Tuesday, June 7, 2016

Sejarah Cara Orang Melayu Dulu Berpuasa dan Beraya




















Hang Tuah orang Melayu yang popular berkata , "Tak Melayu Hilang Di Dunia".

Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".

Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-


ANAK JATI

Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

Orang Melayu Kedah
Orang Melayu Beruas
Orang Melayu Manjung
Orang Melayu Grik
Orang Melayu Kelang
Orang Melayu Melaka
Orang Melayu Kelantan
Orang Melayu Terengganu Pantai
Orang Melayu Ulu Terengganu
Orang Melayu Bentong
Orang Melayu Lipis
Orang Melayu Temerloh
Orang Melayu Johor
Orang Melayu Brunei
Orang Melayu Kedayan
Orang Melayu Cocos
Orang Melayu Sarawak


ANAK DAGANG

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan Thailand. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-

Aceh
Banjar
Batak (tidak termasuk Mandailing)
Bawean (Boyan)
Bugis
Jawa
Kerinci
Mandailing
Melayu
Melayu Asahan (Batubara).
Melayu Bengkulu.
Melayu Deli.
Melayu Jambi
Melayu Palembang.
Melayu Patani
Melayu Riau
Melayu Siak
Minangkabau
Ocu (Kampar)
Rao (Rawa)


PERANAKAN

Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-

Peranakan Parsi
Peranakan Arab
Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
Peranakan Cina
Peranakan Turki
Peranakan Siam / Samsam
Peranakan Eropah


SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.




Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.


Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.




Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


 photo 653_001.jpg


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu. 



Sultan Mahmud dan anakanda Raja Ahmad berjuang bermatian dari atas gajah menahan asakan tentera Portugis menyerang Melaka pada 1511.

Penguasaan Portugis, Belanda dan Inggeris menjajah menghasilkan segolongan orang Melayu liberal yang tidak peduli lagi amalan agama Islam hingga hidup berbudayakan bangsa penakluk dari Eropah.

Ini golongan Melayu yang suka berurusan di gereja sebagai status orang yang bertamadun, tidak menyokong apa-apa yang berkait dengan hukum hudud, mula menyoal integriti politik tradisional Melayu.

Ini orang Melayu yang sesat tidak tahu budaya asal usulnya.

4 comments:

Anonymous said...

Dari puasa dan raya kepada melayu liberal dan hudud...apa hal..
buka lah page baru muahaha

Anonymous said...

penulisan yg tiada arah

Anonymous said...

Aik tiba tiba bertukar angin... agama politik nie kalah agama yang lain2

Anonymous said...

Dh tu guane org dulu berpuasa beraya?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024