Thursday, June 30, 2016
Wednesday, June 29, 2016
Tsunami Cinta...
Tsunami
Her love is a tsunami
that had struck my heart.
I swear It's a tsunami,
Oh protect us, please O! Almighty !
O! adoration folks O! lovers,
who had happened to him like I ?!
Six days mine eyes lacking-sleep,
I didn't know what happened to me ! (x2)
Mass destruction(x2), she did to me.
I'd tried hard to resist. Yet she won victory over I ! (x2)
An emotional dangerous attack,
I didn't know the place from where she came out for me !(x2)
Her love is a tsunami
that had struck my heart.
I swear It's a tsunami,
Oh protect us, please O! Almighty !
Alas! love's magistrate (it's) a sinful deed,
what am I supposed to do, please tell me ? (x2)
Mine heart just repented and stopped sins,
she drove it back again to the sinful things (x2)
Mass destruction(x2), she did to me.
I'd tried hard to resist. Yet she won victory over I ! (x2)
An emotional dangerous attack,
I didn't know the place from where she came out for me !(x2)
Her love is a tsunami
that had struck my heart.
I swear It's a tsunami,
Oh protect us, please O! Almighty !
Danger(x2) I swear it's danger,
she didn't let for me anything to do !
Tougher(x2) I swear it's tougher...
thing on her to walk among people normally!
Mass destruction(x2), she did to me.
I'd tried hard to resist. Yet she won victory over I ! (x2)
An emotional dangerous attack,
I didn't know the place from where she came out for me !(x2)
Her love is a tsunami
that had struck my heart.
I swear It's a tsunami,
Oh protect us, please O! Almighty !
Her love is a tsunami
that had struck my heart.
Tuesday, June 28, 2016
Kenapa Bila Mufti Pahang Bersuara Buat Pakatan Harapan, DAP Dan Mahathir MENGGELEPAR?
"Saya tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang menentang Islam. Itu yang saya maksudkan," demikian kata Mufti Pahang.
Ini isu polemik yang sangat menarik.
Menarik kerana Pakatan Harapan boleh bercakap apa saja. DAP selalu buat statement yang buat orang Melayu Islam terluka. Tidak Mengapa.
Apa lagi Tun Mahathir suka buat statement yang menghasut dan treason bila mahu jatuhkan DS Najib PM secara terang terangan. Itu pun tidak mengapa.
Tetapi bila YB Sohibus Samahah Mufti Pahang DS Dr Abdul Rahman Osman bersuara tentang "The Politics of Kafir Harbi in General" boleh buat Pakatan Harapan, DAP dan Mahathir MENGGELEPAR!
Buktinya Lim Kit Siang terasa pedasnya seolah-olah dia makan lada.
The so called Pakatan Harapan intellectual pun bising seperti Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa Naib Presiden Parti Amanah Negara dan Senator Dr Muhammad Nur Manuty Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.
Mujahid dan Muhammad Nur Manuty kata Mufti Pahang perlu tarik balik kenyataan dan minta maaf serta pandangan ketinggalan zaman.
Apa lagi penyokong kuat Mahathir seperti Zaid Ibrahim dan Ibrahim Ali Presiden Perkasa turut mempersoalkan kenyataan Mufti Pahang.
Lebih jauh lagi ada pemimpin pembangkang berspekulasi mengaitkan kenyataan Mufti Pahang itu boleh menyemarak lagi kegiatan ISIS.
Kenapa kenyataan non-politician like Mufti Pahang sungguh terkesan, berpengaruh dan diberi highlight sedemikian rupa hingga pemimpin Pakatan Harapan, DAP dan Protun Mahathir MENGGELEPAR?
Ini adalah ada kaitan dibimbangi mereka itu begitu takut pada PRU 14 nanti mereka akan kalah besar dan gagal lagi untuk menjatuhkan DS Najib.
Sebuat portal luar negara New Mandala merumus....
