Saturday, March 23, 2013

Apa Yang Pemimpin UMNO Perlu Belajar Kasih Tuanku Sultan Pahang Kepada Rakyatnya?

UMNO melalui BN mahu memerintah lama. Nikmat dunia menjadi pemimpin menjadi kegilaan. Menjadi pemimpin perlu tanggungjawab kepada rakyat. Supaya rakyat kasih kepada UMNO.

Kenapa UMNO @ BN merasa sukar dan payah PRU 13? Adakah rakyat sudah tidak kasih kepada UMNO?

Kenapa rakyat sukar bagi UMNO dan BN dua pertiga PRU 12 dan mungkin PRU 13. Kenapa ada rakyat yang tidak memandang kebendaan material yang diberi UMNO?

Apa yang buat rakyat kasih dan sayang kepada UMNO?
Apa yang buat rakyat kasih dan sayang kepada pemimpin UMNO?

WZWH bukan pakar politik dan sosial scientist. Tapi WZWH cuba memberi pandangan alternatif....

Politik itu politik...tapi apa yang above politics?

Perlukah pemimpin UMNO diberi mukjizat oleh Allah untuk menarik rakyat? Mustahil, mukjizat hanya diberi oleh Allah kepada para rasul dan nabi yang terpilih.

Ya Allah...berilah 'sesuatu' yang bawah pada mukjizat kepada pemimpin UMNO menarik minat dan cenderung rakyat.

Adakah WZWH salah berfikir demikian?...

Apa yang pemimpin UMNO perlu belajar kasih Tuanku Sultan Pahang kepada rakyatnya? 



22 Mac 2012 ini hasil kerja NGO Tengku Temenggong Pahang. Ini program Temenggong Initiative melibatkan penglibatan Temenggong Ranjers dari beberapa kampung tradisional di sebatang Sungai Tembeling.

130 peserta kursus dipilih bagi kursus pengeluaran pertanian natural farming dan jahitan manik selama 3 hari di Woodland Resort, Kuala Tahan, DUN Tahan Parlimen Jerantut.



















Tuanku Sultan Pahang, Sultanah dan Tengku Temenggong berangkat tiba disambut oleh ahli parlimen Jerantut dan ADUN Tahan.



















Rakyat jelata menyambut dan meraikan keberangkatan Tuanku Sultan Pahang.



















Rakyat Tembeling yang bangun berdiri setia menunggu ketibaan Tuanku Sultan Pahang.




Tuanku Sultan Pahang turun padang menemui rakyat baginda.



Jamuan minum petang rakyat bersama Tuanku Sultan Pahang.




Tuanku Sultan Pahang, Sultanah, Tengku Temengggong, Kerabat, Orang Besar, YB, Dato-Dato' barisan long table VVIP.




Tengku Temenggong sejurus  mempersembah ucapan kehadapan Tuanku Sultan Pahang lalu menyampaikan sijil penyertaan kursus INFRA dan penyerahan rasmi replika kunci kenderaan SASET.




















Penyampaian sijil kursus pertanian natural kepada peserta lelaki oleh Tengku Temenggong.



















Penyampaian sijil kursus jahitan manik kepada peserta perempuan oleh Tengku Temenggong.



Persembahan rakyat kepada Tuanku Sultan Pahang. Ini tradisi unik orang Tembeling memberi apa-apa persembahan kepada Tuanku Sultan Pahang sebagai tanda ingatan dan kasih rakyat kepada Tuanku Sultan Pahang diketuai oleh ADUN Tahan.

Maka hamba rakyat semua berbaris panjang memberi persembahan yang dulunya merupakan apa-apa hasil pertanian dan hasil hutan serta hasil sungai kepada Tuanku Sultan Pahang.

Kalau zaman dulu-dulu hasil pertanian seperti padi baru, madu lebah, petai jeruk, minyak sapi, buah-buahan. Hasil hutan daging-daging binatang exotik seperti rusa, burung, Hasil sungai seperti ikan patin dan ikan kelah.

Tentu orang Pahang masih ingat lagi kisah keluarga Orang Kaya Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong, Kuala Lipis yang menjumpai setempayan emas lalu dipersembah kepada Raja Pahang.

Dulu Orang Besar-Orang Besar mengutip cukai dan mempersembah kepada Tuanku Sultan Pahang sebagai Raja Pemerintah dan Jajahan Takluknya.

