tawar telah diluluskan RM200,000. Terima kasih YB Dato' Dr Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar.



















Dato' Wan Amizan berucap sebelum penyampaian hadiah.



















Dato' Wan Amizan sebelum itu melancarkan Website/Fb/Twitter/Blog KR1M Parlimen Jerantut Kas Sayang Jerantut di Hotel Darul Makmur bandar Jerantut. Pukul 6.30 pm baru sampai ke Kampung Bukit Rang. Sewaktu kejohanan berlansung sungguh meriah ramai orang datang.



















Barulah bendera UMNO dan BN berkibar di kampung tradisional Pulau Tawar, kalau tidak sebelum itu bendera hijau sahajalah...





















Tempat ke 4 Belia Felda hadiah wang tunai RM500.


Tempat ke 3 Felda Jengka 12 hadiah wang tunai RM700.


Tempat ke 2 PUTA hadiah wang tunai RM1000.


Johan Futsal DUN Pulau Tawar Felda Jengka 13 mendapat hadiah tunai RM2000.


Dato' Wan Amizan dan pemain serta urusetia bergambar kenangan.

Suasana ceria penuh santai Dato' Wan Amizan bersama pemimpin akar umbi dan orang muda kampung tradisional Pulau Tawar dalam suasana penuh kekeluargaan.

Bagi WZWH bukan saja rasa sayang dan kasih kepada Tembeling, tapi juga kepada Pulau Tawar. Bertepatan dengan motto KR1M Parlimen Jerantut...

Kas Sayang Jerantut...

11 comments:

Anonymous said...

Semalam kas berkunjung ke rumah arwah Chegu Daud Temin Ulu kerana ada majlis kenduri kawain. Sempat bersembang dgn Pak Hj org Feri mengenai PRU13 dan peluang PR memenangi kerusi DUN atau parlimen. Dia kata PR jangan bimbnag...yg banyak menyertai program2 UMNO tu samaada budak2 yg belum boleh mengundi atau anak2 orang PAS atau penyokong PAS. Anak2 orang PAS ini berlakon je....sebab mereka telah dibekalkan dgn tangkal, "Duit bagi kita ambik, t-shirt kasi kita kebas, suruh panjat pokok untuk pacak bendera biru pun kita panjat.. janji pulus masuk, undi BN jauh sekali"....

Bagitulah fenomena hari ini....
Wan tak percaya ke...???!!! TUNGGU PRU13

Anonymous said...

Itu normal, sedangkan dlm solat berjemaah pun ada juga terselit org munafik solat sekali, apa la sgt setakat nk panjat2 tiang ni, dan sifat org munafik mmg ada pada Pas, apa boleh buat...

Anonymous said...

Ini kali lah orang Temin dapat menikmati yg lain dari yang biasa dari Umno....dah 55 tahun dah..rasa yg lain pulaklah. Kalau tak sedap juga, boleh tukar 5 tahun kemudian. Tapi kalau dok rasa yg sama je hingga 60 tahun, tak jelak ke orang temin?

Anonymous said...

KERAJAAN SKRG KAN SELALU MELAUNG2KAN SLOGAN TRANSFORMASI....SESUAI SGT LA TU....KITA TRANSFORM KERAJAAN YG ADA NI DGN YG BARU YG MUNGKIN LEBIH BAIK...KALU X BAIK KITA TUKO PULOK...PASTU KITA TUKO SOKMO STP LIMA THN SPYA TAKDE PEMIMPIN YG BOLEH JD KAYA RAYA SEKELIP MATA SBB TAK DAN NK KUMPUL RETA DAH KENA TUKO...KUASA MEMILIH KAN D TGN KITA....AMENDA KE PAYOH SGT WEH

Anonymous said...

Mana YB Pulau Tawar..... berubat ke??

Anonymous said...

KAS DENGAR CERITA RAMAI YANG NAK BOIKOT UNDI PAS TAHUN NI... CALON PAS WALAUPUN ANAK PULAU TAWAR, TAPI TAK BERGAUL LALU.... HARAP HAK LAIN SEME KAKI OKOK.. TAK LAYAK, RAMAI ANAK PERANTAUAN PAS YG PROFESIONAL ' TAK BERASAMA DENGAN PAS'...

Anonymous said...

memang org pulau tawar x suka org2 kelantan menerokA seinci pun tanah di kg pulau tawar....tapi parti pas yang semua org tahu ada la parti dtg dari negeri kelantan,makna nye org kelantan berjaya,menceroboh jiwa2 anak2 pulau tawar,menyokong parti asal usul nye dari negeri kelantan... makna nye kami berjaya mendapat sokongan dan merubah jiwa anak2 p.tawar dengan cara berparti dan menerima org kelantan masuk ke p.tawar taniah parti pas

awe lembu said...

itu hebat nye orang kelantan ambo banga jadi anak kelantan jiwa merintah dan menakluki....pulau tawar sebagai mana menbina kekuatan pas seperti di kg batu balai,taniah anak2 p.tawar jom terus menyokong pas.

Anonymous said...

mana cucu mat kilau niii,xkan kibar bendera cucu tok janggut

Anonymous said...

kome om pulau tawo, tak makan kopok org kelantan.. kome sokong pas sebab islam.. tengok markas pas di surau mujahidin budak muda penuh 5 wktu

Anonymous said...

kome om pulau tawo, tak makan kopok org kelantan.. kome sokong pas sebab islam.. tengok markas pas di surau mujahidin budak muda penuh 5 wktu

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024