At the same time, the Barisan onslaught on the DAP also took a new, potentially risky, turn. As if to anticipate possible attempts by Mahathir, Mukhriz and Muhyiddin to draw other UMNO rebels out of the party, the state Mufti of Pahang issued a statement denoting the DAP and its allies kafir harbi. This designation, derived from Islamic jurisprudence, effectively classifies DAP members and their associates as hostile non-believers in a state of war against Islam and Muslims. Due to their purported hostility, it further defines them as having forfeited the right to protection of their lives and property. The logic of the Mufti’s comments appears to sanction attacks on these people’s lives, should anyone draw such a devastating conclusion from them.
While the Mufti attracted heavy criticisms over the weekend, on Sunday Najib himself elected not to reproach him. Instead, he issued a statement that “We cannot compromise on the Islamic struggle in this blessed land. We reject those who dislike Islam and know who they are and their collaborators.”
Who they are is the DAP, and Mahathir and his allies, including Mukhriz and Muhyiddin. Such statements are intended not to encourage actual violence, but to discipline Malay Muslims inside and outside UMNO who might consider joining them. In reality, they rely on the assumption that nobody will act on them—potentially a dubious assumption as the debate gains intensity—while projecting UMNO as the only force that can protect and defend Malay Muslims and their interests.
They also enable UMNO to foster even closer collaboration with Islamist party PAS, which left the Pakatan coalition after the 2013 federal election, causing a group of leaders and members to split away to form Amanah, who Muhyiddin was filmed talking to on Sunday by Channel News Asia. On Sunday, Muhyiddin announced he was considering forming a new political “platform” of some kind. If it is a new party with Mahathir and Mukhriz, then it will presumably aim to enhance their position as a “Malay Muslim” alternative, countering the accusation that they are a DAP front.
Sunday, June 26, 2016
Kegagalan Britain Belajar Dari UMNO Bagaimana Mengurus Rakyat Marhein Menyebabkan Kesan BREXIT Kepada Ekonomi Dunia
Keputusan Referendum Brexit menyebabkan David Cameron meletak jawatan Perdana Menteri Britain.
Britain mantan penjajah Malaya gagal mengurus persepsi rakyat marheinnya ketika jurang pendapatan meningkat menghasilkan 'populist rebellions' anti establishment.
Rakyat yang miskin, kurang terpelajar bangkit menentang pendapat golongan elit yang memerintah, golongan profesional dan pakar ekonomi yang boleh menghasilkan malapetaka.
Fenomena Donald Trumph di Amerika, Boris Johnson di Britain dan lain menjadi trend terkini. Selain Malaysia bila Pakatan Rakyat-Pakatan Harapan-Deklarasi Rakyat mahu menjadi 'populist rebellions'.
Kegagalan Britain belajar dari UMNO, kegagalan PM David Cameron belajar dari DS Najib bagaimana mengurus rakyat marhein, yang miskin, kurang terpelajar akhirnya menyebabkan kesan BREXIT-Britain keluar dari European Union.
Hari ini, beberapa hari selepas rakyat Britain menyokong Referandum Brexit pasaran saham seluruh dunia merundum.
Pelabur-pelabur luar kini dengan segera menjual aset-aset berkaitan Britain dan ini sudah pasti akan beri kesan kepada ekonomi serta pekerjaan di UK secara keseluruhannya.
Nilai matawang pound sterling juga jatuh mendadak dan ini menjadi kegilaan kepada pemain-pemain Forex seluruh dunia yang akan membuatkannya lebih teruk jatuh lagi.
Perdana Menteri Britian telah meletak jawatan , politik dan ekonomi Britain kini goyah.
Ribuan malah mungkin jutaan rakyat Britain akan kehilangan pekerjaan akibat dari pilihan mereka kelmarin.
Apa yang berlaku hari ini di negara bekas penjajah kita patut kita jadikan pengajaran.