Sebab itu orang-orang korporat dan orang-orang politik Pahang mana yang berjaya dalam hidup mesti ingat dan kasih kepada Tuanku Sultan Pahang.

Mungkin orang-orang muda Pahang merasakan posting WZWH ini boring kerana menceritakan perkara ini.

Maybe...WZWH the last tradisional Pahang boy!



















Ada rakyat yang susah lebih suka mengadap Tuanku Sultan Pahang meminta pertolongan. Tuanku Sultan Pahang yang kasih dan perihatin kepada rakyat baginda selalu mengurnia kepada golongan rakyat susah.

Lama dulu sebelum BRIM, Vroom, Vring..Tuanku Sultan Pahang sudah amalkan kurnia kepada rakyat. Sebab itu rakyat Pahang kasih kepada baginda.

Rakyat yang susah lebih rela mengadap Tuanku Sultan Pahang daripada berjumpa Orang Kaya...

Sebab itu ahli korporat-ahli korporat dan ahli politik-ahli politik Pahang yang kaya raya jangan kedekut dengan rakyat Pahang yang susah. Contohi lah kemurahan hati Tuanku Sultan Pahang.



















Seorang rakyat Pahang yang terpaksa menghadapi pembedahan major jantung dengan kos perubatan yang tinggi mengadap Tuanku Sultan Pahang meminta pertolongan Tuanku Sultan Pahang. Berkat Allah punya kuasa dan rezeki rakyat itu Tuanku Sultan Pahang membantu. "Ini nyawa kamu...pergilah bedah di IJN'' titah Tuanku Sultan Pahang maka berlinang air mata rakyat Pahang itu.



















Sebelum Tuanku Sultan Pahang berangkat pulang...ada insiden bila dua orang kanak-kanak bermain dekat dengan pintu pagar besi yang besar lalu tiba-tiba tumbang nasib baik Tuan DO Jerantut Dato' Tuan Syed Mutalib sempat menahan pagar besi yang berat itu dari tumbang menghempap dua orang budak kecil adik beradik walau kena sedikit dikepala.

Tuanku Sultan Pahang sangat risau dan bimbang lalu memeriksa keadaan dua budak kecil itu. Tuanku Sultan Pahang mententeram 'trauma shock' dua orang budak itu dikurnia setiap seorang termasuk emak dua orang budak itu!



















Tuanku Sultan Pahang berangkat ke padang SMK Kuala Tahan memandu sendiri kereta. Tuanku Sultan Pahang sempat bertitah bahawa baginda mahu datang lagi..



















Tengku Temenggong memimpin dan memegang bahu Ayahanda Tuanku Sultan dengan penuh care kasih sayang sambil Tuanku Sultan Pahang memperkatakan sesuatu kepada ADUN Tahan.



















Helikopter yang membawa Tuanku Sultan Pahang, Sultanah, Tengku Temenggong berangkat terbang balik ke Kuantan.



















Sejurus selepas Tuanku Sultan Pahang berangkat pulang, hari yang cuaca penuh panas terik dari tengahari hingga lewat petang terus tiba-tiba hujan turun lalu menjadi semakin lebat....suasana dingin di Kuala Tahan dan hujan turun membawa rahmat kepada bumi Tembeling.

Phenomena sebegini biasa bila hanya Tuanku Sultan Pahang berangkat ke Tembeling DUN Tahan. Itulah kelebihan Tuanku Sultan Pahang yang Allah kurnia.

6 comments:

Quiet Despair said...

Insya-Allah dengan keberangkatan Tuanku akan menyedarkan rakyat tentang kejayaan BN memakmurkan rakyat.
Orang Pahang sayang kan Tuanku dan tentu akan akur amanat baginda.
UMNO candidates in the GE should have no problem winning.

P.S. Abang Zurik, hari ni DS Najib lawat kampung kelahiran Aki kaeh. Tak turun ke bersama oghang Lepih?

Anonymous said...

DYMM merupakan payung rakyat. Semoga Kebawah Duli Tuanku tidak memihak kpd mana2 parti politik semasa PRU13 nanti.

Anonymous said...

Aku sokong. Asal bukan BN. Barua Negara.

Anonymous said...

Jerantut perlu lebih pembelaan.
Semua Perumahan Awam Di Kawasan Jerantut
belum ada geran lagi.Berumah tapi tidak memiliki dan menwarisi rumah.
Itulah hakikatnya.

Anonymous said...

Tak bagi geran selepas pru potong telinga..rupa2nya potong telinga lembu sharizat. Kahkah

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024