Sunday, November 6, 2016

3D Visual Arkitek Projek ECRL Bina Railway 1000 KM Dalam Masa 8 Tahun Bagi Rakyat Dan Pembangkang Faham!




Satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

East Coast Rail Link ialah singkatan kepada ECRL. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur.

Ia adalah projek pembinaan rel berkembar yang akan menghubungkan:

Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur- Bentong-Temerloh-Maran-Kuantan,
Kuantan-Kemaman-Kerteh-Kuala Terengganu-Kota Bahru,
Kuantan-Tanjung Agas -Rompin-Mersing-Pengerang-Singapore.

Kerajaan mempunyai beberapa visi dalam projek ini. Ini adalah apa yang mereka rancangkan ;

Mengurangkan kos pengangkutan yang melibatkan laluan keretapi ECRL, dengan niat untuk mengurangkan harga barangan di Pantai Timur dan memendekkan masa perjalanan.

Di samping menaiktarafkan kemudahan pengangkutan sedia ada.

Dalam erti kata lain, memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih lebih banyak jenis pengangkutan bagi menuju ke destinasi pilihan.

Membangunkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam laluan keretapi ini.

Membina integrated connection dan synergi dengan pelabuhan-pelabuhan di Pantai Timur yang akan diupgrade bagi Oil n Gas, Supply Marine Bases, Tanker farms, Shipyards, Ship maintenances hingga Pelabuhan Pengerang, Johor.

Menjadikan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan-Pelabuhan di Pantai Timur lebih sibuk cater market shipping dunia Barat dan Timur.

ECRL lebih kepada keperluan kargo dari penumpang.

Hasil dari Communication Lines bisnes Railway ECRL.

Jika ia bertujuan untuk memudahkan rakyat dalam urusan pengangkutan, sudah tentu.

Lebih banyak pilihan pengangkutan yang kita ada, lebih baik sebenarnya.

Lebih banyak kawasan yang diliputi dengan pengangkutan awam yang effisien, ia lebih bagus.

Kita boleh bergerak dengan selesa. Ke tempat kerja. Melawat. Beriadah. Beli barang. Melancong. Belajar. Pengangkutan adalah perkara yang sangat penting untuk memudahkan pergerakan kita ke pelbagai destinasi.

Apatah lagi jika kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek laluan keretapi ini akan terbangun sekali. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Berapakah anggaran kos projek laluan keretapi ini?

Estimate RM55 bilion setakat ini (5 November 2016).

Pakar Keretapi estimate RM60 juta per km (termasuk berbagai infrastruktur seperti tunneling dsb).

Panjang railway ECRL hampir 1000 km maka RM60 juta X 1000 km = RM60 bilion.

Ini tidak termasuk kos pengambilan balik tanah PBT estimate RM 6 bilion.

Dari mana kerajaan dapat wang? 

Pelaburan FDI dari China. Financial Model belum muktamad lagi samada:

Pinjam soft loan RM55 bilion , bayar balik dalam masa 20 tahun atau

Investment-leased sehingga 99 tahun atau lebih. ( WZWH favour kaedah ini-konsesi perlu diberi kepada syarikat tempatan).

Projek ini guna teknologi China dan EPC ( Engineering, Procurement, Construction)  oleh syarikat keretapi China.

Projek ini akan bermula pada tahun 2017 dan siap 8-10 tahun lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Bukan 620km aje ke?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...