Mereka terpengaruh dengan propaganda kebencian dan termakan dengan janji-janji manis yang kononnya mereka akan lebih baik diluar EU.
Pertama BREXIT ialah British Tragedi:
A British Tragedy in One Act by Chris Pattern
The decision to leave the EU will dominate British national life for the next decade, if not longer. One can argue about the precise scale of the economic shock – short- and long-term – but it is difficult to imagine any circumstances in which the United Kingdom does not become poorer and less significant in the world. Many of those who were encouraged to vote allegedly for their “independence” will find that, far from gaining freedom, they have lost their job.
First, a referendum reduces complexity to absurd simplicity.
A second reason for the disaster is the fragmentation of Britain’s two main political parties.
That points to a third reason for the pro-Brexit vote: growing social inequity has contributed to a revolt against a perceived metropolitan elite.
Kedua Kesan BREXIT Kepada Ekonomi Dunia:
Brexit’s Impact on the World Economy by Anatole Kaletsky
First, the “Brexit” referendum is part of a global phenomenon: populist revolts against established political parties, predominantly by older, poorer, or less-educated voters angry enough to tear down existing institutions and defy “establishment” politicians and economic experts.
The degree of mistrust of business leaders, mainstream politicians, and expert economists is evident in the extent to which voters are ignoring their warnings not to endanger the gradual restoration of prosperity by upending the status quo.
In other words, all the voluminous reports – by the International Monetary Fund, the OECD, the World Bank, and the British government and the Bank of England – unanimously warning of significant losses from Brexit have been disregarded.
Brexit wins in a country as stable and politically phlegmatic as Britain, financial markets and businesses around the world will be shaken out of their complacency about populist insurgencies in the rest of Europe and the US. These heightened market concerns will, in turn, change economic reality.
The threat of such contagion means a Brexit vote could be the catalyst for another global crisis. This time, however, the workers who lose their jobs, the pensioners who lose their savings, and the homeowners who are trapped in negative equity will not be able to blame “the bankers.” Those who vote for populist upheavals will have no one but themselves to blame when their revolutions go wrong.
Monday, June 20, 2016
Analisis Keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar
Sumber dari Blog Dah Ikhwan:
Kawasan Kuala Kangsar (Jumlah Pengundi 32,632)
BN 12,653 undi
PAS 5,684 undi
PAN 4,883 undi
Majoriti 6,969undi
Peratusan mengundi 71%
Kawasan Sungai Besar (Jumlah Pengundi 42,365)
BN 16,800 undi
PAN 7,609 undi
PAS 6,902 undi
Majoriti 9,191 undi
Peratusan mengundi 74%
Dalam sesebuah PRK kita tidak dapat membuat regression analysis untuk mempastikan corak pengundian setepat-tepatnya mengikut komposisi kaum.
Ini kerana sampel data tidak mencukupi untuk membolehkan berbuat demikian.
Bagaimanapun kita boleh membuat anggaran yang cukup munasabah untuk mendapat gambaran suasana pengundian.
Sungguhpun BN memperolehi majoriti yang besar dalam PRK ini, ini tidak semestinya menunjukkan peningkatan kekuatan BN dengan mendadak berbanding dengan PRU tahun 2013.
Ini kerana wujudnya pertandingan tiga/empat penjuru sekarang. Yang lebih relevan ialah peratusan undi yang diperolehi BN kini, iaitu 54%(PRK 2016) di Kuala Kangsar berbanding 50.4%(PRU 2013) dan di Sungai Besar pula 53% (PRK 2016) berbanding 49.6% (PRU 2013).
Ini dengan jelas menunjukkan satu peningkatan dikedua-dua kawasan. Justeru, bolehlah dirumuskan yang BN kini semakin kukuh selepas PRN Sarawak dan PRK ini.
Peningkatan prestasi ini hanya boleh dicapai dengan adanya peningkatan sokongan undi dari masyarakat Cina dan juga India.
Tahniah kepada PM Najib dan BN.
