Air PAIP memancut laju di Felda Sungai Retang. Tidak perlu kita bakar atau tebuk tong tangki air PAIP. Nanti Allah turun bala kepada kita!
Jangan kita oleh kerana tidak dapat mengawal sifat amarah dan tidak cuba bersabar hingga kita sanggup membakar dan menebuk tong tangki air PAIP samalah ini perbuatan Pengganas!
Apa lagi dengan menulis nama ADUN pada tong tangi air PAIP itu dan dibakar.
Tun Razak membangun Felda bukan mahu menjadikan masyarakatnya bertindak ganas.
Fikirlah dulu mula-mula datang ke Felda merempat dari kampung-kampung halaman bukan sahaja dari seluruh Pahang malah dari banyak negeri-negeri.
Dulu boleh minum air paya sekarang tidak boleh.
Berbagai nikmat dan kesenangan Felda beri
Kenapa tidak boleh bersabar!
Hanya sebab teknikal loji air terbakar pumpnya seminggu sebelum Raya, bila TNB sudah baiki sudah tentu air tidak sampai penuh.
Kebanjiran sanak saudara ke kampung-kampung tradisional berdekatan dan berkumpulnya keluarga masyarakat Felda Sg Retang sepenuhnya sudah tentu water pressure tidak kuat lalu air tiada.
Usaha driver lori air PAIP membawa tangki air diganggu, dimaki, diugut dengan parang dan kayu. Mana-mana lori driver pun tak sanggup nak pergi lagi takut keselamatan.
Lalu shaitan menghasut pengganas membakar tong tangki air PAIP dan menebuk beberapa tong lagi dengan nama ADUN Tahan ditulis pada tong itu.
Inikah perbuatan mulia masyarakat Felda?
Dari segi jangka panjang ADUN Tahan telah berunding dengan pihak KKLW, Felda, PAIP bagaimana mengatasi dengan peruntukan yang besar.
Walau Jurutera Daerah kata tidak lulus peruntukan.
Walau Ahli Parlimen kata tidak lulus peruntukan.
Hanya ADUN Tahan yang berani dan yakin berkata lulus peruntukan besar membina loji air yang berkapasiti lebih besar.
Memang itu kerja ADUN Tahan menjadikan sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan!
Tapi dengan perbuatan membakar dan menebuk beberapa tong tangki air PAIP itu memyebabkan ADUN Tahan berasa malu dan kecewa menjadi YB di situ.
ADUN Tahan sudah kecewa.
PRU 14 ADUN Tahan tidak perlu lagi bertanding di situ!
1 comment:
Ada pakcik tanya sebelum raya, "tok 4, guane kampong kita ni takda air?". Di jawabnya "eh rumah keh ada air, guane rumah aok takde". Bodo punya ketua, rumah aok dekat kawasan rendah memangla ada. Orang duk kebulur tunggu air naik, org kawasan rendah selambe je guna air paip siram pokok bunga. Dah rasa xmampu jaga anak buah, behenti jela...bagi yang layak..
Post a Comment