Seperti yang kita jangka, Parti PAN telah memperolehi undi kedua terbesar di Sungai Besar, tetapi jatuh ketempat ketiga di Kuala Kangsar.
Ini tidak semestinya berita baik bagi parti PAN kerana ia pasti disebabkan sokongan dari majoriti masyarakat Cina bersama sebahagian kecil masyarakat Melayu, manakala parti PAS pula hanya bergantung kepada sebahagian besar undi tradisi pembangkang Melayu.
Rumusan yang kita boleh buat disini ialah parti PAN akan menghadapi laluan amat sukar untuk memenangi sebarang kerusi dimasa hadapan dalam pertandingan tiga penjuru.
Jika wujud kerjasama antara UMNO dan PAS dalam pengagihan kerusi di PRU akan datang, sudah pasti parti PAN akan menempah kegagalan seperti parti-parti serpihan yang lepas.
Ini menampilkan peluang baik untuk PAS menghapuskan PAN dan untuk UMNO menghapuskan PKR.
Soal isu 1MDB dan GST serta faktor Mahathir amat jelas tidak memberi kesan langsung seperti seperti diramalkan dalam artikel kita sebelum ini.
Faktor Mahathir sememangnya bukan penentu kepada pola undi Melayu dahulu atau sekarang. Yang nyata Mahathir bijak memperalatkan keadaan sehingga nampak pada pandangan awam yang dialah yang menentukan sokongan rakyat. Padahal sebenarnya tidak.
Misalnya, umum menyangka yang Mahathir telah berjaya mengalihkan sokongan Melayu di Kedah pada tahun 2008. Setelah meneliti kembali dan menganalisis data-data yang ada, sebenarnya kerajaan BN Kedah tumbang pada tahun 2008 disebabkan kehakisan sokongan undi Cina dan India yang melanda seluruh semenanjung ketika itu.
Satu lagi rumusan yang diperolehi ialah sokongan kaum Cina untuk BN sudah meningkat mungkin dalam lingkungan 10%.
Inilah satu petanda baru yang nampak setelah peningkatan sokongan di PRN Sarawak pada bulan lepas. Bagaimanapun, samaada ini akan berterusan adalah satu persoalan, kerana pengundi Cina mudah berubah mengikut keadaan dan peluang yang mereka nampak.
Jadi masyarakat Melayu perlu terus berhati-hati dan jangan terpedaya dengan hasutan politik Cina DAP.
Thursday, June 16, 2016
Tuesday, June 14, 2016
Sungai Besar Lungset Mahathir
LUNGSET
Sun sembur esem iki
masio tah udan njero ati
nono wujude ulihe ngenteni
lungset ati iki.....
riko ngajaki pisahan
sak temene isun salah paran
welas ring ati wis sing nono liyo
sulung tah sulung riko apuwo....
tau tah isun ngeliyo
uwah roso ambi riko
tau tah isun ngeloro
tapi riko suloyo uwah janji lan roso
riko ngajaki pisahan
sak temene isun salah paran
welas ring ati wis sing nono liyo
sulung tah sulung riko apuwo.....
tau tah isun ngeliyo
uwah roso ambi riko
tau tah isun ngeloro
tapi riko suloyo uwah janji lan roso
sepurane dung isun ngelarani riko
uwah janji lan ati ngeliyo
sepurane dung isun ninggalaken riko
hang sun jaluk mung siji
riko tetep wangi masio isun sing ono.....
Terjemahan:
Aku sebarkan senyum ini meskipun hujan dalam hati.
Tak ada hasilnya sampai kusut hati ini.
Engkau mengajak berpisah.. Sebenarnya aku salah apa
Cinta di hati tiada lain...
Sebab itulah sebentar kamu kenapa..??
Pernahkah aku melain..
Berubah rasa denganmu..
Pernahkah aku menyakiti..
Tapi kamu ingkar berubah janji dan rasa
Maafkan bila aku menyakitimu dan berubah janji dan rasa..
Maafkanlah kalau aku meninggalkanmu.. Yang kuminta hanya satu .. Engkau tetap harum meskipun aku tiada..
Friday, June 10, 2016
Pengundi Parlimen Jerantut, Maran dan Kuala Krau Merayu MOF Pertimbangkan Naiktaraf Jalan Jerantut -Maran
Jumlah pembetung besar diletak berdekatan susur Jalan Persekutuan Lama dari Maran ke Jerantut mengancam keselamatan pemandu kenderaan berdekatan Simpang Jengka 8, Maran, Pahang.
Mula bicara, WZWH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Kewangan MOF kerana tidak menghalang dan membantah malah sudi mempertimbangkan naiktaraf Jalan Persekutuan Jerantut-Benta dengan bajet permulaan RM650 juta. Ini berita gembira bagi pengundi parlimen Jerantut, Raub dan Kuala Lipis.
Ada sedikit kekhilafan, bila Kementerian MOF tidak mahu mempertimbangkan naiktaraf Jalan Persekutuan Jerantut- Maran seperti yang dinyatakan secara rasmi kepada WZWH.
WZWH merayu, bahkan pengundi parlimen Jerantut, Maran dan Kuala Krau merayu Kementerian MOF mempertimbangkan naiktaraf Jalan Persekutuan Jerantut-Maran yang sudah terbengkalai lebih 11 tahun dulu.
Kenapa Jalan Persekutuan Jerantut-Maran perlu dinaiktaraf?
Seramai 7,000 penduduk Gugusan Felda Kota Gelanggi, Felda Tekam Utara, Felda Sungai Tekam dan Ibu Tunggal terpanggil untuk mengetahui status projek jajaran baharu jalan raya antara Maran ke Jerantut khususnya laluan dari tempat tinggal mereka ke Simpang Jengka 8 dekat sini.
Hasrat penduduk berkenaan berasas kerana laluan dari persimpangan Felda Tekam Utara dan Ibu Tunggal ke Simpang Jengka 8 sejauh 10 kilometer masih belum dibina walaupun pihak berwajib sering berjanji untuk menyelesaikan projek itu yang terbengkalai sejak enam tahun lalu.
Menurut penduduk di Felda Kota Gelanggi, mereka difahamkan projek jajaran baharu itu gagal disiapkan berikutan masalah yang timbul dalam kalangan kontraktor yang dilantik sehingga berlanjutan dan menyukarkan penduduk.
Kegagalan projek itu boleh dibuktikan apabila masih terdapat banyak pembetung yang terbiar ditinggalkan oleh kontraktor sebelum ini termasuk 'beam' jambatan dan jajaran yang belum sempurna sudah dilitupi belukar.
Perkembangan projek itu masih ditakuk lama walaupun pihak berwajib memberi jaminan untuk meneruskan pembinaan jalan baharu untuk keselesaan orang ramai.
Dari setahun ke setahun, penduduk di sini menunggu dengan penuh sabar dan realitinya projek ini belum kesampaian sehingga ini sekali gus membantutkan peluang penduduk dalam sektor pertanian dan pelancongan.
Fenomena yang berlanjutan ini menyebabkan jalan lama kerap ditenggelami air akibat banjir dan runtuhan tebing sungai setiap kali musim tengkujuh pada penghujung tahun.
Ramai pelancong dari Kuala Lumpur kerap berkunjung ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam untuk berekreasi melalui laluan dari Simpang Jengka 8 ke pusat berkenaan yang masib belum berubah sejak dahulu.
Seeloknya kerajaan mengutamakan projek ini memandangkan potensi sektor pelancongan dan pertanian di kawasan ini termasuk keselesaan bagi memasarkan hasil oleh petani di kampung tradisional dan Felda berdekatan laluan berkenaan.
Keadaan Jalan Persekutuan Lama dari Maran ke Jerantut yang sempit dan bengkok-bengkok juga mengundang pemanduan yang tidak selamat kerana terdapat banyak kenderaan berat termasuk lori balak.
WZWH merayu dan memohon Kementerian MOF agar dapat mempertimbang semula sehabis baik menaiktaraf Jalan Persekutuan Jerantut-Maran ini demi kepentingan, kemudahan dan keselesaan pengundi parlimen Jerantut, Maran dan Kuala Krau.
Wednesday, June 8, 2016
Apa Yang Dibutuhkan Sungai Besar? Budiman Adalah Jawabannya!
Calon BN PRK Sungai Besar YB Budiman Mohd Zohdi
Apa yang dibutuhkan Sungai Besar
Jujur, Sederhana, dan Bekerja
Ayo kawan dukung Budiman
Bersatu padu parlimen Sungai Besar
Verse 1
Badannya sedang wajah kampungan
Namun hatinya tulus sinar harapan
Dengan kerja nyata kau jawab keraguan
Karena janji-janji sudah membosankan
Citramu sederhana apa adanya
Cerminan sikap dari nuraninya
Lambang cinta untuk rakyat Sungai Besar
Budiman adalah kita
Ratu adil tak usah dicari
Coba tanyakan di dalam hati
Rekam jejaknya sudah pasti
Jawabannya adalah Budiman
Kepemimpinan dan orang baik bukanlah mereka yang pandai bicara, melainkan mereka yang lebih mampu mendengar. Ia mencontohkan, prinsip "tahta untuk rakyat, di mana raja harus bercermin di kalbu rakyat" agar bisa melayani dan mengayomi.
Esensi pemimpin dalam negara demokrasi modern adalah pelayan bagi warganya, karena warga sibuk dengan kehidupan sehari-harinya, sebagaimana petani-petani di desa-desa di Sungai Besar. Nah, dalam hal ini, buat Sungai Besar, Budiman lebih punya kerendahan hati sebagai pemimpin alami yang mampu mendengar.
Sebagai pemimpin yang mampu mendengarkan berbagai keresahan yang terjadi di tengah kehidupan masyarakat, Budiman telah berhasil memangkas jarak antara rakyat dengan pemimpinnya.
"Membuka Kuala Kangsar Kepada Dunia"-Impian Calon BN PRK KK
Calon BN PRK Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid. Ini foto semasa arwah suami, mantan ahli parlimen KK Dato' Wan masih ada.
"I have a dream"-Membuka Kuala Kangsar (KK) kepada dunia.
Datin Mastura bertanding kerana beliau percaya banyak perkara besar beliau mahu usahakan bagi KK.
Ini memandangkan beliau mempunyai personal knowledge ketika arwah suami berjuang membangunkan KK. Antara projek besar itu:
Pertama: Pembinaan Jambatan Manong
Kedua: Projek membaikpulih dan pembangunan tebing sungai persisiran KK
Ketiga: Projek pelancongan membuka KK kepada dunia
Keempat: Projek Menora highway jalan pintas
Kelima: KK bandar ilmu-sekolah agama, universiti, MRSM
Mewujudkan prasarana istana, budaya dan kraftangan menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke KK.
Disamping potensi sungai di KK dipergunakan sepenuhnya sampai pelancong boleh duduk dan bermalam di tepi sungai KK disamping kualiti air sungai diperbaiki.
Inilah impian calon BN PRK Kuala Kangsar.
WZWH boleh guarantee pengundi PRK Kuala Kangsar memilih Datin Mastura sebagai ahli parlimen Kuala Kangsar adalah keputusan yang tepat bagi mencapai tema "Membuka Kuala Kangsar Kepada Dunia".
Tuesday, June 7, 2016
Sejarah Cara Orang Melayu Dulu Berpuasa dan Beraya
Hang Tuah orang Melayu yang popular berkata , "Tak Melayu Hilang Di Dunia".
Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".
Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.
Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-
ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
Orang Melayu Kedah
Orang Melayu Beruas
Orang Melayu Manjung
Orang Melayu Grik
Orang Melayu Kelang
Orang Melayu Melaka
Orang Melayu Kelantan
Orang Melayu Terengganu Pantai
Orang Melayu Ulu Terengganu
Orang Melayu Bentong
Orang Melayu Lipis
Orang Melayu Temerloh
Orang Melayu Johor
Orang Melayu Brunei
Orang Melayu Kedayan
Orang Melayu Cocos
Orang Melayu Sarawak
ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan Thailand. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
Aceh
Banjar
Batak (tidak termasuk Mandailing)
Bawean (Boyan)
Bugis
Jawa
Kerinci
Mandailing
Melayu
Melayu Asahan (Batubara).
Melayu Bengkulu.
Melayu Deli.
Melayu Jambi
Melayu Palembang.
Melayu Patani
Melayu Riau
Melayu Siak
Minangkabau
Ocu (Kampar)
Rao (Rawa)
PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
Peranakan Parsi
Peranakan Arab
Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
Peranakan Cina
Peranakan Turki
Peranakan Siam / Samsam
Peranakan Eropah
SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.
Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.
Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.
Merantau
Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.
Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.
Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.
Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.
Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?
Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.
Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.
Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.
Sultan Mahmud dan anakanda Raja Ahmad berjuang bermatian dari atas gajah menahan asakan tentera Portugis menyerang Melaka pada 1511.
Penguasaan Portugis, Belanda dan Inggeris menjajah menghasilkan segolongan orang Melayu liberal yang tidak peduli lagi amalan agama Islam hingga hidup berbudayakan bangsa penakluk dari Eropah.
Ini golongan Melayu yang suka berurusan di gereja sebagai status orang yang bertamadun, tidak menyokong apa-apa yang berkait dengan hukum hudud, mula menyoal integriti politik tradisional Melayu.
Ini orang Melayu yang sesat tidak tahu budaya asal usulnya.
Monday, June 6, 2016
Ramadhan
Ramadhan adalah merupakan bulan yang banyak mengandung hikmah serta keutamaannya. Sesungguhnya sudah seharusnya orang Islam dan beriman akan gembira ketika menyambut datangnya bulan suci Ramadhan ini. Bukan saja telah diarahkan menunaikan ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda, di dalam bulan Ramadhan Allah Ta'ala juga telah menurunkan kitab suci al-Quranul-karim, yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia di alam semesta ini dan juga untuk membedakan antara yang benar dengan yang salah.
Wednesday, June 1, 2016
Jabatan Perdana Menteri MENERANGKAN 10 Salah Faham Pindaan Akta 355
Apa yang berlaku bila pemimpin komponen BN seperti MCA, MIC, SUPP dan Gerakan melenting dan melatah kerana mereka tidak faham isu, tiada ilmu dan jahil berkenaan isu Pindaan RUU Akta 355 yang akan dibentangkan di Dewan Parlimen Oktober nanti.
Berikut Penerangan Jabatan Perdana Menteri menerangkan 10 salah faham berkaitan Pindaan Akta 355 kepada kepimpinan MCA dan Gerakan.
1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?
Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.
2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.
3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam
Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.
Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Jawapan:
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.
6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?
Jawapan:
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.
7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.
8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Jawapan:
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.
9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jawapan:
Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.
10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?
Jawapan:
Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.
Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.
Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tembeling Terputus Hubungan
Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...
-
Kota Gelanggi @ Kota Batu Hitam atau Klang Kio dalam bahasa Siam bererti perbendaharaan permata adalah sebuah bandar purb...
-
Pengetahuan tentang peranan dan tugas yang perlu dan boleh dimainkan oleh ahli majlis di dalam bidang perancangan dan ...
-
Kononnya janji atau manisfesto peneroka FELDA dilancarkan Anwar Ibrahim di FELDA Palong 6 seperti berikut: Pertama, memansuhkan FELDA Plant...